Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Lama rasanya inda update blog ini… ;)  namun kepada sesiapa yang friend kami di Facebook, pasti akan melihat banyak update-update yang dipostkan di sana… Saja mau bagitahu… Program Skuad 1Malaysia (im4u) yang diwar-warkan oleh pihak kami sebelum ini di http://aadksabah.wordpress.com/2012/09/24/im4u/ telah pun selesai dijalankan dengan jaya… yahooo.. ok di bawah ini disertakan sedikit gambar-gambar berkaitan program tersebut…. ;)

 

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini… tanpa sokongan dan kerjasama yang diberikan, sudah tentu program ini tidak dapat dijalankan sepertimana yang dirancang…..  ;)

 

“1Malaysian : We Want Peace, No Drugs Please!”

Sumber terdahulu : http://aadksabah.wordpress.com/2012/09/24/im4u/


Sebuah jenis dadah baru telah menjadi trend di kalangan para penagih dadah ini di Rusia. Dadah jenis ini biasa di sebut sebagai Krokodil (buaya). Dadah ini mempunyai kesan yang sangat mengerikan dan mematikan, yang akan memamah kulit, daging dan tulang dari para pengguna.
Krokodil termasuk jenis desomorphine sebuah sintetik opioid yang lebih berbahaya daripada heroin. Ubat terlarang ini dibuat melalui beberapa siri reaksi kimia dan campuran beberapa bahan saraf yang lain
Di Rusia, heroin biasa dijual dengan harga sekitar $ 40 per-dosis di Rusia. Penggunaan desomorphine biasanya di campur dapat dengan Kodein-ubat penghilang rasa sakit berasaskan dan bahan-bahan konsumsi rumah tangga yang lain.
Gambar-gambar ini menunjukkan kesan yang sangat buruk sekali dari Ubat terlarang ini. Kesannya menimbulkan luka pada anggota tubuh dengan kerosakan yang sangat fatal, bahkan banyak di antaranya mengakibatkan pembusukan pada daging dan kulit pengguna. Kulit dan daging korban terrkelupas dari tulangnya.
Gambar sangat mengerikan, tidak sesuai untuk orang-orang yang sensitif terhadap luka.

 

 

 


Image

Haaahaa… sapa-sapa yang mau jadi ahli Skuad 1malaysia, boleh la isi borang di atas… dan hantar saja borang tu di mana-mana AADK daerah yang berdekat… senangkan, semudah A,B,C ja… ;)

IM4U

Posted: 24 September 2012 in Artikel, Komuniti Bebas Dadah
Label:, , , ,

Insya Allah jika tiada halangan akan diadakan pada November ini.. Jom ramai – ramai datang..!

terkini :

Tarikh telah disahkan. Akan dilaksanakan pada 4 November 2012 (Ahad).. bertempat di Padang Merdeka Kota Kinabalu.. Bah apalagi org Sabah mari kita kasi gegar ni Kota kinabalu dengan kehadiran 10,000 org.. Jom dtg, semua dijemput hadir bah..!


YANGON: Pihak berkuasa Myanmar semalam memberi amaran bahawa ia berdepan dengan krisis dadah yang kian meruncing selepas merampas dadah, termasuk lebih 1.7 juta pil amphetamine dan 116 kilogram heroin bulan lalu.

“Masalah dadah sekarang sangat bahaya di Myanmar,” kata pegawai polis di bahagian kawalan dadah yang tidak mahu dikenali kepada media.

“Ia semakin teruk. Walaupun negara ini telah berikrar untuk bebas daripada dadah menjelang 2014, ia hanya bebas daripada candu kerana masalah tablet rangsangan,” katanya.

Media rasmi semalam melaporkan 342 kes berkaitan dadah di seluruh negara bulan lalu, mengakibatkan penahanan 473 suspek.

Kebanyakan tablet rangsangan dirampas di sempadan di timur negara itu, tetapi penggunaannya turut merebak di Yangon, kata pegawai polis itu. -

sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/art…cle/index_html


SINGAPURA: Dengan memberi dadah untuk melemahkan mangsanya, Azuar Ahamad, 41, mengambil kesempatan ke atas 22 wanita yang ditemui di aplikasi Facebook yang dinamakan SpeedDate.

Azuar akan menghubungi mangsanya, berusia antara 18 dan 41, menggunakan aplikasi temu janji itu dan membawa mereka ke kelab malam, memberi mereka dadah dan kemudian melakukan serangan seksual, sebelum menghantar mereka pulang.

Azuar, juga merakam video ketika merogol sebahagian mangsanya menggunakan dua telefon bimbit miliknya.

Semalam, eksekutif logistik itu mengaku bersalah merogol tiga wanita dan menyerang secara seksual mangsa keempat antara Julai 2008 dan Ogos 2009. -Straits Times

Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/08

Sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/MangsaditemuidiFBdiberidadahsebelumdirogol/Article


KUALA LUMPUR: Menakutkan apabila penagih dadah mampu mencipta dadah versi terbaru paling bahaya dengan mencampurkan dua pil psikotropik iaitu Suboxone dan Dormicum yang dikatakan mampu memberi kesan khayal 10 ganda lebih hebat daripada heroin atau Ecstasy.

Bagaimanapun, campuran ‘koktel’ dua pil berkenaan dipercayai boleh membunuh penagih dalam beberapa jam jika terlebih dos atau tersalah penggunaannya.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Penyalahgunaan pil khayal itu terbongkar semalam apabila sepasukan lima pegawai Bahagian Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan menyerbu sebuah klinik di bandar Melaka kerana disyaki menjual pil berkenaan.

Pil Suboxone yang digunakan untuk merawat ketagihan dadah di kalangan penagih sebaliknya dijual doktor klinik swasta itu untuk mendapatkan keuntungan.

Malah, doktor terbabit sengaja menjual pil Suboxone, Subutex dan Dormicum bagi mengaut keuntungan mudah walaupun menyedari perbuatan itu menyalahi etika kedoktoran.
Difahamkan, mengikut kaedah baru itu, penagih menelan terlebih dulu pil Suboxone sebelum menyuntik cecair Dormicum ke badan.

Tindakan itu menyebabkan mereka khayal umpama ‘naik ke langit’ serta keseronokan melampau sehingga ada antara mereka mati dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Sebelum itu, penagih membuat pelbagai eksperimen, termasuk mengikis sebelum menumbuk lumat pil Dormicum bagi melarutkannya dalam air supaya mudah disuntik ke badan.

Bagaimanapun, ada penagih tersilap percaturan apabila menyuntik pil Suboxone ke saluran darah sedangkan pil itu hanya boleh ditelan.

Golongan terbabit yang menyangka bakal mendapat keseronokan berganda sebaliknya menemui ajal dalam tempoh beberapa jam selepas kandungan pil Suboxone berkenaan menyebabkan darah beku selain merosakkan saraf otak. Dipercayai sebilangan penagih dadah di negara ini mati akibat percubaan berbahaya itu.

Tindakan penagih merumuskan dadah jenis baru dengan mencampurkan serbuk Suboxone dengan serbuk Dormicum yang digunakan khusus untuk memberi ‘ketenangan’ kepada pesakit mental atau masalah sukar tidur (insomnia) dibimbangi berikutan menular ke seluruh negara.

Jurucakap Jabatan Farmasi berkata, pegawainya memeriksa doktor berusia 40-an di klinik terbabit pada jam 3 petang itu, selepas membuat intipan seminggu.

Menurutnya, klinik swasta terbabit dipercayai menjadi tumpuan penagih yang mahu mendapatkan bekalan pil itu dengan hanya membayar di kaunter.

“Biasanya pengusaha klinik terbabit menjual pil psikotropik itu secara pakej dua dalam satu. Risikan mendapati cecair Metadon bersama pil Dormicum dijual pada harga RM20, manakala separuh pil Suboxone dan Dormicum dijual antara RM20 hingga RM25.

“Bagaimanapun, ketika pemeriksaan, doktor di klinik terbabit tidak mengaku menjual pil itu menyebabkan siasatan rapi dilakukan terhadap buku rekod pesakit dan penjualan ubat-ubatan,” katanya.

Selepas pemeriksaan rapi, pegawai farmasi menemui puluhan paket pil Suboxone yang disembunyikan dalam tin susu di bawah meja dan siasatan selanjutnya mendapati pil Suboxone dan Dormicum dianggarkan bernilai lebih RM20,000 disimpan di klinik terbabit.

Dalam operasi berasingan, pegawai Jabatan Farmasi turut menyerbu sebuah klinik di Rompin, Pahang yang dikesan menjual pil psikotropik secara haram.

Dalam serbuan jam 11 pagi Jumaat lalu, doktor klinik swasta terbabit cuba menghalang pegawai farmasi yang didakwa cuba mengganggu perniagaannya.

Bagaimanapun, pemeriksaan di klinik terbabit menemui buku rekod pesakit yang diolah semula dengan beberapa maklumat dipalsukan.

“Selain itu, pegawai farmasi merampas 900 pil Dormicum dan pelbagai pil khayal lain daripada doktor berusia 50-an itu,” katanya.

Golongan penagih mendedahkan, penjualan pil Subutex dan Dormicum dilakukan secara berleluasa oleh klinik swasta.

Difahamkan, pil Subutex yang diperkenalkan di pasaran tempatan dengan nama saintifik Buprenorphine pada 2001 sebelum digantikan dengan pil Suboxone untuk mengurangkan ketagihan.

Sumber : Harian Metro Edisi 25-04-2007

 


BANGKOK: Pegawai narkotik Thailand semalam memeriksa dadah yang dirampas untuk dimusnahkan esok di Bangkok. Sekitar 2,755 kilogram dadah, antaranya ganja, heroin dan candu, bernilai lebih 6.9 bilion baht ($276 juta) akan dibakar di bangunan Pentadbiran Makanan dan Dadah.


PONTIAN: Sebuah kilang yang dijadikan makmal dadah di Jalan Perindustrian 12, Kawasan Perindustrian Pekan Nenas, dekat sini, meletup serta terbakar kelmarin sebelum pemeriksaan menemui pil Ecstasy dan syabu dianggarkan bernilai RM10 juta.

SIASAT…anggota polis memasuki kawasan kilang untuk membuat pemeriksaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, dua letupan kuat menggegarkan bangunan berkenaan dan kilang berhampiran hingga memaksa pekerja di premis bersebelahan bertempiaran menyelamatkan diri.

MISTERI…sebuah kereta di luar premis kilang turut disiasat

Akibat letupan kuat itu, bumbung makmal dadah berkenaan rosak, bahagian belakang premis itu hangus terbakar, manakala kepulan asap memenuhi ruang udara kawasan berkenaan.

Penemuan dadah itu bermula selepas anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pekan Nenas dan Pontian yang menjalankan kerja memadam api menemui bahan pelik disyaki dadah sebelum melaporkannya kepada polis.

Sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/Dadah__8216_meletup__8217_/Article#.T9gIEiFiNmk.facebook


Sukacita dimaklumkan bahawa Sempena Hari Antidadah Antarabangsa 2012, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Malaysia akan mengadakan Pertandingan Sambung Slogan Di Facebook Skuad 1Malaysia mulai 28 Mei – 17 Jun 2012 iniJadi apalagi… jangan lepaskan peluang ini… mari kita gempurrr…. sila masuk FB Skuad 1Malaysiahttps://www.facebook.com/#!/pages/SKUAD-1Malaysia/349041718492392 ;)

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi AADK Negeri Sabah di talian 088 – 243610 atau terus kepada AADK Malaysia….

“Generasi Antidadah Penggerak Transformasi Negara”…



KULIM: Dua lelaki berusia 20-an dipercayai pengedar dadah yang cuba melarikan diri daripada pihak berkuasa, ditahan sepasukan anggota polis dari Balai Polis Padang Serai, jam 4.30 petang kelmarin. Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Salleh berkata, kedua-dua lelaki ditahan sepasukan polis yang membuat rondaan rutin selepas mendapati mereka dalam keadaan mencurigakan di Jalan Padang Estate.

Katanya, suspek yang menaiki Proton Wira cuba melarikan diri dengan memecut kenderaan sebelum dipintas polis di Jalan Bunga Raya. “Suspek bertindak agresif dengan memecut kenderaan sebelum ditahan polis di Jalan Bunga Raya. Kedua-dua suspek dibawa ke Balai Polis Padang Serai untuk ujian air kencing dan disahkan positif dadah jenis ganja,” katanya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan badan, polis menemui dua paket plastik lutsinar mengandungi dadah yang disorokkan di dalam seluar dalam seorang suspek.

sumber:http://www.hmetro.com.my/myMetro/art…icle/artikelMA


BANGKOK: Seorang lelaki warga Bangladesh ditemui mati dan dua lagi tidak sedarkan diri, di sebuah bilik hotel di Pattaya, semalam.

Mangsa yang mati dikenali sebagai Business Chan, 57 manakala dua lagi Sanjib Saha, 54 dan Rashid Harunur, 58 yang koma, dibawa ke Hospital Memorial Pattaya.
Saksi berkata, mereka nampak ketiga-tiga lelaki itu membawa pelacur ke bilik mereka di Hotel Bella Express.

Polis percaya, pelacur itu memberi dadah kepada lelaki terbabit dan kemudian mencuri barang milik mereka memandangkan tiada tanda pergelutan.

Dadah dijumpai dan kesan barang kepunyaan tiga warga Bangladesh itu didapati diselongkar dan beberapa barang berharga hilang. – Bangkok Post

sumber:http://www.hmetro.com.my/myMetro/art…cle/index_html

 


KUALA TERENGGANU- Seorang ibu beranak satu berlagak ala-ala ‘spiderwomen’ apabila dia memanjat tingkat tiga bangu*nan* asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Besar di sini.Dia berbuat demikian dipercayai untuk mencuri tembaga wayar bumi yang dipasang di bangunan berkenaan, dalam satu kejadian awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, wanita berusia 32 tahun itu bertindak berani melakukan kerja-kerja memotong wayar bumi tanpa pertolongan sesiapa, walaupun dalam suasana persekitaran yang agak suram.

Difahamkan, dia yang turut memiliki rekod lampau jenayah dadah bertindak sedemikian kerana terdesak untuk mendapatkan wang, bagi membolehkannya membeli pil kuda yang menjadi ‘makanannya’ saban hari.

Bagaimanapun, wanita itu kantoi di tangan pengawal keselamatan bertugas semasa sedang mengangkat wayar-wayar yang berjaya dipotong untuk dibawa keluar dari lokasi terbabit.

Dia kemudiannya diserahkan kepada anggota polis peronda yang secara kebetulan melewati lokasi kejadian untuk membuat rondaan keselamatan.

Ketua Polis daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan dan menjelaskan wanita itu kini direman selama empat hari bermula semalam untuk disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

 

Switzerland – Kematian dua ikan lumba-lumba dikenali sebagai Shadow dan Chelmers, pada bulan November tahun lalu dikenal pasti akibat pengambilan ubat terapi penggantian dadah, Buprenorphine. Ubat tersebut telah menahan sistem semulajadi ikan lumba-lumba itu untuk bernafas di permukaan air, sekali gus menyebabkannya lemas.

Sebelum ini, kematian Shadow dan Chelmers dipercayai akibat muzik kuat dalam satu majlis yang diadakan di kawasan berhampiran selama dua hari berturut-turut. Namun keputusan ujian toksilogi menemui kesan Buprenorphine dalam badannya. Menurut seorang ahli biologi, Cornelis Van Elk, ubat berkenaan amat berbahaya kepada hidupan laut dan tidak sepatutnya digunakan dalam sebarang rawatan.

 “Ikan lumba-lumba adalah unik kerana hidupan ini secara aktif akan memutuskan bila masa yang sesuai untuk naik ke permukaan air bagi bernafas. “Malah ketika tidur, sebahagian otaknya secara automatik akan mengawal proses pernafasan ini. Namun dengan penggunaan ubat ini, ia akan memadam fungsi otaknya itu, sehingga menyebabkan kesan yang teruk,’’ katanya.

 Dalam pada itu, penjaga zoo Connyland, Nadja Gasser berkata, Shadow mati selepas menunjukkan tingkah laku yang pelik. “Kita dapat melihat keadaan sama berlaku kepada Chelmers pada sesi latihan apabila dia enggan naik ke permukaan air. Menyedari sesuatu berlaku, kita telah terjun ke dalam air dan cuba memegangnya. “Namun Chelmers menghayunkan badannya dengan kuat, dan mengalami kesukaran untuk bernafas,’’ katanya. Pihak zoo cuba memberinya adrenalin, namun ia tidak membantu.

http://mynewshub.my/2012/05/07/kemat…-akibat-dadah/

 



JOHOR BAHRU: Dua lelaki didenda oleh Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan bersubahat menerima rasuah RM5,000 untuk menukarkan keputusan ujian dadah, tahun lalu. Hakim Mohd Nasir Nordin memerintahkan Khairuz Fizran Abdul Kadir, 25, dan Mohd Norizam Sabran, 29, masing-masing membayar denda RM5,000 dan RM6,000 atau penjara tiga bulan selepas mereka mengaku salah atas tuduhan pilihan.

Kedua-dua tertuduh yang merupakan penganggur didakwa menerima rasuah daripada pemilik kedai emas, Loh Ah Ba @ Hsih Mei Hsing, 63, sebagai dorongan menggunakan pengaruh pegawai daripada Jabatan Kimia Johor Baharu untuk menukarkan keputusan ujian dadah. Khairuz Fizran dan Mohd Norizam didakwa melakukan kesalahan itu di Restoran Nasi Kandar Shafina Sdn Bhd, di nombor 22-02, Jalan Tun Abdul Razak, Susur 6, Taman Suria Muafakat, di sini, kira-kira jam 9.20 malam, 16 Jun 2011. Mereka didakwa mengikut Seksyen 163 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama dan boleh dihukum mengikut Seksyen 163 kanun sama yang membawa hukuman penjara tidak melebihi setahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mereka pada mulanya didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan dibaca bersama Seksyen 28(1)(c) akta sama dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama, yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi. Mengikut fakta kes, pada Februari 2011, suami kepada rakan Loh, iaitu Gan Kok Seng, 53, telah ditangkap oleh polis berkaitan kes dadah dan sehubungan itu, Loh telah meminta bantuan daripada kedua-dua tertuduh yang dikatakan mempunyai kenalan daripada Jabatan Kimia Johor Bahru.

Kedua-dua tertuduh ditangkap pada 16 Jun 2011, jam 9.20 malam selepas menerima wang itu di Restoran Nasi Kandar Shafina, selepas wanita itu melaporkan kepada SPRM pada hari sama, jam 6.30 petang. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Noorfazlin Hamdan dan kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

 – BERNAMA

http://www.bharian.com.my/bharian/ar…ndadah/Article


BALING – Ketika golongan seusia mereka sibuk mengejar cita-cita untuk masa depan, lain pula berlaku terhadap empat remaja berusia antara 13 sehingga 18 tahun, di sini yang direman tujuh hari setelah dipercayai merogol seorang gadis 15 tahun di Pasar Awam Kuala Ketil kira-kira 2.30 pagi, pada 11 April lalu.

Difahamkan mangsa dirogol lebih daripada lima orang secara bergilir-gilir mengakibatkannya terpaksa dihantar ke Hospital untuk rawatan lanjut.

Terdapat dua suspek yang masih bebas dan salah seorangnya daripadanya dipercayai tinggal di Sungai Petani.

Menurut sumber, gadis berusia 15 tahun itu dibawa oleh salah seorang rakan mereka dari Sungai Petani sebelum dia dirogol beramai-ramai.

Seorang daripada suspek telah dibuang sekolah dan terlibat dalam pengawasan Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) kerana terlibat dalam penyalahgunaan dadah.


BEBERAPA ejen mengawal pintu masuk ke Universiti Oaksterdam di Teluk San Francisco, Oakland kelmarin.

OAKLAND, Amerika Syarikat (AS) – Sejumlah ejen Persekutuan AS kelmarin menyerbu Universiti Oaksterdam di Teluk San Francisco kerana menyediakan kelas penanaman dan perniagaan ganja.

Universiti Oaksterdam itu sebelum ini giat berkempen supaya ganja dibenarkan di AS.

Serbuan itu dilakukan oleh ejen-ejen Perkhidmatan Hasil Dalam Negeri (IRS) dan Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah AS. Universiti Oaksterdam itu diasaskan oleh Richard Lee.

Seorang jurucakap IRS, Arlette Lee memberitahu wartawan bahawa mereka melakukan serbuan selepas memperoleh waran geledah persekutuan.

Namun, dia enggan mengulas secara terperinci tentang tujuan serbuan tersebut dilakukan.

“Tempat ini telah ditutup,” katanya.

Ejen-ejen itu turut menyerbu rumah Lee dan menahannya seketika semasa serbuan dilakukan tetapi lelaki berkenaan tidak ditangkap. – Agensi


MINI C & C 

2 buah

CURE & CARE SERVICE CENTRE(CCSC)

2 buah

COMMUNITY CARING HOUSE (CCH)

7 buah

1 Mini Cure & Care 1 Malaysia Keningau JKR No.1368, Jalan Rumah Kerajaan 1, 89008 Keningau, SabahTel : 087 –  336889 1 CCSC Sandakan                         Lot 1& 2, Blok C2, Batu 7, Bandar Labuk Jaya     90000, Sandakan Tel :089 215 236        

Faks:  089 212 336

1 CCH Kg.Darau                                Balai Raya Kampung Darau          (Darau Laut) Menggatal                      Kota Kinabalu, Sabah 
2 Mini Cure & Care 1 Malaysia Tawau                                  TB.2630, Taman Mosaic, Batu 1, Jalan Tg.Batu, Peti Surat 62027         91030, TawauTel: 089-768830

Faks : 089 – 748072

 

2 CCSC Kota Kinabalu                 ( 1 Stop Centre) Bangunan Natikar, Blok D, Lot 3-1-1, Jalan Padang Kota Kinabalu           89000, Kota Kinabalu, Sabah  2 CCH Kg.Pintas                              Masjid Lama Kg.Pintas                  89609, Beaufort                             Sabah          
3 CCH Kg.Pengaraban                      Balairaya Kg.Pengaraban                 89058, Kudat 
4 CCH  Kg.Serusup                          Dewan datuk Hj Dahlan                Kg.Serusup                                  89208, Tuaran 
5 CCH Kg.Sinisian                             Balairaya Kg.Sinisian                      89307, Kundasang                           Ranau 
6. CCH Kg.Titingan                               Pusat Khidmat Komuniti Kg.Titingan   W.D.T 258, Jalan Tawau Lama    Kg.Titingan                                    91009, Tawau 
7 CCH Daerah Tongod                      Pejabat Daerah Tongod Lama           Jalan Sembilan                               89300, Tongod, Sandakan 

 

Tiga rakyat Malaysia antara enam yang didakwa melakukan pelbagai kesalahan berkaitan dadah dalam beberapa serbuan polis di Melbourne Selasa lalu dan merampas ganja bernilai A$3.7 juta. Lebih 1,500 pokok ganja turut dirampas dalam serbuan serentak di beberapa buah rumah di pinggir bandar Dandenong, Springvale, Carrum Downs, Clarinda dan Mulgrave.

Menurut satu kenyataan polis, rakyat Malaysia berkenaan berumur 42, 38, dan 26 tahun yang kini ditahan pihak imigresen. Polis telah mendakwa lelaki berumur 26 dan 42 tahun itu, kedua-duanya dari Keysborough, atas tuduhan menanam dan mengedar ganja untuk tujuan komersial. Lelaki berumur 38 tahun dari Springvale itu turut didakwa atas tuduhan yang sama.

Salah seorang daripada mereka telah menghubungi Konsul Jeneral Malaysia di sini, Dr Mohd Rameez Yahaya sebaik ditahan bagi meminta bantuan. Yang turut didakwa ialah seorang lelaki berumur 72 tahun dari Noble Park atas tuduhan yang sama beserta 10 kes mencuri. Dua wanita berumur 42 dan 40 tahun turut didakwa. Sejumlah bahan dan peralatan yang dipercayai digunakan untuk menanam pokok ganja turut dirampas.

- Bernama


Sudah setahun Radhi OAG atau nama sebenarnya Muhd. Radhi Razali menjalani kehidupan di rumah Pengasih iaitu sebuah badan profesional merawat penagih dadah. Rutin hidupnya kini berubah total. Ketika bertemu Radhi sejurus tamatnya AJL 26 di Bukit Jalil, lewat malam tadi, Radhi dilihat semakin berisi, semakin sihat dan wajahnya semakin tenang.

“Alhamdullilah, saya selesa berada Pusat Rawatan & Pemulihan Dadah Pengasih sejak setahun yang lalu. Saya tidak berhasrat untuk meninggalkan Pengasih kerana mereka banyak membantu saya pulih daripada dadah. Pada masa yang sama, saya turut melakukan kerja sukarela dengan membantu orang lain berhenti daripada dadah. Kerja sukarela ini secara tak langsung akan mengingatkan diri saya selalu. Selepas ini, insyallah saya akan menggunakan muzik untuk bertemu dengan orang ramai yang pernah terjebak dengan dadah. Saya hendak ubah tanggapan orang, bahawa muzik sebenarnya tidak memerlukan dadah.”

Radhi turut menyatakan penghargaan tidak terhingga kepada individu yang banyak membantu melepaskan dirinya daripada dadah.

“Saya masuk Pengasih pun atas ihsan Datuk Muhd Yunus Pathi. Beliau lah individu yang memberikan kepercayaan kepada saya untuk mengendalikan studio. Jadi, saya banyak menghabiskan masa di sana. Atas sebab itu juga, saya dalam proses merekrut band OAG yang baru. Mereka adalah pelajar daripada Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).”

Bagaimana pula hubungan Radhi dan anak?

“Hubungan saya dan anak pula memang akrab. Bekas isteri pun memang memberikan kelonggaran kepada saya untuk bertemu anak. Syukur, kami masih boleh berkawan walaupun dia sudah berumahtangga. Dan, tinggal lah saya sebatang kara dekat sini,” seloroh Radhi


PETALING JAYA – Mahkamah Majistret di sini diberitahu air kencing pelakon komedi popular Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek, dan tiga rakannya, disahkan positif kanabis.

Juruteknologi makmal perubatan, Israfel Ismon berkata, beliau memperoleh keputusan itu selepas melakukan ujian pengesanan dadah terhadap air kencing Saiful Apek, 42, serta Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28; Shaiful Baharom, 24; dan Noremy Mohamad, 28.

Beliau berkata demikian ketika disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Ishrakh Saad pada perbicaraan kes keempat-empat tertuduh yang didakwa memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badan mereka.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, di IPD Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan di sini pada 11 malam, 12 Jun 2010.

Israfel, 54, yang bertugas di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, turut memaklumkan bahawa proses ujian itu mengambil masa tiga hari. – BERNAMA


Kira-kira jam 6.30 petang semalam, kami dikejutkan dengan deringan lonceng penggera yang tidak henti-henti…… kebetulan pada  waktu tersebut terdapat beberapa kakitangan yang belum balik kerana terpaksa menyiapkan kerja-kerja yang perlu disiapkan segera…..  sejerus selepas itu kami mendapat arahan untuk mengosongkan bangunan daripada pihak pengurusan kerana didapati berlaku kebakaran di Parkson (lokasi belum comfrim sebenarnya pada waktu itu)  dengan keadaan cemas para  penghuni bangunan berarak   turun dengan menggunakan tangga kerana lift telah dimatikan bagi tujuan keselamatan…….

Tiba  di bawah,  kelihatan  sudah  begitu ramai orang  yang   berkumpul dan memerhatikan apa yang akan terjadi. (api belum nampak la…. tapi bau asap memang ada hehee…) kelihatan  juga   tiga buah kenderaan bomba  telah mengambil lokasi masing-masing sebagai  langkah   berjaga-jaga…  pada masa yang sama  kelihatan  beberapa ahli bomba yang keluar masuk bangunan bagi mengawal dan memantau  keadaan (rasanya) dan  tidak kurang juga beberapa anggota polis yang bertindak mengarahkan  orang ramai  agar   keluar dari bangunan…….

Setelah berbincang sesama,  dan oleh kerana tiada juga api yang kelihatan…..  enam orang daripada kami sepakat untuk naik semula untuk menyelamatkan  buku-buku perkhidmatan kakitangan…. fuhh.. kesian kita  oohh klu buku tu terbakar…………  umpama terpadam la sudah riwayat kita  dalam perkhidmatan awam ini hehe……..  disamping itu, kunci-kunci kenderaan jabatan juga diambil dan atas arahan pegawai berkuasa kenderaan jabatan yang masih berada di kawasan letak kenderaan di bawah bangunan telah berjaya dialihkan ke kawasan selamat……..

Melalui sumber yang diterima  pagi  tadi  punca kejadian adalah bermula daripada kepulan asap yang keluar daripada wayar eletrik di tingkat dua dan menyebabkan lonceng penggera berbunyi………. Mungkin litar pintas la tu kan…. Syukur alhamdulilah hari ini dapat menjalankan tugas seperti biasa… punca masalah kelmarin telah berjaya diselesaikan oleh pihak berwajib… terima kasih banyak-banyak diucapkan… kepada warga pentadbiran, bah susun  buku-buku perkhidmatan awam tu balik ke tempat asalnya….. !

 


NIBONG KUBUR – Tindakan biadab sekumpulan kaki dadah menjadikan tanah perkuburan Islam sebagai port untuk melepaskan gian, membawa padah apabila mereka dicekup polis dalam satu serbuan kira-kira jam 1 petang kelmarin.

Ketika ditahan, suspek berusia antara 20 hingga 40-an itu dipercayai sedang khayal selepas mengambil bahan terlarang itu. Bagaimanapun, mereka lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri, apabila menyedari kehadiran polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik di Tanah Perkuburan Syed Yahya itu.

Namun, mereka berjaya dicekup apabila polis sudah membuat kepungan awal di tanah perkuburan seluas kira-kira 200 meter persegi itu. Pemeriksaan lanjut mendapati, salah seorang daripada tujuh suspek yang ditahan, menyembunyikan 70 pil berwarna kemerahan disyaki dadah jenis Methapethamine dalam seluar dalam dipakainya, manakala seorang lagi suspek memiliki serbuk putih dalam botol dipercayai dadah jenis Heroin yang ditemui dalam beg sandangnya.

Turut dirampas dalam serbuan terbabit termasuk beberapa buah motosikal milik suspek dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun untuk pemeriksaan lanjut. Ketua Polis Daerah, Supritendan Dahlan Mohd Noor ketika mengesahkan tangkapan memaklumkan, kesemua suspek masing-masing berasal dari Kampung Sungai Buaya dan Bijangga itu ditahan, untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15(1) serta 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/…-kubur-1.34636


 KULIM – Seorang Isteri beranak satu berusia 22 tahun, yang bekerja di sebuah kilang di Prai, ditangkap khalwat bersama empat lelaki lain di sebuah rumah teres, kira-kira jam dua pagi, oleh Pegawai Penguat Kuasa, Pejabat Agama Islam Kulim Kedah (PADK) dengan bantuan polis dan pasukan Rela.

Juru cakap PADK berkata, mereka telah beberapa kali menerima aduan orang awam berkenaan rumah pasangan perempuan itu kerap dimasuki lelaki terutama pada waktu malam dan lewat pagi. “Setelah menerima aduan, PADK bersama lima anggota penguat kuasa yang dibantu polis dan pasukan Rela mengepung rumah itu. PADK terpaksa menunggu beberapa minit sebelum pintu rumah dibuka.

Selepas memperkenalkan diri, PADK membuat pemeriksaan terhadap rumah itu dan menemui empat lelaki dan seorang perempuan di dalam rumah. “Dari siasatan dijalankan, semua terlibat tidak mempunyai sebarang hubungan mahram. Pasangan perempuan pada mulanya mendakwa dia telah bercerai tetapi setelah diminta menunjukkan surai cerai, dia gagal berbuat demikian. Dia mengaku mempunyai seorang anak berusia 3 tahun dan tinggal bersama ibunya. Dia tinggal berseorangan di rumah itu kerana suaminya ditahan polis,” katanya. Setelah siasatan, polis mendapati empat lelaki yang berada dalam rumah bersama pasangan perempuan kelihatan mencurigakan.

Polis dan PADK membuat pemeriksaan dan menemui tempat menghisap dadah yang tersorok di bahagian dapur serta peralatan dan tiub yang digunakan untuk menghisap syabu dalam dua kotak rokok. Dari siasatan dibuat, semua terlibat mengaku menghisap syabu. Suspek mengaku membeli bekalan dadah daripada seorang kenalan dengan harga RM100. Mereka semua digari dan dibawa ke Balai Polis Kulim untuk siasatan. “Semua terlibat dibawa ke Balai Polis Kulim untuk menjalani ujian air kencing sebelum dibawa ke PADK untuk diambil keterangan. Mereka disiasat mengikut Seksyen 9 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988 kerana berkhalwat. Jika sabit kesalahan mereka boleh dihukum penjara setahun atau denda RM2,000,” katanya.


Syukur alhamdulillah… akhirnya terlaksanalah sudah Program Kem Maju Diri Pelajar 1Malaysia pada 10 – 13 Mac 2012 yang telah diadakan di sekolah SMK Datuk Peter Mojuntin, Penampang….

Mesej antidadah yang berjaya disatukan oleh para kumpulan peserta kem… Huruf “A” di mana ya..? hihii… 

Berbanyak-banyak ucapan terima kasih kepada PEMADAM Negeri Sabah, selaku penganjur program kerana menjemput AADK Negeri Sabah sekali lagi dalam bersama-sama mengendalikan aktiviti-aktiviti program

Sempena Program Kem Maju Diri Pelajar  1Malaysia. Untuk makluman program ini telah disertai oleh para pelajar yang terpilih daripada enam buah sekolah daripada daerah Penampang, Sabah…  Bagi aktiviti pembahagian kumpulan, kami telah menamakan kumpulan seperti C&C, CCH, CCSC, CCRC dan Skuad 1Malaysia…. antara tujuannya adalah sebagai mempromosikan lagi produk-produk terbaru yang ada di AADK..   hahaa.. senang sarita, untuk lebih lanjut baca keratan suratkhabar tersebut.. hehe…

Sedutan Video Berita Wilayah TV 1, Jam 5.00 Petang bertarikh 14 Mac 2012

Wahh… berminat sungguh adik-adik nih mau joint program nie di masa akan datang … hehe..

Fuyoooo.. ini logo baru C&C kah…? bagus2 kreatif hehe…..

Alamak nih plak logo baru CCRC keke… tahniah….! ;)

Klik Sini : https://www.facebook.com/#!/media/set/?set=a.335268403189872.92009.100001201459352&type=1

Inilah antara muka-muka fasilitator AADK Negeri Sabah…….. Santik2 & Somboy2 bh kan..  haha..

Jeng-jeng… Membingkai Kenangan bersama peserta kem di akhir majlis penutupan program………. ;)

Semoga apa yang dipelajari dapat diaplikasi dalam kehidupan seharaian, terutamanya dalam penolakan pengaruh dadah…. “HIDUP SIHAT TANPA DADAH” Oklah… setakat ini dulu.. ada masa akan diupdate nanti… k…. ;)


KOTA BHARU- Seorang lelaki yang namanya sama dengan bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein menarik perhatian awam apabila dia dituduh memiliki dadah di Mahkamah Majisteret di sini semalam. ‘Saddam Hussin Kelantan’ atau nama sebenarnya Nour Saddam Hussin, 19, didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki 90 pil eramin 5 seberat 1.8 gram, Selasa lalu.

Nour Saddam yang berasal dari Tanjung Mas dan bekerja sebagai penjual kain dituduh melakukan kesalahan itu pada jam 1.10 petang, 13 Mac 2012. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad di hadapan Majistret Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazaly. Kelibatnya mendapat perhatian apabila juru bahasa yang membacakan pertuduhan menyebut namanya sama dengan bekas pemimpin negara Islam tersebut.

Dia juga mengaku bersalah pada pertuduhan itu bagaimanapun hukuman ditangguhkan bagi mendapatkan laporan kimia berat sebenar dadah berkenaan. Kes disambung semula 10 Jun depan, sementara tertuduh dibenarkan diikat jamin RM4,500 dengan seorang penjamin. sumber sinar harian ..


Pil kuda perisa vanila

GEORGETOWN: Pelbagai taktik digunakan sindiket pengedaran dadah untuk menarik perhatian pelanggan dan terbaru, sekumpulan empat ahli sindiket yang menjadikan sebuah rumah di Bandar Baru Air Itam di sini, sebagai makmal mini, menghasilkan pil kuda berperisa vanila.

Kegiatan tiga lelaki dan seorang wanita mengandung tujuh bulan itu terbongkar selepas mereka ditahan dalam serbuan di pangsapuri berkenaan, petang kelmarin ketika sedang memproses pil kuda berkenaan.

Difahamkan, semua ahli sindiket berusia 23 hingga 54 tahun itu pakar menghasilkan pil kuda dan mempunyai beberapa rekod jenayah berkaitan dadah.

Sindiket itu dikesan menggunakan perisa vanila sebagai satu daripada ramuan ketika menghasilkan pil kuda untuk memberikan kelainan rasa dan menarik perhatian pelanggan mereka. Penggunaan perisa itu juga dikatakan dapat mengelak bau kurang menyenangkan yang terhasil ketika mereka memasak pil kuda terbabit.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang, Superintendan S Batumalai berkata, serbuan dilakukan hasil maklumat orang awam dan pihaknya merampas 1,315 pil WY serta 649 gram serbuk dadah, peralatan memproses dan bahan kimia yang digunakan untuk menghasilkan pil berkenaan.

 


MIRI: Bernafsu binatang dan berhati syaitan. Begitulah perumpamaan untuk seorang lelaki yang sanggup meratah anak rakan berusia 13 tahun selepas memberikan sebotol air mineral dipercayai dimasuk pil khayal sebelum merogolnya dalam semak berdekatan kediamannya di Bekenu, dekat sini, malam kelmarin.

Kejadian berlaku jam 9 malam, apabila mangsa yang juga pelajar dipercayai dalam keadaan separuh sedar sebaik meminum air diberikan sebelum diusung ke kawasan semak dan dirogol. Difahamkan, kejadian berlaku ketika ketiadaan ibu bapa mangsa kerana keluar bekerja dengan suspek mengambil kesempatan berkunjung ke rumah mangsa dengan alasan mahu bertemu bapanya. Menurut sumber, mangsa tidak menaruh syak wasangka mempelawa suspek memasuki rumah sementara menunggu ibu bapanya pulang.

Katanya, ketika itu, suspek dikatakan memberi sebotol air mineral yang diletakkan pil khayal menyebabkan mangsa pening. “Melihat keadaan mangsa ketika itu, suspek mengusungnya ke dalam semak berdekatan rumah lalu merogolnya. Dalam keadaan separuh sedar, mangsa cuba melawan, namun tidak terdaya sebaliknya suspek terus melakukan perbuatan durjana itu. “Sebaik selesai meratah, mangsa dibiarkan dalam semak sebelum suspek beredar. Mangsa yang masih trauma memaklumkan kejadian kepada keluarganya,” katanya.

Kata sumber lagi, susulan itu, keluarga mangsa membuat laporan di Balai Polis Pusat Bintulu sebelum kes berkenaan dirujuk ke Balai Polis Pusat Mir. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mun Kock Keong, ketika dihubungi mengesahkan laporan kejadian.


SAIRIN (kiri), menyampaikan poster dan risalah kesedaran mengenai dadah kepada seorang penduduk, disaksikan Bakri (tengah).

4th March, 2012

KENINGAU: Golongan belia berumur antara 19 hingga 39 tahun telah dikenalpasti sebagai golongan yang paling ramai dikesan mengambil dadah.

Sehubungan dengan itu tumpuan diberikan khusus kepada golongan ini dari segi pendidikan pencegahan, rawatan, perubatan dan pemulihan serta juga pengesanan dan pengawasan, untuk membantu diri sendiri dan rakan sebaya mereka daripada terus terlibat dalam kegiatan tidak sihat ini.

Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan Bahagian Negeri Sabah, Bakri Bibi berkata, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), telah menubuhkan Program Sukarelawan Skuad 1Malaysia sebagai satu program utama pencegahan, publisiti dan kesedaran awam bagi agensi itu mengenai salah guna dadah.

Bakri berkata demikian di Majlis Program Skuad 1Malaysia Daerah Keningau anjuran agensi berkenan dengan kerjasama GDW Kg.Merampong, Apin Apin disini. Program tersebut dirasmikan oleh Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Sairin Karno.

Menurut Bakri lagi, idea skuad 1Malaysia dicetuskan atas keinsafan dan kesedaran agensi itu sebagai pelengkap kepada sebuah masyarakat yang aman dan harmoni, selain merupakan medium perantara untuk merapatkan jurang antara AADK dan belia dalam usaha untuk menggerakkan belia membanteras dadah.

“Skuad 1Malaysia memberi peluang kepada golongan belia yang berminat untuk membantu kerajaan dalam bidang pendidikan pencegahan, publisiti dan juga kesedaran awam memastikan program yang disediakan berupaya membantu mencapai matlamat negara bebas dadah menjelang tahun 2015,” kata Bakri.

Katanya, belia sebagai pelapis kepimpinan negara di masa depan perlu mempunyai pengetahuan dalam semua aspek ini bagi menolak gejala dadah sekaligus memupuk semangat kecintaan terhadap budaya tolong-menolong sesama ahli dan melaksanakan program–program pencegahan dan mememerangi ancaman dadah melalui program itu.

Beliau berkata, melalui program itu, AADK dapat menyampaikan maklumat terkini berkenaan dengan transformasi dalam bidang rawatan, perubatan dan pemulihan dalam membantu kearah proses pemulihan seseorang yang memiliki masalah berkaitan dengan dadah.

“Konsep rawatan secara sukarela dan tanpa paksaan ini adalah bersifat open acces atau memberi ruang dan peluang untuk berubah dan terus menjauhi dadah menerusi program-program yang menggabungkan unsur psikososial, kerohanian dan juga perubatan kesihatan untuk memberi peluang rawatan dan perubatan terhadap individu yang ingin kekal pulih dan bebas dari dadah,” kata Bakri.

Dimana AADK Keningau turut menawarkan perkhidmatan itu kepada mereka yang mahu dipulihkan dan bebas dari masalah dadah.

Katanya, pihak AADK Negeri Sabah mengharapkan masyarakat khususnya golongan remaja dan belia dapat bersama dengan agensi itu untuk mengorak langkah dengan membentuk satu pasukan sukarela dan bersifat community oriented policing dan smart partnership yang digerakkan sebagai mata dan telinga AADK untuk memerangi ancamanan dadah di kawasan masing-masing.

Sumber : http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/56690


KOTA KINABALU: “Daripada bekerja sebagai kuli di restoran dengan gaji tidak seberapa, lebih baik saya menjual syabu kerana ia lebih menguntungkan. “Duit yang saya peroleh bukan saja dapat menampung perbelanjaan seharian, tetapi juga menanggung dua lagi adik yang masih bersekolah,” kata seorang kanak-kanak yang menjadi pengedar kecil-kecilan dadah ketika ditemui di Sembulan, di sini.

Menurut kanak-kanak itu yang hanya mahu dikenali sebagai Alga, 11, upah menjual syabu turut diberikan kepada ibunya bagi meringankan beban keluarga. Tinjauan di sekitar Sembulan dan Sepanggar, di sini, mendapati, beberapa kanak-kanak berusia sembilan, 10 dan 11 tahun dijadikan sasaran pengedar untuk menghantar bekalan dengan upah kecil tetapi cukup bernilai bagi mereka. Difahamkan, kanak-kanak terbabit diberi upah mengikut berat paket iaitu antara RM5 hingga ke RM7 untuk sekali penghantaran.

Siasatan mendapati, kanak-kanak itu yang kebanyakannya tidak bersekolah bergerak bersendirian, termasuk diberikan telefon bimbit milik pengedar. “Saya menjadi penghantar bermula seawal jam 8 pagi hingga 7 malam. Saya mengambil keputusan berhenti sekolah selepas ayah tidak mampu menanggung yuran persekolahan selain ketiadaan dokumen,” katanya. Menurutnya, dia pernah cuba bekerja sebagai buruh namun tidak dapat bertahan lama kerana terlalu berat. “Saya kemudian bekerja di restoran makanan laut tapi hanya bertahan beberapa bulan kerana pendapatan tidak seberapa.

“Saya berhenti dan bekerja dengan mengumpul tin untuk dijual, namun pendapatannya juga tidak seberapa,” katanya. Menceritakan lebih lanjut, Alga berkata, seorang kenalannya yang juga pengedar dadah memujuknya bekerja bersama-sama. “Saya menerima tawarannya sebagai budak penghantar syabu sehingga sekarang. Hanya seminggu menjual dadah, saya mampu memperoleh pendapatan sekitar RM500,” katanya. Menurut Alga, kebanyakan pelanggan adalah dari sekitar bandar raya ini, termasuk wanita. “Saya tak pandai menghisap dadah, sebaliknya hanya menjual untuk memperoleh wang,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi rakannya yang hanya dikenali sebagai Kalil, 10, yang turut menjual dadah mengakui pekerjaan itu sangat berisiko tetapi lumayan. “Saya mampu membeli telefon bimbit canggih dan menikmati kehidupan lebih baik walaupun menyedari hukuman bakal menanti jika dicekup polis. “Malah jika ada wang lebih, saya akan serahkan kepada ibu untuk menampung perbelanjaan harian,” katanya.


PETALING JAYA – Tembakau jenis ‘pan parag’ yang dijual di sekitar Lembah Klang dikatakan menjadi medium terbaru pelajar sekolah menengah khususnya untuk melepaskan gian sehingga menyebabkan ketagihan.

Tembakau ini secara kasarnya sama dan tiada beza dengan tembakau biasa namun setelah mengunyahnya, seseorang itu boleh khayal selama 24 jam.

Ia menjadi pilihan popular di kalangan golongan remaja berikutan bekalannya mudah diperolehi di pasar malam dan kedai runcit selain harganya serendah 70 sen sepeket.

Lebih mengejutkan, tembakau ini dijual secara berleluasa antaranya di sekitar Sri Muda, Shah Alam, Masjid India, Jalan Chow Kit dan Jalan Pasar.

Pendedahan tersebut dibuat Persatuan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPA) dalam satu kajian yang dilakukan sejak November tahun lalu bagi membanteras gejala keruntuhan moral di kalangan remaja.

Presidennya, Ravi Ponnan berkata, tembakau tersebut berasal dari India dan jadi kegemaran warga Bangladesh, Nepal dan Myanmar.

““Pakar perubatan India juga memboikot selepas kajian mendapati tembakau jenis ini bu:kan sekadar mendatangkan ketagihan, bahkan mampu menyebabkan kanser,” katanya.

Dalam pada itu Ravi berkata, hasil kajiannya juga berjaya mendedahkan wanita warga China yang membawa beg galas menjual air perangsang seks di sekitar Jalan Chow Kit dan Jalan Petaling.

“Biasanya ia digunakan oleh penjenayah dengan menitiskan cecair itu ke dalam minuman dan sejurus meminumnya, mereka akan khayal serta nafsu seks mereka melonjak,” katanya.

Menurutnya, wanita China terbabit memasuki Malaysia sebagai pelancong dan mengambil kesempatan itu berniaga dengan menjual ubat itu pada harga RM35 sebotol.

Katanya, sehubungan itu, MCPA telah menghantar 10 memorandum berhubung kajian tersebut antaranya kepada Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak, Kementerian Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kastam Diraja Malaysia (KDRM) dan Jabatan Imigresen Malaysia.

“Kita memandang serius perkara ini kerana ia membabitkan masa depan generasi muda di negara ini,” katanya.


 26th February, 2012 TUARAN: Sukarelawan Anti Dadah (Skuad 1Malaysia) diwujudkan bagi membantu kerajaan menangani masalah dadah di Malaysia. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Haji Hajiji Haji Noor berkata, penyertaan sukarelawan dalam Skuad 1Malaysia menunjukkan sokongan padu masyarakat menghapuskan ancaman dadah terutamanya di kawasan daerah Tuaran.

Katanya, penyertaan golongan belia dan masyarakat daerah itu secara keseluruhannya boleh dijadikan langkah pertama bagi menangani permasalahan dadah di kawasan masing-masing. “Bagi kawasan yang tidak mempunyai masalah dadah di kawasan pentadbirannya, pengetahuan berkaitan masalah dadah juga masih perlu diketahui. “Kita bimbang sekiranya kita tidak mahu ambil tahu mengenainya, ia bukan sahaja merebak dalam masyarakat di bawah pentadbiran kita tetapi juga dalam keluarga kita sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya pada majlis pelancaran Skuad 1Malaysia anjuran bersama Angensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Tuaran, di Perkarangan Letak Kereta Bangunan Urusetia, di sini, kelmarin. Hajiji diwakili oleh Setiausaha Politiknya, Abdul Kassim Hj Razali. Beliau berkata, masalah dadah tidak ubah seperti “jerangkap samar” dan golongan belia sering menjadi sasaran utama gejala itu.

“Menyedari hakikat bahaya dadah, makakKerajaan Malaysia dan seluruh dunia menetapkan bahawa dadah adalah musuh nombor satu negara dan musuh yang harus dibenteras sehingga habis-habisan,” katanya. Hajiji berkata, Sukarelawan Antidadah diwujudkan sejajar dengan saranan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien dalam ucapan beliau pada awal tahun 2011 mengenai tujuh komitmen utama Kementerian Dalam Negeri dimana salah satu komitmen tersebut ialah Menggerakkan Gelombang Kesukarelaan.

“Justeru itu dengan kewujudan Sukarelawan Anti Dadah ini menjadi satu kewajipan kita untuk mengembeling tenaga dalam merealisasikan hasrat kerajaan Malaysia bebas dadah pada tahun 2015. “Jika kita hitung secara kasar tinggal tiga tahun sahaja lagi kita sama-sama merealisasikan hasrat kerajaan ini,” katanya. Sehubungan itu beliau menyeru para peserta yang mengambil bahagian dalam sukarelawan Antidadah itu agar menjadikan program seumpama ini sebagai jalan untuk berhibur atau melepaskan kebosanan kerana ianya boleh membawa manfaat untuk kecergasan dan kesihatan.

Sempena pelancaran Sukarelawan Antidadah itu beberapa program turut diadakan antaranya lawatan ke lima buah rumah di kampung Kionsom Lama, Kiulu, Ceramah Pencegahan Dadah dan Promosi Kinik “Cure&Care”, Program Khidmat Masyarakat bersama Komuniti dan sukan lasak White Water Rafting. Turut hadir, Pegawai Daerah Tuaran, Madiyem Layappan, Ketua Pegawai AADK Daerah Tuaran Asraf Hafiz Ruslan, Ketua Puteri Umno Tuaran Effaridun Datuk Ismail dan Pengerusi Skuad 1Malaysia Muhammad Zaini Hj Jali.

Sumber : http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/56479


KUALA TERENGGANU – Seorang bekas banduan menggeletar ketika membuat pengakuan bersalah terhadap pertuduhan merogol dan mengugut adik kandungnya dengan pedang, di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Wan Fadilah Nor Wan Idris di sini hari ini.

Tertuduh yang melakukan kesalahan sumbang mahram itu selepas dua hari dibebaskan daripada penjara akibat kesalahan dadah, kemudiannya dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan lima sebatan bagi kedua-dua kesalahan itu.

Dia dihukum penjara 11 tahun dan lima sebatan bagi kesalahan merogol dan penjara setahun bagi kesalahan mengugut tetapi perlu menjalani hukuman penjara 12 tahun dan lima sebatan selepas Hakim Wan Fadilah Nor memerintahkan hukuman penjara berjalan secara berturutan.

Terdahulu, tertuduh yang berumur 37 tahun hanya tunduk dan mengangguk faham ketika kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Fadilah Nor.

Dalam keadaan menggeletar, dia kemudiannya mengaku salah. Dia didakwa telah secara paksa merogol adik perempuannya yang berumur 24 tahun di belakang sebuah rumah di Kuala Besut pada 10.30 malam, 10 Februari lalu mengikut Seksyen 376A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang enam tahun dan tidak melebihi 20 puluh tahun serta boleh dikenakan sebatan.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa telah mengugut mangsa dengan sebilah pedang dengan tujuan menakutkan mangsa supaya tidak membuat laporan polis bersabit kejadian itu mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Tertuduh tidak diwakili peguam manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nazlyza Mohd Nazri. – Bernama


MIAMI: Seorang remaja nakal yang hanya tinggal separuh kepala berikutan satu kemalangan, semalam menyalahkan arak dan dadah yang menyebabkan wajahnya agak jelik. Ini kali pertama remaja itu bercakap mengenai kemalangan itu. Carlos ‘Halfy’ Rodriguez, yang lebih dikenali sebagai Sosa, kehilangan sebahagian besar otak dan tengkoraknya selepas terbabit dalam kemalangan yang menyebabkan dia tercampak keluar menerusi cermin depan kereta sebelum jatuh kepala dulu di atas jalan raya.

Dalam satu video baru, dia menggunakan pengalamannya untuk menasihat orang ramai supaya tidak minum arak dan mengambil dadah. Doktor terpaksa memotong sebahagian besar daging dan tulang kepala untuk menyelamatkan dia dan sejak itu dia meneruskan kehidupannya di Miami, Florida. “Saya khayal kerana mengambil dadah. Saya memandu dan melanggar tiang yang menyebabkan saya tercampak keluar menerusi cermin depan,” katanya dalam mesej menerusi You Tube. Sambil menunjukkan kepalanya ke arah kamera, dia berkata: “Dan inilah akibatnya.

Kerana itu, adalah tidak bagus untuk minum arak atau mengambil dadah dan kemudian memandu. Ia tidak bagus,” katanya. Menurut akhbar Jerman, Bild, Sosa mengalami kemalangan itu ketika berusia 14 tahun. “Saya bersama seorang sepupu dan seorang rakan, mencuri kereta. Kami memandu terlalu laju dan hilang kawalan hingga menyebabkan kemalangan,” katanya ‘Rodriguez menjadi terkenal dua tahun lalu selepas dia ditahan atas dakwaan cuba melanggan pelacur. Polis Miami berdepan dengan masalah dalam menyediakan laporan.

Dokumen itu tidak mempunyai nama, kecuali perkataan ‘Separuh Kepala.’ Gambar yang menunjukkan dia tidak berdahi dan bahagian atas kepala termasuk ke dalam tersebar ke seluruh dunia tetapi ramai yang menyangka ia berita palsu. Bagaimanapun, video baru itu membuktikan dia dan kecederaan melampaunya itu memang benar. Tetapi, walaupun dengan mesej yang serius untuk menjauh narkotik, Rodrizuez kelihatan masih jauh daripada mengubah gaya hidupnya apabila dia mengaku masih menghisap dadah.

Dalam kenyataan mengejutkan, dia menuduh Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama juga berbuat demikian. “Ini yang saya lakukan setiap hari, menghisap dadah,” katanya. “Obama ialah Presiden Amerika Syarikat dan dia juga menghisap dadah. Dan kenapa saya tidak boleh menghisapnya.” ‘Halfy’ bukan satu-satunya orang yang terselamat dan menjalani kehidupan dengan separuh kepala. Di Britain juga ada beberapa orang sepertinya.

Remaja belasan tahun, Ben Maycock bernasib baik kerana terselamat selepas diserang dengan tukul besi yang menyebabkan sebahagian besar tengkoraknya lekuk pada 2010. -

DM sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/Wa…adadah/Article


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Sukacita dimaklumkan bahawa Program Sukan Air Skuad 1Malaysia Bersama Membasmi Dadah akan diadakan pada 18 Februari 2012 (Sabtu), jam 8.00 mlm dan bertempat di Kg. Gas, Sandakan.

Sehubungan itu, semua orang ramai khususnya lapisan masyarakat disekitar tersebut adalah dijemput hadir bagi memeriahkan lagi temasya tersebut.

Apa itu Skuad 1Malaysia?

SKUAD SATU MALAYSIA: – Sukarelawan Antidadah 1 Malaysia

  • Sukarelawan Antidadah (SKUAD 1MALAYSIA) diwujudkan sejajar dengan saranan YB Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di dalam ucapan beliau pada awal tahun 2011 mengenai 7 komitmen utama Kementerian Dalam Negeri di mana salah satu komitmen, iaitu komitmen yang ke 7: Menggerakkan Gelombang Kesukarelaan.

  • Semangat kesukarelaan perlu diperluaskan dalam kalangan masyarakat Malaysia terutamanya di dalam membantu kerajaan memerangi permasalahan dadah. Matlamat utama penubuhan Sukarelawan AADK (SKUAD 1MALAYSIA) ialah supaya semua sukarelawan ini bertindak dan bergerak sebagai satu pasukan yang membantu pihak kerajaan khususnya AADK dalam menangani masalah dan ancaman dadah.

Gabungan Sukarelawan AADK (SKUAD 1MALAYSIA) terdiri daripada Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD), Ahli Lembaga Pelawat, Rakan Antidadah (RADA), Masyarakat Antidadah (MAWADAH), Persatuan Alumni Agensi Antidadah Kebangsaan (PENDAMAI) dan Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS).

  • Objektif Skuad 1Malaysia adalah seperti berikut:
  1. Membantu pihak kerajaan khususnya AADK di dalam membanteras penyalahgunaan dadah;
  2. Menggerakkan program-program dan aktiviti pencegahan dadah di dalam komuniti;
  3. Memberi sokongan dan membantu bekas-bekas penagih dadah bagi mengekalkan kepulihan total; dan
  4. Memastikan penglibatan anggota masyarakat di dalam merealisasikan masyarakat bebas dadah.

p/s – akan diupdate kemudian. ;)

 


ALOR SETAR, 16 Feb — Mahkamah Tinggi di sini Khamis menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang peniaga pakaian warga Nigeria selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis kanabis seberat 10.886 kilogram, dua tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Zaki Abdul Wahab menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Mamadou Cire Magassouba, 30, setelah pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Dia didapati bersalah mengedar sejumlah dadah itu di hadapan kaunter tiket Suasana Jelita Sdn Bhd, tingkat bawah stesen bas, Lebuhraya Bukit Kayu Hitam, gerai MDKP Pekan Baru, Changlun, kira-kira pukul 2.30 petang pada 14 Sept 2010.

Dia dituduh mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama, yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Tertuduh telah berkahwin dengan seorang wanita Vietnam dan mempunyai seorang anak perempuan. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Noor Fadzila Ishak manakala tertuduh diwakili peguam Ali Munawar Razak.

Tragedi perokok

Posted: 17 Februari 2012 in Isu semasa / Racun, Rokok

FLORIDA: Seorang lelaki hilang beberapa batang gigi selain cedera lidah dan wajahnya melecur teruk apabila rokok elektronik yang dihisap dalam usaha meninggalkan tabiat merokok, meletup dalam mulutnya disebabkan kerosakan bateri.

“Bateri rokok elektronik itu melayang ke dalam almari menyebabkan kebakaran,” kata ketua Jabatan Bomba Teluk Utara, Joseph Parker. Laman Facebook mendedahkan lelaki itu sebagai Tom Holloway, 57. Holloway berada di pejabat ketika alat itu meletup, menyebabkan kusyen kerusi, gambar, permaidani dan peralatan pejabat terbakar.

Bekas bateri yang ditemui di atas permaidani yang cair sebesar cerut. Penyiasat tidak tahu jenama rokok berkenaan, jenis bateri atau usia peralatan itu, kata Parker. Baterinya boleh dicas semula kerana tempat mengecas dan bateri lain ada dalam bilik itu, katanya.

Parker juga mengakui itulah kali pertama mendengar kejadian seumpama itu. Sementara itu, pengasas bersama ‘Tobacco Vapor Electronic Cigarette Association’, Thomas Kiklas, berkata industri itu tidak mengetahui ada sebarang masalah dengan rokok elektronik atau bateri meletup.

Kiklas berkata, rokok plastik termasuk bateri kecil dan katrij. Bateri bertujuan menjadi cas elektrik apabila alat itu disedut. Set mengecas melepaskan wap dalam tiub rokok. Bauan yang dipenuhi nikotin itu memberikan rasa dan pengalaman merokok tanpa asap.

Kiklas memetik laporan persekutuan yang mendapati 2.5 juta rakyat Amerika menggunakan rokok elektronik tahun lalu. “Berbilion orang menghisap rokok ini dan kami tidak pernah mendengar kejadian seperti ini sebelum ini,” katanya. Industri tidak mendakwa rokok elektronik membolehkan perokok mengikis tabiat itu, cuma ia adalah alternatif lebih sihat berbanding rokok biasa kerana kurang kimia.

Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) memberi amaran mengenai rokok berkenaan dalam laman webnya Oktober lalu dan berkata ia boleh menyebabkan ketagihan, mungkin mengandungi kimia bahaya seperti nikotin dan menyebabkan kanak-kanak mencuba produk tembakau lain. – AP


LOS ANGELES: Penyanyi dan pelakon legenda, Whitney Houston, mati dalam bilik hotel disewanya selepas sekian lama bergelut dengan masalah ketagihan dadah dan alkohol, semalam.

Berusia 48 tahun, Whitney ditemui lemas dalam tab mandi oleh pengawal peribadinya. Menurut sumber, turut ditemui di bilik hotel itu, beberapa botol mengandungi ubat.

Katanya, paramedik berusaha menyedarkan penyanyi terbabit tetapi dia akhirnya disahkan mati pada jam 3.55 petang (waktu tempatan) semalam. Anak perempuan Whitney, Bobbi Kristina, 19, dilaporkan menjerit-jerit dan bertengkar dengan polis yang enggan membenarkannya masuk ke Hotel Beverly Hilton untuk melihat mayat ibunya.

Rakan sepupu Whitney, Dionne Warwick, yang turut bergegas ke hotel itu berkata, Bobbi “tidak dapat dipujuk” sesiapa Setakat ini, punca kematian Whitney belum diketahui.

Sumber berkata, tiada ubat larangan ditemui di suite tingkat empat hotel berkenaan, tetapi petang kelmarin, Whitney dilihat berfoya-foya berlebihan, selain mabuk dan berborak dengan kuat di lobi.

 Ketika mayat penyanyi itu diusung ke ambulans, beberapa ela dari situ, sejumlah selebriti, termasuk Britney Spears dan Kim Kardashian mengambil bahagian dalam majlis parti menjelang Anugerah Grammy di hotel sama.

Whitney sepatutnya hadir di majlis yang dianjurkan mentornya, Clive Davis. Suasana parti itu bertukar apabila Davis memberikan penghormatan kepada Whitney sebelum berkata: “Tuan-tuan dan puan-puan, mari kita mulakan muzik.” Selebriti turut memberi penghormatan kepada Whitney sepanjang malam.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutig Grammy, Neil Portnow, berkata majlis itu sama sekali tidak akan dibatalkan. Menganggap Whitney sebagai rakan, Portnow berkata, Jennifer Hudson akan mengadakan persembahan di majlis anugerah itu hari ini untuk memperingati penyanyi terbabit.

Berita kematian Whitney mendorong ramai tokoh terkenal turut memberi penghargaan terhadap penyanyi yang terkenal itu. Menurut Simon Cowell, Whitney adalah “diva sebenar” dan seorang daripada penyanyi memiliki suara terhebat pernah didengarnya.

Rihanna pula berkata, dia menangis apabila mendapat tahu kematian Whitney, manakala Mariah Carey terlalu sedih kerana kehilangan seorang kawan. Mitch Winehouse, bapa Amy Winehouse – penyanyi yang mati akibat ketagihan dadah tahun lalu – berkata muzik Whitney dan anaknya akan kekal selamanya.

Sumber tidak disahkan berkata, Whitney ditemui bersendirian dalam tab mandi dan mungkin mati akibat lemas. Jurucakap polis mengesahkan, mereka menerima panggilan dari hotel itu pada jam 3.43 petang dan tiba di tempat kejadian beberapa minit kemudian. – DM

Sumber : Hmetro


KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki yang baru dibebaskan penjara Rabu lalu, bukan saja tergamak merogol adiknya yang sedang haid, malah mengugut bunuh mangsa dengan menghunus pedang ke lehernya supaya tidak membocorkan onar itu.Dalam kejadian jam 10.30 malam kelmarin di Kampung Gong Manok, Kuala Besut, Besut, suspek memaksa mangsa keluar bersamanya dengan mengacukan pedang ke leher untuk mencari bapa saudara mereka di kampung itu.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Zakaria, apabila mendapati bapa saudara mereka tiada di rumah, suspek menarik mangsa ke belakang kediaman itu dan menolaknya sehingga jatuh serta merogol mangsa.
“Mangsa yang enggan membuka pakaian seperti diarah suspek, ditumbuk di perut menyebabkannya menangis kesakitan.

“Suspek yang berang melihat mangsa menangis mengacukan pedang dan merogolnya. Sebaik selesai melakukan perbuatan terkutuk itu, suspek bertanya mangsa yang sudah berkahwin sama ada akan melaporkan kejadian kepada polis.

“Sebaik mangsa menjawab dia akan melaporkan perkara itu, suspek mengugut membunuhnya di tempat kejadian menyebabkan mangsa ketakutan dan mengiyakan kehendak suspek supaya tidak melaporkan kejadian itu,” katanya.

Kamaruddin berkata, mangsa berjaya melepaskan diri ketika suspek melepaskan tangannya sebelum berlari ke rumah mereka yang terletak tidak jauh dari lokasi kejadian dan meminta pertolongan jiran supaya menghantarnya ke tempat bapa tiri mereka sedang memancing.

“Mangsa membuat laporan polis sebelum suspek ditahan tidak lama selepas itu. Ujian awal saringan air kencing terhadap suspek mendapati dia positif dadah jenis morfin,” katanya

JAKARTA: Polis Jambi berkata, seorang lelaki yang ditahan kerana memiliki serbuk methamphetamine ketika menghadiri majlis yang dipengerusikan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono di Desa Pudak, Muarojambi, Jumaat lalu turut mengambil dadah itu tiga jam sebelum majlis bermula.

“Dia mengambil syabu kira-kira jam 5 pagi, iaitu tiga jam sebelum datang ke lokasi majlis yang dihadiri Susilo,” kata jurucakap Polis Jambi, Komisioner Kanan Adjutan Almansyah merujuk kepada suspek yang dikenali sebagai Sabda Janata bin Jefri Hanter,26.

Almansyah berkata, polis akan mendakwa Sabda bukan saja kerana memiliki dadah, tetapi juga kerana peranannya sebagai pengedar dadah. – Jakarta Post

Sumber : Hmetro


Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
wanasr@hmetro.com.my

IPOH: Seorang wanita berusia 31 tahun disifatkan jutawan dadah paling kaya apabila menjadikan rumahnya sebagai makmal memproses dadah kerana polis yang menyerbu rumah teres dua tingkat di Malim Nawar di sini, merampas dadah Ecstasy bernilai lebih RM20 juta.

Wanita itu membeli rumah berkenaan yang kemudian dijadikan tempat memasak, mengisar dan membentuk pil ecstasy bersama teman lelakinya.

Antara peralatan digunakan ialah ketuhar gelombang mikro, mesin pembancuh kopi dan mesin pemampat yang dianggarkan bernilai tidak sampai RM1,000.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahalan, berkata kejayaan menumpaskan sindiket memproses ecstasy itu hasil risikan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak bersama anggota JSJN Ibu Pejabat Polis Daerah Kampar sejak beberapa minggu lalu.

Menurutnya, pasukan diketuai Inspektor Muhammad Ikhbal Mohd Isa menyerbu rumah di Taman Malim Permai, Malim Nawar, Kampar, jam 9 pagi, Jumaat lalu. “Ketika serbuan, suspek bersendirian di rumah itu manakala teman lelakinya dipercayai sempat melarikan diri. Hasil serbuan polis menemui tujuh serbuk berlainan warna yang disimpan dalam guni.

“Serbuk seberat 46.2 kilogram itu dadah Ecstasy manakala 126 gram serbuk lagi dadah ketamin,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini, semalam.

Menurutnya, polis turut merampas dua botol mengandungi cecair asid, alat penimbang, ketuhar gelombang mikro, mesin pembancuh kopi, alat pengering dan beberapa peralatan yang digunakan bagi memproses dadah.

“Keseluruhan berat serbuk yang dirampas itu boleh menghasilkan lebih 462,000 biji pil Ecstacy. Jika sebiji Ecstasy ini berharga RM20, ia boleh mencecah RM9.2 juta mengikut harga pasaran,” katanya.

Namun difahamkan, pil ecstasy itu boleh menghasilkan RM23.1 juta berikutan harganya meningkat sehingga RM50 sebiji jika dijual di pasaran gelap dan pusat hiburan.

Menurutnya, polis turut merampas sebuah kereta Toyota Vios dipercayai digunakan untuk menghantar bekalan dadah berkenaan. “Ketika serbuan, polis mendapati suspek menggunakan setiap ruang termasuk dapur dan bilik tidur untuk menyimpan dan memproses dadah.

“Siasatan mendapati suspek tiada rekod jenayah dan dia direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. Mohd Shukri berkata, sindiket itu dipercayai mula aktif memproses dadah sejak beberapa bulan lalu sebelum mengedarkannya di sekitar Lembah Kinta termasuk Tapah, Kampar, Batu Gajah dan Ipoh.

Rampasan terbaru itu adalah kejayaan kedua JSJN Perak selepas satu sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang beroperasi di dusun durian di Taiping, ditumpaskan Selasa lalu.

Dalam serbuan itu, polis merampas dadah jenis syabu seberat 3.69 kilogram bernilai lebih RM1 juta.

Sumber


KOTA BHARU- Hanya kerana ingin mendapatkan bekalan rokok, seorang pelajar di sebuah sekolah menengah di sini sanggup ponteng sekolah bagi melunaskan hajatnya itu di samping mengambil upah menggali telaga untuk tujuan terbabit.

Pelajar berkenaan ketagih rokok dan kini menghisap lima batang rokok hampir setiap hari untuk melepaskan ketagihannya.

Dia yang enggan mendedahkan identitinya itu berkata, dia mula kenal dengan rokok selepas diperkenalkan rakan-rakannya yang juga hanya mencuba untuk suka-suka.

“Saya berasal dari keluarga yang susah dan dibesarkan dalam keluarga yang ramai. Pergi sekolah pun hanya cukup makan, namun kerana ketagihan kepada rokok saya sanggup bekerja bagi mendapatkan bekalannya,” katanya ketika ditemui dalam operasi ponteng bersepadu Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kota Bharu baru-baru ini.

Menurutnya, walaupun sedar dengan kemiskinan keluarganya, namun dia terpaksa bekerja bagi mendapatkan bekalan rokok terbabit.

“Saya juga ponteng sekolah kerana mengikut rakan dan hanya ingin berseronok dan melupakan kesusahan.

“Apa pun saya masih berharap dapat berubah dan menjadi insan yang berguna pada masa hadapan dan membantu keluarga kerana saya tidak mahu lagi hidup dibelenggu kemiskinan,” katanya.

sumber: http://www.sinarharian.com.my/edisi/…-rokok-1.22928


TEMERLOH: Kegiatan licik seorang guru berusia 32 tahun berstatus duda menjadi pengedar dadah kecil-kecilan di Tualang Hilir, Kerdau, di sini, terbongkar apabila dia ditahan dalam Ops Tapis yang dijalankan pihak berkuasa pada jam 5 petang, kelmarin.

Difahamkan, ketika serbuan, guru yang mengajar di sebuah sekolah menengah itu nekad merempuh sepasukan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) yang mengepungnya.

Bagaimanapun, lelaki terbabit gagal memboloskan diri terjatuh dari motosikal ditunggangi sebelum bertindak agresif dan bergelut dengan sepasukan anggota polis dalam usaha memboloskan diri.

Pada masa sama, polis merampas beg pinggang dipakai guru terbabit dan mendapati ia mengandungi satu tiub straw berisi ketulan kristal dipercayai syabu seberat 0.20 gram.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Nor Mansor, berkata selain itu, polis turut menemui lapan keratan kertas aluminium yang mengandungi beberapa ketulan pil jenis E5.

Menurutnya, polis turut merampas wang tunai RM463 dipercayai hasil kegiatan penjualan dadah dan alat timbang digital yang digunakan untuk menyukat syabu mengikut tempahan pelanggan.

Katanya, siasatan mendapati, guru terbabit sudah 13 tahun mengajar dipercayai terbabit dalam kegiatan haram berkenaan empat tahun lalu.

sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/art…cle/index_html


KANSAS: Seorang pelajar di negeri Amerika Syarikat mengalami kejutan ketika membuka buku yang baru diterima hasil tempahan di internet apabila satu plastik serbuk putih terjatuh dari dalamnya.

Pelajar Universiti Mid-America Nazarene, Sophia Stockton, membeli buku bertajuk Understanding Terrorism: Challenges, Perspectives and Issues untuk pengajiannya dari laman web Amazon.
Selepas membuka beberapa muka surat, bungkusan plastik berisi serbuk putih itu jatuh daripada dalam buku itu.
Pelajar itu yang bimbang serbuk itu mungkin bahan kimia beracun antraks segera menyerahkannya kepada balai polis terdekat.

“Saya beritahu anggota polis serbuk putih itu ada di dalam buku yang saya beli. Mereka mengambilnya dan mengujinya.

“Kemudian pegawai polis berkenaan datang semula dan bertanya sama ada saya membeli kokain bersama buku itu. Sudah tentu saya kata tidak,” kata Stockton.

Pihak polis menganggarkan kokain itu berharga AS$400 (RM1,200) dan pegawai keselamatan kini menyiasat bagaimana dadah itu boleh berada dalam buku berkenaan.
Stockton membeli buku itu yang sebelum ini milik orang lain daripada wakil Amazon, Warehouse Deals yang menjamin semua barangan jualan sudah diperiksa sebelum diberi kepada pelanggan.

Jadi, Stockton boleh memberi alasan buku itu mungkin tidak periksa terlebih dulu. Bagaimanapun, dia enggan menyalahkan penjual.

“Saya sudah banyak kali membeli daripada Amazon dan ini kali pertama ia berlaku. Saya tidak fikir Amazon bersalah dalam perkara ini.

“Sudah tentu mereka tidak mampu memeriksa semua barangan di gudang simpanan. Saya rasa dadah itu kepunyaan pemilik buku sebelum ini,” katanya. – Agensi


BANYAK…Mohamad Fakri (kanan) bersama anggotanya melihat daun ketum dalam yang dirampas di Sungai Jejawi. SERI ISKANDAR: Helah seorang lelaki yang mendakwa konon daun ketum dalam plastik dibawanya untuk diberikan kepada lembu ternakan gagal memperdaya polis apabila ditahan, semalam. 

Suspek berusia 57 tahun itu mendakwa konon daun ketum itu makanan berkhasiat untuk tumbesaran lembu ternakannya selain menggalakkan pembiakan. Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Fakri Che Sulaiman berkata, suspek yang didesak akhirnya mengaku mahu menjual daun ketum itu kepada peraih tempatan dengan harga RM20 sekilogram. “Suspek sebelum itu ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah yang melakukan Ops Tapis di sekitar Kampung Sungai Jejawi.

“Serbuan di rumah suspek dipercayai turut menyimpan daun ketum dalam stor sebelum menjualnya kepada peraih atau individu yang akan memprosesnya menjadi air khayal,” katanya. Menurutnya, siasatan mendapati plastik berisi daun ketum seberat 71 kilogram ditemui disembunyikan dalam kereta miliknya iaitu dua di bahagian tempat duduk depan manakala tiga plastik lagi dalam but. Click Here “Ketika serbuan, seorang lelaki berusia 26 tahun juga didapati singgah di rumah suspek untuk menghantar satu bungkusan plastik daun ketum seberat 10 kilogram.

“Polis percaya lelaki terbabit cuba menjual daun ketum itu kepada suspek yang bertindak sebagai ‘orang tengah’. Daun ketum itu kemudian dijual kepada individu dari Kuala Lumpur, Pulau Pinang serta beberapa lokasi lain,” katanya. Katanya, suspek mengaku memperoleh daun ketum itu daripada 40 pokok ditanamnya di belakang rumah selain dibeli daripada penduduk berhampiran. “Ujian air kencing suspek juga mendapati dia positif dadah jenis ganja. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 30(3), Akta Racun 1952 yang jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum empat tahun atau kedua-dua sekali,” katanya.

sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/20…060058/Article

 

SUBANG JAYA 1 Feb.-
 
Sebuah bilik hos bomba di pusat beli-belah di sini sebelum ini dianggap misteri kerana sering dikunci dan jika dibuka kelihatan kelibat beberapa lelaki yang mencurigakan.Namun semalam, Bahagian Kawalan Penapisan Filem, Kementerian Dalam Negeri (KDN) Selangor berjaya membongkar misteri itu apabila menemui sejumlah cakera padat digital (DVD) dan cakera padat video (VCD) lucah selepas memecah pintu bilik hos bomba berkenaan.Ketua Bahagian Kawalan Penapisan Filem KDN Cawangan Selangor, Noor Aziah Abdullah berkata, dalam operasi pukul 4 petang itu, pihaknya sebelum ini mendapat laporan mengenai aktiviti penjualan DVD dan VCD haram di pusat beli-belah tersebut.

Menurut beliau, berikutan itu, pemeriksaan mengejut bersama Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dilakukan.

“Dalam pemeriksaan di dua buah premis, kita menemui 5,000 keping DVD dan VCD lucah serta 2,000 cakera pelbagai filem yang tidak mempunyai Sijil Perakuan B, kesemuanya bernilai lebih RM90,000.

“Pemeriksaan lanjut kemudian telah membongkar rahsia sebuah bilik hos bomba yang dijadikan stor menyimpan filem lucah,” katanya di sini hari ini.

Tambah beliau, dalam serbuan itu, dua lelaki ditahan dan salah seorang daripadanya dikesan memiliki rekod lampau bagi kesalahan yang sama.

Kedua-dua lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan kerana menjual DVD dan VCD yang tidak mempunyai Sijil Perakuan B dan filem lucah.

__________________

SHAH ALAM 31 Jan. – Seorang mekanik warga Iran yang mengedar syabu dengan cara menelan 39 kapsul berisi dadah tersebut pada tahun 2010, dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini. Hakim Noor Azian Shaari menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Ahmad Moharam Lottallah, 23, selepas mensabitkan tertuduh dengan dua pertuduhan mengedar dadah.

Menurut Hakim Noor Azian, keterangan bela diri tertuduh yang menyatakan dia telah diminta oleh rakannya bernama Alidonia untuk ke negara ini bagi membawa pulang komputer ke negara asalnya dan diminta menelan kapsul-kapsul tersebut apabila tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) merupakan rekaan semata-mata.

Hakim tersebut turut menyatakan, keterangan bela diri itu tidak logik dan gagal menimbulkan sebarang keraguan kerana selain 39 kapsul tersebut, terdapat 12 paket dadah syabu yang tersimpan elok di dalam beg yang dibawa oleh tertuduh. Mengikut pertuduhan, Ahmad Moharram didakwa mengedar seberat 1,149.7 gram methaphetamine dalam bentuk 12 paket plastik kira-kira pukul 4 petang, 3 Februari 2010 di Pintu 5, Balai Ketibaan, Aras 3, KLIA, Sepang dekat sini.

Tertuduh turut didakwa mengedar 39 kapsul dadah jenis sama seberat 2.74 gram di antara 3 dan 5 Februari 2010 di tandas wad kecemasan 1C, Hospital Kuala Lumpur (HKL) dekat sini. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Kamalia Yahdi manakala tertuduh diwakili peguam bela, Richard Ho.


BESUT 

Seorang pencuri lapar sempat mengarahkan mangsanya untuk menghidangkan nasi sebelum dia melarikan diri bersama seutas gelang yang dirampas daripada seorang pelajar dalam kejadian di Kampung Bukit Payung dekat sini kelmarin.

 Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi suspek bersenjatakan parang berusia 29 tahun itu apabila dia dapat ditahan kira-kira 12 jam selepas melakukan jenayah itu pada pukul 8.30 pagi. Mengimbau semula kejadian itu, pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Siti Nur Aien Mohamad Nazeri, 21, berkata, kejadian berlaku ketika dia bersendirian di rumah manakala ahli keluarganya keluar bekerja. Katanya, tanpa disedari, penagih dadah itu menyelinap ke dalam rumah ketika dia sedang menjemur pakaian.

“Sebaik saya masuk semula, dia terus merampas gelang emas saya sebelum mengacukan parang ke leher saya. “Sedang saya fikir untuk menyelamatkan diri, dia pula meminta saya menghidangkan nasi tetapi saya suruh dia ambil sendiri di dapur,” ceritanya ketika ditemui. Tambahnya, kesempatan itu digunakannya untuk meminta bantuan jiran namun suspek terlebih dahulu melarikan diri bersama seorang lagi rakannya yang menunggu di dalam sebuah kereta. 

Dua penjenayah sempat makan di rumah mangsa KUALA TERENGGANU 30 Jan. – Dua penjenayah bukan sahaja menyamun seorang gadis dan melarikan gelang tangan miliknya bernilai RM800 malah sempat ‘mengisi perut’ sebelum melarikan diri dari rumah mangsa di Kampung Bukit Payong, Besut semalam.

Dalam kejadian pukul 8.30 pagi itu, mangsa yang berusia 21 tahun berseorangan di dalam rumah sebelum didatangi seorang suspek manakala rakannya menunggu di luar. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, suspek itu lalu mengacukan sebilah parang di leher mangsa dan mengugutnya agar menyerahkan barangan kemas.

“Akibat ketakutan, gadis itu menyerahkan kepada suspek gelang tangannya. Pada masa yang sama, suspek meminta mangsa menyediakan hidangan nasi. “Semasa suspek makan, mangsa bertindak melarikan diri ke rumah jiran untuk mendapatkan pertolongan. “Jiran gadis itu menghubungi bapa mangsa yang kemudian melaporkan kepada polis. Namun, semasa polis tiba di rumah, suspek dan rakannya telah menghilangkan diri,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. Manoharan berkata, bagaimanapun bertindak atas maklumat, polis berjaya menahan seorang daripada suspek tersebut berusia 21 tahun di tepi jalan di kampung itu pukul 8 malam, sebelum menahan rakannya berusia 29 tahun tidak jauh dari situ. “Suspek kemudian membawa polis ke rumahnya dan polis menemui parang yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu,” ujarnya.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati gelang emas yang disamun itu telah diserahkan kepada rakan wanita suspek untuk dijual di sebuah kedai emas di Jerteh. Berikutan itu, katanya, polis turut menahan jurujual emas terbabit kira-kira pukul 12 tengah hari ini. “Jurujual itu maklumkan telah serah kepada taukeh kedai tersebut.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan,” katanya sambil memberitahu akan menahan taukeh kedai emas terbabit untuk membantu siasatan.