Arkib Pengarang


Hari ini 23 November 2010,

 AADK Negeri Sabah sedang mengadakan Promosi Cure & Care 1 Malaysia (C&C) atau Pemulihan & Prihatin 1 Malaysia (P&P) bertempat di Ground Floor Wisma San Hin, Wawasan Plaza Kota Kinabalu, Sabah. Orang ramai adalah dijemput hadir untuk mengunjungi tapak promosi kami untuk mendapatkan maklumat melalui edaran risalah mahupun khidmat nasihat percuma. Terima kasih.

Sedikit latarbelakang :

Baru ditubuhkan pada 1 Julai 2010 sebagai satu inisiatif NKRA dan mentransformasikan perkhidmatan rawatan & pemulihan dadah oleh AADK. Selain daripada prosedur kemasukan penagih dadah ke PUSPEN (yang dulu dikenali sebagai Pusat Serenti) melalui tangkapan dan perintah mahkamah di bawah Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983, penubuhan dan pemubukaan C & C  1 Malaysia memberi peluang kepada individu yang mempunyai masalah dengan ketagihan terhadap dadah dan ubat-ubatan untuk tampil secara sukarela mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan. Ahli keluarga atau rakan mereka juga boleh membawa individu ini untuk mendapatkan khidmat nasihat dan pemulihan secara sukarela.

Perkhidmatan yang disediakan :

12 perkhidmatan antaranya ;

  • Bimbingan & Kaunseling
  • Agama & Spiritual
  • Pencegahan Relaps
  • Kemahiran hidup
  • Pendidikan & Latihan Vokasional
  • Khidmat masyarakat
  • Re-Entry
  • Seliaan Lanjutan
  • Kumpulan Supportif
  • Rujukan & Advokasi
  • Detoksifikasi
  • Rawatan Terapi Gantian (untuk Penagihan Dadah jenis Opiat sahaja)

 Pakej Perkhidmatan :

  • Semua 12 perkhidmatan secara sukarela pakej mengikut peringkat penempatan klien (client’s placement level) dan jenis perkhidmatan, iaitu ;
  1. Pesakit luar (harian, mingguan, berkala)
  2. Residensi (1,3 dan 6 bulan)
  3. Singgah masuk (1/2 hari, sehari & hujung minggu)
  4. Detoksifikasi (setiap hari)
  5. Rujukan & Advokasi (setiap hari)
  6. Khidmat singkat (setiap hari)
  7. Rawatan Terapi Gantian (untuk Penagih ddah jenis Opai sahaja)

Tiga Prinsip Penyampaian Perkhidmatan :

  1. Kesukarelaan (Volunteer)
  2. Tiada Prasyarat (Unconditioning positif regards)
  3. Tiada unsur perundangan – ikatan/hukuman

Kaedah kemasukan

  • Klien datang sendiri (walk-in) secara sukarela
  • Klien dirujuk oleh pihak ketiga – Perujuk adalah seperti Ibubapa / pasangan / majikan dll
  • Klien dirujuk oleh AADK/NGOs
  • Rujukan melalui proses temu-seru (outreach), pemujukan
  • 

P/s – C & C 1Malaysia kini dibuka di Papar, Sabah bersebelah dengan Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik(PUSPEN)

” Sayangilah diri dan keluarga anda yang terlibat dengan dadah. Bersegeralah ke C & C 1Malaysia untuk mendapat sinar harapan….. Apa mau ditakutkan kerana … Tiada prasyarat, Tiada unsur perundangan – ikatan / hukuman yang dikenakan. Berubahlah kearah gaya hidup yang lebih sihat, anda pasti boleh! “

“Masyarakat Bebas Dadah 2015″

 


Pada 15 – 18 November 2010, AADK Negeri Sabah iaitu gabungan Unit Rawatan & Pemulihan dan Unit Pencegahan telah mengadakan Program tersebut di Kg. Bangur, Brumbai, Bangkalalak, Beaufort Sabah. Antara objektif program ini adalah untuk menyatupadukan lagi penduduk kg. setempat khususnya dalam suasana Hari Raya Qurban/Aidiladha. Pelbagai pengisian telah dijalankan. Antaranya adalah seperti ceramah, bertahlil dan sebagainya lagi. Proses penyembelihan binatang Qurban seperti kerbau dan Kambing telah dilaksanakan bersama penduduk kampung dan kakitangan AADK.  Semoga kerjasama sebegini dapat mengeratkan lagi ikatan antara penduduk-penduduk kampung dengan AADK Sabah. Alhamdulilah sambutan yang diberikan oleh penduduk kampung amatlah memberangsangkan walaupun keadaan kampung yang belum reda daripada banjir yang melanda. Bersama-sama ini adalah gambar-gambar dan video yang sempat kami rakam untuk dikongsikan bersama.

Majlis Penyerahan Al-Quran kepada Surau

Klik Sini : Galeri gambar-gambar program 1

http://www.facebook.com/album.php?aid=37857&id=100001201459352

” Malaysia Bebas Dadah 2015 “


Sumber asal : http://aadksabah.wordpress.com/2010/11/03/program-tempat-kerja-bebas-dadah-perasmian-pembukaan-pejabat-daerah-aadk-daerah-keningau-pada-02-november-2010-di-pejabat-daerah-keningau/

                                                                                           ” MALAYSIA BEBAS DADAH 2015″


Sumber asal : http://aadksabah.wordpress.com/2010/11/10/pameran-antidadah-13-november-2010/

                                                                                                                                                                                                                                    

                                                                                 ” MALAYSIA BEBAS DADAH 2015″


Dimaklumkan bahawa Unit Rawatan & Pemulihan AADK Negeri Sabah dengan kerjasama Rukun Tetangga KM. 5 akan menganjurkan Program Pemantapan Remaja & Keluarga dan Bengkel Family Association yang akan diadakan seperti ketetapan berikut ;

 

      Tarikh              :           13 November 2010

     Tempat             :           Dewan Serbaguna Flat R.T, Kompleks Sukan Likas

      Masa                :           7.30 pagi – 5.30 petang

 

Sehubungan itu, Unit Pencegahan AADK Negeri Sabah akan hadir bersama untuk mengadakan Pameran Antidadah pada butiran seperti yang dinyatakan di atas.

 

“Negara Bebas Dadah 2015″

 

 

 


Sukacita dimaklumkan bahawa AADK Negeri Sabah telah mengadakan pameran antidadah di Dataran Tamu Pekan Beaufort, Sabah Sempena Festival Bagandang pada 5 – 6hb November 2010 yang telah dirasmikan oleh YB. Ketua Menteri Sabah. Berikut adalah gambar-gambar (di facebook) dan video yang sempat kami rakam untuk dikongsikan bersama.

Klik sini untuk melihat galeri / album ;

http://www.facebook.com/profile.php?id=100001201459352#!/album.php?aid=36471&id=100001201459352&fbid=138624912854223

http://www.facebook.com/profile.php?id=100001201459352#!/album.php?aid=36479&id=100001201459352&fbid=138662506183797

http://www.facebook.com/profile.php?id=100001201459352#!/album.php?aid=36680&id=100001201459352

 

“Negara Bebas Dadah 2015″


Sukacita dimaklumkan bahawa AADK Negeri Sabah telah mengadakan program publisiti di Pusat Latihan Dakwah Islam Keningau pada 02/11/2010. Antara pengisian yang dijalankan selepas waktu maghrib tersebut adalah seperti ceramah antidadah dan edaran poster serta risalah. Objektifnya adalah untuk memastikan pelajar-pelajar agama mendapat ilmu berhubung gaya hidup yang sihat dan terus kukuh agar tidak terjebak dengan penyalahgunaan dadah. Berikut adalah gambar-gambar serta video yang sempat kami rakam untuk dikongsikan bersama. Sila Klik;

Klik sini untuk melihat galeri / album ;

http://www.facebook.com/#!/album.php?aid=36277&id=100001201459352

Pada 03/11/2010 pula, AADK Negeri Sabah juga telah menjalankan Program Publisiti Jalanan di mana telah mengunjungi pekan Tenom bagi tujuan edaran poster dan risalah. Disamping juga mendekati diri secara terus kepada orang ramai bagi menyampaikan taklimat ringkas berhubung bahaya dadah dan respon yang diberi amatlah menggalakkan. Berikut adalah gambar-gambar serta video yang sempat kami rakam untuk dikongsikan bersama. Sila Klik;

Klik sini untuk melihat galeri / album ;

http://www.facebook.com/profile.php?id=100001201459352#!/album.php?aid=36443&id=100001201459352

 

“Negara Bebas Dadah 2015″

 


En. Azry Golbin @ Azmie

Ketua AADK Daerah Keningau

Sukacita dimaklumkan bahawa AADK Daerah Keningau  yang bertempat di bangunan Urusetia Daerah Keningau telah mengadakan Program Tempat Kerja Bebas Dadah. Program ini telah mendapat penyertaan yang memberangsangkan daripada pelbagai Agensi/Jabatan kerajaan yang terdapat di sekitar daerah Keningau. Antara objektif program ini adalah untuk memastikkan penjawat-penjawat awam bebas daripada pengaruh dadah dan seterusnya dapat meningkatkan produktiviti kerja. Antara pengisian yang dibuat adalah seperti pameran antidadah, pameran kesihatan daerah keningau serta ceramah daripada AADK dan PDRM. Pada kesempatan itu juga, Perasmian Pejabat baru AADK Daerah Keningau telah dibuat oleh wakil Pegawai Daerah Keningau. Tahniah kepada AADK daerah Keningau dan selamat maju jaya kepada En. Azry Golbin @ Azmie selaku Ketua AADK Daerah Keningau yang baru…!

 

Klik sini untuk melihat galeri / album ;

http://www.facebook.com/album.php?aid=36258&id=100001201459352


Sempena Tamu Besar Kota Belud, AADK Negeri telah mengadakan pameran antidadah dan mendapat sambutan yang amat mengalakkan daripada orang ramai. Disamping pameran, aadk juga telah mengadakan kuiz antidadah dan menerima banyak penyertaan yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur. Sumbangan hadiah berupa beg telah disumbangkan oleh PEMADAM Negeri Sabah. Berikut adalah gambar-gambar dan video yang sempat diambil sepanjang program tersebut berjalan.

Sila Klik ;

http://www.facebook.com/profile.php?id=100001201459352#!/album.php?aid=36256&id=100001201459352&fbid=137883692928345

 


Sumber asal : http://aadksabah.wordpress.com/2010/10/18/program-intervensi-pelajar-oktober-2010/

Suaikenal/LDK

Suaikenal/LDK

Suaikenal/LDK

Gambar-gambar program lihat di ;

1. http://www.facebook.com/album.php?aid=35633&id=100001201459352

2. http://www.facebook.com/album.php?aid=35698&id=100001201459352

3. http://www.facebook.com/album.php?aid=35662&id=100001201459352

“Sekolah Bebas Dadah 2012″


2010/10/25
SHAH ALAM: Polis Selangor mematahkan cubaan menyeludup syabu seberat 7.2 kilogram bernilai hampir RM2 juta oleh dua wanita warga Afrika ke negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada Selasa dan Jumaat lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir, berkata kedua-dua suspek ditahan anggota polis ketika mereka sedang menanti teksi limo di Aras 5, KLIA untuk membawa mereka ke satu destinasi yang tidak diketahui.
Beliau berkata, dalam operasi pertama kira-kira jam 8.45 pagi Selasa lalu, polis menahan seorang wanita berasal dari Togo Leise, Afrika selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan dan merampas sembilan botol berisi cecair dipercayai dadah serta dua bungkusan plastik lutsinar berisi syabu seberat tiga kilogram.
Click Here
“Wanita itu mendakwa cecair itu digunakan bagi membuat minyak wangi.

“Kita sudah menghantar sampel daripada 7.2 liter cecair tersebut dan menunggu laporan kimia bagi mengetahui kandungan cecair itu,” katanya dalam satu sidang media dekat sini.

Nordin berkata, pemeriksaan terhadap wanita kedua berasal dari Nigeria kira-kira jam 3.50 petang pada Jumaat lalu pula menemui dadah syabu seberat 4.2 kilogram yang disorok pada bahagian pelapik beg pakaiannya.

Menurut Nordin, wanita yang bekerja sebagai tukang cuci itu juga mendakwa datang ke negara ini untuk mencari rezeki.
“Pemeriksaan pada dokumen perjalanan suspek mendapati itu merupakan kali pertama mereka ke negara ini dan kedua-duanya datang ke sini melalui penerbangan dari Doha.

“Kita tidak menolak kemungkinan mereka ini dijadikan kurier bagi menyeludup dadah ke negara ini dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi menjejaki kumpulan sindiket berkenaan,” katanya.

Nordin berkata, tahanan reman wanita dari Togo berakhir esok, manakala wanita Nigeria berakhir Sabtu ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAM


Sukacita dimaklumkan bahawa pihak AADK Negeri Sabah akan mengadakan Program Intervensi Pelajar pada 19 – 22 Oktober 2010, bertempat di Sek. Menengah. Matunggong, Kudat.

Antara objektif proogram adalah,

- Memberi maklumat yang sebenar tentang risiko jika terus terlibat dengan dadah

- Memupuk/membangkitkan komitmen keluarga dalam membantu pelajar bermasalah

- Meningkatkan jati diri & motivasi kepada para pelajar agar tidak mudah terpengaruh dengan dadah

 – Memastikan pelajar mempunyai maklumat dan panduan yang lengkap bagi mempratikan gaya hidup sihat

 – Memberi peluang kepada para pelajar dan guru berinteraksi serta dapat mewujudkan percambahan idea & pandangan mengenai gejala masalah dadah

 – Mendidik ibubapa / penjaga betapa pentingnya penglibatan anak-anak mereka dalam program berfaedah seumpama ini.

“SEKOLAH BEBAS DADAH 2012″



 

Sumber : Berita Harian


Sumber : Berita Harian, 23 Ogos 2010


 

Sumber : Sinar Harian, 16 Ogos 2010


Sukacita dimaklumkan bahawa Program Bulan Ramadhan akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut ;

Tarikh : 18 Ogos 2010 (Rabu) / Hari ini

Tempat : Masjid Jamek, Kg. Likas

Antara aktiviti yang dijalankan :

Majlis berbuka Puasa, ceramah, Sumbangan fakir miskin, sumbangan Al-quran, solat berjemaah (Maghrib, Isyak, Terawih)

P/s – Penduduk setempat adalah dijemput datang beramai-ramai bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. ;)


Polis tahan 17 anggota sindiket antarabangsa

Oleh Mohamed Farid Noh
mfarid@bharian.com.my
2010/08/17

BATU PAHAT: Polis menahan 17 anggota sindiket dadah antarabangsa dan merampas 824, 500 pil Eramin 5 bernilai RM12.37 juta dalam operasi bersepadu dijalankan serentak di Ayer Hitam dan Johor Bahru serta Lembah Klang pada jam 1 tengah hari Khamis lalu.

ZUL HASNAN (kanan) melihat pil Eramin 5 yang disorokkan di dalam patung
pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat, semalam.

Pengarah Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Zul Hasnan Najib Baharudin berkata, sindiket itu dianggotai warga Taiwan, Indonesia, Singapura dan rakyat tempatan ditahan dalam sebuah rumah kedai serta dua rumah di tiga lokasi terbabit.

Katanya, ahli sindiket yang ditahan itu berusia antara 28 hingga 74 tahun dan akan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

“Kami merampas wang tunai dalam pelbagai mata wang asing dan lapan kenderaan bernilai lebih RM2.5 juta, yang turut disita selain menahan lapan lelaki rakyat tempatan; tiga lelaki Singapura; dua lelaki Taiwan; seorang lelaki Indonesia; seorang wanita tempatan dan dua wanita Taiwan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat, di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalannya, Datuk Othman Harun, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Asisten Komisioner Kamaruddin A Aziz; Ketua Polis Batu Pahat, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd Aris dan Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Mokhtar Mohd Nor.

Zul Hasnan berkata, hasil pemeriksaan di premis rumah kedai di Ayer Hitam itu, polis menemui 529,500 pil Eramin 5 disorokkan dalam badan 60 patung yang diletakkan di dalam 15 kotak.
“Setiap kotak mengandungi empat badan patung dan apabila diperiksa lebih lanjut pada badan setiap patung itu, anggota kami mendapati semua pil Eramin itu disorokkan dalam badan patung berkenaan.

“Dalam serbuan berasingan di dua rumah berasingan di sekitar Johor Bahru yang, kita berjaya merampas 295,000 pil Eramin 5, 15 kilogram Ketamin dan 890 pil khayal Dormicum.

“Kejayaan rampasan dadah itu yang terbesar di negara kita tahun ini berikutan operasi bersepadu serta perkongsian maklumat yang turut membabitkan Jabatan Penguat kuasa Dadah, Biro Siasatan Kementerian Keadilan, Taiwan dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman,” katanya.

Sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PilEramin5RM12_37jutadirampas/Article


ALOR STAR: Polis Kedah menahan tiga orang termasuk sepasang suami isteri dan merampas 648 gram dadah jenis heroin bernilai hampir RM40,000 dalam dua operasi semalam. Ketua Polis negeri, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, dalam operasi pertama polis menahan sepasang suami isteri yang menaiki sebuah kereta di persimpangan Jalan Kuala Kedah pada jam 1.10 tengah hari hasil maklumat orang ramai. “Polis kemudian dibawa ke rumah suspek di Taman Juragan dan menemui satu plastik beg hitam di bawah katil yang mengandungi dua plastik besar lut sinar serta 36 plastik kecil berisi dadah disyaki heroin seberat kira-kira 500 gram bernilai RM35,000,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini. Beliau berkata, polis turut merampas sebuah kereta Proton Wira, alat penimbang, telefon bimbit, barang kemas dan wang tunai berjumlah RM7,750 daripada suspek. “Suami berumur 28 tahun mempunyai dua rekod jenayah lampau pada 2005 membabitkan dadah, manakala isteri berumur 29 tahun tidak mempunyai rekod kesalahan lampau,” katanya. Dalam kes berasingan, seorang lelaki berusia 23 tahun ditahan ketika sedang memandu di Jalan Bandar Darul Aman-Wang Tepus dan polis menemui 148 gram dadah jenis heroin bernilai RM4,000 yang disorok di bahagian brek tangan kereta itu. Syed Ismail berkata, lelaki berasal dari Prai Jaya, Pulau Pinang yang bekerja sebagai juruteknik komputer itu ditahan pada pukul 8 malam tadi. “Selepas suspek ditahan, bapanya yang berusia 50an mengatur perjumpaan dengan pegawai narkotik di tol Sungai Lalang, Sungai Petani dan menawarkan sogokan RM5,000 untuk melepaskan anaknya yang mempunyai rekod kesalahan lampau membabitkan dadah pada 2008. “Cubaan itu gagal dan pegawai kita telah membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk tindakan lanjut,” katanya. Beliau berkata pasangan suami isteri itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala lelaki berkenaan mengikut Seksyen 39A(2).


6 Ogos 2010 & 7 Ogos 2010

Unit Rawatan & Pemulihan telah mengadakan Program Kerohanian 2010 bertempat di Masjid Ar-Raudhah, Kg. Bandulan, Sepanggar.

Antara objektif program adalah :

  1. Memperkasakan pembinaan modal insan bagi masyarakat sekeliling
  2. Menggerakkan institusi masjid dalam semua aspek kehidupan (sosial, munakahat, muamalat dan ekonomi) bukan sekadar ibadah khusus
  3. Menjalinkan kerjasama antara institusi masjid dengan AADK dalam mencegah dadah dan penagihan semula
  4. Memahami tentang kepentingan institusi masjid dalam bergerak bersama AADK untuk mengekalkan kepulihan sepanjang hayat kes-kes pengawasan

Antara pengisian yang telah dijalankan adalah ;

Program gotong royong membersihkan kawasan masjid, gotong-royong jamuan kenduri kesyukuran, ceramah agama ”Ambang Ramadhan”, bacaan Tahlil dan Qiamulalil (PRS AADK bersama penduduk)

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini ;

  1. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah
  2. Jawatankuasa Masjid Ar-Raudhah, Kg. Bedulon, Sepanggar
  3. KRT Kg. Gudon Utara
  4. Jawatankuasa Pemulihan Dadah daerah KK
  5. AADK Negeri Sabah
  6. AADK daerah Kota Kinabalu
  7. Pemimpin Masyarakat Kg. Badulan
  8. Masyarakat Kg. Bandulan
P/s – Program ini juga termasuk dalam teras Komuniti Bebas Dadah, di Sub Hidayah / Perayaan di bawah Unit Pencegahan

1 Julai 2010 –  Ceramah dan Pameran telah dilaksanakan di SK Timbou, Tambunan.

1 Julai 2010 –  Pameran telah dilaksanakan di SMK Tambunan.

13 Julai 2010 –  Pameran telah dilaksanakan di SMV Beaufort. – Sekolah Vokasional

15 Julai 2010 –  Pameran telah dilaksanakan di SMK Langkon, Kota Marudu.

30 Julai 2010 –  Ceramah telah dilaksanakan di SK Advent Kelawat, Kota Belud

Institusi Pendidikan Bebas Dadah adalah TERAS KEDUA dalam Unit Pencegahan selepas Institusi Keluarga Bebas Dadah. Antara objektifnya adalah untuk memastikan para pelajar beroleh ilmu pengetahuan mengenai bahaya dadah, kesan-kesan terhadap diri serta langkah-langkah yang perlu diambil untuk menjauhi diri daripada terjebak. Tahiah kepada sekolah-sekolah yang terlibat kerana komitmen yang jitu dalam menjayakan Program Bulan Antidadah sepanjang tahun dan selaras dengan usaha-usaha kerajaan dalam memastikan “Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012″.

Galeri Penuh :


PEMANDANGAN kawasan perumahan di Mont Kiara, Kuala Lumpur yang didiami lelaki Iran yang hidup mewah hasil penyeludupan dadah.

—————————————————————–

KUALA LUMPUR – Sungguhpun bilangan warga Iran yang ditahan oleh pihak berkuasa semakin bertambah dari semasa ke semasa, namun kegiatan menyeludup dadah di kalangan warga negara itu tidak pernah berkurangan.

Saban bulan masih ramai rakyat Iran termasuk di kalangan wanita ditahan oleh polis atas kesalahan sama. Yang berbeza cuma modus operandi.

Segelintir daripada warga Iran yang terbabit dengan dadah didapati mengamalkan gaya hidup mewah ala jutawan kerana mendiami rumah mewah dan kereta besar.

Terbaru pada Sabtu lalu sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menahan dua lelaki termasuk seorang warga Iran kerana dipercayai terlibat membawa dadah syabu seberat 113 kilogram berharga RM24.86 juta menggunakan kargo udara.

Kesemua dadah tersebut dimasukkan ke dalam lapan bekas berbentuk silinder setinggi satu meter berisi syabu setiap satu dan mempunyai pelekat Aramex International Express Multi-Lot.

Bahagian bawah dan atas silinder itu pula diletakkan dengan kertas putih manakala setiap silinder itu diisi dengan 14 kilogram kristal syabu.

Malangnya, taktik tersebut terbongkar apabila polis dengan bantuan pihak berkuasa Singapura berjaya menghidu kandungan silinder yang dibawa melalui kargo udara itu.

Polis telah menyerbu sebuah rumah mewah semi D di Mont Kiara di sini sehari selepas dadah tersebut diambil oleh dua suspek itu di unit kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.

Ketika pemeriksaan pada pukul 3 petang di rumah itu, lelaki Iran berusia 26 tahun dan lelaki tempatan yang berusia 42 tahun berada di di kediaman tersebut. Polis kemudian merampas semua dadah itu yang baru tiba di negara ini.

Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) JSJN Bukit Aman, Datuk Othman Harun (gambar) berkata, polis percaya rumah yang disewa pada kadar RM13,000 sebulan itu dijadikan sebagai stor untuk menyimpan dadah yang telah siap diproses itu.

“Kita turut merampas wang tunai sebanyak RM260,000 dan sebuah kereta Mercedes Benz E250 bernilai RM550,000 yang baru dibeli beberapa hari lalu oleh suspek Iran itu.

“Kita percaya kesemua dadah tersebut diseludup untuk pasaran domestik,” kata beliau pada sidang akhbar di Bukit Aman di sini semalam.

Sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0803&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm


Pada 21 – 22 Julai 2010, AADK Negeri Sabah telah mengadakan pameran di Pekan Paitan sempena program Sihat Sejahtera Sempena Sambutan Pesta Tagunggu Paitan 2010 Anjuran  Pejabat Parlimen 183 Beluran dengan kerjasama AADK daerah Sandakan.

Untuk ke Paitan, AADK Negeri Sabah menggunakan laluan darat iaitu  dari KK ->Kota Belud ->Kota Marudu ->Pitas dan seterusnya  ke Paitan.  Masa dari KK ke Kota Marudu mengambil masa 2 jam dan Kota Marudu ke Paitan pula mengambil masa 2 jam.

Berbanding dengan AADK daerah Sandakan perjalanan mereka adalah lebih jauh di mana mereka terpaksa menggunakan laluan Sandakan -> Telupid dan seterusnya ke Paitan.

Untuk ke program, kedua-dua pihak terpaksa datang sehari sebelum program di mana kami menginap di Kota Marudu.

Walaubagaimana pun, sedikit perubahan berlaku di mana majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB. Datuk Juslie b. Ajirol, Ahli Parlimen P.184 Libaran yang juga merangkap Presiden Persatuan Kebajian dan  Kebudayaan Masyarakat Tidong Sabah.

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang program berlangsung. Walaupun tarikh program adalah waktu pejabat, namun komitmen daripada warga Paitan amat memberangsangkan. Ini dapat dilihat melalui kehadiran yang ramai dan kerjasama yang diberikan…..!

Lagi gambar :  http://www.facebook.com/#!/album.php?aid=19850&id=100000440681578

Video satu – 21 Julai 2010

Video dua – 21 Julai 2010

Video tiga – 21 Julai 2010

Video empat – 21 Julai 2010

Video lima – 21 Julai 2010

Video enam – 21 Julai 2010

Video tujuh – 21 Julai 2010

Video lapan – 21 Julai 2010

 

Terima kasih kepada masyarakat Paitan kerana memberikan sokongan yang tidak terhingga dalam menjayakan program yang sangat bermakna ini. Semoga usaha-usaha kerajaan dalam memastikan masyarakat Sabah, khususnya warga Paitan agar terhindar dari najis dadah dan mendapat ilmu mengenai bahaya dadah adalah tercapai. Kepada guru-guru yang bertugas, tahniah kepada anda semua kerana berjaya memastikan pengisian program dilaksanakan dengan jayanya……..!

 

Kanak-kanak ibarat kain putih… didiklah anak-anak anda daripada awal dengan memprogram minda mereka bahawa dadah itu bahaya, merosakan akal dan fikiran, merosakan masa depan bla bla bla bla…….. Ibarat melentur buluh biarlah daripada rebungnya!  ;)

“Dadah Musuh No. 1 Negara”

“Masyarakat Malaysia Bebas Dadah 2015″

“Sekolah Bebas Dadah tahun 2012″

p/s – program ini lebih memfokuskan kepada pemimpin-pemimpin masyarakat setempat agar bergerak bersama-sama kerajaan, khususnya AADK dalam memastikan kawasan/komuniti mereka terhindar daripada najis dadah melalui usaha-usaha pencegahan……..

- Video akan ditambah kemudian.. sedang uploading hehee…!

Sumber terdahulu : http://aadksabah.wordpress.com/2010/07/19/program-sihat-sejahtera-sempena-sambutan-pesta-tagunggu-paitan-tahun-2010/


Pada 24 Julai 2010 (Sabtu) kami / unit Pencegahan daripada AADK Negeri Sabah telah mengadakan pameran di Perkarangan Dewan Serbaguna Kg. Tambulion Sorob Kota Belud, bermula jam 6 pagi dan berakhir pada t/hari. Sambutan daripada para peserta adalah amat memberangsangkan. Pada kesempatan itu juga, Ahli Rakan Antidadah (RADA), Ahli Masyarakat Wanita Antidadah (MAWADAH) dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) telah digerakkan bersama-sama ke dalam proram anjuran PEMDADAM ini.

Tujuan program diadakan untuk meningkatkan kesedaran khususnya penduduk kampung tentang bahaya dadah dan musibahnya kepada masyarakat. Disamping juga untuk meningkatkan kesedaran umum khususnya generasi muda tentang pentingnya menjaga kesihatan, kecergasan fizikal dan mental agar dapat menjauhkan diri dari gejala sosial khususnya dadah. Dalam program ini, para peserta yang terdiri daripada masyarakat di tiga buah kampung diminta untuk mengedarkan risalah antidadah dari rumah ke rumah.

Berikut adalah gambar-gambar dan video sempena program tersebut berlangsung.

Majlis Perasmian disempurnakan oleh

YB. Datuk Herbert Timbon Lagadan

                                                                    

Ahli RADA sibuk membantu AADK mendaftarkan Ahli RADA  dan MAWADAH yang Baru

Wajah-wajah ceria PRS aka RADA

Ahli MAWADAH juga turut serta dalam program

Pasukan Hijau

Pasukan Kuning

Pasukan Merah

 

Sumber terdahulu : http://aadksabah.wordpress.com/2010/07/08/program-rakyat-1-malaysia-sihat-tanpa-dadah-anjuran-pemadam-negeri-sabah/

P/s – Akan diupdatekan kemudian.

Hartawan Ketum

Posted: 28 Julai 2010 in Isu semasa / Racun

P/s –  Ketum bukan dikategorikan sebagai akta Dadah tetapi dikategorikan sebagai Akta Racun

Klik link :

http://mran3238.wordpress.com/2010/07/22/hartawan-ketum/#more-24385

Sumber / blog  : mran3238.wordpress.com


Klik Link : http://www.pemadam.org.my/cda/m_berita/ber_main.php

Sumber : PEMADAM Malaysia


KUALA LUMPUR 25 Julai – Tidak serik-serik. Ungkapan ini paling sesuai menggambarkan sikap bekas anggota kumpulan lawak Senario, Yassin Yahya, 31, apabila sekali lagi ditahan polis kerana didakwa mengambil dadah jenis ganja.

Malah, tangkapan kali keempat ke atas pelawak popular itu dilakukan sebelum selesai kes perbicaraan terhadapnya di mahkamah berhubung dakwaan terlibat dalam penyalahgunaan dadah, empat tahun lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, Yassin ditahan polis pada pukul 1 pagi ini dalam pemeriksaan di sebuah pusat hiburan di Sunway Pyramid, Subang Jaya dekat sini.

Beliau berkata, pelakon dan pelawak tersebut ditahan bersama 30 pengunjung pusat hiburan berkenaan.

“Ujian saringan dadah yang dijalankan oleh polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Subang Jaya mendapati tiga pengunjung lelaki termasuk Yassin positif mengambil dadah.

“Hasil ujian air kencing Yassin mendapati dia positif mengambil dadah jenis ganja manakala seorang yang bekerja sebagai pengurus artis dan seorang lagi peniaga, positif dadah jenis ketamin,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sumber 1 : http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2010/7/25/mstar_hiburan/20100725144458&sec=mstar_hiburan

Sumber 2 : Utusan/PEMADAM@nazri, Utusan/PEMADAM@nazri

 
 

Mran3238’s Blog

Posted: 23 Julai 2010 in Isu semasa / berita dadah

Klik link :

http://mran3238.wordpress.com/category/dadah/ (more…)


Sukacita dimaklumkan bahawa AADK Sandakan dengan kerjasama Pejabat Parlimen 183 Beluran akan mengadakan program tersebut seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 21 – 22 Julai 2010 (Rabu & Khamis)

Tempat : Padang, Pekan Paitan

Masa : 7pg – Sehingga selesai

Perasmian oleh : YB. Datuk Dr. James Dawos Mamit, Timbalan Menteri Perlancongan Malaysia

Sehubungan itu, orang ramai adalah dijemput hadir beramai-ramai dan pelbagai aktiviti akan dijalankan seperti ;

- Sukaneka, futsal, quiz, pertandingan mewarna, persembahan kebudayaan, pertandingan Ratu Tagunggu Paitan 2010, Cabutan tiket bertuah dll lagi……!

p/s – Bah apa lagi orang sana, jom kita kasi gagar itu Pekan Paitan hahaha..!


Tahniah kepada kabinet Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) dengan kerjasama AADK Negeri Sabah kerana telah berjaya menganjurkan program tersebut  dengan penuh kemeriahan dan mencapai objektif. Semoga usaha-usaha sebegini akan diteruskan pada masa-masa akan datang… Tahniah sekali lagi!

Sumber http://aadksabah.wordpress.com/2010/07/16/hari-ini-karnival-bulan-keinsafan/


Dalit, Tuaran, 17hb – 18hhb Julai

AADK Negeri Sabah telah mengadakan Pameran Antidadah di atas jemputan Pemuda UMNO Tuaran. Dalam pameran ini pelbagai Agensi/Jabatan kerajaan, swasta, NGO dll yang terlibat. Pameran ini dijalankan di perkarangan dewan futsal kg. Dalit Tuaran (berhadapan dengan taman buaya) dengan tema “Generasi Baru Belia, Bebas dari Jenayah dan Dadah”. Selain itu, pelbagai pengisian aktiviti telah dijalankan oleh pihak penganjur yang mana telah menarik minat ramai pengunjung hadir bertandang. Kemuncaknya apabila artis keluaran daripada AF8, Ain telah mengegarkan suasana program dengan nyanyian-nyanyian berapi beliau.. ;)

Ain AF8


Akhirnya tibalah saat yang dinanti-nantikan.. Orang ramai semua dijemput hadir beramai – ramai ke Dataran Padang Merdeka Kota Kinabalu untuk menyaksikan sediri program yang dijalankan.. Jom kita banjiri padang KK hari ini sampai ahad ni ok…  Maklumat lanjut tengok nie.. ..https://aadksabah.wordpress.com/2010/07/15/karnival-bulan-keinsafan-2010-16-18-julai-2010-ulang-siar-besok/


Sukacita dimaklumkan Karnival Bulan Keinsafan 2010 akan diadakan seperti ketetapan berikut;

Tempat : Dataran Padang Merdeka, Kota Kinabalu

Tarikh : 16 -18 Julai 2010 (Jumaat – Ahad)

Masa : 7.00 pg – 12.00 mlm

Perasmi : Ketua Menteri Sabah, Y.A.B Dato’ Sri Panglima Musa bin Hj. Aman

Objektif :

- Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) dapat menyampaikan maklumat berkaitan Dadah dan penyalahgunaannya kepada masyarakat

- JKPD menjadi agen antidadah dalam masyarakat yang menggerakkan masyarakat untuk bangkit membanteras gejala penularan dadah ini dalam masyarakat

- Mengintegrasikan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)/kes Pengawasan AADK ke dalam masyarakat melalui penglibatan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan

Acara/aktiviti:

16 Julai 2010 (Jumaat)

2.00 ptg – Pameran Jabatan / Fama

2.30 ptg – Karaoke Santai – Irama Terbuka

8.00 mlm – Persembahan Kebudayaan

                     – Pertandingan Golden Voice

                     – Cabutan Bertuah

                     – Karaoke Santai (Diteruskan)

17 Julai 2010 (Sabtu)

7.00 pg – Pameran Jabatan / Fama

7.30 pg – Ketibaan Pengarah

7.45 pg – Ketibaan Mayor

8.00 pg – Ucapan Aluan Pengerusi JKPD

                 – Ucapan Aluan Mayor                 

                 ~Pelancaran Gimik “1 Malaysia Memerangi Dadah”

8.30 pg – Senam Tari 1 Malaysia

9.00 pg – Demontrasi ‘K9′

9.30 pg – Pertandingan

                 – Mewarna (kanak-kanak), Fesyen (Kanak-kanak), Dikir Barat

                 – Cabutan Tiket Bertuah

2.00 ptg – Pertandingan Tarian Moden (Saringan)

7.30 mlm – Malam Hiburan

                     – Pentomen, Persembahan Kebudayaan, Konsert Artis-Artis Tempatan / Artis Cilik, Cabutan Bertuah / Kuiz

                       Antidadah, upacara penyampaian hadiah

Bersurai

18 Julai 2010 (Ahad)

8.00 pg – Pameran Jabatan / Fama

8.30 pg – Pertandingan Tarian Moden

                – Pertandingan Street Soccer

2.00 ptg – Majlis Penyampaian Hadiah

3.00 ptg – Majlis bersurai

Pengenalan program

Merupakan pendidikan informatif berkenaan bahaya dadah kepada komuniti yang digerakkan oleh Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Sabah bersama Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Sabah. Penyaluran info ini akan diterap melalui kepelbagaian aktiviti yang melibatkan pelbagai kumpulan sasaran di Bandaraya Kota Kinabalu ini. Dalam program yang dirangka khas ini, JKPD Negeri Sabah sebagai rakan bijak AADK Negeri Sabah akan mengerakkan molekul-molekul masyarakat sekitar untuk sama-sama bergerak memerangi penularan serangan penagihan dadah yang tidak mengenal batas usia ini. Dengan daya usaha dan wujud sikap responsif dari masyarakat akan dapat melumpuhkan kegiatan negatif ini dalam masayarakat kini.

p/s – Tiket Cabutan Bertuah boleh diambil di kauter Urusetia semasa program berlangsung bermula 16 Julai 2010

         – Orang ramai adalah dijemput hadir beramai ramai…. Tolong war-warkan kepada rakan-rakan ok. Tq bah…!

No. tel : 088 – 243610 (Sila berhubung dengan urusetia JKPD di AADK Negeri Sabah)

 


Sukacita dimaklumkan Karnival Bulan Keinsafan 2010 akan diadakan seperti ketetapan berikut;

Tempat : Dataran Padang Merdeka, Kota Kinabalu

Tarikh : 16 -18 Julai 2010 (Jumaat – Ahad)

Masa : 7.00 pg – 12.00 mlm

Perasmi : Ketua Menteri Sabah, Y.A.B Dato’ Sri Panglima Musa bin Hj. Aman

Objektif :

- Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) dapat menyampaikan maklumat berkaitan Dadah dan penyalahgunaannya kepada masyarakat

- JKPD menjadi agen antidadah dalam masyarakat yang menggerakkan masyarakat untuk bangkit membanteras gejala penularan dadah ini dalam masyarakat

- Mengintegrasikan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)/kes Pengawasan AADK ke dalam masyarakat melalui penglibatan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan

Acara/aktiviti:

16 Julai 2010 (Jumaat)

2.00 ptg – Pameran Jabatan / Fama

2.30 ptg – Karaoke Santai – Irama Terbuka

8.00 mlm – Persembahan Kebudayaan

                     – Pertandingan Golden Voice

                     – Cabutan Bertuah

                     – Karaoke Santai (Diteruskan)

17 Julai 2010 (Sabtu)

7.00 pg – Pameran Jabatan / Fama

7.30 pg – Ketibaan Pengarah

7.45 pg – Ketibaan Mayor

8.00 pg – Ucapan Aluan Pengerusi JKPD

                 – Ucapan Aluan Mayor                 

                 ~Pelancaran Gimik “1 Malaysia Memerangi Dadah”

8.30 pg – Senam Tari 1 Malaysia

9.00 pg – Demontrasi ‘K9′

9.30 pg – Pertandingan

                 – Mewarna (kanak-kanak), Fesyen (Kanak-kanak), Dikir Barat

                 – Cabutan Tiket Bertuah

2.00 ptg – Pertandingan Tarian Moden (Saringan)

7.30 mlm – Malam Hiburan

                     – Pentomen, Persembahan Kebudayaan, Konsert Artis-Artis Tempatan / Artis Cilik, Cabutan Bertuah / Kuiz

                       Antidadah, upacara penyampaian hadiah

Bersurai

18 Julai 2010 (Ahad)

8.00 pg – Pameran Jabatan / Fama

8.30 pg – Pertandingan Tarian Moden

                – Pertandingan Street Soccer

2.00 ptg – Majlis Penyampaian Hadiah

3.00 ptg – Majlis bersurai

Pengenalan program

Merupakan pendidikan informatif berkenaan bahaya dadah kepada komuniti yang digerakkan oleh Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Sabah bersama Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Sabah. Penyaluran info ini akan diterap melalui kepelbagaian aktiviti yang melibatkan pelbagai kumpulan sasaran di Bandaraya Kota Kinabalu ini. Dalam program yang dirangka khas ini, JKPD Negeri Sabah sebagai rakan bijak AADK Negeri Sabah akan mengerakkan molekul-molekul masyarakat sekitar untuk sama-sama bergerak memerangi penularan serangan penagihan dadah yang tidak mengenal batas usia ini. Dengan daya usaha dan wujud sikap responsif dari masyarakat akan dapat melumpuhkan kegiatan negatif ini dalam masayarakat kini.

p/s – Tiket Cabutan Bertuah boleh diambil di kauter Urusetia semasa program berlangsung bermula 16 Julai 2010

         – Orang ramai adalah dijemput hadir beramai ramai…. Tolong war-warkan kepada rakan-rakan ok. Tq bah…!

No. tel : 088 – 243610 (Sila berhubung dengan urusetia JKPD di AADK Negeri Sabah)

 


Sila lakukannya di link ini http://www.adk.gov.my/modules/xt_conteudo/index.php?id=213 Terima kasih.

“Malaysia Bebas Dadah Tahun 2015

p/s – Tuan/Puan juga boleh dapatkan bahan tersebut di pejabat AADK yang berdekatan.


Sukacita dimaklumkan bahawa AADK bersama PLKN bagi Kumpulan 3 Siri 7/2010 akan diadakan serentak diseluruh negeri Sabah bermula 29 Ogos 2010, bermula jam 8.30 pg – 4.30 ptg.


Sukacita dimaklumkan Karnival Bulan Keinsafan 2010 akan diadakan seperti ketetapan berikut;

Tempat : Dataran Padang Merdeka, Kota Kinabalu

Tarikh : 16 -18 Julai 2010 (Jumaat – Ahad)

Masa : 7.00 pg – 12.00 mlm

Perasmi : Ketua Menteri Sabah, Y.A.B Dato’ Sri Panglima Musa bin Hj. Aman

Objektif :

- Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) dapat menyampaikan maklumat berkaitan Dadah dan penyalahgunaannya kepada masyarakat

- JKPD menjadi agen antidadah dalam masyarakat yang menggerakkan masyarakat untuk bangkit membanteras gejala penularan dadah ini dalam masyarakat

- Mengintegrasikan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)/kes Pengawasan AADK ke dalam masyarakat melalui penglibatan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan

Acara/aktiviti:

16 Julai 2010 (Jumaat)

2.00 ptg – Pameran Jabatan / Fama

2.30 ptg – Karaoke Santai – Irama Terbuka

8.00 mlm – Persembahan Kebudayaan

                     – Pertandingan Golden Voice

                     – Cabutan Bertuah

                     – Karaoke Santai (Diteruskan)

17 Julai 2010 (Sabtu)

7.00 pg – Pameran Jabatan / Fama

7.30 pg – Ketibaan Pengarah

7.45 pg – Ketibaan Mayor

8.00 pg – Ucapan Aluan Pengerusi JKPD

                 – Ucapan Aluan Mayor                 

                 ~Pelancaran Gimik “1 Malaysia Memerangi Dadah”

8.30 pg – Senam Tari 1 Malaysia

9.00 pg – Demontrasi ‘K9′

9.30 pg – Pertandingan

                 – Mewarna (kanak-kanak), Fesyen (Kanak-kanak), Dikir Barat

                 – Cabutan Tiket Bertuah

2.00 ptg – Pertandingan Tarian Moden (Saringan)

7.30 mlm – Malam Hiburan

                     – Pentomen, Persembahan Kebudayaan, Konsert Artis-Artis Tempatan / Artis Cilik, Cabutan Bertuah / Kuiz

                       Antidadah, upacara penyampaian hadiah

Bersurai

18 Julai 2010 (Ahad)

8.00 pg – Pameran Jabatan / Fama

8.30 pg – Pertandingan Tarian Moden

                – Pertandingan Street Soccer

2.00 ptg – Majlis Penyampaian Hadiah

3.00 ptg – Majlis bersurai

Pengenalan program

Merupakan pendidikan informatif berkenaan bahaya dadah kepada komuniti yang digerakkan oleh Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Sabah bersama Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Sabah. Penyaluran info ini akan diterap melalui kepelbagaian aktiviti yang melibatkan pelbagai kumpulan sasaran di Bandaraya Kota Kinabalu ini. Dalam program yang dirangka khas ini, JKPD Negeri Sabah sebagai rakan bijak AADK Negeri Sabah akan mengerakkan molekul-molekul masyarakat sekitar untuk sama-sama bergerak memerangi penularan serangan penagihan dadah yang tidak mengenal batas usia ini. Dengan daya usaha dan wujud sikap responsif dari masyarakat akan dapat melumpuhkan kegiatan negatif ini dalam masayarakat kini.

p/s – Tiket Cabutan Bertuah boleh diambil di kauter Urusetia semasa program berlangsung bermula 16 Julai 2010

         – Orang ramai adalah dijemput hadir beramai ramai…. Tolong war-warkan kepada rakan-rakan ok. Tq bah…!

No. tel : 088 – 243610 (Sila berhubung dengan urusetia JKPD di AADK Negeri Sabah)

 


Sukacitanya dimaklumkan bahawa AADK Negeri Sabah akan mengadakan pameran Antidadah seperti ketetapan berikut ;

Tarikh : 17 hingga 18 Julai 2010

Tempat : Tuaran Futsal Arena, Jln Pantai Dalit, Tuaran

Masa : 8.30 pagi

Perasmi : YB. Datuk Hajiji Hj. Nor

                    (Ketua UMNO Bahagian Tuaran P.170)

Sehubungan itu orang ramai adalah dijemput hadir beramai-ramai untuk melihat pameran yang akan dijalankan.

P/s – Pameran Antiadah ini adalah atas jemputan Pergerakan Pemuda UMNO, Bahagian Tuaran, Sabah sempena Program UMNO Juara Rakyat

 


Sukacita dimaklumkan Karnival Bulan Keinsafan 2010 akan diadakan seperti ketetapan berikut;

Tempat : Dataran Padang Merdeka, Kota Kinabalu

Tarikh : 16 -18 Julai 2010 (Jumaat – Ahad)

Masa : 7.00 pg – 12.00 mlm

Perasmi : Ketua Menteri Sabah, Y.A.B Dato’ Sri Panglima Musa bin Hj. Aman

Objektif :

- Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) dapat menyampaikan maklumat berkaitan Dadah dan penyalahgunaannya kepada masyarakat

- JKPD menjadi agen antidadah dalam masyarakat yang menggerakkan masyarakat untuk bangkit membanteras gejala penularan dadah ini dalam masyarakat

- Mengintegrasikan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)/kes Pengawasan AADK ke dalam masyarakat melalui penglibatan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan

Acara/aktiviti:

16 Julai 2010 (Jumaat)

2.00 ptg – Pameran Jabatan / Fama

2.30 ptg – Karaoke Santai – Irama Terbuka

8.00 mlm – Persembahan Kebudayaan

                     – Pertandingan Golden Voice

                     – Cabutan Bertuah

                     – Karaoke Santai (Diteruskan)

17 Julai 2010 (Sabtu)

7.00 pg – Pameran Jabatan / Fama

7.30 pg – Ketibaan Pengarah

7.45 pg – Ketibaan Mayor

8.00 pg – Ucapan Aluan Pengerusi JKPD

                 – Ucapan Aluan Mayor                 

                 ~Pelancaran Gimik “1 Malaysia Memerangi Dadah”

8.30 pg – Senam Tari 1 Malaysia

9.00 pg – Demontrasi ‘K9′

9.30 pg – Pertandingan

                 – Mewarna (kanak-kanak), Fesyen (Kanak-kanak), Dikir Barat

                 – Cabutan Tiket Bertuah

2.00 ptg – Pertandingan Tarian Moden (Saringan)

7.30 mlm – Malam Hiburan

                     – Pentomen, Persembahan Kebudayaan, Konsert Artis-Artis Tempatan / Artis Cilik, Cabutan Bertuah / Kuiz

                       Antidadah, upacara penyampaian hadiah

Bersurai

18 Julai 2010 (Ahad)

8.00 pg – Pameran Jabatan / Fama

8.30 pg – Pertandingan Tarian Moden

                – Pertandingan Street Soccer

2.00 ptg – Majlis Penyampaian Hadiah

3.00 ptg – Majlis bersurai

Pengenalan program

Merupakan pendidikan informatif berkenaan bahaya dadah kepada komuniti yang digerakkan oleh Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Sabah bersama Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Sabah. Penyaluran info ini akan diterap melalui kepelbagaian aktiviti yang melibatkan pelbagai kumpulan sasaran di Bandaraya Kota Kinabalu ini. Dalam program yang dirangka khas ini, JKPD Negeri Sabah sebagai rakan bijak AADK Negeri Sabah akan mengerakkan molekul-molekul masyarakat sekitar untuk sama-sama bergerak memerangi penularan serangan penagihan dadah yang tidak mengenal batas usia ini. Dengan daya usaha dan wujud sikap responsif dari masyarakat akan dapat melumpuhkan kegiatan negatif ini dalam masayarakat kini.

p/s – Tiket Cabutan Bertuah boleh diambil di kauter Urusetia semasa program berlangsung bermula 16 Julai 2010

         – Orang ramai adalah dijemput hadir beramai ramai…. Tolong war-warkan kepada rakan-rakan ok. Tq bah…!

No. tel : 088 – 243610 (Sila berhubung dengan urusetia JKPD di AADK Negeri Sabah)

 


9hb Julai 2010,

Kami mula bergerak ke Lahad Datu pada jam 10.00 pagi. Tiba di Lahad Datu pula pada sebelah petang. Alhamdulilah setelah berpusing-pusing di bandar Lahad Datu, akhirnya dapat juga kami hotel yang selesa untuk menidurkan diri yang serba  keletihan… apa tidaknya ianya satu perjalanan darat yang jauh dan memenatkan hehehee…….!

10hb Julai 2010,

Seawal jam 7.30pg kami mula berangkat ke lokasi program, bertempat di Felda Sahabat (Kolej KINI). Jauh juga tempat tu, mengambil masa kira-kira sejam lebih. Ketibaan kami disambut oleh AADK daerah Tawau. Tahniah kepada warga AADK Tawau kerana berjaya menganjur program yang hebat dan mendapat sambutan yang baik dikalangan penduduk setempat walaupun YB. Dato’ Wira Abu Seman Bin Yusop, Tim. Menteri Dalam Negeri tidak dapat hadir di saat akhir kerana urusan rasmi yang tidak dapat dielakkan. Majlis Perasmian tersebut telah disempurnakan oleh YB. Tuan Haji Salleh Bin Haji Kalbi, Ahli Parlimen Malaysia, P188 Silam yang juga bertindak sebagai wakil Tim. Menteri Dalam Negeri. Berikut adalah gambar-gambar dan video yang sempat diambil semasa program tersebut.

 
Ucapan alu-aluan oleh Puan Elmariah Chung
Tim. Pengarah AADK Negeri Sabah 
 
Obektif program :
Antaranya adalah untuk memastikan penduduk-penduduk setempat tahu tentang bahaya dan kesan dadah terhadap masyarakat. Disamping  bertujuan untuk menggerakkan para pemimpin untuk berganding bahu dengan AADK untuk memastikan kawasan bebas dadah.

p/s Video & gambar akan ditambah kemudian.

“MALAYSIA BEBAS DADAH TAHUN 2015″


Sukacita dimaklumkan Program AADK Sabah dan Info Bestari Daerah Kecil Tungku, Parlimen Silam yang akan dirasmikan oleh YB. Dato’ Wira Abu Seman Bin Yusop, Tim. Menteri Dalam Negeri akan  diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 10 Julai 2010 (Sabtu)

Tempat : Kolej KINI, Felda Tungku

Masa : 7 pagi hingga selesai

Aktiviti : Larian, kawad kaki, mewarna, lagu-lagu irama Malaysia, Kebudayaan Igal-Igal, Deklamasi Puisi,Cabutan Tiket Bertuah dll

P/s –  Bah apalagi, semua orang ramai dijemput hadir ba….. best ba tu karnival, jgn tak dtg hehee… Tlg war-warkan kepada kawan-kawan ok… tq


Sukacita dimaklumkan Program AADK Sabah dan Info Bestari Daerah Kecil Tungku, Parlimen Silam yang akan dirasmikan oleh YB. Dato’ Wira Abu Seman Bin Yusop, Tim. Menteri Dalam Negeri akan  diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 10 Julai 2010 (Sabtu)

Tempat : Kolej KINI, Felda Tungku

Masa : 7 pagi hingga selesai

Aktiviti : Larian, kawad kaki, mewarna, lagu-lagu irama Malaysia, Kebudayaan Igal-Igal, Deklamasi Puisi,Cabutan Tiket Bertuah dll

P/s –  Bah apalagi, semua orang ramai dijemput hadir ba….. best ba tu karnival, jgn tak dtg hehee… Tlg war-warkan kepada kawan-kawan ok… tq

Info Dadah

Posted: 8 Julai 2010 in Pelbagai

 

 

 PENGERTIAN DADAH Dadah ialah apa-apa juga bahan kimia, samada asli atau tiruan, apabila dimasukkan kedalam tubuh badan secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh badan seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental. 

 
Dadah boleh dibahagikan kepada lima bahagian.

  1.  
    1. Opait
    2. Perangsang (stimulants)
    3. Penekanan (Depressants)
    4. Hallucinogen
    5. Ganja (Cannabis)
 
OPAIT Dadah yang paling merbahaya dan banyak sekali disalahgunakan. Dadah dalam golongan ini ialah:- Asli, Candu, Morfin, Heroin, Kodein, Ganja

PERGANTUNGAN PADA DADAH (DRUG DEPENDENCE)

Pergantungan pada dadah adalah keadaan keperluan secara fizikal atau psikologi atau kedua-duanya, yang ujud daripada penggunaan dadah yang berterusan atau diwaktu-waktu tertentu. Pergantungan psikologi atau jiwa ialah satu istilah biasanya dimaksudkan kepada satu idaman kuat yang berlebih-lebihan terhadap bahan-bahan tertentu tetapi tidak ada pergantungan badan. Pergantungan fizikal atau badan ialah penyesuaian badan secara jasmaniah terhadap ujudnya sejenis dadah secara berterusan. Apabila pergantungan ini telah dibina, badan bertindak dengan tanda-tanda yang boleh diteka, sekiranya dadah itu diberhentikan bekalannya serta merta. Sifat dan kekuatan tanda-tanda pengunduran itu bergantung pada dadah yang sedang digunakan dan banyak dose yang diperolehi tiap-tiap hari.

JENIS-JENIS DADAH YANG KERAP DIGUNAKAN DINEGERI INI

Walaupun penggunaan dadah yang ditentukan oleh doktor telah mendapat perhatian pihak berkuasa. Dadah-dadah yang kerap digunakan adalah Heroin, Morfin, Candu, ganja (hashish atau marijuanan atau cannabis), amphetamin, barbitured, pill mx, kokain dan lain-lain.

 
APAKAH FAKTOR-FAKTOR MEMBAWA KEPADA SALAHGUNA DADAH Mengikut kajian oleh pakar-pakar perubatan dan juga pakar-pakar yang membuat penyelidikan atas penagih-penagih dadah dan juga mereka-mereka yang menyalahgunakan dadah adalah seperti berikut:-

 

  1.  
    1. Ingin mengetahui dan seterusnya ingin mencuba-cuba oleh dirinya sendiri.
    2. Tidak mengetahui dengan sebenarnya bahaya-bahaya tiap-tiap jenis dadah itu.
    3. Dipengaruhi oleh kawan-kawannya dan oleh sebab hendak menyesuaikan dirinya dengan sesuatu kumpulan yang sebaya dengannya.
    4. Mencari ketenteraman jiwa kerana terlibat dengan sesuatu masalah kehidupan.
    5. Menghilangkan sesuatu kesusahan yang dideritainya.
    6. Untuk menghilangkan kerunsingan yang didatangkan oleh desakan ibubapa.
    7. Tidak menggunakan masa lapangnya dengan perkara-perkara yang berfaedah.
    8. Mengikut tekanan darah mudanya dengan sekehendak hatinya.
    9. Kerana keporak perandaan rumahtangga.
    10. Kerana tidak ada kemesraan yang baik diantara ibubapa dan anak-anak.
    11. Kerana ingin berlagak dengan cara hidup yang lebih tinggi daripada yang termampu olehnya.
    12. Kerana adanya dadah dan kebijaksanaan pengedar-pengedar dadah untuk menjalankan pengaruhnya.
    13. Kurang pengetahuan Agama dan penghayatan nilai-nilai Agama.

DADAH YANG TERKENAL DI SABAH

1. APA DIA SYABU

I.I. Nama panggilan dan nama saintifik

SYABU ialah nama panggilan (street name), iaitu sejenis dadah. yang berada dalam kumpulan SUMUIAN yang mana istilah saintifiknya “dMethamphetamine hydrochloride”. Perkataan syabu sebenamya berasal daripada bahasa Tagalog di negara Filipina dan ianya telah menjadi satu nama yang popular digunakan di Sabah oleh kerana pengaruh pengguna -pengguna dan pengedar-pengedar ‘pioneer’ di Sabah yang terdiri daripada pendatang tanpa izin yang berbangsa Filipin. Penggilan-panggilan lain yang digunakan oleh pengguna-pengguna di pasaran Sabah dan luar Sabah adalah seperti berikut:-

  1. ICE
  2. GLASS
  3. CRACK METH
  4. HIROPONG
  5. BATU (STONES)
 

1.2 Rupa Syabu Di Pasaran
1.3. Bungkusan (Packaging)

Syabu dipasarkan dalam bentuk bungkusan plastik kecil yang  berukuran 2cm x 2cm dan bungkusan yang berupa demikian biasanya mengandungi berat lebih kurang 0.045 gram dan ianya hanya cukup bagi kegunaan sekali sahaja yang biasanya dinamakan ‘deck’ atau ‘layaran’ bagi kegunaan penagih syabu.

1.4. Isi Kandungan (Ingredient) dan Synthesis
2. LATAR BELAKANG 2.1.   Syabu adalah satu jenis dadah tiruan atau pun ‘DESIGNER DRUGS’ yang telah wujud sejak perperangan dunia yang kedua. Pada, ketika itu, juru terbang (Fighter pilot) menggunakan syabu perlu berjaga-jaga semasa dalam penerbangan jauh dan juga askar-askar lain berperang tanpa tidur untuk tempoh masa yang panjang; 2.2.   Mereka yang paling mengemari mengguna syabu pada masa perperangan tersebut adalah askar-askar Amerika Syarikat, China dan Jepun. Oleh kerana itu, adalah sukar bagi menentukan pihak manakah yang mula bertanggungjawab atas rekaan syabu. Apa yang mereka mementingkan ialah supaya mendapatkan kesan positif daripada syabu tanpa mengirakan kesan negatithya yang kadangkala boleh mendatangkan maut; 2.3.   Dari segi sejarah Sabah, syabu mulai dikesan pada awal tahun 1992 yang dipengaruh oleh pembiakan Syabu kerana kebanyakan daripada pendatang-pendatang tanpa izin warganegara Filipina di Sabah adalah pengguna syabu dan syabu yang mereka bawa bersama-sama untuk kegunaan sendiri telah diedarkan juga kepada penduduk-penduduk tempatan. Pengaruh Syabu di Filipin pula telah ditinggalkan oleh askar-askar Amerika Syarikat yang telah lama berkhidtnat di negara tersebut. 3. KEMASUKKAN SYABU KE SABAH 3.1. Bekalan Syabu diseludup dari kepulauan Selatan Filipina yang terdiri daripada pulau Palawan, Mindanao, Tawi-Tawi, Basilan, Siasi dan Jolo yang terletak disebelah Timor Utara yang hanya dipisahkan oleh lautan SuIu dan Sulawasi. Daerah- daerah di pantai Timor Sabah seperti Sandakan, Kudat, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau adalah menjadi tempat ‘ Landing Point’ oleh pengedar-pengedar syabu. Selain Pendatang Tanpa lzin (PTI), yang masuk secara haram, terdapat juga pengedar-pengedar Filipina yang memiliki paspot datang ke Sabah dengan membawa syabu masuk secara sah melalui pintu-pintu masuk seperti: 3. 1. 1. Barter Trader( Kapal pertukaran barang dagang);
3.1.2. Feri dari Zamboanga ke Sandakan; dan
3.1.3. Penerbangan antarabangsa dari Manila dan Zamboanga.

 

3.2. Bot-bot seperti ‘speed boat’ merupakan pengangkutan utama, masuk ke Sabah secara haram dengan membawa bersama-sama mereka (PTI) sedikit-sebanyak Syabu semasa mendarat di daerah Sabah yang mana sukar dikesan oleh pihak berkuasa. Syabu yang berjaya diseludup masuk dibawa ke Kota Kinablu, ke Brunei dan lawas, Sarawak dengan menggunakan kenderaan. Manakala ke W.P. Labuan dengan menggunakan Feri dari Kota Kinabalu. Dan dari W.P. Labuan Syabu diseludup pula masuk ke Brunei dengan menggunakan bot-bot yang berulang-alik. Syabu juga diseludup ke Brunei melalui daerah Sipitang. 4.3. Mengikut statistik aktiviti menyeludup syabu telah meningkat begitu mendedak sekali. Peningkatan itu disebabkan faktor-faktor berikut:

4.3.1    Permintaan Syabu adalah lebih popular jika dibandingkan dengan ganja;
4.3.2    Keuntungan yang lumayan jika dijual di Sabah dengan nilai mata, wang Malaysia berbanding dengan pesos di Filipina; dan
4.3.3    Menyembunyi dan membawa syabu adalah lebih senang jika dibandingkan dengan ganja.
 

 
4.4. Peningkatan permintaan syabu juga ada kaitan dengan kesan-kesan positif kepada pengguna seperti berikut: 

 

 
4.4.1. Hilang mengantuk dan beijaga-jaga lebih daripada 24jam;
4.4.2. Kekuatan mental dan fisikal.;
4.4.3. Keseronokan dan khayalan;
4.4.4. Bertambah kesoronokan seks dan tahan daya; dan
4.4.5.. Hilang selera makan.

 

 
5. PENGEDAR/PENYELUDUP (MODUS OPERANDI) SYABU Kebanyakan pengedar-pengedar syabu yang terdapat di Sabah adalah secara kecil-kecilan yang dilakukan secara individu. Mengikut risikan mereka menggunakan berbagai-bagai tektik untuk menyeludup syabu dan diantaranya adalah seperti berikut: 5.1.1. Menyembunyi didalam barang-barang persendirian seperti kain/baju dan lain-lain;
5.1.2. Dalam motor starter;
5.1.3. Lampu Kalimantang;
5.1.4 Bekas stater kalimantang
5.1.5. Bekas tin bedak;
5.1.6. Bekas bateri tetefon bimbit; dan
5.1.3. Tumit selipar/kasut.

 

 5.2. Selain Filipina, negara Hong Kong juga mengeluarkan bekalan Syabu dan pembekal-pembekalnya dipercayai mendapat bekalan-bahan asli dari negara China ( mainland ) dan memproses Syabu di “underground laboratories” untuk dibekalkan ke Jepun, Taiwan dan juga sebahagian kecil kepada Sabah. Adalah dipercayai bahawa Syabu yang dibuat di Hong Kong adalah yang bermutu lebih tinggi jika dibandingkan syabu yang datang dari negara Filipina. 5.3. Syabu yang datangnya dari negara Filipina adalah terdiri daripada 90% yang peratus yang dibekalkan ke pasaran Sabah. lanya diseludup masuk dalam bentuk I kilogram, 1/2 kilogram atau dalam bentuk ‘bar’ yang berat 50 gram. Oleh kerana syabu merupakan bentuk halus dibanding dengan dadah lain seperti ganja, sejumlah besar dan berat boleh disembunyi melalui kumpit kumpit atau diseludup di atas badan dan ianya sukar dikesan. Syabu yang berjaya diseludup masuk akan dijual kepada pengedar tempatan yang akan membuat bungkusan semula dalam bentuk bungkusan plastik 5 gram, 1 gram dan tiub plastik kecil 0.045 gram untuk diedar kepada pasaran di Kota Kinabalu dan lain-lain daerah. 6. NAMA BRAND DAN GRED SYABU

6.1. Syabu yang terdapat di pasaran adalah terdiri daripada beberapa jenis nama mengikut rupa bentuk dan mutunya. Diantara nama-nama yang di panggil adalah seperti:

i) China White
ii) Cristal Stones

6.2. Pada umumnya, Syabu yang dipasarkan adalah dibahagikan kepada tiga gred iaitu

Gred I – Cristal Stones
Gred II – China White
Gred III – Syabu biasa yang kebanyakanya telah dicampur dengan tawas.

Syabu yang terdapat di pasaran Sabah kebanyakannya terdiri daripada syabu jenis Gred II
7. KESAN-KESAN ATAU AKIBAT PENYALAHGUNAAN SYABU [METHAMPHETAMINE]

7.1. Kesan-kesan negatif syabu dibahagikan kepada dua jenis iaitu jangka masa pendek dan masa panjang. Kesan negatif jangka masa pendek adalah seperti berikut:

  1. Khayalan atau halusianasi pada penghilatan dan pendengaran;
  2. Perangai cepat marah, resah dan perasaan tidak tenang;
  3. Kenaikan suhu badan dan tekanan darah tinggi; dan
  4. Bersifat agresif.

Akibat jangka masa panjang adalah seperti berikut:

  1. Kerosakan pada saraf otak dan mengalami angin ahmar (strok);
  2. Kurang siuman dan mengalami gangguan mental;
  3. Keracunan pada sistem saraf tunjang;
  4. Pergantungan psikologikal keatas Syabu dan rasa tidak boleh hidup tanpanya;
  5. Mendatangkan kerosakan pada tisu yang teruk dan boleh membawa maut; dan
  6. Boleh mengakibatkan sejenis penyakit neurologi seakan-akan Parkinson’s Disease’ yang sukar diubati.

8. KESALAHAN DlBAWAH ADB, 1952 JENIS KESALAHAN DAN HUKUMAN

JENIS DADAH SEKSYEN KESALAHAN BERAT DADAH HUKUMAN/DENDA
Ganja 6 Memiliki Ke bawah 20gm RM 20,000/-atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya
  39A (1) Memiliki 20gm keatas tetapi kurang daripada 50gm Tidak kurang 2 tahun penjara berat tidak kurang 3 kali dan tidak melebihi 10 kali.
  39A(2) Memiliki 50gm ke atas tetapi kurang dari 200gm Penjara seumur hidup atau tidak kurang 6 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali.
  6B Menanam pokok ganja Tidak kira berapa pokok Penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang 6 kali
  39B Mengedar 200gm ke atas MATI
Candu 9 Memiliki Ke bawah 100gm RM20,000/- atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya
  39A(1) Memiliki 100gm ke atas tetapi kurang dari 250gm Tidak kurang 2 tahun penjara dan sebatan tidak kurang 3 kali tetapi tidak lebih 9 kali.
  39A(2) Memiliki 250gm ke atas tetapi kurang dari 1000gm Penjara seumur hidup atau tidak kurang 5 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali.
  39B Mengedar 1000gm MATI
Heroin/ Morfin/ Monoacetyl Morphine 12(2) Memiliki Ke bawah 2gm RM20,000/- atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya
  39A(1) Memiliki 2gm ke atas tetapi kurang dari 5gm Tidak kurang 2 tahun penjara dan sebatan tidak kurang 3 kali tetapi tidak lebih 9 kali.
  39A(2) Memiliki 5gm ke atas tetapi kurang dari 15gm Penjara seumur hidup atau tidak kurang 5 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali.
  39B MENGEDAR 15gm ke atas MATI
Ubat Batuk 9(1) Memiliki / menjual / menyimpan / mengedar - RM3,000/- atau penjara tidak lebih dari 1 tahun atau kedua-duanya
Pil 30(3) Memiliki / menjual / menyimpan / mengedar - RM10,000/- atau penjara tidak kurang 4 tahun atau kedua-duanya
Syabu 12(2) Memiliki Kebawah 5gm RM20,000/- atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya
  39A(1) Memiliki 5gm ke atas tetapi kurang dari 30gm Tidak kurang 2 tahun penjara dan sebatan tidak kurang 3 kali tetapi tidak lebih 9 kali.
  39A(2) Memiliki 30gm ke atas tetapi kurang dari 50gm Penjara seumur hidup atau tidak kurang 5 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali.
  39B MENGEDAR 50gm ke atas atau lebih MATI

METAMPHETAMINE adalah tersenarai di bawah Akta DadahBerbahaya 1952 (pindaan 1998) dan berkuatkuasa pada 15.9.98 mengikut Akta A 1025.

 

Syabu akan berkesan diantara 15 hingga 60 minit selepas dihisap kesannya boleh berlanjutan sehingga beberapa jam kemudian.

Bahan-bahan syabu yang utama ialah ” d-Methamphetamine” yang tersenarai di bawah Bahagian III Jadual Pertama dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952 (pin. 1977) sebagai satu bahan dadah. Antara bahan-bahan lain ialah ephedrine, hydrochoride acid dan synthesis kimia sepwi berikut :- C6 H5 CH (OH) CH (CH3) NHCH3 + HI + P4 C6 H5 CH2 CH (CH3) NHCH3Syabu berbentuk hablur tawas yang halus serta berwarna cerah/putih dan bersifat lutcahaya ( colourless rock-like transparent granules) yang halus.Oleh kerana majalah ini adalah berpandukan kepada latar belakang bahan ini di negeri Sabah, maka panggilan SYABU akan digunakan bagi tujuan rujukan.JENIS-JENIS DADAH

 

   

 SUMBER :  http://www.sabah.org.my/bm/nasihat/nasihat_faq/faq_polis/faq_pegenalan_dadah.htm

Ringkasan Program

Tujuan program diadakan untuk meningkatkan kesedaran khususnya penduduk kampung tentang bahaya dadah dan musibahnya kepada masyarakat. Disamping juga untuk meningkatkan kesedaran umum khususnya generasi muda tentang pentingnya menjaga kesihatan, kecergasan fizikal dan mental agar dapat menjauhkan diri dari gejala sosial khususnya dadah. Dalam program ini, para peserta yang terdiri daripada masyarakat di tiga buah kampung diminta untuk mengedarkan risalah antidadah dari rumah ke rumah.

Aktiviti : AADK Negeri akan mengadakan Pameran dan menggerakkan ahli Rakan Antidadah (RADA) dan Masyarat Wanita Memerangi Dadah (MAWADAH).

Tarikh : 24 Julai 2010

Masa : 6 pg – 11 pg

Tempat : Perkarangan Dewan Serbaguna Kg. Tambulion Sorob Kota Belud

P/s – Apa lagi orang-orang kampung berkenaan datang la beramai-ramai ba. Ada Cabutan Tiket Bertuah ..   

       –  Pic & Video diupload


Aktiviti : Pameran & Ceramah Antidadah oleh AADK Negeri Sabah

Masa : 8 pg – 2 ptg

Tarikh : 10 Julai 2010

Tempat : SMA Al-Irsyadiah Marakau, Ranau

Sasaran : Pelajar SMU, SPM & STAM

Anjuran : Jabatan Pembangunan Sumber Manusia

“SEKOLAH BEBAS DADAH TAHUN 2012″


Aktiviti : Pameran Antidadah oleh AADK Negeri Sabah

Tarikh : 09 Julai 2010 (Jumaat)

Masa : 8.30 Pagi

Tempat : SMK Tambulion, Kota Belud

“SEKOLAH BEBAS DADAH TAHUN 2012″


RADIO MALAYSIA LABUAN 

24 JUN 2010

TAJUK           :           FUNGSI DAN PERANAN AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN

Soalan 1

 

Sebagaimana yang saya dimaklumkan Agensi Antidadah Kebangsaan W.P Labuan baru sahaja beroperasi di W.P Labuan pada 10 Januari 2007, bolehkah Cik Effa terangkan serba sedikit tentang sejarah penubuhan Agensi Antidadah  Kebangsaan, saya pasti ramai pendengar yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang Agensi Antidadah Kebangsaan.

 

Jawapan 1

 

Terima kasih ……………Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua pendengar Radio Malaysia Labuan. Terlebih dahulu saya bagi pihak Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Sabah ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Radio Malaysia Labuan kerana memberi peluang kepada Agensi ini menyampaikan maklumat melalui radio.

Berbalik kepada persoalan tadi, untuk makluman pendengar semua, usaha awal kerajaan bagi menghadapi masalah dadah adalah melalui tindakan undang-undang dengan menguatkuasakan Akta dadah Berbahaya 1952. Walau bagaimanapun, pelaksanaan undang-undang ini dijalankan oleh agensi-agensi kerajaan berkenaan secara berasingan. Usaha-usaha untuk menyalaraskan penguatkuasaan undang-undang ini hanya mula dibuat pada tahun 1972, apabila Pusat Biro Narkotik bertanggungjawab mengawal dan mengawas masalah dadah dalam bidang penguatkuasaan, pencegahan dan penyelarasan serta penyelidikan. Biro ini dibubarkan dan digantikan dengan Urusetia Dadah pada Ogos 1979 dan pada 1983 digantikan oleh Pasukan Petugas Anti Dadah. Tugas Penguatkuasaan Biro  diambil oleh cawangan Antidadah, Polis Diraja Malaysia. Pasukan Petugas Anti dadah akhirnya dimasukan ke Kementerian dalam Negeri 1995. Agensi Dadah Kebangsaan di wujudkan pada tahun 1996 setelah kerajaan bersetuju terhadap hasil percantuman Pasukan Petugas Anti Dadah dan Bahagian Rawatan dan Pemulihan Dadah, Kementerian Dalam Negeri. Kerajaan telah meluluskan penubuhan Agensi Dadah Kebangsaan yang bertanggungjawab sebagai Urusetia kepada Majlis Dadah Kebangsaan dan bertanggungjawab kepada semua aspek tindakan anti dadah. Misi Agensi Dadah Kebangsaan ialah untuk memerangi ancaman dadah bagi mewujudkan masyarakat Malaysia yang bebas daripada dadah. Pada Disember 2004 Akta Agensi Antidadah Kebangsaan 2004 ditubuhkan, Agensi Dadah Kebangsaan ditukar nama kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan diletakan di bawah Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, walaupun nama bertukar dari Agensi Dadah Kebangsaan ke Agensi Antidadah Kebangsaan, namun peranan dan fungsi tetap sama hanya bernaung di bawah kementerian yang berlainan sahaja. Di sini juga saya ingin memaklumkan kepada pendengar semua yang saya pasti mungin ramai yang keliru antara Agensi Antidadah Kenangsaan dengan PEMADAM. Agensi Antidadah Kebangsaan bukan Pemadam, Agensi Antidadah Kebangsaan adalah Agensi Utama Memerangi Dadah yang bernaung di bawah Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, manakala PEMADAM pula adalah NGO iaitu Persatuan Membentras Dadah Malaysia. Saya harap para pendengar tidak keliru dan jelas dengan penerangan saya tadi.  

Soalan 2

Begitulah tadi ringkasan tentang sejarah penubuhan Agensi Dadah Kebangsaan dan sekarang lebih dikenali Sebagai Agensi Antidadah Kebangsaan. Bolehkah Cik Effa jelaskan apakah objektif Agensi Antidadah Kebangsaan?

Jawapan 2

Seperti yang saya maklumkan tadi Agensi Antidadah Kebangsaan di letakkan di bawah Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Dengan mengariskan 4 Objektif iaitu  :

  1. Mencegah seseorang dari terlibat dengan dadah.
  2. Merawat dan memulihkan penagih dadah.
  3. Mencegah penagihan semula dan
  4. Membanteras bekalan pengedaran dadah dan penyalahgunaaan dadah.

 

Manakala Moto Agensi pula, “Bersama Membasmi Dadah”, jika kita hayati moto ini membasmi dadah bukalah hanya terletak di bahu Agensi Antidadah Kebangsaan semata-mata tetapi juga semua pihak harus berkerjasama membentras gejala penagihan dadah tidak kira siapa. Ini kerana macamana pun usaha yang Agensi Antidadah Kebangsaan jalankan, tanpa sokongan dari pelbagai pihak usaha ini akan menjadi sia-sia.

Soalan 3

Bolehkah Cik Effa menerangkan serba ringkas berkenaan dengan fungsi dan peranan AADK Sekarang?

 

Jawapan 3

Seperti yang saya maklumkan tadi, Agensi Antidadah Kebangsaan adalah Agensi utama dalam memerangi dadah. Antara fungsi dan peranan AADK ialah :

-         Melaksanakan program pencegahan dari peringkat bawahan hinggalah ke peringkat atasan, iaitu dari sekolah rendah hinggalah tempat kerja, serta komuniti.

-         Melaksanakan program rawatan dan pemulihan dalam institusi dan komuniti.

-         Meningkatkan sistem maklumat dadah dan menilai keberkesanan program Anti Dadah Negara.

-         Meningkatkan kerjasama serantau dan antarabangsa dalam usaha memerangi ancaman dadah dan memberi khidmat urusetia kepada Majlis Dadah Kebangsaan.

-         Dan  AADK juga sedang dalam persediaan melatih kakitangan untuk terlibat sepenuhnya dalam penguatkuasaan.

Penubuhan Agensi Antidadah Kebangsaan ini merupakan satu alternative negara bagi mengatasi masalah dadah. Agensi Antidadah Kebangsaan mempunyai beberapa bahagian utama iaitu :

i)                    Bahagian Pencegahan,  Perancangan dan Penyelidikan

ii)                   Bahagian Rawatan dan Pemulihan

iii)                 Bahagian pengurusan

iv)                 Teknologi maklumat

v)                  Penyelarasan

vi)                 Kaunseling

vii)               Institusi – pada masa kini AADK ada 29 Pusat Serenti di seluruh Malaysia, dan hanya ada satu sahaja Pusat Serenti Wanita yang terletak di Bachok Kelantan.

viii)              Perkhidmatan luar

ix)                 Penguatkuasaan / keselamatan

x)                  Keagamaan

xi)                 Publisiti

xii)               Perancangan dan Penyelidikan

xiii)              Antarabangsa

Dan untuk makluman pendengar semua,  program AADK di Radio yang ke uadara Sekarang ini merupakan program pencegahan yang AADK laksanakan, untuk memberi pengetahuan serta maklumat kepada pendengar berkaitan dengan dadah.

Soalan 4

Cik Effa, apakah strategi yang digunakan oleh AADK untuk memerangi dadah?

Jawapan 4

Untuk memerangi dadah, AADK ada mengariskan 4 strategi iaitu :

Strategi 1 :  Pencegahan

Pencegahan merupakan strategi jangka panjang bertujuan mencegah seseorang daripada terlibat dengan dadah. Ia dibahagikan kepada pencegahan awalan dan umum. Antara objektif pencegahan adalah :

  1. Membentuk pemikiran generasi muda yang akan datang supaya membenci dadah.
  2. Mengubah sikap dan persepsi masyarakat terhadap kegiatan dadah, jika sebelum ini masyarakat tidak mengambil berat mengenai masalah dadah sekiranya mereka tidak mempunyai ahli keluarga yang terlibat dengan penagihan dadah, sebaliknya mereka mencemuh dan menghina penagih dadah serta keluarga mereka. Mereka ini hanya mengambil berat setelah ahli keluaranya terlibat dengan dadah dan ini biasanya sudah terlewat. Sikap masyarakat sedemikian perlu dikikis dan penglibatan masyarakat dalam usaha-usaha pencegahan perlu diperluas dan dipertingkatkan.
  3. Menyediakan alternative untuk menyekat ahli masyarakat daripada terlibat dengan dadah. Ini adalah penting supaya kaum remaja dapat menggunakan masa lapang mereka dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Dalam hubungan ini, pertubuhan-pertubuhan masyarakat  boleh menganjurkan berbagai-bagai aktiviti seperti sukan, kebudayaan, pendidikan dan agama. Melalui penglibatan mereka  dalam aktiviti-aktiviti yang sihat ini boleh menghindarkan mereka daripada terjebak dalam kancah dadah.

 

Strategi 2 :  Rawatan dan Pemulihan

Strategi ini bertujuan untuk memutuskan pergantungan kepada dadah dan mencegah penagihan semula. Usaha pemulihan penagih dadah adalah berbentuk reformatif di mana penagih-penagih dipulihkan daripada satu keadaan penagihan kepada suatu perwatakan yang bebas daripada pengaruh dadah. Konsep rawatan dan pemulihan yang diamalkan di Malaysia berbentuk ‘Cold Turkey” di mana rawatan diberi tanpa penggunaan dadah gantian. Ini adalah berbeza daripada amalan setengah-setengah negara yang memberi dadah gantian kepada penagih-penagih. Majlis Dadah Kebangsaan  telah bersetuju menggunakan ubat-ubatan lain untuk merawat penagih dadah.

Pelaksanaan strategi ini memerlukan pengelasan penagih kepada dua kategori iaitu penagih di peringkat mencuba-cuba (experimental state) dan penagih tegar (hardcore). Ini supaya modaliti pendekatan rawatan dan pemulihan yang diberikan kepada mereka akan lebih berkesan dan sesuai.

Strategi ini menggunakan dua pendekatan iaitu :

  1. memutuskan pergantungan kepada dadah

Pendekatan ini melibatkan aktiviti – aktiviti seperti berikut :

I)                   Pengesanan dan pengawasan penggunaan dadah pada peringkat awal.

Aktiviti pengesanan dan pengawasan penggunaan dadah di peringkat awal dijalankan supaya mereka tidak dibiarkan berterusan terlibat dengan penagihan dadah hingga peringkat serius. Kumpulan ini merupakan pengguna-pengguna baru (experimental). Mereka tidak memerlukan pemulihan intensif ataupun pengasingan yang lama kerana penagihan mereka masih di peringkat awal. Kumpulan ini lebih memerlukan sokongan terapi psikososial seperti rundingcara, penerimaan mereka oleh masyarakat dan keluarga, mendapat pekerjaan yang tetap dan suasana alam sekeliling yang menggalakkan mereka ke arah menjauhkan diri daripada dadah. Ini dilaksanakan melalui pengawasan intensif dengan melibatkan antara lain pegawai-pegawai pemulihan, guru-guru, ibu bapa dan pemimpin-pemimpin masyarakat setempat.

II)                Pemulihan Institusi    

Kebanyakan penagih yang telah dikesan di tahun-tahun kebelakangan ini, adalah terdiri daripada penagih-penagih tegar yang telah menggunakan dadah sejak beberapa tahun. Mereka ini akan meningkatkan permintaan kepada dadah terutamanya heroin dan syabu secara berterusan. Mereka akan menyebabkan merebaknya penagihan dadah di kalangan pemuda-pemudi yang lain. Untuk menyara tabiat penagihan, mereka akan menjadi penjual dadah secara kecil-kecilan. Gejala ini akan membabitkan lebih ramai pemuda lain dalam kegiatan penagihan dadah. Hanya tindakan penguatkuasaan pencegahan yang kekal dan berterusan akan menyekat daripada menularnya wabak ini.

Pemulihan institusi melibatkan pengasingan seberapa ramai penagih daripada masyarakat dan mewajibkan mereka mengikut program rawatan dan pemulihan. Peruntukan di bawah Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 digunakan bagi memasukkan seberapa ramai penagih yang boleh ke dalam masyarakat supaya menjadi rakyat yang berguna dan produktif. Dalam hubungan ini, kemudahan-kemudahan rawatan dan pemulihan diperbanyakkan untuk menampung seberapa ramai penagih dadah.

Program  Rawatan dan Pemulihan perlu berbentuk ‘reformatif’ bertujuan melahirkan perwatakan yang bebas daripada dadah di kalangan penagih. Dalam hal ini unsur-unsur moral dan keagamaan, disiplin, sivik, kemahiran vokasional dan sebagainya akan diberi penekanan. Pengih-penagih dadah akan dilibatkan dalam semua aktiviti social dan ekonomi seperti bergotong-royong, kerja-kerja amal, kemasyarakatan, pertanian, ternakan dan aktiviti-aktiviti ekonomi. Bagi mancapai matlamat ini, setiap golongan masyarakat perlulah memberi sokongan masing-masing dengan menerima bekas penagih ke pangkuan mereka.

II. Sterategi yang ke dua dalam rawatan dan pemulihan pula ialah  pula adalah  : Pencegahan semula

Program pemulihan ini ditumpukan kepada pengekalan sikap dan perlakuan penagih supaya bebas daripada dadah. Jika tabiat penagihan masih wujud di kalangan bekas penagih, maka program rawatan dalam institusi adalah sia-sia  sahaja. Apa yang perlu ialah satu program jagaan lanjutan yang lasak dan intensif yang melibatkan semua golongan masyarakat. Pertubuhan-pertubuhan sukarela seperti PEMADAM, Rukun Tetangga, RELA hendaklah membantu dalam usaha-usaha menjalankan program dan membantu menyerapkan semula bekas penagih ke dalam masyarakat.

Sterategi 3 : Penguatkuasaan

Penguatkuasaan merupakan strategi yang ketiga yang bertindak dalam tiga bidang iaitu :

i)                    menyekat kemasukan dadah

Pencegahan kemasukan diutamakan untuk menghindarkan masalah dadah daripada memasuki negara ini. Strategi ini menekankan kepada usaha menguatkan dan mengukuhkan langkah penguatkuasaan untuk mencegah kemasukan dan bekalan dadah melalui jalan darat, laut dan udara. Di samping itu, usaha penguatkuasaan yang agresif terus dijalankan bagi membanteras pengedaran dan penjualan dadah dalam negeri. Rasional kepada strategi ini ialah sekiranya dadah tidak mudah dibawa masuk ke dalam negara, ia akan sukar diperolehi oleh pengguna.

ii)                  Penguatkuasaan Melalui Perundangan

Strategi ini bertujuan menggunakan undang-undang sebagai alat untuk menyokong pencegahan pengedaran dan penggunaan dadah. Strategi ini diperkuatkan untuk menjadikan dadah sebagai satu bahan yang berbahaya dan berisiko tinggi untuk dimiliki, dijual atau digunakan. Dengan demikian, bilangan pengedar dan penagih yang terlibat dan yang akan terus terlibat akan berkurangan. Undang-undang yang telah digubal adalah perlu untuk menjadikan hukumannya antara yang terkeras di dunia. Penguatkuasaan untuk merampas harta benda yang diperolehi daripada kegiatan pengedaran dadah juga akan dipertingkatkan.

iii)                Risikan

Memerangi dadah memerlukan aktiviti risikan yang cemerlang. Maklumat risikan dari dalam dan luar negeri akan dijadikan senjata terhadap individu-individu yang terlibat di dalam pengedaran dadah. Segala pengumpulan maklumat boleh diperkukuhkan dengan mewujudkan pasukan risikan khas di kawasan sempadan Malaysia / Thailand dan di Sabah / Sarawak serta luar negara. Satu sistem penyebaran maklumat risikan diwujudkan untuk kegunaan semua agensi penguatkuasa.

Strategi ke 4 : Kerjasama Antarabangsa

Masalah pengeluaran dan pengedaran dadah mempunyai dimensi antarabangsa. Strategi dadah negera tidak mungkin berjaya tanpa sokongan dan kerjasama antarabangsa. Malaysia telah memainkan peranan yang aktif dalam menggerak dan memberi keutamaan kepada usaha mencegah / mengawal penagihan dan pengedaran dadah.

Objektif-objektif yang ditekankan ialah untuk :

i)                    memupuk kerjasama yang rapat dalam usaha pengawalan dan pencegahan dadah di kalangan Negara-negara di peringkat serantau dan antarabangsa dan

ii)                   memperkuatkan usaha-usaha Malaysia dalam perjawatan dan pencegahan dadah diperingkat antarabangsa.

Untuk mencapai objektif yang saya sebutkan tadi, pendekatan yang akan dibuat ialah:

  1. meningkatkan pertukaran maklumat dalam semua bidang masalah dadah melalui organisasi serantau dan antarabangsa.
  2. meningkatkan pemindahan teknologi / metagologi pencegahan dan pengawalan dadah.
  3. mendapatkan bantuan teknik dalam mencegah dan mengawal dadah daripada organisasi antarabangsa dan negara-negara maju.
  4. menyertai persidangan , seminar, bengkel dan kursus di peringkat serantau dan antarabangsa.
  5. memajukan status pendekatan yang lebih positif dan tersusun dalam pengawalan dan pengurangan penanaman haram dan pengeluaran dadah.
  6. memajukan pengikhtirafan mengenai implikasi bahawa dadah itu mengancam keselamatan negara.
  7. memajukan penguatkuasaan undang-undang keras terhadap aktiviti pengedaran.

 

Soalan 5

Begitulah tadi panjang lebar Cik Effa menerangkan tentang strategi yang AADK gunakan untuk membentras penyalahgunaan dadah. Cik Effa, apakah harapan AADK WPL terhadap orang ramai?

Apa yang AADK harapkan, orang ramai memberi kerjasama sepenuhnya dengan program yang dijalankan oleh AADK, baik program pencegahan awalan dan komuniti. Selain itu jika ada ibubapa yang mempunyai masalah anak-anak yang terlibat dengan dadah, boleh datang ke pejabat AADK W.P Labuan yang terletak di tingkat 2 bangunan tabung haji, atau menghubungi talian 087 – 422977. Ibubapa juga boleh memohon supaya anak-anak yang terlibat dengan dadah  dipulihkan secara sukarela iaitu seksyen 8 (3) (a) sukarela di pusat serenti dan seksyen 8 (3) (b) sukarela pengawasan dalam komuniti. Saya mengharapkan ibubapa yang mempunyai masalah demikian jangan segan untuk bertemu dengan pegawai-pegawai AADK membincangkan perkara ini.

 EFFANEHWATI BTE LAKAT

PEGAWAI PEMULIHAN DADAH

Faktor remaja terlibat dadah

Posted: 6 Julai 2010 in Pelbagai

Oleh DR. KHAIDZIR ISMAIL

PENELITIAN kepada masyarakat dulu dan sekarang menunjukkan faktor-faktor yang menyebabkan penagihan dadah menjadi masalah utama.

Walau bagaimanapun, peredaran masa telah membawa perubahan ciri-ciri pengguna dadah dulu berbanding dengan ciri-ciri penagih dadah kini.

Penagih dadah dahulu berasal daripada golongan sosio-ekonomi yang rendah, golongan berpendidikan rendah dan kebanyakan dadah yang digunakan adalah kategori bawah.

Ia seperti ganja, heroin, candu yang memberikan kesan penenang. Ramai di kalangan mereka menggunakan dadah sebagai jalan pelarian daripada masalah.

Namun begitu, mulai tahun 2000, perubahan corak penyalahgunaan dadah semakin khusus kepada golongan muda dan tua, penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) lelaki dan perempuan, berpendidikan tinggi serta mempunyai pekerjaan tetap.

Pekerja sektor swasta juga tidak terkecuali. Bentuk dadah yang diambil termasuklah pil ekstasi, syabu, ganja, heroin dan lain-lain. Tumpuan kawasan penagihan pula adalah di pantai, perladangan, perkilangan, pembinaan, institusi-institusi pendidikan dalam dan luar bandar kajian Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM 2008).

Pengguna dadah pada zaman kini adalah amat membimbangkan kerana ia melibatkan kalangan para pelajar dan remaja yang menggunakan dadah untuk lebih berfokus kepada alasan pelajaran.

Juga kerana tekanan untuk bersaing sesama mereka, tempat menggunakan dadah di apartmen mewah, disko dan pusat-pusat hiburan, penagih dadah berpenampilan kemas dan menyakinkan.

Mereka menggunakan dadah untuk mendapat keberanian melakukan jenayah seperti meragut dan juga terlibat dalam samseng jalanan, atau menggunakan dadah sebagai alat bersosial seperti di majlis (sex-party).

Di sekolah, pelajar bermasalah dan selalu ponteng kadang-kadang mengubah trend dengan menghadirkan diri ke sekolah semata-mata untuk mencari pelanggan dengan mengedar kepada rakan-rakan di sekolah yang membawa wang saku untuk belanja di kantin dan mudah mendapat wang tunai.

(Sumber IPPBM 2008)


Pada 3 Jun 2010 (Sabtu) kami telah mengadakan program publisiti di Tamu Pekan Ranau. Seawal jam 7pagi kami telah bergerak dari hotel ke lokasi… Fuhh.. ramainya orang berduyun-duyun datang ke tamu dan  ditambahi pula dengan kesesakan lalulintas. Sampai saja di lokasi kami mencari tapak yang sesuai untuk memulakan aktiviti namun tidak mendapat tempat yang sesuai. Dengan bantuan pemungut cukai majlis, kami mengambil keputusan untuk mendirikan booth pameran kami di lorong pejalan kaki yang menjadi laluan orang ramai untuk ke tamu dan sebaliknya. Tempat kira oklah, redup kerna dipayungi oleh pokok dan tidak hujan hahaa.. ! dan kicauan burung yang bertenggek di atas pohon tu la juga yang menjadi penghibur lara kami kekee…….  Namun malangnya beberapa ketika kemudian kami didatangi oleh penguatkuasa majlis dan dengan tegasnya menyuruh kami tutup kedai kerana  mengatakan tempat tersebut adalah kawasan larangan. Alhamdulilah sekali lagi nasib menyebelahi kami apabila si pemungut cukai majlis menerangkan kepada penguatkuasa tersebut (dengan bahasa tempatan) dan akhirnya kami dibenarkan beroperasi di tempat tersebut.

Tompinai (saudara) durang tu datang daripada Agensi Kerajaan (AADK) bah, datang sini untuk mau kasi tau tantang bahaya itu dadah sama urang kita di Ranau ni, dan supaya urang-urang kita inda terlibat dengan aktiviti dadah, durang bukan datang untuk berniaga ba..” ……. Rasa-rasa itu la barangkali ayat power si pemungkut cukai kepada si penguatkuasa tu heheee……..!

Ketika pameran, pelbagai soalan telah diajukan oleh orang ramai namun syukur dapat kami tepis hehe…. Namun agak terperanjat juga kami apabila daun Ketum juga antara menjadi tumpuan dan soalan famous. Mereka mengatakan bahawa terdapat banyak pokok tersebut tumbuh meliar di tempat mereka yang mereka panggil sebagai pokok “Titap”. Walaubagaimana pun, kami belum dapat mengesahkan bahawa itu adalah pokok ketum kerana belum melihat dengan mata kepala sendiri. Cuma kata-kata nasihat sajalah yang mampu kami curahkan agar mereka tidak meyalahgunakan daun Titap aka Ketum itu.

Info Ketum :

ketum1

p/s – Untuk maklum, daun ketum telah menjadi tumpuan dan soalan yang famous di daerah Beaufort, Keningau dan Ranau kerana dakwaan mereka pokok tersebut memang ada tumbuh di tempat mereka namun nama adalah berbeza-beza mengikut daerah.

Dibawah ini adalah gambar dan video ketika operasi kami sedang berjalan……. Syokk bah!

 

p/s – gambar-gambar & video akan ditambah kemudian. tq.


Alhamdullilah dari pagi tadi kami telah pun menjalankan tugas pameran, edaran risalah, taklimat ringkas dan menjawab pelbagai soalan-soalan daripada masyarakat Ranau ini. Memang bagus respond orang-orang siniSekarang kami dalam perjalanan ke Poring, untuk mengedarkan risalah-risalah antidadah. Terima kasih kepada PEMADAM Negeri Sabah kerana sudi menyumbangkan beg-beg dan risalah antidadah untuk diedarkan bersama.

P/s – Video dan gambar-gambar aktiviti akan kami letakan kemudian.