Arkib bagi Kategori ‘Pelbagai’


Image

Haaahaa… sapa-sapa yang mau jadi ahli Skuad 1malaysia, boleh la isi borang di atas… dan hantar saja borang tu di mana-mana AADK daerah yang berdekat… senangkan, semudah A,B,C ja… ;)



Kira-kira jam 6.30 petang semalam, kami dikejutkan dengan deringan lonceng penggera yang tidak henti-henti…… kebetulan pada  waktu tersebut terdapat beberapa kakitangan yang belum balik kerana terpaksa menyiapkan kerja-kerja yang perlu disiapkan segera…..  sejerus selepas itu kami mendapat arahan untuk mengosongkan bangunan daripada pihak pengurusan kerana didapati berlaku kebakaran di Parkson (lokasi belum comfrim sebenarnya pada waktu itu)  dengan keadaan cemas para  penghuni bangunan berarak   turun dengan menggunakan tangga kerana lift telah dimatikan bagi tujuan keselamatan…….

Tiba  di bawah,  kelihatan  sudah  begitu ramai orang  yang   berkumpul dan memerhatikan apa yang akan terjadi. (api belum nampak la…. tapi bau asap memang ada hehee…) kelihatan  juga   tiga buah kenderaan bomba  telah mengambil lokasi masing-masing sebagai  langkah   berjaga-jaga…  pada masa yang sama  kelihatan  beberapa ahli bomba yang keluar masuk bangunan bagi mengawal dan memantau  keadaan (rasanya) dan  tidak kurang juga beberapa anggota polis yang bertindak mengarahkan  orang ramai  agar   keluar dari bangunan…….

Setelah berbincang sesama,  dan oleh kerana tiada juga api yang kelihatan…..  enam orang daripada kami sepakat untuk naik semula untuk menyelamatkan  buku-buku perkhidmatan kakitangan…. fuhh.. kesian kita  oohh klu buku tu terbakar…………  umpama terpadam la sudah riwayat kita  dalam perkhidmatan awam ini hehe……..  disamping itu, kunci-kunci kenderaan jabatan juga diambil dan atas arahan pegawai berkuasa kenderaan jabatan yang masih berada di kawasan letak kenderaan di bawah bangunan telah berjaya dialihkan ke kawasan selamat……..

Melalui sumber yang diterima  pagi  tadi  punca kejadian adalah bermula daripada kepulan asap yang keluar daripada wayar eletrik di tingkat dua dan menyebabkan lonceng penggera berbunyi………. Mungkin litar pintas la tu kan…. Syukur alhamdulilah hari ini dapat menjalankan tugas seperti biasa… punca masalah kelmarin telah berjaya diselesaikan oleh pihak berwajib… terima kasih banyak-banyak diucapkan… kepada warga pentadbiran, bah susun  buku-buku perkhidmatan awam tu balik ke tempat asalnya….. !

 


 KULIM – Seorang Isteri beranak satu berusia 22 tahun, yang bekerja di sebuah kilang di Prai, ditangkap khalwat bersama empat lelaki lain di sebuah rumah teres, kira-kira jam dua pagi, oleh Pegawai Penguat Kuasa, Pejabat Agama Islam Kulim Kedah (PADK) dengan bantuan polis dan pasukan Rela.

Juru cakap PADK berkata, mereka telah beberapa kali menerima aduan orang awam berkenaan rumah pasangan perempuan itu kerap dimasuki lelaki terutama pada waktu malam dan lewat pagi. “Setelah menerima aduan, PADK bersama lima anggota penguat kuasa yang dibantu polis dan pasukan Rela mengepung rumah itu. PADK terpaksa menunggu beberapa minit sebelum pintu rumah dibuka.

Selepas memperkenalkan diri, PADK membuat pemeriksaan terhadap rumah itu dan menemui empat lelaki dan seorang perempuan di dalam rumah. “Dari siasatan dijalankan, semua terlibat tidak mempunyai sebarang hubungan mahram. Pasangan perempuan pada mulanya mendakwa dia telah bercerai tetapi setelah diminta menunjukkan surai cerai, dia gagal berbuat demikian. Dia mengaku mempunyai seorang anak berusia 3 tahun dan tinggal bersama ibunya. Dia tinggal berseorangan di rumah itu kerana suaminya ditahan polis,” katanya. Setelah siasatan, polis mendapati empat lelaki yang berada dalam rumah bersama pasangan perempuan kelihatan mencurigakan.

Polis dan PADK membuat pemeriksaan dan menemui tempat menghisap dadah yang tersorok di bahagian dapur serta peralatan dan tiub yang digunakan untuk menghisap syabu dalam dua kotak rokok. Dari siasatan dibuat, semua terlibat mengaku menghisap syabu. Suspek mengaku membeli bekalan dadah daripada seorang kenalan dengan harga RM100. Mereka semua digari dan dibawa ke Balai Polis Kulim untuk siasatan. “Semua terlibat dibawa ke Balai Polis Kulim untuk menjalani ujian air kencing sebelum dibawa ke PADK untuk diambil keterangan. Mereka disiasat mengikut Seksyen 9 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988 kerana berkhalwat. Jika sabit kesalahan mereka boleh dihukum penjara setahun atau denda RM2,000,” katanya.


Imej imbasan sinar X menunjukkan kapsul kokain yang ditelan seorang lelaki sebelum dia ditahan di lapangan terbang Congonhas, Sao Paulo, awal bulan lalu.

Agensi SAO PAULO 11 Dis. – Seorang lelaki Britain ditahan kerana cuba menyeludup keluar kokain seberat dua kilogram yang disembunyikan di dalam perutnya dari Brazil. Lelaki berusia 44 tahun itu ditahan di lapangan terbang Congonhas di Sao Paulo ketika dia cuba melakukan penerbangan ke Senegal. Gambar x-ray terhadap lelaki itu menunjukkan 89 kapsul kokain dengan setiap satunya mempunyai berat 28 gram berada di dalam perut dan usus kecilnya. Dia yang namanya tidak didedahkan ditahan ketika melakukan daftar masuk selepas polis mendapati maklumat pasportnya bercanggah. Ketua polis Jose Alonso berkata, lelaki itu memegang pasport Britain dan Nigeria, tetapi maklumat daripada kedua-dua pasport itu tidak sama. Dadah di dalam perut dan usus kecilnya dikeluarkan di hospital beberapa jam selepas itu. Menurut polis, kesemua kokain itu bernilai 286,000 pound (RM1.4 juta) dan untuk dipasarkan di Eropah. – AGENSI


Kami warga AADK Negeri mengucapkan Selamat Menyambut Ramahan AlMubarak……… juga selamat menjalani ibadah puasa..semoga kalian beroleh kejayaan dibulan yang penuh keberkatan ini..Salam Ramadhan Al Mubarakh…


Malangnya bagi kami… Van pameran yang kami naiki mengalami “Overheat”.  Sekarang masih di Rumah khas sambil menunggu bantuan daripada Kota Kinabalu untuk mengambil kami. Malam ini juga kami akan ke Keningau untuk program PEMADAM esok hari plak… Memang syok juga pengembaraan ini, cuma penat sikit la… huhuuu….

Akhirnya….inilah wajah-wajah pegawai AADK Negeri yang sedang kepenatan… heheheee…

Selamat Menyambut Maal Hijrah

Posted: 6 Disember 2010 in Pelbagai

1 Muharram bukan sekadar hari cuti. Ia adalah permulaan ke jalan kebaikan dan meninggalkan segala kemungkaran. Jadikanlah hijrah yang sebenar seperti hijrah Nabi Muhammad SAW.

Demi Islam marilah sama2 kita menghayati detik maal hijrah ini ..

Salam maal hijrah buat semua ..

Info Dadah

Posted: 8 Julai 2010 in Pelbagai

 

 

 PENGERTIAN DADAH Dadah ialah apa-apa juga bahan kimia, samada asli atau tiruan, apabila dimasukkan kedalam tubuh badan secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh badan seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental. 

 
Dadah boleh dibahagikan kepada lima bahagian.

  1.  
    1. Opait
    2. Perangsang (stimulants)
    3. Penekanan (Depressants)
    4. Hallucinogen
    5. Ganja (Cannabis)
 
OPAIT Dadah yang paling merbahaya dan banyak sekali disalahgunakan. Dadah dalam golongan ini ialah:- Asli, Candu, Morfin, Heroin, Kodein, Ganja

PERGANTUNGAN PADA DADAH (DRUG DEPENDENCE)

Pergantungan pada dadah adalah keadaan keperluan secara fizikal atau psikologi atau kedua-duanya, yang ujud daripada penggunaan dadah yang berterusan atau diwaktu-waktu tertentu. Pergantungan psikologi atau jiwa ialah satu istilah biasanya dimaksudkan kepada satu idaman kuat yang berlebih-lebihan terhadap bahan-bahan tertentu tetapi tidak ada pergantungan badan. Pergantungan fizikal atau badan ialah penyesuaian badan secara jasmaniah terhadap ujudnya sejenis dadah secara berterusan. Apabila pergantungan ini telah dibina, badan bertindak dengan tanda-tanda yang boleh diteka, sekiranya dadah itu diberhentikan bekalannya serta merta. Sifat dan kekuatan tanda-tanda pengunduran itu bergantung pada dadah yang sedang digunakan dan banyak dose yang diperolehi tiap-tiap hari.

JENIS-JENIS DADAH YANG KERAP DIGUNAKAN DINEGERI INI

Walaupun penggunaan dadah yang ditentukan oleh doktor telah mendapat perhatian pihak berkuasa. Dadah-dadah yang kerap digunakan adalah Heroin, Morfin, Candu, ganja (hashish atau marijuanan atau cannabis), amphetamin, barbitured, pill mx, kokain dan lain-lain.

 
APAKAH FAKTOR-FAKTOR MEMBAWA KEPADA SALAHGUNA DADAH Mengikut kajian oleh pakar-pakar perubatan dan juga pakar-pakar yang membuat penyelidikan atas penagih-penagih dadah dan juga mereka-mereka yang menyalahgunakan dadah adalah seperti berikut:-

 

  1.  
    1. Ingin mengetahui dan seterusnya ingin mencuba-cuba oleh dirinya sendiri.
    2. Tidak mengetahui dengan sebenarnya bahaya-bahaya tiap-tiap jenis dadah itu.
    3. Dipengaruhi oleh kawan-kawannya dan oleh sebab hendak menyesuaikan dirinya dengan sesuatu kumpulan yang sebaya dengannya.
    4. Mencari ketenteraman jiwa kerana terlibat dengan sesuatu masalah kehidupan.
    5. Menghilangkan sesuatu kesusahan yang dideritainya.
    6. Untuk menghilangkan kerunsingan yang didatangkan oleh desakan ibubapa.
    7. Tidak menggunakan masa lapangnya dengan perkara-perkara yang berfaedah.
    8. Mengikut tekanan darah mudanya dengan sekehendak hatinya.
    9. Kerana keporak perandaan rumahtangga.
    10. Kerana tidak ada kemesraan yang baik diantara ibubapa dan anak-anak.
    11. Kerana ingin berlagak dengan cara hidup yang lebih tinggi daripada yang termampu olehnya.
    12. Kerana adanya dadah dan kebijaksanaan pengedar-pengedar dadah untuk menjalankan pengaruhnya.
    13. Kurang pengetahuan Agama dan penghayatan nilai-nilai Agama.

DADAH YANG TERKENAL DI SABAH

1. APA DIA SYABU

I.I. Nama panggilan dan nama saintifik

SYABU ialah nama panggilan (street name), iaitu sejenis dadah. yang berada dalam kumpulan SUMUIAN yang mana istilah saintifiknya “dMethamphetamine hydrochloride”. Perkataan syabu sebenamya berasal daripada bahasa Tagalog di negara Filipina dan ianya telah menjadi satu nama yang popular digunakan di Sabah oleh kerana pengaruh pengguna -pengguna dan pengedar-pengedar ‘pioneer’ di Sabah yang terdiri daripada pendatang tanpa izin yang berbangsa Filipin. Penggilan-panggilan lain yang digunakan oleh pengguna-pengguna di pasaran Sabah dan luar Sabah adalah seperti berikut:-

  1. ICE
  2. GLASS
  3. CRACK METH
  4. HIROPONG
  5. BATU (STONES)
 

1.2 Rupa Syabu Di Pasaran
1.3. Bungkusan (Packaging)

Syabu dipasarkan dalam bentuk bungkusan plastik kecil yang  berukuran 2cm x 2cm dan bungkusan yang berupa demikian biasanya mengandungi berat lebih kurang 0.045 gram dan ianya hanya cukup bagi kegunaan sekali sahaja yang biasanya dinamakan ‘deck’ atau ‘layaran’ bagi kegunaan penagih syabu.

1.4. Isi Kandungan (Ingredient) dan Synthesis
2. LATAR BELAKANG 2.1.   Syabu adalah satu jenis dadah tiruan atau pun ‘DESIGNER DRUGS’ yang telah wujud sejak perperangan dunia yang kedua. Pada, ketika itu, juru terbang (Fighter pilot) menggunakan syabu perlu berjaga-jaga semasa dalam penerbangan jauh dan juga askar-askar lain berperang tanpa tidur untuk tempoh masa yang panjang; 2.2.   Mereka yang paling mengemari mengguna syabu pada masa perperangan tersebut adalah askar-askar Amerika Syarikat, China dan Jepun. Oleh kerana itu, adalah sukar bagi menentukan pihak manakah yang mula bertanggungjawab atas rekaan syabu. Apa yang mereka mementingkan ialah supaya mendapatkan kesan positif daripada syabu tanpa mengirakan kesan negatithya yang kadangkala boleh mendatangkan maut; 2.3.   Dari segi sejarah Sabah, syabu mulai dikesan pada awal tahun 1992 yang dipengaruh oleh pembiakan Syabu kerana kebanyakan daripada pendatang-pendatang tanpa izin warganegara Filipina di Sabah adalah pengguna syabu dan syabu yang mereka bawa bersama-sama untuk kegunaan sendiri telah diedarkan juga kepada penduduk-penduduk tempatan. Pengaruh Syabu di Filipin pula telah ditinggalkan oleh askar-askar Amerika Syarikat yang telah lama berkhidtnat di negara tersebut. 3. KEMASUKKAN SYABU KE SABAH 3.1. Bekalan Syabu diseludup dari kepulauan Selatan Filipina yang terdiri daripada pulau Palawan, Mindanao, Tawi-Tawi, Basilan, Siasi dan Jolo yang terletak disebelah Timor Utara yang hanya dipisahkan oleh lautan SuIu dan Sulawasi. Daerah- daerah di pantai Timor Sabah seperti Sandakan, Kudat, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau adalah menjadi tempat ‘ Landing Point’ oleh pengedar-pengedar syabu. Selain Pendatang Tanpa lzin (PTI), yang masuk secara haram, terdapat juga pengedar-pengedar Filipina yang memiliki paspot datang ke Sabah dengan membawa syabu masuk secara sah melalui pintu-pintu masuk seperti: 3. 1. 1. Barter Trader( Kapal pertukaran barang dagang);
3.1.2. Feri dari Zamboanga ke Sandakan; dan
3.1.3. Penerbangan antarabangsa dari Manila dan Zamboanga.

 

3.2. Bot-bot seperti ‘speed boat’ merupakan pengangkutan utama, masuk ke Sabah secara haram dengan membawa bersama-sama mereka (PTI) sedikit-sebanyak Syabu semasa mendarat di daerah Sabah yang mana sukar dikesan oleh pihak berkuasa. Syabu yang berjaya diseludup masuk dibawa ke Kota Kinablu, ke Brunei dan lawas, Sarawak dengan menggunakan kenderaan. Manakala ke W.P. Labuan dengan menggunakan Feri dari Kota Kinabalu. Dan dari W.P. Labuan Syabu diseludup pula masuk ke Brunei dengan menggunakan bot-bot yang berulang-alik. Syabu juga diseludup ke Brunei melalui daerah Sipitang. 4.3. Mengikut statistik aktiviti menyeludup syabu telah meningkat begitu mendedak sekali. Peningkatan itu disebabkan faktor-faktor berikut:

4.3.1    Permintaan Syabu adalah lebih popular jika dibandingkan dengan ganja;
4.3.2    Keuntungan yang lumayan jika dijual di Sabah dengan nilai mata, wang Malaysia berbanding dengan pesos di Filipina; dan
4.3.3    Menyembunyi dan membawa syabu adalah lebih senang jika dibandingkan dengan ganja.
 

 
4.4. Peningkatan permintaan syabu juga ada kaitan dengan kesan-kesan positif kepada pengguna seperti berikut: 

 

 
4.4.1. Hilang mengantuk dan beijaga-jaga lebih daripada 24jam;
4.4.2. Kekuatan mental dan fisikal.;
4.4.3. Keseronokan dan khayalan;
4.4.4. Bertambah kesoronokan seks dan tahan daya; dan
4.4.5.. Hilang selera makan.

 

 
5. PENGEDAR/PENYELUDUP (MODUS OPERANDI) SYABU Kebanyakan pengedar-pengedar syabu yang terdapat di Sabah adalah secara kecil-kecilan yang dilakukan secara individu. Mengikut risikan mereka menggunakan berbagai-bagai tektik untuk menyeludup syabu dan diantaranya adalah seperti berikut: 5.1.1. Menyembunyi didalam barang-barang persendirian seperti kain/baju dan lain-lain;
5.1.2. Dalam motor starter;
5.1.3. Lampu Kalimantang;
5.1.4 Bekas stater kalimantang
5.1.5. Bekas tin bedak;
5.1.6. Bekas bateri tetefon bimbit; dan
5.1.3. Tumit selipar/kasut.

 

 5.2. Selain Filipina, negara Hong Kong juga mengeluarkan bekalan Syabu dan pembekal-pembekalnya dipercayai mendapat bekalan-bahan asli dari negara China ( mainland ) dan memproses Syabu di “underground laboratories” untuk dibekalkan ke Jepun, Taiwan dan juga sebahagian kecil kepada Sabah. Adalah dipercayai bahawa Syabu yang dibuat di Hong Kong adalah yang bermutu lebih tinggi jika dibandingkan syabu yang datang dari negara Filipina. 5.3. Syabu yang datangnya dari negara Filipina adalah terdiri daripada 90% yang peratus yang dibekalkan ke pasaran Sabah. lanya diseludup masuk dalam bentuk I kilogram, 1/2 kilogram atau dalam bentuk ‘bar’ yang berat 50 gram. Oleh kerana syabu merupakan bentuk halus dibanding dengan dadah lain seperti ganja, sejumlah besar dan berat boleh disembunyi melalui kumpit kumpit atau diseludup di atas badan dan ianya sukar dikesan. Syabu yang berjaya diseludup masuk akan dijual kepada pengedar tempatan yang akan membuat bungkusan semula dalam bentuk bungkusan plastik 5 gram, 1 gram dan tiub plastik kecil 0.045 gram untuk diedar kepada pasaran di Kota Kinabalu dan lain-lain daerah. 6. NAMA BRAND DAN GRED SYABU

6.1. Syabu yang terdapat di pasaran adalah terdiri daripada beberapa jenis nama mengikut rupa bentuk dan mutunya. Diantara nama-nama yang di panggil adalah seperti:

i) China White
ii) Cristal Stones

6.2. Pada umumnya, Syabu yang dipasarkan adalah dibahagikan kepada tiga gred iaitu

Gred I – Cristal Stones
Gred II – China White
Gred III – Syabu biasa yang kebanyakanya telah dicampur dengan tawas.

Syabu yang terdapat di pasaran Sabah kebanyakannya terdiri daripada syabu jenis Gred II
7. KESAN-KESAN ATAU AKIBAT PENYALAHGUNAAN SYABU [METHAMPHETAMINE]

7.1. Kesan-kesan negatif syabu dibahagikan kepada dua jenis iaitu jangka masa pendek dan masa panjang. Kesan negatif jangka masa pendek adalah seperti berikut:

  1. Khayalan atau halusianasi pada penghilatan dan pendengaran;
  2. Perangai cepat marah, resah dan perasaan tidak tenang;
  3. Kenaikan suhu badan dan tekanan darah tinggi; dan
  4. Bersifat agresif.

Akibat jangka masa panjang adalah seperti berikut:

  1. Kerosakan pada saraf otak dan mengalami angin ahmar (strok);
  2. Kurang siuman dan mengalami gangguan mental;
  3. Keracunan pada sistem saraf tunjang;
  4. Pergantungan psikologikal keatas Syabu dan rasa tidak boleh hidup tanpanya;
  5. Mendatangkan kerosakan pada tisu yang teruk dan boleh membawa maut; dan
  6. Boleh mengakibatkan sejenis penyakit neurologi seakan-akan Parkinson’s Disease’ yang sukar diubati.

8. KESALAHAN DlBAWAH ADB, 1952 JENIS KESALAHAN DAN HUKUMAN

JENIS DADAH SEKSYEN KESALAHAN BERAT DADAH HUKUMAN/DENDA
Ganja 6 Memiliki Ke bawah 20gm RM 20,000/-atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya
  39A (1) Memiliki 20gm keatas tetapi kurang daripada 50gm Tidak kurang 2 tahun penjara berat tidak kurang 3 kali dan tidak melebihi 10 kali.
  39A(2) Memiliki 50gm ke atas tetapi kurang dari 200gm Penjara seumur hidup atau tidak kurang 6 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali.
  6B Menanam pokok ganja Tidak kira berapa pokok Penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang 6 kali
  39B Mengedar 200gm ke atas MATI
Candu 9 Memiliki Ke bawah 100gm RM20,000/- atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya
  39A(1) Memiliki 100gm ke atas tetapi kurang dari 250gm Tidak kurang 2 tahun penjara dan sebatan tidak kurang 3 kali tetapi tidak lebih 9 kali.
  39A(2) Memiliki 250gm ke atas tetapi kurang dari 1000gm Penjara seumur hidup atau tidak kurang 5 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali.
  39B Mengedar 1000gm MATI
Heroin/ Morfin/ Monoacetyl Morphine 12(2) Memiliki Ke bawah 2gm RM20,000/- atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya
  39A(1) Memiliki 2gm ke atas tetapi kurang dari 5gm Tidak kurang 2 tahun penjara dan sebatan tidak kurang 3 kali tetapi tidak lebih 9 kali.
  39A(2) Memiliki 5gm ke atas tetapi kurang dari 15gm Penjara seumur hidup atau tidak kurang 5 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali.
  39B MENGEDAR 15gm ke atas MATI
Ubat Batuk 9(1) Memiliki / menjual / menyimpan / mengedar - RM3,000/- atau penjara tidak lebih dari 1 tahun atau kedua-duanya
Pil 30(3) Memiliki / menjual / menyimpan / mengedar - RM10,000/- atau penjara tidak kurang 4 tahun atau kedua-duanya
Syabu 12(2) Memiliki Kebawah 5gm RM20,000/- atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya
  39A(1) Memiliki 5gm ke atas tetapi kurang dari 30gm Tidak kurang 2 tahun penjara dan sebatan tidak kurang 3 kali tetapi tidak lebih 9 kali.
  39A(2) Memiliki 30gm ke atas tetapi kurang dari 50gm Penjara seumur hidup atau tidak kurang 5 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali.
  39B MENGEDAR 50gm ke atas atau lebih MATI

METAMPHETAMINE adalah tersenarai di bawah Akta DadahBerbahaya 1952 (pindaan 1998) dan berkuatkuasa pada 15.9.98 mengikut Akta A 1025.

 

Syabu akan berkesan diantara 15 hingga 60 minit selepas dihisap kesannya boleh berlanjutan sehingga beberapa jam kemudian.

Bahan-bahan syabu yang utama ialah ” d-Methamphetamine” yang tersenarai di bawah Bahagian III Jadual Pertama dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952 (pin. 1977) sebagai satu bahan dadah. Antara bahan-bahan lain ialah ephedrine, hydrochoride acid dan synthesis kimia sepwi berikut :- C6 H5 CH (OH) CH (CH3) NHCH3 + HI + P4 C6 H5 CH2 CH (CH3) NHCH3Syabu berbentuk hablur tawas yang halus serta berwarna cerah/putih dan bersifat lutcahaya ( colourless rock-like transparent granules) yang halus.Oleh kerana majalah ini adalah berpandukan kepada latar belakang bahan ini di negeri Sabah, maka panggilan SYABU akan digunakan bagi tujuan rujukan.JENIS-JENIS DADAH

 

   

 SUMBER :  http://www.sabah.org.my/bm/nasihat/nasihat_faq/faq_polis/faq_pegenalan_dadah.htm

Ringkasan Program

Tujuan program diadakan untuk meningkatkan kesedaran khususnya penduduk kampung tentang bahaya dadah dan musibahnya kepada masyarakat. Disamping juga untuk meningkatkan kesedaran umum khususnya generasi muda tentang pentingnya menjaga kesihatan, kecergasan fizikal dan mental agar dapat menjauhkan diri dari gejala sosial khususnya dadah. Dalam program ini, para peserta yang terdiri daripada masyarakat di tiga buah kampung diminta untuk mengedarkan risalah antidadah dari rumah ke rumah.

Aktiviti : AADK Negeri akan mengadakan Pameran dan menggerakkan ahli Rakan Antidadah (RADA) dan Masyarat Wanita Memerangi Dadah (MAWADAH).

Tarikh : 24 Julai 2010

Masa : 6 pg – 11 pg

Tempat : Perkarangan Dewan Serbaguna Kg. Tambulion Sorob Kota Belud

P/s – Apa lagi orang-orang kampung berkenaan datang la beramai-ramai ba. Ada Cabutan Tiket Bertuah ..   

       –  Pic & Video diupload


Aktiviti : Pameran & Ceramah Antidadah oleh AADK Negeri Sabah

Masa : 8 pg – 2 ptg

Tarikh : 10 Julai 2010

Tempat : SMA Al-Irsyadiah Marakau, Ranau

Sasaran : Pelajar SMU, SPM & STAM

Anjuran : Jabatan Pembangunan Sumber Manusia

“SEKOLAH BEBAS DADAH TAHUN 2012″


Aktiviti : Pameran Antidadah oleh AADK Negeri Sabah

Tarikh : 09 Julai 2010 (Jumaat)

Masa : 8.30 Pagi

Tempat : SMK Tambulion, Kota Belud

“SEKOLAH BEBAS DADAH TAHUN 2012″


RADIO MALAYSIA LABUAN 

24 JUN 2010

TAJUK           :           FUNGSI DAN PERANAN AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN

Soalan 1

 

Sebagaimana yang saya dimaklumkan Agensi Antidadah Kebangsaan W.P Labuan baru sahaja beroperasi di W.P Labuan pada 10 Januari 2007, bolehkah Cik Effa terangkan serba sedikit tentang sejarah penubuhan Agensi Antidadah  Kebangsaan, saya pasti ramai pendengar yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang Agensi Antidadah Kebangsaan.

 

Jawapan 1

 

Terima kasih ……………Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua pendengar Radio Malaysia Labuan. Terlebih dahulu saya bagi pihak Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Sabah ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Radio Malaysia Labuan kerana memberi peluang kepada Agensi ini menyampaikan maklumat melalui radio.

Berbalik kepada persoalan tadi, untuk makluman pendengar semua, usaha awal kerajaan bagi menghadapi masalah dadah adalah melalui tindakan undang-undang dengan menguatkuasakan Akta dadah Berbahaya 1952. Walau bagaimanapun, pelaksanaan undang-undang ini dijalankan oleh agensi-agensi kerajaan berkenaan secara berasingan. Usaha-usaha untuk menyalaraskan penguatkuasaan undang-undang ini hanya mula dibuat pada tahun 1972, apabila Pusat Biro Narkotik bertanggungjawab mengawal dan mengawas masalah dadah dalam bidang penguatkuasaan, pencegahan dan penyelarasan serta penyelidikan. Biro ini dibubarkan dan digantikan dengan Urusetia Dadah pada Ogos 1979 dan pada 1983 digantikan oleh Pasukan Petugas Anti Dadah. Tugas Penguatkuasaan Biro  diambil oleh cawangan Antidadah, Polis Diraja Malaysia. Pasukan Petugas Anti dadah akhirnya dimasukan ke Kementerian dalam Negeri 1995. Agensi Dadah Kebangsaan di wujudkan pada tahun 1996 setelah kerajaan bersetuju terhadap hasil percantuman Pasukan Petugas Anti Dadah dan Bahagian Rawatan dan Pemulihan Dadah, Kementerian Dalam Negeri. Kerajaan telah meluluskan penubuhan Agensi Dadah Kebangsaan yang bertanggungjawab sebagai Urusetia kepada Majlis Dadah Kebangsaan dan bertanggungjawab kepada semua aspek tindakan anti dadah. Misi Agensi Dadah Kebangsaan ialah untuk memerangi ancaman dadah bagi mewujudkan masyarakat Malaysia yang bebas daripada dadah. Pada Disember 2004 Akta Agensi Antidadah Kebangsaan 2004 ditubuhkan, Agensi Dadah Kebangsaan ditukar nama kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan diletakan di bawah Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, walaupun nama bertukar dari Agensi Dadah Kebangsaan ke Agensi Antidadah Kebangsaan, namun peranan dan fungsi tetap sama hanya bernaung di bawah kementerian yang berlainan sahaja. Di sini juga saya ingin memaklumkan kepada pendengar semua yang saya pasti mungin ramai yang keliru antara Agensi Antidadah Kenangsaan dengan PEMADAM. Agensi Antidadah Kebangsaan bukan Pemadam, Agensi Antidadah Kebangsaan adalah Agensi Utama Memerangi Dadah yang bernaung di bawah Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, manakala PEMADAM pula adalah NGO iaitu Persatuan Membentras Dadah Malaysia. Saya harap para pendengar tidak keliru dan jelas dengan penerangan saya tadi.  

Soalan 2

Begitulah tadi ringkasan tentang sejarah penubuhan Agensi Dadah Kebangsaan dan sekarang lebih dikenali Sebagai Agensi Antidadah Kebangsaan. Bolehkah Cik Effa jelaskan apakah objektif Agensi Antidadah Kebangsaan?

Jawapan 2

Seperti yang saya maklumkan tadi Agensi Antidadah Kebangsaan di letakkan di bawah Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Dengan mengariskan 4 Objektif iaitu  :

  1. Mencegah seseorang dari terlibat dengan dadah.
  2. Merawat dan memulihkan penagih dadah.
  3. Mencegah penagihan semula dan
  4. Membanteras bekalan pengedaran dadah dan penyalahgunaaan dadah.

 

Manakala Moto Agensi pula, “Bersama Membasmi Dadah”, jika kita hayati moto ini membasmi dadah bukalah hanya terletak di bahu Agensi Antidadah Kebangsaan semata-mata tetapi juga semua pihak harus berkerjasama membentras gejala penagihan dadah tidak kira siapa. Ini kerana macamana pun usaha yang Agensi Antidadah Kebangsaan jalankan, tanpa sokongan dari pelbagai pihak usaha ini akan menjadi sia-sia.

Soalan 3

Bolehkah Cik Effa menerangkan serba ringkas berkenaan dengan fungsi dan peranan AADK Sekarang?

 

Jawapan 3

Seperti yang saya maklumkan tadi, Agensi Antidadah Kebangsaan adalah Agensi utama dalam memerangi dadah. Antara fungsi dan peranan AADK ialah :

-         Melaksanakan program pencegahan dari peringkat bawahan hinggalah ke peringkat atasan, iaitu dari sekolah rendah hinggalah tempat kerja, serta komuniti.

-         Melaksanakan program rawatan dan pemulihan dalam institusi dan komuniti.

-         Meningkatkan sistem maklumat dadah dan menilai keberkesanan program Anti Dadah Negara.

-         Meningkatkan kerjasama serantau dan antarabangsa dalam usaha memerangi ancaman dadah dan memberi khidmat urusetia kepada Majlis Dadah Kebangsaan.

-         Dan  AADK juga sedang dalam persediaan melatih kakitangan untuk terlibat sepenuhnya dalam penguatkuasaan.

Penubuhan Agensi Antidadah Kebangsaan ini merupakan satu alternative negara bagi mengatasi masalah dadah. Agensi Antidadah Kebangsaan mempunyai beberapa bahagian utama iaitu :

i)                    Bahagian Pencegahan,  Perancangan dan Penyelidikan

ii)                   Bahagian Rawatan dan Pemulihan

iii)                 Bahagian pengurusan

iv)                 Teknologi maklumat

v)                  Penyelarasan

vi)                 Kaunseling

vii)               Institusi – pada masa kini AADK ada 29 Pusat Serenti di seluruh Malaysia, dan hanya ada satu sahaja Pusat Serenti Wanita yang terletak di Bachok Kelantan.

viii)              Perkhidmatan luar

ix)                 Penguatkuasaan / keselamatan

x)                  Keagamaan

xi)                 Publisiti

xii)               Perancangan dan Penyelidikan

xiii)              Antarabangsa

Dan untuk makluman pendengar semua,  program AADK di Radio yang ke uadara Sekarang ini merupakan program pencegahan yang AADK laksanakan, untuk memberi pengetahuan serta maklumat kepada pendengar berkaitan dengan dadah.

Soalan 4

Cik Effa, apakah strategi yang digunakan oleh AADK untuk memerangi dadah?

Jawapan 4

Untuk memerangi dadah, AADK ada mengariskan 4 strategi iaitu :

Strategi 1 :  Pencegahan

Pencegahan merupakan strategi jangka panjang bertujuan mencegah seseorang daripada terlibat dengan dadah. Ia dibahagikan kepada pencegahan awalan dan umum. Antara objektif pencegahan adalah :

  1. Membentuk pemikiran generasi muda yang akan datang supaya membenci dadah.
  2. Mengubah sikap dan persepsi masyarakat terhadap kegiatan dadah, jika sebelum ini masyarakat tidak mengambil berat mengenai masalah dadah sekiranya mereka tidak mempunyai ahli keluarga yang terlibat dengan penagihan dadah, sebaliknya mereka mencemuh dan menghina penagih dadah serta keluarga mereka. Mereka ini hanya mengambil berat setelah ahli keluaranya terlibat dengan dadah dan ini biasanya sudah terlewat. Sikap masyarakat sedemikian perlu dikikis dan penglibatan masyarakat dalam usaha-usaha pencegahan perlu diperluas dan dipertingkatkan.
  3. Menyediakan alternative untuk menyekat ahli masyarakat daripada terlibat dengan dadah. Ini adalah penting supaya kaum remaja dapat menggunakan masa lapang mereka dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Dalam hubungan ini, pertubuhan-pertubuhan masyarakat  boleh menganjurkan berbagai-bagai aktiviti seperti sukan, kebudayaan, pendidikan dan agama. Melalui penglibatan mereka  dalam aktiviti-aktiviti yang sihat ini boleh menghindarkan mereka daripada terjebak dalam kancah dadah.

 

Strategi 2 :  Rawatan dan Pemulihan

Strategi ini bertujuan untuk memutuskan pergantungan kepada dadah dan mencegah penagihan semula. Usaha pemulihan penagih dadah adalah berbentuk reformatif di mana penagih-penagih dipulihkan daripada satu keadaan penagihan kepada suatu perwatakan yang bebas daripada pengaruh dadah. Konsep rawatan dan pemulihan yang diamalkan di Malaysia berbentuk ‘Cold Turkey” di mana rawatan diberi tanpa penggunaan dadah gantian. Ini adalah berbeza daripada amalan setengah-setengah negara yang memberi dadah gantian kepada penagih-penagih. Majlis Dadah Kebangsaan  telah bersetuju menggunakan ubat-ubatan lain untuk merawat penagih dadah.

Pelaksanaan strategi ini memerlukan pengelasan penagih kepada dua kategori iaitu penagih di peringkat mencuba-cuba (experimental state) dan penagih tegar (hardcore). Ini supaya modaliti pendekatan rawatan dan pemulihan yang diberikan kepada mereka akan lebih berkesan dan sesuai.

Strategi ini menggunakan dua pendekatan iaitu :

  1. memutuskan pergantungan kepada dadah

Pendekatan ini melibatkan aktiviti – aktiviti seperti berikut :

I)                   Pengesanan dan pengawasan penggunaan dadah pada peringkat awal.

Aktiviti pengesanan dan pengawasan penggunaan dadah di peringkat awal dijalankan supaya mereka tidak dibiarkan berterusan terlibat dengan penagihan dadah hingga peringkat serius. Kumpulan ini merupakan pengguna-pengguna baru (experimental). Mereka tidak memerlukan pemulihan intensif ataupun pengasingan yang lama kerana penagihan mereka masih di peringkat awal. Kumpulan ini lebih memerlukan sokongan terapi psikososial seperti rundingcara, penerimaan mereka oleh masyarakat dan keluarga, mendapat pekerjaan yang tetap dan suasana alam sekeliling yang menggalakkan mereka ke arah menjauhkan diri daripada dadah. Ini dilaksanakan melalui pengawasan intensif dengan melibatkan antara lain pegawai-pegawai pemulihan, guru-guru, ibu bapa dan pemimpin-pemimpin masyarakat setempat.

II)                Pemulihan Institusi    

Kebanyakan penagih yang telah dikesan di tahun-tahun kebelakangan ini, adalah terdiri daripada penagih-penagih tegar yang telah menggunakan dadah sejak beberapa tahun. Mereka ini akan meningkatkan permintaan kepada dadah terutamanya heroin dan syabu secara berterusan. Mereka akan menyebabkan merebaknya penagihan dadah di kalangan pemuda-pemudi yang lain. Untuk menyara tabiat penagihan, mereka akan menjadi penjual dadah secara kecil-kecilan. Gejala ini akan membabitkan lebih ramai pemuda lain dalam kegiatan penagihan dadah. Hanya tindakan penguatkuasaan pencegahan yang kekal dan berterusan akan menyekat daripada menularnya wabak ini.

Pemulihan institusi melibatkan pengasingan seberapa ramai penagih daripada masyarakat dan mewajibkan mereka mengikut program rawatan dan pemulihan. Peruntukan di bawah Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 digunakan bagi memasukkan seberapa ramai penagih yang boleh ke dalam masyarakat supaya menjadi rakyat yang berguna dan produktif. Dalam hubungan ini, kemudahan-kemudahan rawatan dan pemulihan diperbanyakkan untuk menampung seberapa ramai penagih dadah.

Program  Rawatan dan Pemulihan perlu berbentuk ‘reformatif’ bertujuan melahirkan perwatakan yang bebas daripada dadah di kalangan penagih. Dalam hal ini unsur-unsur moral dan keagamaan, disiplin, sivik, kemahiran vokasional dan sebagainya akan diberi penekanan. Pengih-penagih dadah akan dilibatkan dalam semua aktiviti social dan ekonomi seperti bergotong-royong, kerja-kerja amal, kemasyarakatan, pertanian, ternakan dan aktiviti-aktiviti ekonomi. Bagi mancapai matlamat ini, setiap golongan masyarakat perlulah memberi sokongan masing-masing dengan menerima bekas penagih ke pangkuan mereka.

II. Sterategi yang ke dua dalam rawatan dan pemulihan pula ialah  pula adalah  : Pencegahan semula

Program pemulihan ini ditumpukan kepada pengekalan sikap dan perlakuan penagih supaya bebas daripada dadah. Jika tabiat penagihan masih wujud di kalangan bekas penagih, maka program rawatan dalam institusi adalah sia-sia  sahaja. Apa yang perlu ialah satu program jagaan lanjutan yang lasak dan intensif yang melibatkan semua golongan masyarakat. Pertubuhan-pertubuhan sukarela seperti PEMADAM, Rukun Tetangga, RELA hendaklah membantu dalam usaha-usaha menjalankan program dan membantu menyerapkan semula bekas penagih ke dalam masyarakat.

Sterategi 3 : Penguatkuasaan

Penguatkuasaan merupakan strategi yang ketiga yang bertindak dalam tiga bidang iaitu :

i)                    menyekat kemasukan dadah

Pencegahan kemasukan diutamakan untuk menghindarkan masalah dadah daripada memasuki negara ini. Strategi ini menekankan kepada usaha menguatkan dan mengukuhkan langkah penguatkuasaan untuk mencegah kemasukan dan bekalan dadah melalui jalan darat, laut dan udara. Di samping itu, usaha penguatkuasaan yang agresif terus dijalankan bagi membanteras pengedaran dan penjualan dadah dalam negeri. Rasional kepada strategi ini ialah sekiranya dadah tidak mudah dibawa masuk ke dalam negara, ia akan sukar diperolehi oleh pengguna.

ii)                  Penguatkuasaan Melalui Perundangan

Strategi ini bertujuan menggunakan undang-undang sebagai alat untuk menyokong pencegahan pengedaran dan penggunaan dadah. Strategi ini diperkuatkan untuk menjadikan dadah sebagai satu bahan yang berbahaya dan berisiko tinggi untuk dimiliki, dijual atau digunakan. Dengan demikian, bilangan pengedar dan penagih yang terlibat dan yang akan terus terlibat akan berkurangan. Undang-undang yang telah digubal adalah perlu untuk menjadikan hukumannya antara yang terkeras di dunia. Penguatkuasaan untuk merampas harta benda yang diperolehi daripada kegiatan pengedaran dadah juga akan dipertingkatkan.

iii)                Risikan

Memerangi dadah memerlukan aktiviti risikan yang cemerlang. Maklumat risikan dari dalam dan luar negeri akan dijadikan senjata terhadap individu-individu yang terlibat di dalam pengedaran dadah. Segala pengumpulan maklumat boleh diperkukuhkan dengan mewujudkan pasukan risikan khas di kawasan sempadan Malaysia / Thailand dan di Sabah / Sarawak serta luar negara. Satu sistem penyebaran maklumat risikan diwujudkan untuk kegunaan semua agensi penguatkuasa.

Strategi ke 4 : Kerjasama Antarabangsa

Masalah pengeluaran dan pengedaran dadah mempunyai dimensi antarabangsa. Strategi dadah negera tidak mungkin berjaya tanpa sokongan dan kerjasama antarabangsa. Malaysia telah memainkan peranan yang aktif dalam menggerak dan memberi keutamaan kepada usaha mencegah / mengawal penagihan dan pengedaran dadah.

Objektif-objektif yang ditekankan ialah untuk :

i)                    memupuk kerjasama yang rapat dalam usaha pengawalan dan pencegahan dadah di kalangan Negara-negara di peringkat serantau dan antarabangsa dan

ii)                   memperkuatkan usaha-usaha Malaysia dalam perjawatan dan pencegahan dadah diperingkat antarabangsa.

Untuk mencapai objektif yang saya sebutkan tadi, pendekatan yang akan dibuat ialah:

  1. meningkatkan pertukaran maklumat dalam semua bidang masalah dadah melalui organisasi serantau dan antarabangsa.
  2. meningkatkan pemindahan teknologi / metagologi pencegahan dan pengawalan dadah.
  3. mendapatkan bantuan teknik dalam mencegah dan mengawal dadah daripada organisasi antarabangsa dan negara-negara maju.
  4. menyertai persidangan , seminar, bengkel dan kursus di peringkat serantau dan antarabangsa.
  5. memajukan status pendekatan yang lebih positif dan tersusun dalam pengawalan dan pengurangan penanaman haram dan pengeluaran dadah.
  6. memajukan pengikhtirafan mengenai implikasi bahawa dadah itu mengancam keselamatan negara.
  7. memajukan penguatkuasaan undang-undang keras terhadap aktiviti pengedaran.

 

Soalan 5

Begitulah tadi panjang lebar Cik Effa menerangkan tentang strategi yang AADK gunakan untuk membentras penyalahgunaan dadah. Cik Effa, apakah harapan AADK WPL terhadap orang ramai?

Apa yang AADK harapkan, orang ramai memberi kerjasama sepenuhnya dengan program yang dijalankan oleh AADK, baik program pencegahan awalan dan komuniti. Selain itu jika ada ibubapa yang mempunyai masalah anak-anak yang terlibat dengan dadah, boleh datang ke pejabat AADK W.P Labuan yang terletak di tingkat 2 bangunan tabung haji, atau menghubungi talian 087 – 422977. Ibubapa juga boleh memohon supaya anak-anak yang terlibat dengan dadah  dipulihkan secara sukarela iaitu seksyen 8 (3) (a) sukarela di pusat serenti dan seksyen 8 (3) (b) sukarela pengawasan dalam komuniti. Saya mengharapkan ibubapa yang mempunyai masalah demikian jangan segan untuk bertemu dengan pegawai-pegawai AADK membincangkan perkara ini.

 EFFANEHWATI BTE LAKAT

PEGAWAI PEMULIHAN DADAH

Faktor remaja terlibat dadah

Posted: 6 Julai 2010 in Pelbagai

Oleh DR. KHAIDZIR ISMAIL

PENELITIAN kepada masyarakat dulu dan sekarang menunjukkan faktor-faktor yang menyebabkan penagihan dadah menjadi masalah utama.

Walau bagaimanapun, peredaran masa telah membawa perubahan ciri-ciri pengguna dadah dulu berbanding dengan ciri-ciri penagih dadah kini.

Penagih dadah dahulu berasal daripada golongan sosio-ekonomi yang rendah, golongan berpendidikan rendah dan kebanyakan dadah yang digunakan adalah kategori bawah.

Ia seperti ganja, heroin, candu yang memberikan kesan penenang. Ramai di kalangan mereka menggunakan dadah sebagai jalan pelarian daripada masalah.

Namun begitu, mulai tahun 2000, perubahan corak penyalahgunaan dadah semakin khusus kepada golongan muda dan tua, penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) lelaki dan perempuan, berpendidikan tinggi serta mempunyai pekerjaan tetap.

Pekerja sektor swasta juga tidak terkecuali. Bentuk dadah yang diambil termasuklah pil ekstasi, syabu, ganja, heroin dan lain-lain. Tumpuan kawasan penagihan pula adalah di pantai, perladangan, perkilangan, pembinaan, institusi-institusi pendidikan dalam dan luar bandar kajian Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM 2008).

Pengguna dadah pada zaman kini adalah amat membimbangkan kerana ia melibatkan kalangan para pelajar dan remaja yang menggunakan dadah untuk lebih berfokus kepada alasan pelajaran.

Juga kerana tekanan untuk bersaing sesama mereka, tempat menggunakan dadah di apartmen mewah, disko dan pusat-pusat hiburan, penagih dadah berpenampilan kemas dan menyakinkan.

Mereka menggunakan dadah untuk mendapat keberanian melakukan jenayah seperti meragut dan juga terlibat dalam samseng jalanan, atau menggunakan dadah sebagai alat bersosial seperti di majlis (sex-party).

Di sekolah, pelajar bermasalah dan selalu ponteng kadang-kadang mengubah trend dengan menghadirkan diri ke sekolah semata-mata untuk mencari pelanggan dengan mengedar kepada rakan-rakan di sekolah yang membawa wang saku untuk belanja di kantin dan mudah mendapat wang tunai.

(Sumber IPPBM 2008)


Pada 3 Jun 2010 (Sabtu) kami telah mengadakan program publisiti di Tamu Pekan Ranau. Seawal jam 7pagi kami telah bergerak dari hotel ke lokasi… Fuhh.. ramainya orang berduyun-duyun datang ke tamu dan  ditambahi pula dengan kesesakan lalulintas. Sampai saja di lokasi kami mencari tapak yang sesuai untuk memulakan aktiviti namun tidak mendapat tempat yang sesuai. Dengan bantuan pemungut cukai majlis, kami mengambil keputusan untuk mendirikan booth pameran kami di lorong pejalan kaki yang menjadi laluan orang ramai untuk ke tamu dan sebaliknya. Tempat kira oklah, redup kerna dipayungi oleh pokok dan tidak hujan hahaa.. ! dan kicauan burung yang bertenggek di atas pohon tu la juga yang menjadi penghibur lara kami kekee…….  Namun malangnya beberapa ketika kemudian kami didatangi oleh penguatkuasa majlis dan dengan tegasnya menyuruh kami tutup kedai kerana  mengatakan tempat tersebut adalah kawasan larangan. Alhamdulilah sekali lagi nasib menyebelahi kami apabila si pemungut cukai majlis menerangkan kepada penguatkuasa tersebut (dengan bahasa tempatan) dan akhirnya kami dibenarkan beroperasi di tempat tersebut.

Tompinai (saudara) durang tu datang daripada Agensi Kerajaan (AADK) bah, datang sini untuk mau kasi tau tantang bahaya itu dadah sama urang kita di Ranau ni, dan supaya urang-urang kita inda terlibat dengan aktiviti dadah, durang bukan datang untuk berniaga ba..” ……. Rasa-rasa itu la barangkali ayat power si pemungkut cukai kepada si penguatkuasa tu heheee……..!

Ketika pameran, pelbagai soalan telah diajukan oleh orang ramai namun syukur dapat kami tepis hehe…. Namun agak terperanjat juga kami apabila daun Ketum juga antara menjadi tumpuan dan soalan famous. Mereka mengatakan bahawa terdapat banyak pokok tersebut tumbuh meliar di tempat mereka yang mereka panggil sebagai pokok “Titap”. Walaubagaimana pun, kami belum dapat mengesahkan bahawa itu adalah pokok ketum kerana belum melihat dengan mata kepala sendiri. Cuma kata-kata nasihat sajalah yang mampu kami curahkan agar mereka tidak meyalahgunakan daun Titap aka Ketum itu.

Info Ketum :

ketum1

p/s – Untuk maklum, daun ketum telah menjadi tumpuan dan soalan yang famous di daerah Beaufort, Keningau dan Ranau kerana dakwaan mereka pokok tersebut memang ada tumbuh di tempat mereka namun nama adalah berbeza-beza mengikut daerah.

Dibawah ini adalah gambar dan video ketika operasi kami sedang berjalan……. Syokk bah!

 

p/s – gambar-gambar & video akan ditambah kemudian. tq.


Alhamdullilah dari pagi tadi kami telah pun menjalankan tugas pameran, edaran risalah, taklimat ringkas dan menjawab pelbagai soalan-soalan daripada masyarakat Ranau ini. Memang bagus respond orang-orang siniSekarang kami dalam perjalanan ke Poring, untuk mengedarkan risalah-risalah antidadah. Terima kasih kepada PEMADAM Negeri Sabah kerana sudi menyumbangkan beg-beg dan risalah antidadah untuk diedarkan bersama.

P/s – Video dan gambar-gambar aktiviti akan kami letakan kemudian.

Di Ranau Da…!

Posted: 2 Julai 2010 in Pelbagai

Akhirnya kami telah tiba di Pekan Ranau. Alalaa puas kami pusing-pusing mencari hotel tadi. Hotel penuh la (laku Ranau nie hahaa), tidak muat la untuk kami, tiada astro superspotla (mau tingu bola Belanda VS Brazil) dll. Mau tidak mau kami check in saja walaupun hotel kecil ini, bersempit-sempit la kami tapi malam comfirm buli tingu bola yahuuu….!

http://aadksabah.wordpress.com/2010/07/02/73/

Hari ini kami ke Ranau……!

Posted: 2 Julai 2010 in Pelbagai

Terkini

Hari ini kami akan bergerak ke Ranau untuk mengadakan kempen Publisiti (Kempen Jalanan). Bah urang-urang Ranau jangan lupa jumpa la kami di Tamu Pekan Ranau bisuk (3/7/2010) bermula pagi…. banyak beg berisikan risalah untuk kami edarkan…… siapa cepat dia dapat, percuma bah tu.. aramaitee…

http://aadksabah.wordpress.com/2010/06/29/publisiti-kempen-jalanan-di-ranau/

AADK di Radio

Posted: 29 Jun 2010 in Pelbagai

AADK Sabah juga sering ke udara melalui kerjasama RTM Sabah. Antara objektifnya adalah untuk memberi maklumat terus kepada pendengar-pendengar di Sabah amya berhubung topik Pencegahan Dadah di kalangan masyarakat. Berikut merupakan antara topik yang telah ke udara.

TAJUK / TOPIK PERBINCANGAN

ANCAMAN DADAH KEPADA WAWASAN NEGARA MENJELANG 2020

Soalan Penerbit 1:

Wawasan Negara Menjelang 2020 ialah untuk menjadikan Malaysia sebagai Negara maju sepenuhnya mengikut acuan sendiri. Apakah kekuatan-kekuatan yang terdapat dalam masyarakat yang boleh membantu mencapai wawasan tersebut.

Jawapan:

Kekuatan-kekuatan yang terdapat di dalam masyakarat hari ini adalah bersandarkan kepada Visi dan Matlamat Rakyat Malaysia yang dilahirkan sekarang yang memiliki dan bercita-cita untuk menjadikan mereka bangsa Malaysia yang maju dari pelbagai aspek. Kekuatan ini disokong dengan kestabilan politik, kemudahan prasarana yang bertaraf antarabangsa, perpaduan nasional, ekonomi yang kukuh dan berdaya saing, keselamatan dan kestabilan di dalam dan luar negara yang sekaligus berupaya untuk memartabatkan bangsa Malaysia untuk menjadi ‘first class’ minda di mercu dunia.

Soalan Penerbit 2:

Apakah pula penghalang-penghalang yang boleh membantutkan pencapaian wawasan tersebut.

Jawapan:

Penghalang yang membantutkan pencapaian wawasan tersebut boleh dijadikan ukuran untuk meletakkan harapan bangsa dan negara terpinggir di dalam kancah persaingan global. Diantaranya adalah belia. Pada hemat saya, sekiranya kita ingin melihat apakah corak dan masa depan negara kita pada masa yang akan datang, kita lihatlah bagaimana belia-belia pada hari ini.

Belia adalah harapan negara. Senario masa kini amat membimbangkan kerana kebanyakkan belia pada hari ini banyak terjebak dengan penagihan dadah, keruntuhan akhlak dan moral, tiada pegangan agama dan individualisme. Sekiranya belia pada hari ini lebih mengagungkan kebebasan dan keruntuhan akhlak dan moral, ini bermakna harapan untuk mencapai wawasan tersebut akan gagal dan terbantut.

Di samping itu, kekuatan masyarakat juga bakal mencorakkan pencapaian wawasan negara. Masyarakat yang porak poranda dan bermusuhan di antara satu sama lain akan menjejaskan peluang dan imej negara untuk mencapai negara maju menjelang 2020.

Soalan Penerbit 3:

Perangkaan menunjukkan bahawa golongan belia merupakan golongan paling ramai terlibat dengan penagihan dadah. Apakah kesan atau bebanan ke atas Wawasan 2020?

 Jawapan:

Untuk makluman sidang hadirin pendengar sekelian, perangkaan yang dimaksudkan lebih tertumpu kepada golongan belia yang berusia di antara 25 tahun hingga 39 tahun yang terjebak ke kancah penagihan dadah. Pada asasnya, golongan pada seusia ini terjebak di gejala penagihan dadah bukanlah di atas kemahuan sendiri tetapi lebih kepada pengaruh rakan sebaya. Sepintas lalu membayangkan bahawa belia tersebut tidak mempunyai harga dan jati diri yang kuat untuk mengelak diri dari pengaruh negetif. Lebih-lebih lagi pengaruh yang datangnya dari luar. Oleh itu, kesan  yang lebih ketara dapat dilihat dari persepktif belia sekarang yang berpenyakit dan tidak produktif, budaya lepak dan rempit dan kenaikan kadar jenayah akibat daripada kekangan hidup. Bebanan ini akan menjadi duri dalam daging kepada negara untuk mencapai wawasan 2020.

Soalan Penerbit 4:

Senario sekarang menampakkan ada usaha-usaha untuk menggerakkan Masyarakat Sivil sebagai satu agenda memerangi gejala dadah. Apakah pandangan saudara dan bagaimanakah sumbangan Masyarakat Sivil ini boleh menjadi pamangkin ke arah Malaysia Bebas Dadah menjelang 2015.

Jawapan:

Sidang hadirin dan pendengar yang dihormati sekelian. Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Sabah sekarang ini telah memfokuskan satu usaha baru di dalam mendapat sokongan padu masyarakat untuk sama-sama membantu kerajaan di dalam membenteras gejala penagihan dadah iaitu menerusi gerakan masyarakat sivil. Gerakan masyarakat sivil ini dihasilkan menerusi persepakatan

pertubuhan Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO), Persatuan Keagamaan, Persatuan-persatuan Belia, JKKK dan lain-lain entiti masyarakat supaya gerakan di akar umbi ini akan memberi kesan yang lebih bersepadu dan menyeluruh. Sekiranya ini berlaku, ini bermakna masyarakat itu dengan sendirinya telah sedar tentang bahaya gejala penagihan dadah dan sekaligus menolak gejala ini dari terus bermaharajalela dan menjadi penyakit di dalam masyarakat. Justeru itu, gabungan gerakan di pihak kerajaan dan masyarakat sivil menerusi program-program kesedaran dan pendidikan pencegahan dadah akan lebih berkesan dan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia Negara Bebas Dadah menjelang tahun 2015 akan lebih tercapai.

Soalan Penerbit 5:

 Kerajaan telah mensasarkan Tahun 2015 Malaysia Bebas Daripada Dadah. Apakah signifikannya terhadap wawasan Negara menjelang Tahun 2020?

 Jawapan:

Untuk makluman sidang hadirin pendengar sekelian, Tahun 2015 adalah tahun di mana Negara Malaysia Bebas Dadah iaitu kadar penagih dadah yang terdapat di negara kita kurang 1% berbanding dengan jumlah penduduk. Ini bermakna pada tahun tersebut masyarakat dengan sendiri menolak dan menentang penyalahgunaan dadah. Kalau kita lihat signifikannya terhadap Wawasan 2020, negara kita dengan sendirinya akan mempunyai dan memiliki modal insan yang cemerlang yang lahir menerusi pembangunan yang seimbang dari pelbgai aspek. Di samping itu, kehidupan rakyat akan lebih makmur dan damai bertunjangkan status sosio-ekonomi yang mampan, imej negara akan lebih gah di mata dunia yang berpaksikan kestabilan politik dan kerajaan yang kukuh dari pelbagai sudut.

Soalan Penerbit 6:

Apakah kesan-kesan utama dan arah tuju Wawasan 2020 sekiranya masalah dadah tidak dibenteras segera.

Jawapan:

Kalau kita lihat kesan-kesan utama dan arah tuju Wawasan 2020 sekiranya masalah dadah tidak dibenteras segera dan dengan bersungguh-sungguh adalah:

1.    Wawasan 2020 gagal mencapai objektif, matlamat dan arah tujunya kerana generasi yang diharap-harapkan untuk membangun Negara bangsa tidak berupaya untuk membentuk sebuah Negara yang maju mengikut acuan sendiri;

 2.    Kekuatan keselamatan dan sistem politik akan menjadi lemah kerana guna tenaga yang tidak produktif dan menjadi duri dalam daging;

 3.    Rakyat Malaysia tidak berupaya dan tidak mempunyai kemampuan untuk bersaing di dalam dunia tanpa sempadan;

 4.    Keruntuhan nilai-nilai dan budaya masyarakat kerana masyarakat dipenuhi dengan penagih-penagih dadah, berpenyakit, keganasan, dan sebagainya.

Soalan Penerbit 7:

Kerajaan telah berusaha bersungguh-sungguh untuk membebaskan masyarakat Malaysia dari terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Apakan harapan dan pesanan anda terhadap masyarakat umum secara keseluruhannya.

Jawapan:

Sidang pendengar yang saya kasihi sekelian, AADK Negeri Sabah amnya telah banyak menjalankan aktiviti-aktiviti pencegahan, rawatan dan pemulihan dan penguatkuasaan yang bertunjangkan untuk memberi kesedaran dan menanam nilai-nilai kepada masyarakat untuk menolak gejala dadah. Tugas ini bukan hanya dipikul oleh AADK sahaja bahkan dibantu oleh lain-lain Agensi Kerajaan seperti pihak Polis, Kastam, Kesihatan, Penjara, Jabatan Pelajaran dan lain-lain agensi kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan dari badan bukan kerajaan (NGO). Sehubungan itu, saya ingin menyeru dan menyarankan agar masyarakat bangkit bersama-sama kami dan perlu menggangap bahawa masalah dadah adalah masalah semua yang patut dibenteras dan ditentang dengan habis-habisan. Oleh itu, kita harus bersama-sama berjuang untuk menentang MUSUH NO. 1 NEGARA sebagaimana tentangan yang dibuat bagi membebaskan nagara kita dari ancaman komunis dahulu untuk menjadikan NEGARA MALAYSIA BEBAS DADAH MENJELANG TAHUN 2020.

Sekian, terima kasih.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Berita terkini

Insyaallah pada 3 Julai 2010 (Sabtu) bermula jam 7/8 pagi kami akan berada di Tamu Pekan Ranau. Aktiviti yang dibuat adalah seperti pameran, taklimat ringkas, edaran risalah & poster, pendaftaran Ahli Rakan Antidadah (RADA) dan lain-lain lagi. Mohon untuk diwar-warkan kepada rakan-rakan di sana…. Jumpa di sana ;)


Sempena Program Hari Antidadah Antarabangsa, teks khutbah Jumaat yang diselitkan dengan mesej-mesej Antidadah telah dibacakan di Masjid Al-Taqwa, Keningau pada 25 Jun 2010. Disamping itu juga, pameran dan edaran risalah telah dibuat. Antara objektifnya adalah untuk memastikan umat Islam, khususnya di Keningau sentiasa mengingati bahawa dadah adalah haram disisi Islam dan perlu bersedia untuk bersama-sama memeranginya.


Pendaftaran Rakan Antidadah (RADA) adalah dibuka sepanjang masa. Jadi apa lagi silalah mendaftar sekarang…. Tiada sebarang yuran dikenakan. siapa yang mendaftar akan diberi sijil RADA. 

Maklumat Am RADA

- Satu pasukan sukarela dianggotai oleh remaja dan belia berumur 18 tahun ke atas (kurang pun bule ba hehe) dan ke atas

- Bergerak sebagai mata dan telinga AADK untuk memerangi ancaman dadah di kawasan masing-masing

Objektif

- Mendidik golongan belia untuk bertanggungjawab kepada masalah dadah dan membantu membanterasnya

- Membentuk sahsiah pembangunan belia sebagai pelapis pemimpin masa depan yang mempunyai pengetahuan, kesedaran dan jati diri

- Meningkatkan pengetahuan teknikal dan kesedaran belia tentang penyalahgunaan dadah

- Mewujudkan pasukan sukarelawan antidadah yang sentiasa peka dan komited terhadap kerja-kerja pencegahan dadah

- Menggemblengkan seluruh tenaga ahli di semua peringkat dalam usaha menangani masalah dadah di peringkat akar umbi

- Memupuk semangat kecintaan terhadap budaya tolong-menolong

- Bantu-membantu sesama ahli serta berganding bahu dengan AADK dalam usaha melaksanakan program pencegahan dan memerangi dadah

- Memperkembangkan aktiviti antidadah dalam kalangan belia

- Menggerakkan belia bagi memastikan setiap keluarga, tempat kerja dan komuniti bebas dadah

Fungsi RADA

- Penyampaian perkhidmatan berkesan

- Pasukan berdisiplin

- Pasukan sukarelawan

- Agen pengumpul dan penyebar maklumat

Kenapa perlu menjadi Ahli RADA?

- Berpengetahuan dan mempunyai kesedaran tentang masalah dadah di Malaysia

- Memastikan anda dan keluarga anda bebas daripada dadah

- Satu pasukan yang mempunyai hala tuju khusus untuk membantu AADK dalam komuniti

- Boleh memberi khidmat yang bererti kepada komuniti

- Agen pengumpul dan penyebar maklumat kepada komuniti

Rakan Antidadah

Posted: 28 Jun 2010 in Pelbagai

Tahniah kepada anda yang telah mendaftarkan diri sebagai Rakan Antidadah (RADA). Kepada anda yang belum menerima kad/sijil pada tahun 2010 ke bawah sila maklumkan kepada kami di Unit Pencegahan AADK Negeri Sabah atau cawangan AADK.

Akan dikemaskinikan kemudian……. ;)

Tel : 088 – 243610 ext -118 (AADK Negeri Sabah)


Hari Antidadah Antarabangsa (HADA) akan disambut pada setiap 26 Jun pada setiap tahun. Pada 26 Jun 2010 dengan tema “THINK HEALTH, NOT DRUG”, HADA telah disambut meriah di Dewan Serbaguna Damai, Sabah. Program ini mendapat kerjasama daripada Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) dan PMADAM Bandaraya. Pelbagai pengisian telah diadakan termasuklah Pertandingan live band daripada beberapa IPTA/S seluruh Sabah, pendaftaran keahlian Rakan Antidadah (RADA) dan lain-lain lagi. Majlis Perasmian dan Penutupan program telah dirasmikan oleh Ybhg. Tuan Bakri bin Bibi, Pengarah AADK Negeri Sabah.

Nanti ada pic & Vid akan dikemaskini

Boleh rujuk disini : http://www.facebook.com/dearlyann#!/breakingoutthesilence

Mukadimah

Posted: 28 Jun 2010 in Pelbagai

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

Pertama kali ingin saya tegaskan disini bahawa blog ini bukanlah blog rasmi kerajaan  tetapi sebagai blog  perkongsian ilmu yang menjurus kepada aktiviti-aktiviti “Pencegahan & Publisiti” Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Sabah (AADKNS) berhubung Pendidikan dan permasalahan dadah kepada masyarakat, khususnya di Negeri Sabah. Untuk keterangan dan Info yang terperinci sila rujuk ke Web Rasmi AADK di www.adk.gov.my. Seperti yang kita maklum bahawa dadah ini merupakan musuh nombor satu Negara dan menjadi isu yang tidak habis-habis diperkatakan sejak dulu lagi kerana pelbagai masalah berat telah timbul ekoran gejala dadah ini.

Info ringkas Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Sabah (AADKNS)

Untuk makluman, AADK Negeri Sabah dibahagikan kepada beberapa Unit bagi menjalankan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan. Antaranya adalah 1) Unit Pencegahan.  2) Rawatan & Pemulihan. 3) Unit Penguatkuasaan. Walaubagai mana pun tujuan blog ini diadakan adalah lebih fokus kepada aktiviti-aktiviti Pencegahan & Publisiti. 

Unit Pencegahan AADK Negeri Sabah menjalankkan tugas yang meliputi empat komponen utama iaitu 1) KELUARGA BEBAS DADAH.  2)INSTITUSI PENDIDIKAN BEBAS DADAH. 3)TEMPAT KERJA BEBAS DADAH. 4)KOMUNITI BEBAS DADAH. Bagi setiap komponen tesebut, ianya  terbahagi kepada beberapa sub program yang akan dilaksanakan (ada masa nanti akan diterangkan).  Saya bagi pihak Unit Pencegahan akan cuba memasukkan perincian aktiviti-aktiviti PENCEGAHAN & PUBLISITI yang telah kami buat di luar pejabat ataupun program-program yang kami telah jalankan untuk dikongsikan bersama.

Dibawah adalah gambar dan video Program Publisiti (Kempen Jalanan, bersemuka dll) yang dijalankan di Tamu Ground di Keningau pada 24 Jun 2010. Ramai juga urang datang pi tengok pameran kami ba. soalan pula macam-macam ditanya.. Terkejut juga kami bila ada urang kampung disitu bagitau ada daun ketum tumbuh dikeningau.. hmmm mau kena siasat nie… mana tau betul.. hehee!

   

Ringkasan :

Video di atas adalah Program Publisiti (Kempen Jalanan, bersemuka dll) yang dijalankan oleh Unit Pencegahan Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Sabah (AADKNS). Program ini dijalankan pada 24 Jun 2010 (Khamis) yang dibuat di Tamu Ground Keningau, Sabah. Dari Kota Kinabalu ke lokasi mengambil masa 2 jam dan jarak sekitar 150 Km dengan menggunakan laluan KK – Kimanis – Keningau yang terkenal dengan laluan bergunung ganang dan kabus. Antara objektif program adalah untuk memberi pengetahuan kepada masyarakat umum di luar bandar/pendalaman tentang kesan bahaya dadah dan langkah-langkah pencegahan melalui pameran, penerangan ringkas dan edaran risalah dan poster…. “MALAYSIA BEBAS DADAH MENJELANG TAHUN 2015″.

Dibawah pula adalah gambar dan video Program Publisiti (Edaran risalah) yang telah kami buat baru-baru ni di tamu pasar malam di Keningau… alalaaa malam tu lupa pla kami bawa lampu.. samar-samar ja tempat kami.. pengajaran nie.. haha.. Uiii ramai orang juga ba.. inda cukup beg-beg yang isi dalamnya risalah, poster dll untuk kami edarkan.. hehee..!

    

Ringkasan :

Video di atas adalah Program Publisiti (edaran risalah antidadah) yang telah dijalankan oleh Unit Pencegahan Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Sabah (AADKNS) pada malam 24 Jun 2010 (Khamis) sekitar jam 7mlm – 10 mlm, bertempat di Tamu pekan, Keningau, Sabah. Dari Kota Kinabalu ke lokasi mengambil masa 2 jam dan jarak sekitar 150 Km dengan menggunakan laluan KK – Kimanis – Keningau yang terkenal dengan laluan dan bentuk geografinya yang bergunung ganang dan kabus. Pihak kami amat berterima kasih kerana warga tamu pekan keningau sudi memberi ruang kepada kami untuk mengadakan pameran. Ketibaan kami disambut baik dimana kami diserbu ramai oleh pengunjung dan warga tamu sendiri untuk melihat bahan-bahan pameran seperti replika dadah serta melihat booth pameran. Pelbagai soalan diutarakan dan alhamdulilah dapat kami jawab dengan baik. Antara objektif program adalah untuk memberi pengetahuan kepada masyarakat umum di luar bandar/pendalaman tentang kesan bahaya dadah dan langkah-langkah pencegahan melalui pameran, penerangan ringkas dan edaran risalah dan poster…. “MALAYSIA BEBAS DADAH MENJELANG TAHUN 2015″.

P/s – Maaf atas kualiti Video yang bagus
P/s – Sebarang pertanyaan sila rujuk ke pejabat kami di AADK Negeri Sabah, Tgkt 5, Wisma San Hin, Kota Kinabalu

Tel : 088 – 243610 ext 118 Fax : 243612

Next trip kami mungkin berada di Ranau untuk kempen Publisiti… di sanaaaaa Ranau… ! ba apa lagi orang-orang ranau sudila kiranya mengunjungi kami k.. Tarikh, masa dan tempat akan dimaklumkan kemudian…. “Tinggi-tinggi gunung Kinabalu….” hehee

Sekiranya ada masa dan waktu akan ada update seterusnya… lenguh ba mau menaip nie hehee ;)

s.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!