Mukadimah

Posted: 28 Jun 2010 in Pelbagai

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

Pertama kali ingin saya tegaskan disini bahawa blog ini bukanlah blog rasmi kerajaan  tetapi sebagai blog  perkongsian ilmu yang menjurus kepada aktiviti-aktiviti “Pencegahan & Publisiti” Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Sabah (AADKNS) berhubung Pendidikan dan permasalahan dadah kepada masyarakat, khususnya di Negeri Sabah. Untuk keterangan dan Info yang terperinci sila rujuk ke Web Rasmi AADK di www.adk.gov.my. Seperti yang kita maklum bahawa dadah ini merupakan musuh nombor satu Negara dan menjadi isu yang tidak habis-habis diperkatakan sejak dulu lagi kerana pelbagai masalah berat telah timbul ekoran gejala dadah ini.

Info ringkas Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Sabah (AADKNS)

Untuk makluman, AADK Negeri Sabah dibahagikan kepada beberapa Unit bagi menjalankan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan. Antaranya adalah 1) Unit Pencegahan.  2) Rawatan & Pemulihan. 3) Unit Penguatkuasaan. Walaubagai mana pun tujuan blog ini diadakan adalah lebih fokus kepada aktiviti-aktiviti Pencegahan & Publisiti. 

Unit Pencegahan AADK Negeri Sabah menjalankkan tugas yang meliputi empat komponen utama iaitu 1) KELUARGA BEBAS DADAH.  2)INSTITUSI PENDIDIKAN BEBAS DADAH. 3)TEMPAT KERJA BEBAS DADAH. 4)KOMUNITI BEBAS DADAH. Bagi setiap komponen tesebut, ianya  terbahagi kepada beberapa sub program yang akan dilaksanakan (ada masa nanti akan diterangkan).  Saya bagi pihak Unit Pencegahan akan cuba memasukkan perincian aktiviti-aktiviti PENCEGAHAN & PUBLISITI yang telah kami buat di luar pejabat ataupun program-program yang kami telah jalankan untuk dikongsikan bersama.

Dibawah adalah gambar dan video Program Publisiti (Kempen Jalanan, bersemuka dll) yang dijalankan di Tamu Ground di Keningau pada 24 Jun 2010. Ramai juga urang datang pi tengok pameran kami ba. soalan pula macam-macam ditanya.. Terkejut juga kami bila ada urang kampung disitu bagitau ada daun ketum tumbuh dikeningau.. hmmm mau kena siasat nie… mana tau betul.. hehee!

   

Ringkasan :

Video di atas adalah Program Publisiti (Kempen Jalanan, bersemuka dll) yang dijalankan oleh Unit Pencegahan Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Sabah (AADKNS). Program ini dijalankan pada 24 Jun 2010 (Khamis) yang dibuat di Tamu Ground Keningau, Sabah. Dari Kota Kinabalu ke lokasi mengambil masa 2 jam dan jarak sekitar 150 Km dengan menggunakan laluan KK – Kimanis – Keningau yang terkenal dengan laluan bergunung ganang dan kabus. Antara objektif program adalah untuk memberi pengetahuan kepada masyarakat umum di luar bandar/pendalaman tentang kesan bahaya dadah dan langkah-langkah pencegahan melalui pameran, penerangan ringkas dan edaran risalah dan poster…. “MALAYSIA BEBAS DADAH MENJELANG TAHUN 2015”.

Dibawah pula adalah gambar dan video Program Publisiti (Edaran risalah) yang telah kami buat baru-baru ni di tamu pasar malam di Keningau… alalaaa malam tu lupa pla kami bawa lampu.. samar-samar ja tempat kami.. pengajaran nie.. haha.. Uiii ramai orang juga ba.. inda cukup beg-beg yang isi dalamnya risalah, poster dll untuk kami edarkan.. hehee..!

    

Ringkasan :

Video di atas adalah Program Publisiti (edaran risalah antidadah) yang telah dijalankan oleh Unit Pencegahan Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Sabah (AADKNS) pada malam 24 Jun 2010 (Khamis) sekitar jam 7mlm – 10 mlm, bertempat di Tamu pekan, Keningau, Sabah. Dari Kota Kinabalu ke lokasi mengambil masa 2 jam dan jarak sekitar 150 Km dengan menggunakan laluan KK – Kimanis – Keningau yang terkenal dengan laluan dan bentuk geografinya yang bergunung ganang dan kabus. Pihak kami amat berterima kasih kerana warga tamu pekan keningau sudi memberi ruang kepada kami untuk mengadakan pameran. Ketibaan kami disambut baik dimana kami diserbu ramai oleh pengunjung dan warga tamu sendiri untuk melihat bahan-bahan pameran seperti replika dadah serta melihat booth pameran. Pelbagai soalan diutarakan dan alhamdulilah dapat kami jawab dengan baik. Antara objektif program adalah untuk memberi pengetahuan kepada masyarakat umum di luar bandar/pendalaman tentang kesan bahaya dadah dan langkah-langkah pencegahan melalui pameran, penerangan ringkas dan edaran risalah dan poster…. “MALAYSIA BEBAS DADAH MENJELANG TAHUN 2015”.

P/s – Maaf atas kualiti Video yang bagus
P/s – Sebarang pertanyaan sila rujuk ke pejabat kami di AADK Negeri Sabah, Tgkt 5, Wisma San Hin, Kota Kinabalu

Tel : 088 – 243610 ext 118 Fax : 243612

Next trip kami mungkin berada di Ranau untuk kempen Publisiti… di sanaaaaa Ranau… ! ba apa lagi orang-orang ranau sudila kiranya mengunjungi kami k.. Tarikh, masa dan tempat akan dimaklumkan kemudian…. “Tinggi-tinggi gunung Kinabalu….” hehee

Sekiranya ada masa dan waktu akan ada update seterusnya… lenguh ba mau menaip nie hehee 😉

s.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s