AADK di Radio

Posted: 29 Jun 2010 in Pelbagai

AADK Sabah juga sering ke udara melalui kerjasama RTM Sabah. Antara objektifnya adalah untuk memberi maklumat terus kepada pendengar-pendengar di Sabah amya berhubung topik Pencegahan Dadah di kalangan masyarakat. Berikut merupakan antara topik yang telah ke udara.

TAJUK / TOPIK PERBINCANGAN

ANCAMAN DADAH KEPADA WAWASAN NEGARA MENJELANG 2020

Soalan Penerbit 1:

Wawasan Negara Menjelang 2020 ialah untuk menjadikan Malaysia sebagai Negara maju sepenuhnya mengikut acuan sendiri. Apakah kekuatan-kekuatan yang terdapat dalam masyarakat yang boleh membantu mencapai wawasan tersebut.

Jawapan:

Kekuatan-kekuatan yang terdapat di dalam masyakarat hari ini adalah bersandarkan kepada Visi dan Matlamat Rakyat Malaysia yang dilahirkan sekarang yang memiliki dan bercita-cita untuk menjadikan mereka bangsa Malaysia yang maju dari pelbagai aspek. Kekuatan ini disokong dengan kestabilan politik, kemudahan prasarana yang bertaraf antarabangsa, perpaduan nasional, ekonomi yang kukuh dan berdaya saing, keselamatan dan kestabilan di dalam dan luar negara yang sekaligus berupaya untuk memartabatkan bangsa Malaysia untuk menjadi ‘first class’ minda di mercu dunia.

Soalan Penerbit 2:

Apakah pula penghalang-penghalang yang boleh membantutkan pencapaian wawasan tersebut.

Jawapan:

Penghalang yang membantutkan pencapaian wawasan tersebut boleh dijadikan ukuran untuk meletakkan harapan bangsa dan negara terpinggir di dalam kancah persaingan global. Diantaranya adalah belia. Pada hemat saya, sekiranya kita ingin melihat apakah corak dan masa depan negara kita pada masa yang akan datang, kita lihatlah bagaimana belia-belia pada hari ini.

Belia adalah harapan negara. Senario masa kini amat membimbangkan kerana kebanyakkan belia pada hari ini banyak terjebak dengan penagihan dadah, keruntuhan akhlak dan moral, tiada pegangan agama dan individualisme. Sekiranya belia pada hari ini lebih mengagungkan kebebasan dan keruntuhan akhlak dan moral, ini bermakna harapan untuk mencapai wawasan tersebut akan gagal dan terbantut.

Di samping itu, kekuatan masyarakat juga bakal mencorakkan pencapaian wawasan negara. Masyarakat yang porak poranda dan bermusuhan di antara satu sama lain akan menjejaskan peluang dan imej negara untuk mencapai negara maju menjelang 2020.

Soalan Penerbit 3:

Perangkaan menunjukkan bahawa golongan belia merupakan golongan paling ramai terlibat dengan penagihan dadah. Apakah kesan atau bebanan ke atas Wawasan 2020?

 Jawapan:

Untuk makluman sidang hadirin pendengar sekelian, perangkaan yang dimaksudkan lebih tertumpu kepada golongan belia yang berusia di antara 25 tahun hingga 39 tahun yang terjebak ke kancah penagihan dadah. Pada asasnya, golongan pada seusia ini terjebak di gejala penagihan dadah bukanlah di atas kemahuan sendiri tetapi lebih kepada pengaruh rakan sebaya. Sepintas lalu membayangkan bahawa belia tersebut tidak mempunyai harga dan jati diri yang kuat untuk mengelak diri dari pengaruh negetif. Lebih-lebih lagi pengaruh yang datangnya dari luar. Oleh itu, kesan  yang lebih ketara dapat dilihat dari persepktif belia sekarang yang berpenyakit dan tidak produktif, budaya lepak dan rempit dan kenaikan kadar jenayah akibat daripada kekangan hidup. Bebanan ini akan menjadi duri dalam daging kepada negara untuk mencapai wawasan 2020.

Soalan Penerbit 4:

Senario sekarang menampakkan ada usaha-usaha untuk menggerakkan Masyarakat Sivil sebagai satu agenda memerangi gejala dadah. Apakah pandangan saudara dan bagaimanakah sumbangan Masyarakat Sivil ini boleh menjadi pamangkin ke arah Malaysia Bebas Dadah menjelang 2015.

Jawapan:

Sidang hadirin dan pendengar yang dihormati sekelian. Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Sabah sekarang ini telah memfokuskan satu usaha baru di dalam mendapat sokongan padu masyarakat untuk sama-sama membantu kerajaan di dalam membenteras gejala penagihan dadah iaitu menerusi gerakan masyarakat sivil. Gerakan masyarakat sivil ini dihasilkan menerusi persepakatan

pertubuhan Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO), Persatuan Keagamaan, Persatuan-persatuan Belia, JKKK dan lain-lain entiti masyarakat supaya gerakan di akar umbi ini akan memberi kesan yang lebih bersepadu dan menyeluruh. Sekiranya ini berlaku, ini bermakna masyarakat itu dengan sendirinya telah sedar tentang bahaya gejala penagihan dadah dan sekaligus menolak gejala ini dari terus bermaharajalela dan menjadi penyakit di dalam masyarakat. Justeru itu, gabungan gerakan di pihak kerajaan dan masyarakat sivil menerusi program-program kesedaran dan pendidikan pencegahan dadah akan lebih berkesan dan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia Negara Bebas Dadah menjelang tahun 2015 akan lebih tercapai.

Soalan Penerbit 5:

 Kerajaan telah mensasarkan Tahun 2015 Malaysia Bebas Daripada Dadah. Apakah signifikannya terhadap wawasan Negara menjelang Tahun 2020?

 Jawapan:

Untuk makluman sidang hadirin pendengar sekelian, Tahun 2015 adalah tahun di mana Negara Malaysia Bebas Dadah iaitu kadar penagih dadah yang terdapat di negara kita kurang 1% berbanding dengan jumlah penduduk. Ini bermakna pada tahun tersebut masyarakat dengan sendiri menolak dan menentang penyalahgunaan dadah. Kalau kita lihat signifikannya terhadap Wawasan 2020, negara kita dengan sendirinya akan mempunyai dan memiliki modal insan yang cemerlang yang lahir menerusi pembangunan yang seimbang dari pelbgai aspek. Di samping itu, kehidupan rakyat akan lebih makmur dan damai bertunjangkan status sosio-ekonomi yang mampan, imej negara akan lebih gah di mata dunia yang berpaksikan kestabilan politik dan kerajaan yang kukuh dari pelbagai sudut.

Soalan Penerbit 6:

Apakah kesan-kesan utama dan arah tuju Wawasan 2020 sekiranya masalah dadah tidak dibenteras segera.

Jawapan:

Kalau kita lihat kesan-kesan utama dan arah tuju Wawasan 2020 sekiranya masalah dadah tidak dibenteras segera dan dengan bersungguh-sungguh adalah:

1.    Wawasan 2020 gagal mencapai objektif, matlamat dan arah tujunya kerana generasi yang diharap-harapkan untuk membangun Negara bangsa tidak berupaya untuk membentuk sebuah Negara yang maju mengikut acuan sendiri;

 2.    Kekuatan keselamatan dan sistem politik akan menjadi lemah kerana guna tenaga yang tidak produktif dan menjadi duri dalam daging;

 3.    Rakyat Malaysia tidak berupaya dan tidak mempunyai kemampuan untuk bersaing di dalam dunia tanpa sempadan;

 4.    Keruntuhan nilai-nilai dan budaya masyarakat kerana masyarakat dipenuhi dengan penagih-penagih dadah, berpenyakit, keganasan, dan sebagainya.

Soalan Penerbit 7:

Kerajaan telah berusaha bersungguh-sungguh untuk membebaskan masyarakat Malaysia dari terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Apakan harapan dan pesanan anda terhadap masyarakat umum secara keseluruhannya.

Jawapan:

Sidang pendengar yang saya kasihi sekelian, AADK Negeri Sabah amnya telah banyak menjalankan aktiviti-aktiviti pencegahan, rawatan dan pemulihan dan penguatkuasaan yang bertunjangkan untuk memberi kesedaran dan menanam nilai-nilai kepada masyarakat untuk menolak gejala dadah. Tugas ini bukan hanya dipikul oleh AADK sahaja bahkan dibantu oleh lain-lain Agensi Kerajaan seperti pihak Polis, Kastam, Kesihatan, Penjara, Jabatan Pelajaran dan lain-lain agensi kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan dari badan bukan kerajaan (NGO). Sehubungan itu, saya ingin menyeru dan menyarankan agar masyarakat bangkit bersama-sama kami dan perlu menggangap bahawa masalah dadah adalah masalah semua yang patut dibenteras dan ditentang dengan habis-habisan. Oleh itu, kita harus bersama-sama berjuang untuk menentang MUSUH NO. 1 NEGARA sebagaimana tentangan yang dibuat bagi membebaskan nagara kita dari ancaman komunis dahulu untuk menjadikan NEGARA MALAYSIA BEBAS DADAH MENJELANG TAHUN 2020.

Sekian, terima kasih.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s