Pendaftaran Rakan Antidadah (RADA)

Posted: 29 Jun 2010 in Pelbagai

Pendaftaran Rakan Antidadah (RADA) adalah dibuka sepanjang masa. Jadi apa lagi silalah mendaftar sekarang…. Tiada sebarang yuran dikenakan. siapa yang mendaftar akan diberi sijil RADA. 

Maklumat Am RADA

Satu pasukan sukarela dianggotai oleh remaja dan belia berumur 18 tahun ke atas (kurang pun bule ba hehe) dan ke atas

– Bergerak sebagai mata dan telinga AADK untuk memerangi ancaman dadah di kawasan masing-masing

Objektif

– Mendidik golongan belia untuk bertanggungjawab kepada masalah dadah dan membantu membanterasnya

– Membentuk sahsiah pembangunan belia sebagai pelapis pemimpin masa depan yang mempunyai pengetahuan, kesedaran dan jati diri

– Meningkatkan pengetahuan teknikal dan kesedaran belia tentang penyalahgunaan dadah

– Mewujudkan pasukan sukarelawan antidadah yang sentiasa peka dan komited terhadap kerja-kerja pencegahan dadah

– Menggemblengkan seluruh tenaga ahli di semua peringkat dalam usaha menangani masalah dadah di peringkat akar umbi

– Memupuk semangat kecintaan terhadap budaya tolong-menolong

– Bantu-membantu sesama ahli serta berganding bahu dengan AADK dalam usaha melaksanakan program pencegahan dan memerangi dadah

– Memperkembangkan aktiviti antidadah dalam kalangan belia

– Menggerakkan belia bagi memastikan setiap keluarga, tempat kerja dan komuniti bebas dadah

Fungsi RADA

– Penyampaian perkhidmatan berkesan

– Pasukan berdisiplin

– Pasukan sukarelawan

– Agen pengumpul dan penyebar maklumat

Kenapa perlu menjadi Ahli RADA?

Berpengetahuan dan mempunyai kesedaran tentang masalah dadah di Malaysia

– Memastikan anda dan keluarga anda bebas daripada dadah

– Satu pasukan yang mempunyai hala tuju khusus untuk membantu AADK dalam komuniti

– Boleh memberi khidmat yang bererti kepada komuniti

– Agen pengumpul dan penyebar maklumat kepada komuniti

Komen-komen
  1. nurul fatin laidi berkata:

    salam . sebenarnya saya berminat untuk menjadi sukarelawan anti dadah. . di manakah saya perlu mendaftarkan diri ?

    • wslm…

      Terima kasih kerana berminat untuk menjadi ahli RADA… Anda boleh mendaftar diri sebagai ahli RADA di AADK daerah yang paling hampir dengan daerah anda.
      Setakat ini di Sabah kami mempunyai AADK daerah seperti berikut ;

      1. AADK daerah kota Kinabalu
      2. AADK daerah Sandakan
      3. AADK daerah Tawau
      4. AADK daerah W. P Labuan
      5. AADK daerah Keningau
      6. AADK daerah Beaufort
      7. AADK Tuaran

      Atau anda boleh datang terus ke Ibu Pejabat kami di AADK Negeri Sabah di Tingkat 5, Wisma San Hin, Kota Kinabalu, Sabah (Berdepan dengan terminal Bas).

      “ANDA BERTINDAK, KAWASAN SELAMAT”

  2. Raymond berkata:

    akum…boleh tanya…ckit ja,klaw kta orang mnjdi ahli (RADA) apakah kslamatan kmi akan terjamin………….

  3. Wslm.. saudara Raymond….

    Menjadi ahli RADA bukanlah menjadi bebanan kepada setiap ahli… ianya adalah sukarela… lebih kepada kempen-kempen kesedaran tentang gaya hidup yang sihat tanpa dadah… namun sekiranya anda mempunyai maklumat tentang aktiviti penyalahgunaan dadah di kawasan / kg anda, seperti ada yang mengambil syabu dll, anda boleh la melaporkan kepada kami.. ini semua adalah penting agar ahli keluarga anda sendiri tidak turut terpengaruh dengan aktiviti haram tersebut. semua maklumat tentang anda adalah dirahsiakan… Terima kasih.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s