Program Sihat Sejahtera Sempena Sambutan Pesta Tagunggu Paitan tahun 2010 telah berjaya disempurnakan!

Posted: 30 Julai 2010 in Ceramah, Pameran dll, Komuniti Bebas Dadah, Program Bersama Pemimpin / Ahli Parlimen / Adun

Pada 21 – 22 Julai 2010, AADK Negeri Sabah telah mengadakan pameran di Pekan Paitan sempena program Sihat Sejahtera Sempena Sambutan Pesta Tagunggu Paitan 2010 Anjuran  Pejabat Parlimen 183 Beluran dengan kerjasama AADK daerah Sandakan.

Untuk ke Paitan, AADK Negeri Sabah menggunakan laluan darat iaitu  dari KK ->Kota Belud ->Kota Marudu ->Pitas dan seterusnya  ke Paitan.  Masa dari KK ke Kota Marudu mengambil masa 2 jam dan Kota Marudu ke Paitan pula mengambil masa 2 jam.

Berbanding dengan AADK daerah Sandakan perjalanan mereka adalah lebih jauh di mana mereka terpaksa menggunakan laluan Sandakan -> Telupid dan seterusnya ke Paitan.

Untuk ke program, kedua-dua pihak terpaksa datang sehari sebelum program di mana kami menginap di Kota Marudu.

Walaubagaimana pun, sedikit perubahan berlaku di mana majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB. Datuk Juslie b. Ajirol, Ahli Parlimen P.184 Libaran yang juga merangkap Presiden Persatuan Kebajian dan  Kebudayaan Masyarakat Tidong Sabah.

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang program berlangsung. Walaupun tarikh program adalah waktu pejabat, namun komitmen daripada warga Paitan amat memberangsangkan. Ini dapat dilihat melalui kehadiran yang ramai dan kerjasama yang diberikan…..!

Lagi gambar :  http://www.facebook.com/#!/album.php?aid=19850&id=100000440681578

Video satu – 21 Julai 2010

Video dua – 21 Julai 2010

Video tiga – 21 Julai 2010

Video empat – 21 Julai 2010

Video lima – 21 Julai 2010

Video enam – 21 Julai 2010

Video tujuh – 21 Julai 2010

Video lapan – 21 Julai 2010

 

Terima kasih kepada masyarakat Paitan kerana memberikan sokongan yang tidak terhingga dalam menjayakan program yang sangat bermakna ini. Semoga usaha-usaha kerajaan dalam memastikan masyarakat Sabah, khususnya warga Paitan agar terhindar dari najis dadah dan mendapat ilmu mengenai bahaya dadah adalah tercapai. Kepada guru-guru yang bertugas, tahniah kepada anda semua kerana berjaya memastikan pengisian program dilaksanakan dengan jayanya……..!

 

Kanak-kanak ibarat kain putih… didiklah anak-anak anda daripada awal dengan memprogram minda mereka bahawa dadah itu bahaya, merosakan akal dan fikiran, merosakan masa depan bla bla bla bla…….. Ibarat melentur buluh biarlah daripada rebungnya!  😉

“Dadah Musuh No. 1 Negara”

“Masyarakat Malaysia Bebas Dadah 2015”

“Sekolah Bebas Dadah tahun 2012”

p/s – program ini lebih memfokuskan kepada pemimpin-pemimpin masyarakat setempat agar bergerak bersama-sama kerajaan, khususnya AADK dalam memastikan kawasan/komuniti mereka terhindar daripada najis dadah melalui usaha-usaha pencegahan……..

– Video akan ditambah kemudian.. sedang uploading hehee…!

Sumber terdahulu : https://aadksabah.wordpress.com/2010/07/19/program-sihat-sejahtera-sempena-sambutan-pesta-tagunggu-paitan-tahun-2010/

Advertisements
Komen-komen
  1. JV says:

    Tak jemu ke masyarakat asyik dihidangkan dengan pattern program yang sama je sepanjang hayat aadk tu…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s