Jutawan syabu Iran

Posted: 3 Ogos 2010 in Isu semasa / berita dadah

PEMANDANGAN kawasan perumahan di Mont Kiara, Kuala Lumpur yang didiami lelaki Iran yang hidup mewah hasil penyeludupan dadah.

—————————————————————–

KUALA LUMPUR – Sungguhpun bilangan warga Iran yang ditahan oleh pihak berkuasa semakin bertambah dari semasa ke semasa, namun kegiatan menyeludup dadah di kalangan warga negara itu tidak pernah berkurangan.

Saban bulan masih ramai rakyat Iran termasuk di kalangan wanita ditahan oleh polis atas kesalahan sama. Yang berbeza cuma modus operandi.

Segelintir daripada warga Iran yang terbabit dengan dadah didapati mengamalkan gaya hidup mewah ala jutawan kerana mendiami rumah mewah dan kereta besar.

Terbaru pada Sabtu lalu sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menahan dua lelaki termasuk seorang warga Iran kerana dipercayai terlibat membawa dadah syabu seberat 113 kilogram berharga RM24.86 juta menggunakan kargo udara.

Kesemua dadah tersebut dimasukkan ke dalam lapan bekas berbentuk silinder setinggi satu meter berisi syabu setiap satu dan mempunyai pelekat Aramex International Express Multi-Lot.

Bahagian bawah dan atas silinder itu pula diletakkan dengan kertas putih manakala setiap silinder itu diisi dengan 14 kilogram kristal syabu.

Malangnya, taktik tersebut terbongkar apabila polis dengan bantuan pihak berkuasa Singapura berjaya menghidu kandungan silinder yang dibawa melalui kargo udara itu.

Polis telah menyerbu sebuah rumah mewah semi D di Mont Kiara di sini sehari selepas dadah tersebut diambil oleh dua suspek itu di unit kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.

Ketika pemeriksaan pada pukul 3 petang di rumah itu, lelaki Iran berusia 26 tahun dan lelaki tempatan yang berusia 42 tahun berada di di kediaman tersebut. Polis kemudian merampas semua dadah itu yang baru tiba di negara ini.

Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) JSJN Bukit Aman, Datuk Othman Harun (gambar) berkata, polis percaya rumah yang disewa pada kadar RM13,000 sebulan itu dijadikan sebagai stor untuk menyimpan dadah yang telah siap diproses itu.

“Kita turut merampas wang tunai sebanyak RM260,000 dan sebuah kereta Mercedes Benz E250 bernilai RM550,000 yang baru dibeli beberapa hari lalu oleh suspek Iran itu.

“Kita percaya kesemua dadah tersebut diseludup untuk pasaran domestik,” kata beliau pada sidang akhbar di Bukit Aman di sini semalam.

Sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0803&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s