Pil Eramin 5 RM12.37 juta dirampas

Posted: 17 Ogos 2010 in Isu semasa / berita dadah

Polis tahan 17 anggota sindiket antarabangsa

Oleh Mohamed Farid Noh
mfarid@bharian.com.my
2010/08/17

BATU PAHAT: Polis menahan 17 anggota sindiket dadah antarabangsa dan merampas 824, 500 pil Eramin 5 bernilai RM12.37 juta dalam operasi bersepadu dijalankan serentak di Ayer Hitam dan Johor Bahru serta Lembah Klang pada jam 1 tengah hari Khamis lalu.

ZUL HASNAN (kanan) melihat pil Eramin 5 yang disorokkan di dalam patung
pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat, semalam.

Pengarah Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Zul Hasnan Najib Baharudin berkata, sindiket itu dianggotai warga Taiwan, Indonesia, Singapura dan rakyat tempatan ditahan dalam sebuah rumah kedai serta dua rumah di tiga lokasi terbabit.

Katanya, ahli sindiket yang ditahan itu berusia antara 28 hingga 74 tahun dan akan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

“Kami merampas wang tunai dalam pelbagai mata wang asing dan lapan kenderaan bernilai lebih RM2.5 juta, yang turut disita selain menahan lapan lelaki rakyat tempatan; tiga lelaki Singapura; dua lelaki Taiwan; seorang lelaki Indonesia; seorang wanita tempatan dan dua wanita Taiwan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat, di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalannya, Datuk Othman Harun, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Asisten Komisioner Kamaruddin A Aziz; Ketua Polis Batu Pahat, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd Aris dan Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Mokhtar Mohd Nor.

Zul Hasnan berkata, hasil pemeriksaan di premis rumah kedai di Ayer Hitam itu, polis menemui 529,500 pil Eramin 5 disorokkan dalam badan 60 patung yang diletakkan di dalam 15 kotak.
“Setiap kotak mengandungi empat badan patung dan apabila diperiksa lebih lanjut pada badan setiap patung itu, anggota kami mendapati semua pil Eramin itu disorokkan dalam badan patung berkenaan.

“Dalam serbuan berasingan di dua rumah berasingan di sekitar Johor Bahru yang, kita berjaya merampas 295,000 pil Eramin 5, 15 kilogram Ketamin dan 890 pil khayal Dormicum.

“Kejayaan rampasan dadah itu yang terbesar di negara kita tahun ini berikutan operasi bersepadu serta perkongsian maklumat yang turut membabitkan Jabatan Penguat kuasa Dadah, Biro Siasatan Kementerian Keadilan, Taiwan dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman,” katanya.

Sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PilEramin5RM12_37jutadirampas/Article

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s