Polis Kedah tahan suami isteri miliki dadah

Posted: 17 Ogos 2010 in Isu semasa / berita dadah

ALOR STAR: Polis Kedah menahan tiga orang termasuk sepasang suami isteri dan merampas 648 gram dadah jenis heroin bernilai hampir RM40,000 dalam dua operasi semalam. Ketua Polis negeri, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, dalam operasi pertama polis menahan sepasang suami isteri yang menaiki sebuah kereta di persimpangan Jalan Kuala Kedah pada jam 1.10 tengah hari hasil maklumat orang ramai. “Polis kemudian dibawa ke rumah suspek di Taman Juragan dan menemui satu plastik beg hitam di bawah katil yang mengandungi dua plastik besar lut sinar serta 36 plastik kecil berisi dadah disyaki heroin seberat kira-kira 500 gram bernilai RM35,000,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini. Beliau berkata, polis turut merampas sebuah kereta Proton Wira, alat penimbang, telefon bimbit, barang kemas dan wang tunai berjumlah RM7,750 daripada suspek. “Suami berumur 28 tahun mempunyai dua rekod jenayah lampau pada 2005 membabitkan dadah, manakala isteri berumur 29 tahun tidak mempunyai rekod kesalahan lampau,” katanya. Dalam kes berasingan, seorang lelaki berusia 23 tahun ditahan ketika sedang memandu di Jalan Bandar Darul Aman-Wang Tepus dan polis menemui 148 gram dadah jenis heroin bernilai RM4,000 yang disorok di bahagian brek tangan kereta itu. Syed Ismail berkata, lelaki berasal dari Prai Jaya, Pulau Pinang yang bekerja sebagai juruteknik komputer itu ditahan pada pukul 8 malam tadi. “Selepas suspek ditahan, bapanya yang berusia 50an mengatur perjumpaan dengan pegawai narkotik di tol Sungai Lalang, Sungai Petani dan menawarkan sogokan RM5,000 untuk melepaskan anaknya yang mempunyai rekod kesalahan lampau membabitkan dadah pada 2008. “Cubaan itu gagal dan pegawai kita telah membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk tindakan lanjut,” katanya. Beliau berkata pasangan suami isteri itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala lelaki berkenaan mengikut Seksyen 39A(2).

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s