Dua wanita Afrika ditahan seludup Syabu hampir RM2 juta

Posted: 26 Oktober 2010 in Isu semasa / berita dadah

2010/10/25
SHAH ALAM: Polis Selangor mematahkan cubaan menyeludup syabu seberat 7.2 kilogram bernilai hampir RM2 juta oleh dua wanita warga Afrika ke negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada Selasa dan Jumaat lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir, berkata kedua-dua suspek ditahan anggota polis ketika mereka sedang menanti teksi limo di Aras 5, KLIA untuk membawa mereka ke satu destinasi yang tidak diketahui.
Beliau berkata, dalam operasi pertama kira-kira jam 8.45 pagi Selasa lalu, polis menahan seorang wanita berasal dari Togo Leise, Afrika selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan dan merampas sembilan botol berisi cecair dipercayai dadah serta dua bungkusan plastik lutsinar berisi syabu seberat tiga kilogram.
Click Here
“Wanita itu mendakwa cecair itu digunakan bagi membuat minyak wangi.

“Kita sudah menghantar sampel daripada 7.2 liter cecair tersebut dan menunggu laporan kimia bagi mengetahui kandungan cecair itu,” katanya dalam satu sidang media dekat sini.

Nordin berkata, pemeriksaan terhadap wanita kedua berasal dari Nigeria kira-kira jam 3.50 petang pada Jumaat lalu pula menemui dadah syabu seberat 4.2 kilogram yang disorok pada bahagian pelapik beg pakaiannya.

Menurut Nordin, wanita yang bekerja sebagai tukang cuci itu juga mendakwa datang ke negara ini untuk mencari rezeki.
“Pemeriksaan pada dokumen perjalanan suspek mendapati itu merupakan kali pertama mereka ke negara ini dan kedua-duanya datang ke sini melalui penerbangan dari Doha.

“Kita tidak menolak kemungkinan mereka ini dijadikan kurier bagi menyeludup dadah ke negara ini dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi menjejaki kumpulan sindiket berkenaan,” katanya.

Nordin berkata, tahanan reman wanita dari Togo berakhir esok, manakala wanita Nigeria berakhir Sabtu ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAM

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s