Promosi Cure & Care 1Malaysia (C&C 1Malaysia) sedang dijalankan sekarang 23 Nov 2010!

Posted: 23 November 2010 in Pengumuman Terkini!, Publisiti (Kempen Jalanan/edaran risalah/poster/semuka/taklimat ringkas dll)

Hari ini 23 November 2010,

 AADK Negeri Sabah sedang mengadakan Promosi Cure & Care 1 Malaysia (C&C) atau Pemulihan & Prihatin 1 Malaysia (P&P) bertempat di Ground Floor Wisma San Hin, Wawasan Plaza Kota Kinabalu, Sabah. Orang ramai adalah dijemput hadir untuk mengunjungi tapak promosi kami untuk mendapatkan maklumat melalui edaran risalah mahupun khidmat nasihat percuma. Terima kasih.

Sedikit latarbelakang :

Baru ditubuhkan pada 1 Julai 2010 sebagai satu inisiatif NKRA dan mentransformasikan perkhidmatan rawatan & pemulihan dadah oleh AADK. Selain daripada prosedur kemasukan penagih dadah ke PUSPEN (yang dulu dikenali sebagai Pusat Serenti) melalui tangkapan dan perintah mahkamah di bawah Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983, penubuhan dan pemubukaan C & C  1 Malaysia memberi peluang kepada individu yang mempunyai masalah dengan ketagihan terhadap dadah dan ubat-ubatan untuk tampil secara sukarela mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan. Ahli keluarga atau rakan mereka juga boleh membawa individu ini untuk mendapatkan khidmat nasihat dan pemulihan secara sukarela.

Perkhidmatan yang disediakan :

12 perkhidmatan antaranya ;

  • Bimbingan & Kaunseling
  • Agama & Spiritual
  • Pencegahan Relaps
  • Kemahiran hidup
  • Pendidikan & Latihan Vokasional
  • Khidmat masyarakat
  • Re-Entry
  • Seliaan Lanjutan
  • Kumpulan Supportif
  • Rujukan & Advokasi
  • Detoksifikasi
  • Rawatan Terapi Gantian (untuk Penagihan Dadah jenis Opiat sahaja)

 Pakej Perkhidmatan :

  • Semua 12 perkhidmatan secara sukarela pakej mengikut peringkat penempatan klien (client’s placement level) dan jenis perkhidmatan, iaitu ;
  1. Pesakit luar (harian, mingguan, berkala)
  2. Residensi (1,3 dan 6 bulan)
  3. Singgah masuk (1/2 hari, sehari & hujung minggu)
  4. Detoksifikasi (setiap hari)
  5. Rujukan & Advokasi (setiap hari)
  6. Khidmat singkat (setiap hari)
  7. Rawatan Terapi Gantian (untuk Penagih ddah jenis Opai sahaja)

Tiga Prinsip Penyampaian Perkhidmatan :

  1. Kesukarelaan (Volunteer)
  2. Tiada Prasyarat (Unconditioning positif regards)
  3. Tiada unsur perundangan – ikatan/hukuman

Kaedah kemasukan

  • Klien datang sendiri (walk-in) secara sukarela
  • Klien dirujuk oleh pihak ketiga – Perujuk adalah seperti Ibubapa / pasangan / majikan dll
  • Klien dirujuk oleh AADK/NGOs
  • Rujukan melalui proses temu-seru (outreach), pemujukan
  • 

P/s – C & C 1Malaysia kini dibuka di Papar, Sabah bersebelah dengan Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik(PUSPEN)

” Sayangilah diri dan keluarga anda yang terlibat dengan dadah. Bersegeralah ke C & C 1Malaysia untuk mendapat sinar harapan….. Apa mau ditakutkan kerana … Tiada prasyarat, Tiada unsur perundangan – ikatan / hukuman yang dikenakan. Berubahlah kearah gaya hidup yang lebih sihat, anda pasti boleh! “

“Masyarakat Bebas Dadah 2015”

 

Advertisements
Komen-komen
  1. izwan berkata:

    salam sejahtera kepada pihak tuan yang budiman….adakah pihak puspen akan menolak pesakit/penghuni yang terlibat dgn hiv? dah dimanakah tempat yg terbaik untuk penagih tegar dan terlibat hiv untuk kembali kepangkal jalan tanpa bayaran dan kos yang tinggi ???

    • Salam 1Malaysia,

      En. Izwan,

      Soalan1 :
      Untuk pengetahuan saudara, perkhidmatan PUSPEN tidak menolak pesakit/penghuni yang terlibat dengan HIV malahan AADK juga telah menyediakan tempat khas kepada penagih yang menghidap penyakit HIV / AIDS di beberapa buah PUSPEN di seluruh negara. Walaubagaimanapun, PUSPEN Papar dan Kuching tidak menyediakan kemudahan tersebut atas sebab-sebab yang tertentu. Kategori PUSPEN yang telah ditetapkan bagi penghuni HIV / AIDS tanpa kos yang tinggi adalah :

      Bagi zon utara :
      1. PUSPEN Bukit Chabang
      2. PUSPEN Batu Karau
      3. PUSPEN Karangan

      Bagi zon Timur:
      1. PUSPEN Besut
      2. PUSPEN Jeli
      3. PUSPEN Benta

      Bagi zon Selatan:
      1. PUSPEN Tampin
      2. PUSPEN Muar

      Bagi zon Tengah:
      1. PUSPEN Sg. Besi (PERSADA)
      2. PUSPEN Serendah

      PUSPEN-PUSPEN ini juga menerima penagih-penagih yang tidak menghidap HIV / AIDS.

      Soalan 2.
      PUSPEN untuk penagih tegar tanpa kos yang tinggi adalah seperti berikut :

      1. PUSPEN Raub
      2. PUSPEN Gambang
      3. PUSPEN Jelebu
      4. PUSPEN Kg. Selamat
      5. PUSPEN Jeli
      6. PUSPEN Tampoi
      7. PUSPEN Sg. Petani
      8. PUSPEN Perlop
      9. PUSPEN Besut
      10. PUSPEN Serendah
      11. PUSPEN Tampin
      12. PUSPEN Papar
      13. PUSPEN Kuching

      Secara kesimpulannya, kerajaan tidak mengenakan caj yang mahal untuk kos rawatan yang permulihan di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) di seluruh negara. Sekian, terima kasih.

  2. […] Sebelum terlupa, kami mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada YB. Datuk Hajjah Jainab DSP Hj. Ahmad Ayid kerana menyelitkan ucapan berliau berhubung dengan Klinik Pulih & Prihatin 1Malayisa / Cure & Care Clinic (lihat info C & C sini : https://aadksabah.wordpress.com/2010/11/23/promosi-cure-care-1malaysia-cc-1malaysia-sedang-dijalankan… ) […]

  3. Yuna berkata:

    Kalau ad family yg tgh amek dadah..bt dye x nak lepaskan…boleh masok secara paksaan x?

  4. kyra suraya berkata:

    assalamualaikum…adik sy terlibat dgn aktiviti tak sihat nie…sy nak sangat dia berubah ke jalan yang lebih baik..tak ambil dadah..kesian kat parents sy..dan ksian kat diri dia sendiri..kami tak tahu apa yang terbaik untuk dia..lagi pun menurut sumber yang sy dengar remaja yang bawah umur tidak akan di tangkap oleh pihak berkuasa kerana masih d bawah umur…apa yang perlu kami lakukan ? pusat pemulihan jauh dari kawasan kami..sy nak minta tolong sangat.. sy tak nak adik sy sia-sia kan hidup dia..masi jauh perjalanan hidup dia..

  5. jassica berkata:

    pagi, saya nak tanya. husband sy terjebak dgn dadah syabu dan dia ingin cuba berhenti .adakah terdapat pakej mingguan di pusat utk detoxiation? dia secara sukarela nak ke pusat. tq

    • Slmt pagi.. pihak kami sentiasa komited untuk membantu mereka yang terjebak dengan dadah dan memberi khidmat nasihat yang terbaik. Untuk makluman puan, terdapat dua cara kemasukan untuk mendapatkan Rawatan & Pemulihan iaitu 1. Ke Pusat pemulihan (selama 2 tahun) dan 2)Secara sukarela ke klinik cure & Care (pakej disediakan – pilihan selama 1/2/3 bulan. Untuk maklumat lanjut puan boleh datang terus ke AADK Negeri/daerah yang berhampiran untuk mendapatkan khidmat nasihat lebih lanjut.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s