Tahan 5 ahli kongsi gelap, bongkar kegiatan edar dadah

Posted: 22 Disember 2010 in Isu semasa / berita dadah

KUALA LUMPUR 21 Dis. – Penahanan lima ahli kongsi gelap di sebuah unit pangsapuri di Taman Pinggiran Putra, Seri Kembangan, dekat sini semalam berjaya membongkar kegiatan pengedaran dadah jenis heroin yang didalangi kumpulan terbabit.

Serbuan pukul 9 malam itu sepatutnya tindakan susulan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, ke atas laporan seorang pemilik bengkel kereta pada 9 Disember lalu yang mengadu dia diperas ugut oleh kumpulan kongsi gelap untuk membayar wang pelindungan.

Lebih mengejutkan, kesemua suspek berkenaan termasuk dua beradik, rupa-rupanya menghuni di blok pangsapuri yang sama bersama keluarga masing-masing, namun menyewa sebuah lagi unit di tingkat tiga untuk menjalankan kegiatan pengedaran dadah.

Ketua Polis Daerah Serdang, Supritendan Abd. Razak Elias berkata, pemeriksaan ke atas kediaman suspek telah menemui satu bungkusan besar plastik serta 40 peket plastik kecil yang berisi dadah jenis heroin.

“Dadah itu ditemui disorok di dalam salah sebuah bilik. Ketika serbuan, kesemua suspek sedang menonton televisyen, mungkin sedang berehat selepas selesai melakukan kerja-kerja membungkus dadah.

“Jumlah berat dadah yang ditemui adalah 550 gram dan ia dianggarkan bernilai RM60,000 berdasarkan harga pasaran. Kegiatan mereka tertumpu di sekitar Puchong, Seri Kembangan dan Serdang,” katanya pada sidang akhbar di IPD Serdang di Taman Equine, dekat sini hari ini.

Menurut Abd. Razak, soal siasat lanjut mendapati kesemua suspek mempunyai pekerjaan seperti pemandu dan kelindan lori dan jurujual, sementara salah seorang daripada mereka memiliki rekod lampau bersabit jenayah narkotik.

Ujar beliau, polis percaya masih terdapat saki baki ahli kumpulan yang masih bebas dan mereka sedang diburu.

“Kumpulan ini sangat agresif. Dalam kejadian menimpa mangsa yang merupakan pemilik bengkel tempoh hari, suspek mengugut mangsa dengan bersenjatakan kayu hoki dan parang selepas enggan memenuhi permintaan pembayaran wang perlindungan sebanyak RM800,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru agar mana-mana peniaga di sekitar daerah ini yang diugut kumpulan kongsi gelap untuk membayar wang pelindungan supaya tampil membuat laporan polis.

“Polis mahu semua pengusaha berniaga tanpa ketakutan,” katanya sambil menambah, pihak polis hanya menerima satu laporan seumpama setakat ini.

Sumber : Utusan Online

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s