Mesyuarat Unit Pencegahan bil.01/2011 telah dilaksanakan.

Posted: 10 Februari 2011 in Pengumuman Terkini!

Alhamdulilah kelmarin (09 Februari 2011) telah diadakan Mesyuarat Pencegahan bil. 01/2011 dengan jayanya. Walaupun mesyuarat tersebut terlewat sedikit diadakan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan (sepatutnya Januari 2011) namun ahli-ahli mesyuarat / Ketua-ketua AADK daerah dapat memahami konsep yang baru dalam melaksanakan program yang melibatkan kertas kerja berdasarkan Pelan Strategik yang diatur serta dapat menerima arahan-arahan yang disampaikan.

Bagi tahun 2011 ini, terdapat beberapa perubahan berlaku terutamanya dalam nama sub program. Contohnya, program PIP telah ditukarkan kepada Kem SHEILDS, program GEMPADAH (Gempur Pada Dadah) kepada COMBAT (Community Battery) dan lain-lain lagi. Walaupun bebeza nama sub program, namun objektif serta pengisian yang ingin disampaikan adalah lebih kurang sama cuma ada sedikit perubahan dilakukan bagi mendapatkan impak yang lebih mantap kepada masyarakat…

Kepada semua lapisan masyarakat terutamanya di negeri Sabah, kami mohon agar anda semua bantulah kami untuk menjayakan Misi Negara kita iaitu untuk memastikan Negara kita bebas daripada dadah menjelang 2015.  Sokongan padu dan kerjasama daripada anda semua amatlah kami hargai, terima kasih.

“Masyarakat Sabah Bebas Dadah 2015”

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s