Posted: 14 Februari 2011 in Ceramah, Pameran dll, Keningau, Komuniti Bebas Dadah

Alhamdulillah, segala puji dan puja kita rafaakkan kepada Allah yang telah memberikan pelbagai nikmat kepada kita, Selawat dan salam buat junjungan besar tercinta Nabi Muhammad SAW, penutup sekalian para nabi dan rasul, penunjuk jalan al-haq dan daie sepanjang jalan.

Besok bersamaan 15 Februari, 2011, kita akan menyambut hari keputeraan baginda Rasulullah Saw. Keputeraan Rasulullah dan pengutusan baginda kepada kita merupakan satu nikmat kubra buat umat sejagat. Ini kerana kelahiran baginda memberikan petanda risalah dan penyelamat umat dari dibelenggu arus jahiliyah.

 Saban tahun kita menyambut dan mengenang kelahiran baginda SAW. Namun harus kita bertanya kepada benak fikiran kita sejauh mana kita telah mencontohi dan mengimplimentasi pusaka peninggalan baginda SAW di dalam kehidupan kita. Saban tahun juga bermakna Rasulullah SAW semakin jauh dari kita. Namun spirit dan ruh perjuangan baginda tetap membara dalam sanubari kita.

Marilah kita menggali semula mutiara keindahan hidup baginda SAW. Mari kita susuri dan teladani qudwah dakwah dan perjuangan baginda bagi kita memacu semula gerakan pencerahan dan pembangunan semula satu nahdah (peradaban). Biarpun jasad baginda jauh beribu-ribu batu, namun jiwa,perjuangan baginda tetap mekar dan dekat di hati kita.

Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 2011 buat semua teman seIslam, rakan-rakan blogger dan facebook .Marilah bersama-sama kita junjung kecintaan pada baginda SAW , kita telusuri seerah baginda dan kita lestarikan pancang dakwah dan jihad baginda dalam hidup kita. Kita pintal dan suburkan semula kecintaan kita pada baginda dengan menjadikan baginda ikon terbaik hidup kita.

Bersamaan sambutan Maulidur Rasul 2011,  JHEAINS  daerah Keningau dengan  kerjasama AADK daerah Keningau akan mengadakan program tersebut seperti butiran berikut ;

Tempat : Perkarangan Masjid Pekan Keningau

Tarikh : 15 Februari 2011

Masa : 7 pagi sehingga selesai

“1MALAYSIA 1UMMAH”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s