AADK di Kem PLKN…!

Posted: 8 Mac 2011 in Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)

Sukacita dimaklumkan bahawa Pagi (8/3/2011) tadi AADK Sabah telahpun mengadakan program bersama dengan Pelatih PLKN. Semoga segala apa yang disampaikan akan mendatangkan manfaat yang berfaedah kepada mereka , untuk diaplikasikan ke dalam kehidupan harian agar tidak melibatkan diri dalam penyalahgunaan dadah amnya. Berikut adalah nama-nama Kem PLKN dan AADK Pelaksana di seluruh negeri Sabah ;

 

1. Kem PLKN Sinar Jaya, Kota Belud – Dikendalikan oleh AADK Daerah Tuaran

2. Kem PLKN Di Bawah Bayu, Tuaran – Dikendalikan oleh AADK Daerah Kota Kinabalu

3. Kem PLKN Wawasan, Papar – Dikendalikan oleh AADK Daerah Beaufort

4. Kem PLKN Tanaki, Tambunan – Dikendalikan oleh AADK Daerah Keningau

5. Kem PLKN Bagai Budi Resort, Sandakan – Dikendalikan oleh AADK Daerah Sandakan

6. Kem PLKN San Shui, Tawau – Dikendalikan oleh AADK Daerah Tawau

Untuk makluman, dua minggu sebelum program ini,  AADK daerah pelaksana yang terlibat telah pun mendapatkan keahlian RADA daripada semua Pelatih PLKN. Pendekatan ini adalah terbaik bagi memastikan semua pelatih tersebut dapat dilatih menjadi mata dan telinga AADK di kawasan masing-masing, selain dapat membantu AADK dalam melaksanakan sesuatu program  di tempat mereka untuk memastikkan kawasan yang mereka duduki bebas daripada dadah.

Insyaallah, kad-kad RADA mungkin dikeluarkan dalam masa yang terdekat dan akan diserahkan kepada pelatih tersebut yang telah mendaftar.

“ANDA BERTINDAK, KAWASAN SEJAHTERA”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s