Dua beranak bawa ganja dalam kereta…

Posted: 11 Mac 2011 in Isu semasa / berita dadah

KAJANG: Dua beranak yang aktif menjalankan kegiatan mengedar dadah di sekitar kawasan Semenyih sejak beberapa bulan lalu diberkas selepas pemeriksaan polis ke atas kereta dinaiki mereka menemui ketulan daun mampat dipercayai ganja.

Dalam tangkapan kira-kira jam 11 malam Selasa lalu, kedua-dua lelaki berusia 50 dan 20-an berkenaan ditahan selepas didapati berada dalam keadaan mencurigakan ketika memandu kereta Nissan.

Pemangku Ketua Polis Kajang, Superintendan Azman Ayob berkata, kereta dinaiki suspek ditahan serta diperiksa polis peronda di sebuah jalan di Semenyih dan pemeriksaan lanjut berjaya menemui ketulan mampat ganja.

“Dadah terbabit dianggarkan seberat satu kilogram dan kedua-dua suspek kemudian dibawa ke balai untuk menjalani ujian air kencing.

“Ujian mendapati kedua-duanya positif dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Merbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati mandatori,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Suspek kini ditahan reman mulai kelmarin bagi membantu siasatan dan mengesan punca mereka mendapatkan bekalan dadah itu.

Sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/Duaberanakbawaganjadalamkereta/Article

Komen-komen
  1. jiniton berkata:

    LEGALIZE IT!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s