Kem Maju Diri Pelajar 1Malaysia…..

Posted: 11 Mac 2011 in Institusi Pendidikan Bebas Dadah, Kem SHIELDS, Rakan Strategik

Sukacita dimaklumkan bahawa bermula besok 12/3/2011 – 15/3/2011, PEMADAM Negeri Sabah dengan kerjasama AADK Negeri Sabah akan mengadakan Program Kem Maju Diri Pelajar 1Malaysia oleh PEMADAM atau dikenali sebagai Kem Sayangi Diri, Elak Dadah Selamanya (SHEILDS) oleh AADK. Seramai 40 orang pelajar akan mengikuti program ini dan fasilitator yang dilantik adalah daripada AADK Negeri Sabah dan seorang daripada Klinik Pulih & Prihatin 1Malaysia, Papar.

Program ini adalah amat baik sekali diadakan dan bertepatan dengan hasrat kerajaan dalam memastikkan setiap pelajar yang ada di Malaysia ini bebas daripada dadah serta dapat melahirkan modal insan yang berintelektual tinggi dalam mengurus tadbir negara di masa hadapan tanpa pengaruh dadah…..

Sempena 3 malam 4 hari kem ini akan dijalankan, pelbagai pengisian mahupun aktiviti telah disusun atur bagi membolehkan mesej-mesej yang berunsurkan antidadah dapat disemadikan ke dalam diri pelajar. Selain itu,  diharapkan juga agar setiap pelajar yang bertuah mengikuti kem ini nanti dapat dijadikan  sebagai ejen penggerak di dalam keluarga dan juga sekolah dalam aktiviti-aktiviti antidadah.

Antara objektif program ini adalah ;

1. Untuk meningkatkan kesedaran kepada para pelajar tentang bahaya dadah dan musibahnya yang akan memusnahkan masa depan mereka

2. Mendidik dan memotivasikan pelajar agar dapat memilih hala tuju yang lurus demi kebaikan mereka

3. Mendidik pelajar yang terlibat akan pentingnya kehidupan yang sihat sejahtera menghadapi cabaran hidup di masa akan datang dan tidak terus terlibat dengan dadah

4. Memupuk dan membangkitkan komitmen keluarga dalam membantu pelajar bermasalah

5. Mewujudkan hubungan kerjasama dan permuafakatan serta gerakan bersepadu dalam pendidikan pencegahan dadah dikalangan jentera kerajaan yang releven

6. Untuk memastikan para pelajar mempunyai bahan, maklumat dan panduan yang lengkap bagi mempraktikkan gaya hidup yang sihat sepanjang masa

7. Untuk meningkatkan jai diri dan motivasi kepada para pelajar agar tidak mudah terpengaruh dengan najis dadah

8. Untuk memberi peluang kepada para pelajar dan guru berinteraksi serta dapat mewujudkan percambahan idea dan pendangan gejala masalah dadah

9. Mendidik Ibubapa / penjaga akan betapa pentingnya penglibatan anak-anak mereka dengan program seumpama ini

“PELAJAR BEBAS DADAH”

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s