2 pengedar dadah sasar remaja dicekup

Posted: 22 Mac 2011 in Isu semasa / berita dadah, Rakan Strategik

KLUANG: Dua lelaki dipercayai pengedar dadah yang menyasarkan remaja di daerah ini sebagai pelanggan mereka diberkas dalam dua serbuan berasingan di sini, kelmarin. Dalam serbuan pertama pada jam 3.30 petang oleh pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, suspek pertama dijejak sekitar Jalan Kampung Paya, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Fawzi Arshad, berkata pemuda berusia 29 tahun itu yang menyedari kehadiran polis cuba meloloskan diri, namun gagal.

Pemeriksaan terhadap suspek membawa kepada penemuan dua peket plastik lut sinar dipercayai mengandungi heroin dan syabu. Heroin seberat 16.78 gram, manakala syabu pula mencecah 1.5 gram dan pemeriksaan lanjut mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah, katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, semalam.
Beliau berkata, hasil soal-siasat suspek pertama, pihaknya turut memberkas seorang lagi suspek yang terbabit pengedaran dadah.

Suspek berusia 36 tahun itu ditahan di Felda Kahang Timur jam 9 pagi semalam dan pemeriksaan menemui sepeket plastik berisi heroin seberat 15.85 gram.
Kedua-duanya kini direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, sabit kesalahan boleh membawa kepada hukuman gantung sampai mati mandatori, katanya.

Sumber : Harian Metro

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s