31 pelajar ponteng ditangkap

Posted: 25 Mac 2011 in Isu semasa / berita dadah

Utusan Malaysia KUALA TERENGGANU 24 Mac 2011

 Seramai 31 pelajar sekolah menengah berusia 14 hingga 17 tahun, ditangkap di daerah ini hari ini dalam Operasi Gerak Tempur Basmi Ponteng Sekolah yang diadakan oleh Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kuala Terengganu. Seorang daripada pelajar itu didapati positif mengambil dadah jenis pil kuda setelah gagal melepasi ujian saringan air kencing yang dikendalikan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri.

Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Terengganu, Azahar Abu Bakar berkata, operasi yang julung kali diadakan itu disertai oleh 130 anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), polis, jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) serta beberapa orang guru. Katanya, operasi itu pada awalnya hanya disasarkan terhadap pelajar dari tiga sekolah sahaja iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ibrahim Fikri, SMK Bukit Tunggal dan SMK Kompleks Gong Badak.

Bagaimanapun, katanya, hasil kerjasama semua pihak, beberapa pelajar ponteng dari sekolah berdekatan turut ditangkap. “Program gerak tempur ini seperti KPI (Petunjuk Prestasi Utama) untuk Jabatan Pelajaran negeri dalam usaha mengurangkan gejala ponteng dalam kalangan pelajar,” katanya kepada pemberita di SMK Ibrahim Fikri di sini hari ini. Dalam operasi yang bermula pukul 8 pagi itu, kebanyakan pelajar ponteng bertempiaran lari ketika dikejar oleh pihak berkuasa terlibat.

 Terdapat dalam kalangan mereka yang cuba melarikan diri dengan motosikal, ada yang terjun ke dalam paya berdekatan, malah ada yang bersembunyi di rumah kosong bagi mengelak diberkas. Kesemua pelajar itu kemudian diberikan kaunseling, manakala ibu bapa mereka turut dimaklumkan oleh pihak sekolah mengenai gejala ponteng itu.

Sumber : Utusan Malaysia KUALA TERENGGANU 24 Mac 2011

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s