Anak pesara polis ke tali gantung edar ganja

Posted: 25 Mac 2011 in Isu semasa / berita dadah

Anak pesara polis ke tali gantung edar ganja


SHAH ALAM – Seorang anak pesara polis dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah mengedar ganja sebarat 2.3 kilogram, dua tahun lepas.

Hakim Datuk Abdul Rahim Uda berkata, tertuduh Mohamad Hasnizam Hussein, 33, gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Dia juga memerintahkan Mohamad Hasnizam, penasihat tuntutan insurans, menjalani hukuman penjara dua tahun atas satu lagi tuduhan memiliki 10.52 gram ganja.

Dalam penghakimannya, beliau berkata, pembelaan tertuduh bahawa dia tidak mengunci mangga di pintu jeriji rumahnya semasa kejadian adalah bersifat penafian semata-mata.

Sebaliknya, Abdul Rahim berkata, mahkamah menerima keterangan pihak polis bahawa mereka terpaksa memecahkan mangga di pintu jeriji rumah tertuduh.

 – Bernama

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s