Syabu Bernilai RM16.1 Juta Dibawa Masuk Dengan Kapal, Seorang Warga Iran Ditahan

Posted: 25 Mac 2011 in Isu semasa / berita dadah

SHAH ALAM, 24 Mac — Polis merampas 58 bungkusan syabu seberat 81.4 kg dan bernilai kira-kira RM16.1 juta dari sebuah kontena berisi perabut dan permaidani di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang pada Ahad lepas. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, ACP Nordin Kadir berkata seorang lelaki warga Iran berusia 32 tahun turut ditahan pada hari yang sama di Lembah Klang sebelum serbuan dilakukan ke atas kontena berkenaan.

Serbuan dan rampasan itu dibuat oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dan Selangor. Nordin berkata lelaki tersebut yang bekerja sebagai jurujual telefon di Iran telah masuk ke Malaysia sebanyak dua kali dan hasil siasatan daripada dokumen-dokumen perkapalan yang ada padanya membolehkan polis menghidu penghantaran dadah berkenaan. Beliau memberitahu sidang media di sini Khamis bahawa kontena yang membawa dadah yang disembunyikan di dalam gulungan 11 permaidani itu telah tiba di Pelabuhan Barat pada 19 Mac lepas.

“Setiap gulungan permaidani itu diisi dengan lima hingga enam bungkusan syabu yang mempunyai berat di antara 1.3 hingga 1.9 kg. Bungkusan-bungkusan syabu itu turut dibalut dengan kertas karbon dipercayai bagi mengelakkan ia dikesan semasa diimbas. Nordin berkata rampasan tersebut merupakan yang terbesar di Selangor setakat ini tahun ini dan pertama kali dikesan menggunakan pelabuhan sebagai pintu masuk. “Penggunaan pelabuhan sebagai pintu masuk dadah dari Iran ini dipercayai kerana kawalan ketat pihak polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Tambang Murah di Sepang.

“Dadah yang dirampas ini dipercayai untuk dibekalkan kepada sindiket dadah warganegara Iran yang giat memasarkannya di sini,” katanya. Nordin berkata lelaki warga Iran itu ditahan reman mulai semalam hingga Ahad ini dan akan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s