20 pelajar ponteng ditahan

Posted: 1 April 2011 in Isu semasa / berita dadah

20 pelajar ponteng ditahan
31/03/2011
Oleh YATIMIN ABDULLAH-utusankelantan@utusan.com.my, Utusan Malaysia

DUA pelajar ditahan dalam operasi cegah ponteng sekolah oleh PPDKB bersama beberapa agensi kerajaan dan NGO di beberapa sekolah sekitar Kota Bharu, kelmarin.

KOTA BHARU 30 Mac – Seramai 20 pelajar ditahan dalam operasi ponteng sekolah yang dijalankan oleh Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dengan kerjasama empat agensi lain dan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini, kelmarin.

Dua daripada mereka turut dikesan positif dadah dalam operasi yang bermula pukul 8.30 pagi sehingga pukul 2 petang itu.

Pegawai Pelajaran Daerah, Che Abdul Aziz Daud berkata, kesemua pelajar terbabit berusia 15 hingga 17 tahun termasuk seorang perempuan, ditahan ketika melepak di beberapa kawasan sekitar daerah ini.

Katanya, antara kawasan menjadi sasaran adalah sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota, SMK Mulong, SMK Dewan Beta dan kawasan Telipot.

“Operasi ini digerakkan dengan kerjasama polis, Ikatan Relawan Rakyat (Rela), Jabatan Kesihatan, Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) dan Kelab Sukarelawan Bantuan Kemasyarakatan Kelantan (KSBK).

“Ini merupakan operasi kedua selepas Ops Didik pada Januari lalu. Jika sebelum ini, pelajar ditahan diberikan nasihat tetapi kali ini mereka terus diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurut Che Abdul Aziz, penglibatan pelbagai agensi kerajaan dan NGO dalam operasi itu membuktikan semua pihak peka dan prihatin dengan masalah ponteng sekolah di kalangan pelajar di daerah ini.

Beliau turut meminta mana-mana pihak supaya menyalurkan maklumat kepada PPD mengenai gejala ponteng sekolah di kalangan pelajar, selain bersama-sama menanganinya.

 
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s