Program Publisiti Klinik Prihatin & Pulih 1Malaysia Secara Bersemuka di Tapak Tamu, Daerah Ranau….

Posted: 4 April 2011 in Ceramah, Pameran dll, cure & Care, Komuniti Bebas Dadah, Publisiti, Publisiti (Kempen Jalanan/edaran risalah/poster/semuka/taklimat ringkas dll), Ranau

Tapak Tamu, Ranau –  31/3/2011 dan 01/04/2011

Pada tarikh tersebut kami telahpun mengadakan program publisiti bersemuka di tapak tamu, Ranau. Antara objektifnya adalah untuk mendekatkan diri dengan orang ramai di Ranau khususnya dalam menerangkan mengenai kewujudan Klinik  Pulih & Prihatin 1Malaysia / Cure & Care. Mengenai C & C Klik : https://aadksabah.wordpress.com/2010/11/23/promosi-cure-care-1malaysia-cc-1malaysia-sedang-dijalankan-sekarang-23-nov-2010/

Alhamdulilah, dengan cuaca  yang agak baik dan redup serta diiringi dengan kicauan oleh sang burung telah menambahkan lagi semangat juang kami untuk melaksanakan misi ini…  aikkk.. hehehe….!!  Pendekatan seperti mengedarkan beg-beg berisi risalah C & C serta menerangkan orang ramai secara bersemuka telah digunakan. Dan kami amat teruja dengan keprihatinan orang ramai yang bergitu berminat untuk mendengar penerangan yang kami sampaikan serta pelbagai soalan-soalan telah diajukan untuk kami jawab.

Melalui program ini, dapat  kami tahu betapa masih ramai di kalangan penduduk Ranau malahan di seluruh pelusuk Negeri Sabah ini tidak tahu apa itu Klinik Pulih & Prihatin 1Malaysia. Namun melalui temuramah yang kami buat, dapatlah disimpulkan bahawa mereka begitu menyokong kewujudan klinik tersebut kerana sebelum ini ramai daripada mereka tidak tahu ke mana untuk menghantar ahli keluarga terdekat mereka yang terlibat dengan penagihan dadah tanpa terikat dengan undang-undang. Terima kasih kepada warga Ranau dan insyaallah usaha kami seperti ini akan terus diadakan secara berterusan agar maklumat berguna ini dapat dihebahkan secara terus dan bukan hanya bergantung kepada publisiti secara media massa sahaja…… Bantulah kami untuk mewar-warkan kewujudan Klinik Prihatin dan Pulih 1Malaysia ini……  😉

Berikut adalah gambar-gambar dan video ringkas yang sempat kami ambil untuk tatapan bersama… hehehe…

Pegawai-pegawai AADK bersiap sedia untuk menggempur tapak tamu, Ranau… 😉

 

Program edaran risalah sedang dijalankan disamping penerangan ringkas juga dibuat ke atas orang ramai secara rawak….

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s