Guru Sekolah Agama Ditahan Edar Dadah

Posted: 7 April 2011 in Isu semasa / berita dadah

KUALA TERENGGANU, 6 April

Seorang guru lelaki sebuah sekolah agama di sini diberkas setelah polis menemui dadah di kediamannya di Jalan Hiliran, pada Rabu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri Supt Roslan Abdul Wahid berkata, dalam serbuan pada 1 pagi itu, polis menemui ganja seberat 317 gram tersembunyi dalam sebuah beg gitar di bilik guru bahasa Inggeris berusia 40 tahun itu. “Suspek yang telah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak itu bertindak memadamkan lampu sebaik sahaja menyedari kehadiran polis, bagaimanapun dia berjaya ditahan dan didapati berada di bawah pengaruh dadah. “Polis menemui wang tunai RM3,250 dalam genggaman suspek,” katanya kepada pemberita di sini. Roslan berkata ujian air kencing mendapati guru itu positif dadah dan merupakan seorang penagih tegar sejak 10 tahun lepas. Menurutnya polis tidak menolak kemungkinan guru berkenaan turut mengedar dadah dalam kalangan pelajar. Guru itu ditahan reman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan. — BERNAMA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s