Sindiket dadah Iran lumpuh

Posted: 7 April 2011 in Isu semasa / berita dadah

KUALA LUMPUR – Sungguhpun bilangan warga Iran yang ditahan oleh pihak berkuasa semakin bertambah dari semasa ke semasa, namun kegiatan penyeludupan dadah di kalangan warga negara itu tidak pernah berkurangan.

Terbaru, Polis Diraja Malaysia erjaya menumpaskan satu lagi sindiket dengan menangkap sembilan individu termasuk empat wanita warga Iran di ibu negara kelmarin.

Dalam operasi itu, polis berjaya merampas 71.4 kilogram (kg) dadah jenis syabu yang bernilai RM17.9 juta dan wang tunai berjumlah RM7.1 juta tidak termasuk pelbagai mata wang asing.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, kesemua suspek berusia 25 hingga 38 tahun itu ditahan pihaknya dalam beberapa serbuan di sekitar ibu negara.

Menurut beliau, tangkapan pertama dilakukan pihaknya ke atas seorang lelaki di sebuah pangsapuri di Jalan Inai di sini yang menjadikan kediaman tersebut sebagai tempat pembungkusan dan menemui 69kg dadah jenis syabu di situ.

Katanya, hasil soal siasat, pihaknya berjaya menahan seorang lelaki dipercayai ahli sindiket di tepi Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini sebelum suspek membawa polis ke sebuah rumah di Sentul dan menemui 1.99kg syabu.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s