Bukit Aman Rampas Heroin Bernilai RM110 Juta!

Posted: 8 April 2011 in Isu semasa / berita dadah

Bukit Aman Rampas Heroin Bernilai RM110 Juta!


KUALA LUMPUR, 7 April – Setelah menahan empat warga Iran dan merampas 71.4 kilogram (kg) syabu bernilai RM17.9 juta serta wang tunai RM7.1 juta kelmarin, Bukit Aman sekali lagi mencatatkan kejayaan besar dengan merampas heroin bernilai RM110 juta semalam.

Kali ini dua rakyat Pakistan berusia 28 dan 30 tahun pula diberkas. Serbuan dilakukan di rumah sewa mereka di Taman Puncak Jalil, Bandar Putra Permai, Bukit Jalil.

Pengarah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, dalam serbuan itu, polis menemui 155 bungkusan dadah dengan berat 158.5kg di dalam selimut tebal (comforter) yang disembunyikan dalam 14 kotak. – newshub

” Kita percaya ia ada kaitan dengan rangkaian dadah antarabangsa sepertimana serbuan di Australia baru-baru ini.

” Kedua-dua suspek ada perniagaan ‘halal’ di negara ini untuk mengaburi pihak berkuasa, mereka juga hanya menyewa kerana bimbang kediaman mereka dirampas sekiranya didapati bersalah.

” Polis percaya dadah ini diseludup masuk melalui laut dan pelabuhan, kita akan siasat mereka berdua dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang mana sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati,” tegasnya

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar khas di Bukit Aman di sini hari ini

Semalam Noor Rashid Ibrahim mengumumkan kejayaan polis menangkap sembilan individu termasuk empat wanita warga Iran di ibu negara.

Operasi besar-besaran itu juga berjaya merampas 71.4 kg dadah jenis syabu bernilai RM17.9 juta dan wang tunai RM7.1 juta serta pelbagai mata wang asing.

Sejak Januari hingga 4 April tahun ini, Bukit Aman berjaya menumpaskan beberapa sindiket pengedaran dadah antarabangsa dengan tertangkapnya 65 individu dan merampas 297 kg dadah jenis syabu bernilai RM75 juta.

Advertisements
Komen-komen
  1. kes bi johor baharu megaburi mata dengan berkawan dengan kaki tangan kerajaan seperti polis

    • effa berkata:

      asalammualaikum kepada kakitangan aadk dan tidak lupa pada encik suhaimi kerana mengambil berat kes keldai dadah contoh nya mengunakan wanita untuk membawa masuk ke malaysia…pintu laluan masuk dadah ke malaysia ialah KLIA….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s