Dua Anggota Kastam Hadapi Tuduhan Edar Kanabis

Posted: 12 Mei 2011 in Isu semasa / berita dadah

Dua Anggota Kastam Hadapi Tuduhan Edar Kanabis

KANGAR, 11 Mei — Dua anggota Kastam Diraja Malaysia Rabu dihadapkan ke mahkamah majistret di sini kerana dituduh mengedar 7,101.92 gram dadah jenis kanabis dekat sini bulan lepas. Ismail Mansor, 42, dan Nazni Seman, 46, kedua-duanya daripada Cawangan Marin di sini, dituduh melakukan perbuatan itu di tempat letak lori kilang simen, Bukit Keteri, Chuping, 9.30 malam 27 April lepas. Mereka dituduh mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta menetapkan hukuman gantung sampai mati jika disabit kesalahan. Tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan kedua-dua tertuduh. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Noor Syazwani Mohamad Sabri manakala Ismail diwakili peguam Anbalanathan Yathiraju tetapi Nazni tidak diwakili peguam. Majistret Nurshahida Abdul Rahim menetapkan 11 Julai ini sebagai tarikh sebutan kes kerana perlu menunggu laporan kimia. Kedua-dua tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s