Kastam Kedah Tahan Warga Indonesia Cuba Seludup 2.1 Kg Syabu

Posted: 3 Jun 2011 in Isu semasa / berita dadah

BUKIT KAYU HITAM, 2 Jun — Kastam Kedah menahan seorang lelaki warga Indonesia bersama 2.113 kilogram dadah jenis syabu yang disorok dalam beg pakaiannya di Kompleks Imigresen Bukit Kayu Hitam, Jumaat lepas.

Pengarah Kastam Kedah Datuk Abdul Aziz Abdul Latif berkata lelaki berusia 31 tahun itu yang menaiki bas ekspress dari Hatyai ke Johor Baharu ditahan kira-kira 9 malam selepas pihaknya mengesan imej mencurigakan pada mesin pengimbas bagasi.

 “Pemeriksaan seterusnya mendapati ada pita pelekat hitam yang dilekatkan pada dinding di sebelah dalam beg tersebut dan selepas ditanggalkan pihak kami menemui 10 bungkusan plastik lut sinar yang mengandungi kristal berwarna putih dipercayai syabu,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Beliau berkata dadah bernilai RM528,280 itu dipercayai diambil dari Thailand untuk dibawa ke Indonesia. Lelaki itu kini direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s