Polis Tumpas Tiga Sindiket Edar Dadah Di Lembah Klang

Posted: 3 Jun 2011 in Isu semasa / berita dadah

KUALA LUMPUR, 2 Jun — Polis berjaya menumpaskan tiga sindiket pengedaran dadah, yang turut dianggotai warga Uzbekistan yang bergiat aktif di sekitar Lembah Klang dan merampas dadah bernilai kira-kira RM1.1 juta dalam tiga serbuan berasingan di sini.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata dalam serbuan terbaru semalam, polis menahan dua wanita dan dua lelaki warga asing serta merampas sejumlah dadah syabu yang dianggarkan bernilai RM1 juta. “Kira-kira pukul 12.30 pagi, polis melakukan serang hendap ke atas sebuah kereta Honda Civic dan menahan seorang lelaki warga Uzbekistan yang berusia 29 tahun di sebuah stesen minyak di Jalan Sultan Ismail.

 “Polis menemui satu bungkusan paket plastik lutsinar yang di dalamnya mengandungi ketulan jernih yang disyaki syabu seberat 711 gram pada suspek,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini. Beliau berkata hasil siasatan lanjut ke atas suspek, polis kemudiannya menyerbu sebuah unit ‘service apartment’ di Jalan Ampang dan menahan dua wanita warga Uzbekistan serta seorang lelaki Filipina yang berusia di antara 29 hingga 37 tahun. Katanya, hasil pemeriksaan di dalam unit tersebut polis menemui lagi 5.8 kilogram dadah jenis syabu di dalam enam bungkusan plastik lutsinar. “Saringan awal ke atas keempat-empat suspek didapati positif dadah jenis syabu dan ini merupakan kali pertama di Kuala Lumpur kita menahan warga Uzbekistan terlibat dalam pengedaran dadah,” katanya. Amar Singh berkata pada hari yang sama kira-kira pukul 2 pagi, sepasukan polis menahan lima warga tempatan termasuk seorang wanita di sebuah rumah kedai di Kampung Pandan dan merampas sejumlah dadah bernilai RM9,500.

 “Dalam serbuan itu polis menemui 80 paket heroin seberat 139 gram dan 70 biji pil Eramin 5 seberat 19 gram di dalam foil aluminium dan saringan urin mendapati kesemua mereka positif dadah,” katanya. Beliau berkata pada 30 Mei pula, kira-kira pukul 5.15 petang, polis menahan seorang lelaki dan seorang wanita warga tempatan di sebuah rumah dua tingkat di Taman Bukit Anggerik, Cheras yang dipercayai aktif mengedar dadah jenis heroin. Katanya, hasil pemeriksaan di dalam rumah sewa itu, polis menemui heroin gred A seberat 450 gram, 300 gram heroin ‘base’ yang belum siap dan 4,000 gram serbuk bahan untuk membuat dadah. “Saringan awal urin ke atas kedua-dua suspek yang merupakan rakan didapati positif kokain dan jumlah rampasan dianggarkan bernilai RM44,000.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s