Polis Tahan Tiga Lelaki Nigeria Cuba Seludup Syabu Bernilai RM2.4 Juta

Posted: 9 Jun 2011 in Isu semasa / berita dadah

SHAH ALAM, 7 Jun — Tiga lelaki warga Nigeria yang cuba menyeludup 9.6 kg dadah jenis syabu bernilai RM2.4 juta ke negara ini diberkas di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) Sepang awal bulan ini. Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata ketiga-tiga mereka yang berumur 25 hingga 37 tahun itu diberkas pada 3, 5 dan 6 Jun sebaik tiba dari Doha, Qatar, katanya pada sidang media di sini Selasa.

Beliau berkata suspek pertama ditahan pada 3 Jun setelah 3.7 kg syabu ditemui dalam 18 bungkusan makanan ringan yang disimpan dalam begnya, manakala tangkapan kedua dibuat pada 5 Jun apabila 19 bungkusan makanan ringan berisi dadah yang sama seberat 3.9 kg ditemui di dalam beg suspek.

Pada pukul 3.45 petang Isnin pula, suspek ketiga ditahan selepas polis menemui 14 daripada 27 kotak sabun yang dibawanya diisi dengan syabu seberat dua kilogram. Tun Hisan berkata modus operandi sedemikian pernah digunakan oleh keldai dadah warga negara Iran pada tahun 2009 dan 2010. Ketiga-tiga lelaki itu disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan dihukum mati mandatori.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s