TOT Rakan Antidadah (RADA) Pada 16 Julai 2011…….

Posted: 12 Julai 2011 in Komuniti Bebas Dadah, Pengumuman Terkini!

Sukacita dimaklumkan TOT RADA akan diadakan pada 16 Julai 2011 (Sabtu) bertempat di daerah Sandakan. Antara tujuan bengkel ini adalah untuk melatih ahli RADA  yang terpilih bagi merangka dan melaksanakan program-program pencegahan di peringkat komuniti di tempat masing-masing.

Dalam bengkel ini nanti, wakil-wakil ahli RADA daripada Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan akan berkumpul di daerah Sandakan bagi menjayakan TOT RADA yang julung-julung kali diadakan….  Jumpa di sana!

IMPAK PELAKSANAAN

1.Ahli RADA sebagai sukarelawan bersama-sama AADK memerangi dadah dengan merangka dan melaksanakan sendiri program pencegahan dadah di setiap peringkat masyarakat;
2.Ahli RADA mempunyai pengetahuan tentang bahaya dadah dan mengamalkan gaya hidup sihat tanpa dadah;
3.Berupaya melaksanakan program-program pencegahan dadah secara bersama dengan agensi lain dan NGO yang berkaitan/rakan pintar hasil dari kesedaran ahli RADA; dan
4.Membantu negara mencapai matlamat mewujudkan institusi keluarga, institusi pendidikan, institusi tempat kerja & komuniti bebas dadah.

 

Apa itu RADA? klik sini :

1. https://aadksabah.wordpress.com/2010/06/29/pendaftaran-rakan-antidadah-rada/  

2. https://aadksabah.wordpress.com/2010/06/28/rakan-antidadah/

KELEBIHAN SEBAGAI AHLI RADA

1.Rakan Antidadah akan diberi kad keahlian secara percuma.  Ia merupakan lambang pengiktirafan kepada ahli.  Beberapa  keistimewaan yang boleh diperolehi oleh ahli ialah;
i.Diutamakan untuk menyertai program-program anjuran AADK;
ii.Dapat mengakses dan berinteraksi sesama ahli secara interaktif.  Website disediakan   untuk ahli RADA yang bersifat terbuka, ’drop by concept’, ‘free and easy’ dan interaktif.
iii.Maklumat terkini melalui laman web, email atau bahan cetak;
iv.Boleh menggunakan kemudahan/perkhidmatan yang terdapat di AADK;
v.Terpilih menyertai perhimpunan RADA anjuran AADK

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s