10 pelancong Malaysia mengaku seludup dadah RM29.7 juta

Posted: 4 Ogos 2011 in Isu semasa / berita dadah

ANTARA dadah yang dirampas polis daripada sekumpulan pelancong Malaysia di Lapangan Terbang Auckland,
New Zealand pada April lalu.

AUCKLAND, New Zealand – Seramai 10 pelancong Malaysia yang ditangkap cuba menyeludup masuk dadah jenis methamphetamine yang disembunyikan di dalam kasut mereka menerusi Lapangan Terbang Auckland, mengaku bersalah kerana dakwaan membawa dadah, lapor sebuah akhbar semalam.

Tiga anggota kumpulan berkenaan yang ditangkap di Lapangan Terbang Auckland pada April lalu telah mengaku bersalah kerana mengimport dadah kelas A.

Media Fairfax melaporkan bahawa tujuh yang lain iaitu Yuen Fatt Wong, 61, Teng-Kim Ooi, 52, , Tan Ah Nya. 51, , Sit Mooi En, 29, Lian Fong Wong, 53, Eng Wan Teoh, 22, dan Ah Kooi Teoh, 21, turut mengaku salah semalam.

Mereka terus ditahan sebelum dihadapkan semula ke mahkamah pada bulan depan.

Tiga ahli kumpulan itu yang lebih dahulu mengaku salah iaitu Eng Hin Ong, 39, Waihong Leong, 23 and Ewe How Ong, 40 tidak muncul di mahkamah semalam.

Lapan pelancong lelaki dan dua wanita dari Malaysia itu ditemui dengan sekurang-kurangnya lapan kilogram methamphetamine bernilai AS$10 juta (RM29.7 juta) disembunyikan di dalam kasut mereka semasa mereka memasuki New Zealand melalui lapangan terbang tersebut.

Mereka terdiri daripada sekumpulan 14 pelancong Malaysia.

Rampasan dadah berkenaan merupakan antara rampasan dadah terbesar di New Zealand. – Agensi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s