Pelakon Benjy bersalah miliki syabu didenda RM5,000

Posted: 19 Ogos 2011 in Isu semasa / berita dadah

18 Ogos – Pelakon juga anak lelaki kepada dramatis terkenal Azean Irdawaty, Khaeryll Benjamin atau lebih dikenali sebagai Benjy kini mampu menarik nafas lega kerana hanya didenda RM5,000 atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas disabitkan bersalah atas tuduhan memiliki syabu seberat 0.24 gram di kediamannya pada Mac tahun lalu.

Menurut laporan akhbar tempatan, Majistret Hafizza Sauni menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Benjy, 33, selepas pihak pendakwaan berjaya memutuskan kes prima-facie terhadap tertuduh.

Benjy didapati bersalah atas tuduhan memiliki 0.24 gram dadah jenis syabu di rumah bernombor A-6-5 Menara Duta, Jalam 1/38B Off Jalan Segambut di sini pada jam 4 petang, 11 Mac tahun lalu.

Pertuduhan terhadap Benjy dikemukakan mengikut Seksyen 12 (12) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau hukuman penjara sehingga lima tahun.

Terdahulu peguam bela Benjy, Amer Hamzah Arshad, merayu agar hukuman diringankan ke atas anak guamnya itu dengan mengambil kira faktor tertuduh tidak pernah memiliki sebarang kesalahan jenayah sebelum ini selain daripada faktor kesihatan tertuduh.

Walaubagaimanapun pendakwaan yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noor Mawarni Abd. Halim pula tegas menyatakan kesalahan yang dilakukan oleh Benjy adalah satu kesalahan besar kerana dadah merupakan musuh nombor satu negara.

Justeru, hukuman berat wajar dikenakan ke atas tertuduh sebagai pengajaran juga amaran keras kepada tertuduh dan masyarakat khususnya apatah lagi kes artis lelaki ini mendapat liputan meluas pihak media.

Benjy ketika ditemui pihak wartawan selepas membayar denda turut menarik lafaz lega kerana kes yang menimpanya sudah berakhir.

“Alhamdulillah, semua kini sudah berakhir. Terima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan atas sokongan,” ujar Benjy yang dijadualkan menjalani pembedahan kerana masalah resdung di Hospital Putrajaya hari ini.

Sumber : http://my.news.yahoo.com/pelakon-benjy-bersalah-miliki-syabu-didenda-rm5-000-063200544.html

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s