35 PENAGIH TERMASUK 3 TENTERA DIREMAN 14 HARI

Posted: 3 Oktober 2011 in Isu semasa / berita dadah

35 PENAGIH TERMASUK 3 TENTERA DIREMAN 14 HARI

KOSMO 2 Okt 2011

MELAKA – Seramai 35 penagih yang ditahan di ladang kelapa sawit berhampiran Penjara Sungai Udang kelmarin direman selama dua minggu mulai semalam atas kesalahan mengambil dadah.

Pasangan kekasih berusia 37 dan 18 tahun yang disyaki pengedar pula ditahan reman selama tujuh hari manakala remaja lelaki berusia 16 tahun direman selama empat hari kerana memiliki dadah.

Tiga anggota tentera berusia di antara 26 hingga 30 tahun turut antara yang direman.

Turut direman ialah beberapa penagih yang telah ditahan di ladang kelapa sawit itu kira-kira dua minggu lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Supritendan Muhammad Koey Abdullah berkata, perintah tahanan reman itu dilakukan mengikut Seksyen 49(1)(b) Akta Penagih Dadah 1983 (Rawatan dan Pemulihan) manakala tiga yang ditahan memiliki dadah direman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Kosmo! semalam melaporkan mengenai penahanan 40 orang berusia di antara 16 hingga 53 termasuk tiga anggota tentera di mana dua daripadanya lengkap berpakaian seragam dalam serbuan di ladang kelapa sawit berhampiran Penjara Sungai Udang di sini.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/conten…a&pg=ne_07.htm

TIGA KOMANDO ANTARA 46 DITAHAN
Kosmo 14 Sept 2011

MELAKA – Hasrat 41 penagih dadah untuk melepaskan gian di sebuah ladang kelapa sawit yang terletak kira-kira 200 meter dari Penjara Sungai Udang di sini tidak kesampaian apabila mereka ditahan semalam.

Lebih memeranjatkan, tiga anggota komando dari Kem Sungai Udang dan seorang anggota tentera berusia antara 23 hingga 29 tahun turut ditahan dalam operasi yang dinamakan Ops Tapis bermula pukul 6.30 pagi semalam.

Dua daripada mereka lengkap berpakaian seragam askar.

Ketua Unit Risikan Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Cif Inspektor Hisham A. Rahman mengetuai operasi selama lima setengah jam itu yang dianggotai 10 orang.

Turut ditahan ialah penganggur, pengawal keselamatan, buruh dan penduduk tempatan berusia antara 18 hingga 57 tahun.

Selain itu, lima lelaki turut ditahan kerana memiliki dadah jenis heroin dalam bentuk paket dan tiub menjadikan jumlah keseluruhan yang ditahan 46 orang.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/conten…a&pg=ne_01.htm

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s