Program Kem Sayangi Hidup Elak Dadah Selamanya (SHIELDS)

Posted: 10 November 2011 in Institusi Pendidikan Bebas Dadah, Kem SHIELDS

Sempena musim cuti persekolahan ini, insyaallah jika tiada halangan kami akan mengadakan Program Kem Sayangi Hidup Elak Dadah Selamanya (SHIELDS) pada 22 – 25 November 2011, bertempat di Kem Malangang, Kiulu. Program ini akan melibatkan pelajar perempuan sekolah menengah (kecuali tingkatan 5, sebab SPM hehee..) yang dijemput daripada beberapa buah SMK yang berhampiran.

Antara objektif program ini adalah untuk ;

1. meningkatkan kesedaran serta pengetahuan mengenai bahaya dadah dan kesannya

2. memupuk sikap dan amalan yang baik serta mengamalkan gaya hidup sihat

3. memperkasakan keupayaan dan komitmen sekolah & keluarga dalam membimbing murid mereka mengatasi masalah berkaitan dadah.

Semoga program seumpama ini akan dapat memberikan impak yang terbaik kepada pelajar sekolah serta merapatkan lagi hubungan baik antara Jabatan Pelajaran, AADK Sabah dan sekolah terbabit.

 

“Sekolah Bebas Dadah 2012”

 

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s