‘Keldai’ wanita ditahan

Posted: 12 Disember 2011 in Isu semasa / berita dadah

ALOR SETAR – Satu lagi cubaan menjadikan Kedah sebagai laluan pengedaran dadah, berjaya ditumpaskan polis dengan tertangkapnya seorang wanita warganegara Thailand berusia 29 tahun, dalam operasi di Terminal Bas Shahab Perdana, Jumaat lalu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, penahanan wanita terbabit dalam serbuan kira-kira jam 8.15 malam itu membawa kepada penemuan 18 ketulan mampat dipercayai dadah jenis ganja, yang dimasukkan ke dalam beg pakaian.

Menurutnya, wanita terbabit dipercayai dalam perjalanan membawa dadah dari negeri ini untuk pasaran Kuala Lumpur.

“Kesemua 18 ketulan dadah itu dianggarkan seberat 17.4 kilogram (kg) dengan anggaran nilai rampasan berjumlah RM43,200, dan wanita terbabit kini direman bermula 9 Disember hingga 16 Disember ini untuk siasatan lanjut.

“Dua telefon bimbit milik wanita berkenaan turut dirampas manakala maklumat pada pasport wanita terbabit menunjukkan bahawa ini adalah kali pertama dia masuk ke negeri ini, dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya pada sidang media, semalam.

Ahmad berkata, selepas penahanan beberapa warga asing dalam serbuan bersama polis dari Bukit Aman ke atas makmal dadah di Mergong bulan lalu, Kedah masih terus menjadi laluan pengedar dadah dari negara jiran.

“Kedah didapati menjadi laluan oleh pengedar dadah dari negara jiran termasuklah menggunakan stesen bas sebagai laluan mereka.

“Nampaknya masih ada pihak-pihak tertentu yang tidak merasa takut walaupun sudah banyak tangkapan yang dibuat, bagaimanapun kita berdiam diri sebaliknya akan terus membuat pemerhatian dari semasa ke semasa,” katanya.

Turut hadir pada sidang media semalam, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kedah, Superintendan Abd Razak Md Zin dan Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Ab Halim Mohd Sajudi.

Pada 11 November lalu, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman bersama JSJN Kedah berjaya menumpaskan sindiket dadah antarabangsa yang didakwa didalangi warga asing di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Mergong dan merampas dadah bernilai RM20 juta.

Rentetan serbuan itu, 10 lelaki termasuk empat ‘Mat Salleh’ ditahan dan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Alor Setar atas pertuduhan mengedar dadah Methylenedioximethamphetamnine (MDMA) seberang 3.45 kg.
Sumber :   http://www.sinarharian.com.my/edisi/…itahan-1.11819

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s