Semakin Ramai Warga Tempatan Jadi Keldai Dadah – Kastam

Posted: 11 Januari 2012 in Isu semasa / berita dadah
Tags: , , , , ,

KUALA LUMPUR, 11 Jan — Modus operandi sindiket dadah berubah ketara tahun lepas apabila menjadikan ramai warga tempatan, terutamanya gadis, sebagai keldai dadah, kata Pengarah Kastam Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) Datuk M. Govinden.

Beliau berkata berbanding pada 2009 dan 2010 yang menyaksikan ramai warga Iran dan India ditahan kerana mengedar dadah, pihaknya mencatatkan peningkatan tangkapan ke atas warga tempatan pada 2011.

“Pada 2009 dan 2010, seramai lapan orang rakyat Iran dan India ditahan. Pada 2011, warga Iran masih ramai (ditahan), India pula tak ramai tetapi trend baru apabila lapan warga tempatan dan sembilan warga Eropah dan Nigeria ditahan di KLIA,” katanya pada program bicara Bernama TV “Hello Malaysia”Selasa malam.

Govinden berkata sindiket dadah dilihat sering menggunakan gadis tempatan berumur antara 19 dan 20 tahun yang diumpan dengan barangan berharga. “Statistik pada Jun tahun lepas menunjukkan 17 wanita tempatan telah ditahan di China. Itu belum lagi di negara-negara lain. Mereka terpesona dengan tawaran sindiket yang antaranya membeli beg tangan berjenama mahal. “Ibu bapa perlu memandang berat dan mengambil perhatian serius dengan perkembangan tidak sihat ini.

“(Modus operandi) mereka didapati ke sana (negara lain) dengan tangan kosong dan tidur hanya satu malam sebelum pulang membawa satu beg berisi dadah,” katanya. Govinden berkata statistik Kastam KLIA tahun lepas mendapati rampasan dadah di lapangan terbang itu berjumlah 1,097 kg dengan nilai pasaran RM261 juta. “Itu rampasan Kastam sahaja, belum lagi agensi penguatkuasaan yang lain. Nilainya mungkin lebih,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s