Dadah: Warga Iran Terlepas Tali Gantung

Posted: 27 Januari 2012 in Isu semasa / berita dadah
Tags: , , , ,

Dadah: Warga Iran Terlepas Tali Gantung

SEREMBAN, 26 Jan (Bernama)

Seorang lelaki warga Iran terlepas daripada hukuman gantung sampai mati selepas dia dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini Khamis daripada tuduhan mengedar dadah jenis syabu seberat 371 gram dua tahun lepas. Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Nasfy Yasin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Radzi Abdul Razak, gagal membuktikan kes prima facie terhadap Mostafa Kamalabadi. Mostafa, 27, yang diwakili peguam bela Datuk N Sivananthan, dituduh mengedar dadah itu di pejabat kastam Cawangan Narkotik Kampung Jijan, pada pukul 11.53 malam 11 Jun 2010. Hakim Ahmad Nasfy dalam penghakimannya berkata terdapat percanggahan keterangan mengenai pembuktian elemen pemilikan dadah oleh tertuduh. “Justeru, setelah menimbang dan mengambil kira keterangan saksi-saksi pendakwaan, saya mendapati pihak pendakwa gagal membuktikan pertuduhan mengedar dadah, maka mahkamah melepas dan membebaskan tertuduh,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s