Mekanik Iran digantung edar syabu

Posted: 1 Februari 2012 in Isu semasa / berita dadah
Tags: , , , ,

SHAH ALAM 31 Jan. – Seorang mekanik warga Iran yang mengedar syabu dengan cara menelan 39 kapsul berisi dadah tersebut pada tahun 2010, dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini. Hakim Noor Azian Shaari menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Ahmad Moharam Lottallah, 23, selepas mensabitkan tertuduh dengan dua pertuduhan mengedar dadah.

Menurut Hakim Noor Azian, keterangan bela diri tertuduh yang menyatakan dia telah diminta oleh rakannya bernama Alidonia untuk ke negara ini bagi membawa pulang komputer ke negara asalnya dan diminta menelan kapsul-kapsul tersebut apabila tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) merupakan rekaan semata-mata.

Hakim tersebut turut menyatakan, keterangan bela diri itu tidak logik dan gagal menimbulkan sebarang keraguan kerana selain 39 kapsul tersebut, terdapat 12 paket dadah syabu yang tersimpan elok di dalam beg yang dibawa oleh tertuduh. Mengikut pertuduhan, Ahmad Moharram didakwa mengedar seberat 1,149.7 gram methaphetamine dalam bentuk 12 paket plastik kira-kira pukul 4 petang, 3 Februari 2010 di Pintu 5, Balai Ketibaan, Aras 3, KLIA, Sepang dekat sini.

Tertuduh turut didakwa mengedar 39 kapsul dadah jenis sama seberat 2.74 gram di antara 3 dan 5 Februari 2010 di tandas wad kecemasan 1C, Hospital Kuala Lumpur (HKL) dekat sini. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Kamalia Yahdi manakala tertuduh diwakili peguam bela, Richard Ho.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s