Masak dadah RM20 juta

Posted: 11 Februari 2012 in Ekstasi, Isu semasa / berita dadah
Tags: , , ,

Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
wanasr@hmetro.com.my

IPOH: Seorang wanita berusia 31 tahun disifatkan jutawan dadah paling kaya apabila menjadikan rumahnya sebagai makmal memproses dadah kerana polis yang menyerbu rumah teres dua tingkat di Malim Nawar di sini, merampas dadah Ecstasy bernilai lebih RM20 juta.

Wanita itu membeli rumah berkenaan yang kemudian dijadikan tempat memasak, mengisar dan membentuk pil ecstasy bersama teman lelakinya.

Antara peralatan digunakan ialah ketuhar gelombang mikro, mesin pembancuh kopi dan mesin pemampat yang dianggarkan bernilai tidak sampai RM1,000.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahalan, berkata kejayaan menumpaskan sindiket memproses ecstasy itu hasil risikan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak bersama anggota JSJN Ibu Pejabat Polis Daerah Kampar sejak beberapa minggu lalu.

Menurutnya, pasukan diketuai Inspektor Muhammad Ikhbal Mohd Isa menyerbu rumah di Taman Malim Permai, Malim Nawar, Kampar, jam 9 pagi, Jumaat lalu. “Ketika serbuan, suspek bersendirian di rumah itu manakala teman lelakinya dipercayai sempat melarikan diri. Hasil serbuan polis menemui tujuh serbuk berlainan warna yang disimpan dalam guni.

“Serbuk seberat 46.2 kilogram itu dadah Ecstasy manakala 126 gram serbuk lagi dadah ketamin,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini, semalam.

Menurutnya, polis turut merampas dua botol mengandungi cecair asid, alat penimbang, ketuhar gelombang mikro, mesin pembancuh kopi, alat pengering dan beberapa peralatan yang digunakan bagi memproses dadah.

“Keseluruhan berat serbuk yang dirampas itu boleh menghasilkan lebih 462,000 biji pil Ecstacy. Jika sebiji Ecstasy ini berharga RM20, ia boleh mencecah RM9.2 juta mengikut harga pasaran,” katanya.

Namun difahamkan, pil ecstasy itu boleh menghasilkan RM23.1 juta berikutan harganya meningkat sehingga RM50 sebiji jika dijual di pasaran gelap dan pusat hiburan.

Menurutnya, polis turut merampas sebuah kereta Toyota Vios dipercayai digunakan untuk menghantar bekalan dadah berkenaan. “Ketika serbuan, polis mendapati suspek menggunakan setiap ruang termasuk dapur dan bilik tidur untuk menyimpan dan memproses dadah.

“Siasatan mendapati suspek tiada rekod jenayah dan dia direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. Mohd Shukri berkata, sindiket itu dipercayai mula aktif memproses dadah sejak beberapa bulan lalu sebelum mengedarkannya di sekitar Lembah Kinta termasuk Tapah, Kampar, Batu Gajah dan Ipoh.

Rampasan terbaru itu adalah kejayaan kedua JSJN Perak selepas satu sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang beroperasi di dusun durian di Taiping, ditumpaskan Selasa lalu.

Dalam serbuan itu, polis merampas dadah jenis syabu seberat 3.69 kilogram bernilai lebih RM1 juta.

Sumber

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s