Whitney lemas dalam bilik mandi

Posted: 13 Februari 2012 in Isu semasa / berita dadah
Tags: , , , ,

LOS ANGELES: Penyanyi dan pelakon legenda, Whitney Houston, mati dalam bilik hotel disewanya selepas sekian lama bergelut dengan masalah ketagihan dadah dan alkohol, semalam.

Berusia 48 tahun, Whitney ditemui lemas dalam tab mandi oleh pengawal peribadinya. Menurut sumber, turut ditemui di bilik hotel itu, beberapa botol mengandungi ubat.

Katanya, paramedik berusaha menyedarkan penyanyi terbabit tetapi dia akhirnya disahkan mati pada jam 3.55 petang (waktu tempatan) semalam. Anak perempuan Whitney, Bobbi Kristina, 19, dilaporkan menjerit-jerit dan bertengkar dengan polis yang enggan membenarkannya masuk ke Hotel Beverly Hilton untuk melihat mayat ibunya.

Rakan sepupu Whitney, Dionne Warwick, yang turut bergegas ke hotel itu berkata, Bobbi “tidak dapat dipujuk” sesiapa Setakat ini, punca kematian Whitney belum diketahui.

Sumber berkata, tiada ubat larangan ditemui di suite tingkat empat hotel berkenaan, tetapi petang kelmarin, Whitney dilihat berfoya-foya berlebihan, selain mabuk dan berborak dengan kuat di lobi.

 Ketika mayat penyanyi itu diusung ke ambulans, beberapa ela dari situ, sejumlah selebriti, termasuk Britney Spears dan Kim Kardashian mengambil bahagian dalam majlis parti menjelang Anugerah Grammy di hotel sama.

Whitney sepatutnya hadir di majlis yang dianjurkan mentornya, Clive Davis. Suasana parti itu bertukar apabila Davis memberikan penghormatan kepada Whitney sebelum berkata: “Tuan-tuan dan puan-puan, mari kita mulakan muzik.” Selebriti turut memberi penghormatan kepada Whitney sepanjang malam.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutig Grammy, Neil Portnow, berkata majlis itu sama sekali tidak akan dibatalkan. Menganggap Whitney sebagai rakan, Portnow berkata, Jennifer Hudson akan mengadakan persembahan di majlis anugerah itu hari ini untuk memperingati penyanyi terbabit.

Berita kematian Whitney mendorong ramai tokoh terkenal turut memberi penghargaan terhadap penyanyi yang terkenal itu. Menurut Simon Cowell, Whitney adalah “diva sebenar” dan seorang daripada penyanyi memiliki suara terhebat pernah didengarnya.

Rihanna pula berkata, dia menangis apabila mendapat tahu kematian Whitney, manakala Mariah Carey terlalu sedih kerana kehilangan seorang kawan. Mitch Winehouse, bapa Amy Winehouse – penyanyi yang mati akibat ketagihan dadah tahun lalu – berkata muzik Whitney dan anaknya akan kekal selamanya.

Sumber tidak disahkan berkata, Whitney ditemui bersendirian dalam tab mandi dan mungkin mati akibat lemas. Jurucakap polis mengesahkan, mereka menerima panggilan dari hotel itu pada jam 3.43 petang dan tiba di tempat kejadian beberapa minit kemudian. – DM

Sumber : Hmetro

Komen-komen
  1. lady gaga berkata:

    I feel this is one of the such a lot vital info for me. And i’m glad reading your article. However wanna statement on some general issues, The website taste is perfect, the articles is truly excellent : D. Excellent task, cheers

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s