Sukarelawan anti dadah ditubuh bantu kerajaan tangani masalah penagihan

Posted: 27 Februari 2012 in Artikel, cure & Care, Isu semasa / berita dadah, Komuniti Bebas Dadah, Rakan Strategik, Skuad 1Malaysia
Tags: , , , , ,

 26th February, 2012 TUARAN: Sukarelawan Anti Dadah (Skuad 1Malaysia) diwujudkan bagi membantu kerajaan menangani masalah dadah di Malaysia. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Haji Hajiji Haji Noor berkata, penyertaan sukarelawan dalam Skuad 1Malaysia menunjukkan sokongan padu masyarakat menghapuskan ancaman dadah terutamanya di kawasan daerah Tuaran.

Katanya, penyertaan golongan belia dan masyarakat daerah itu secara keseluruhannya boleh dijadikan langkah pertama bagi menangani permasalahan dadah di kawasan masing-masing. “Bagi kawasan yang tidak mempunyai masalah dadah di kawasan pentadbirannya, pengetahuan berkaitan masalah dadah juga masih perlu diketahui. “Kita bimbang sekiranya kita tidak mahu ambil tahu mengenainya, ia bukan sahaja merebak dalam masyarakat di bawah pentadbiran kita tetapi juga dalam keluarga kita sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya pada majlis pelancaran Skuad 1Malaysia anjuran bersama Angensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Tuaran, di Perkarangan Letak Kereta Bangunan Urusetia, di sini, kelmarin. Hajiji diwakili oleh Setiausaha Politiknya, Abdul Kassim Hj Razali. Beliau berkata, masalah dadah tidak ubah seperti “jerangkap samar” dan golongan belia sering menjadi sasaran utama gejala itu.

“Menyedari hakikat bahaya dadah, makakKerajaan Malaysia dan seluruh dunia menetapkan bahawa dadah adalah musuh nombor satu negara dan musuh yang harus dibenteras sehingga habis-habisan,” katanya. Hajiji berkata, Sukarelawan Antidadah diwujudkan sejajar dengan saranan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien dalam ucapan beliau pada awal tahun 2011 mengenai tujuh komitmen utama Kementerian Dalam Negeri dimana salah satu komitmen tersebut ialah Menggerakkan Gelombang Kesukarelaan.

“Justeru itu dengan kewujudan Sukarelawan Anti Dadah ini menjadi satu kewajipan kita untuk mengembeling tenaga dalam merealisasikan hasrat kerajaan Malaysia bebas dadah pada tahun 2015. “Jika kita hitung secara kasar tinggal tiga tahun sahaja lagi kita sama-sama merealisasikan hasrat kerajaan ini,” katanya. Sehubungan itu beliau menyeru para peserta yang mengambil bahagian dalam sukarelawan Antidadah itu agar menjadikan program seumpama ini sebagai jalan untuk berhibur atau melepaskan kebosanan kerana ianya boleh membawa manfaat untuk kecergasan dan kesihatan.

Sempena pelancaran Sukarelawan Antidadah itu beberapa program turut diadakan antaranya lawatan ke lima buah rumah di kampung Kionsom Lama, Kiulu, Ceramah Pencegahan Dadah dan Promosi Kinik “Cure&Care”, Program Khidmat Masyarakat bersama Komuniti dan sukan lasak White Water Rafting. Turut hadir, Pegawai Daerah Tuaran, Madiyem Layappan, Ketua Pegawai AADK Daerah Tuaran Asraf Hafiz Ruslan, Ketua Puteri Umno Tuaran Effaridun Datuk Ismail dan Pengerusi Skuad 1Malaysia Muhammad Zaini Hj Jali.

Sumber : http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/56479

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s