Tokan syabu guna budak

Posted: 11 Mac 2012 in Isu semasa / berita dadah
Tags: , , , , ,

KOTA KINABALU: “Daripada bekerja sebagai kuli di restoran dengan gaji tidak seberapa, lebih baik saya menjual syabu kerana ia lebih menguntungkan. “Duit yang saya peroleh bukan saja dapat menampung perbelanjaan seharian, tetapi juga menanggung dua lagi adik yang masih bersekolah,” kata seorang kanak-kanak yang menjadi pengedar kecil-kecilan dadah ketika ditemui di Sembulan, di sini.

Menurut kanak-kanak itu yang hanya mahu dikenali sebagai Alga, 11, upah menjual syabu turut diberikan kepada ibunya bagi meringankan beban keluarga. Tinjauan di sekitar Sembulan dan Sepanggar, di sini, mendapati, beberapa kanak-kanak berusia sembilan, 10 dan 11 tahun dijadikan sasaran pengedar untuk menghantar bekalan dengan upah kecil tetapi cukup bernilai bagi mereka. Difahamkan, kanak-kanak terbabit diberi upah mengikut berat paket iaitu antara RM5 hingga ke RM7 untuk sekali penghantaran.

Siasatan mendapati, kanak-kanak itu yang kebanyakannya tidak bersekolah bergerak bersendirian, termasuk diberikan telefon bimbit milik pengedar. “Saya menjadi penghantar bermula seawal jam 8 pagi hingga 7 malam. Saya mengambil keputusan berhenti sekolah selepas ayah tidak mampu menanggung yuran persekolahan selain ketiadaan dokumen,” katanya. Menurutnya, dia pernah cuba bekerja sebagai buruh namun tidak dapat bertahan lama kerana terlalu berat. “Saya kemudian bekerja di restoran makanan laut tapi hanya bertahan beberapa bulan kerana pendapatan tidak seberapa.

“Saya berhenti dan bekerja dengan mengumpul tin untuk dijual, namun pendapatannya juga tidak seberapa,” katanya. Menceritakan lebih lanjut, Alga berkata, seorang kenalannya yang juga pengedar dadah memujuknya bekerja bersama-sama. “Saya menerima tawarannya sebagai budak penghantar syabu sehingga sekarang. Hanya seminggu menjual dadah, saya mampu memperoleh pendapatan sekitar RM500,” katanya. Menurut Alga, kebanyakan pelanggan adalah dari sekitar bandar raya ini, termasuk wanita. “Saya tak pandai menghisap dadah, sebaliknya hanya menjual untuk memperoleh wang,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi rakannya yang hanya dikenali sebagai Kalil, 10, yang turut menjual dadah mengakui pekerjaan itu sangat berisiko tetapi lumayan. “Saya mampu membeli telefon bimbit canggih dan menikmati kehidupan lebih baik walaupun menyedari hukuman bakal menanti jika dicekup polis. “Malah jika ada wang lebih, saya akan serahkan kepada ibu untuk menampung perbelanjaan harian,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s