Noda anak rakan lepas buat mangsa khayal

Posted: 15 Mac 2012 in Isu semasa / berita dadah
Tags: , , , , ,

MIRI: Bernafsu binatang dan berhati syaitan. Begitulah perumpamaan untuk seorang lelaki yang sanggup meratah anak rakan berusia 13 tahun selepas memberikan sebotol air mineral dipercayai dimasuk pil khayal sebelum merogolnya dalam semak berdekatan kediamannya di Bekenu, dekat sini, malam kelmarin.

Kejadian berlaku jam 9 malam, apabila mangsa yang juga pelajar dipercayai dalam keadaan separuh sedar sebaik meminum air diberikan sebelum diusung ke kawasan semak dan dirogol. Difahamkan, kejadian berlaku ketika ketiadaan ibu bapa mangsa kerana keluar bekerja dengan suspek mengambil kesempatan berkunjung ke rumah mangsa dengan alasan mahu bertemu bapanya. Menurut sumber, mangsa tidak menaruh syak wasangka mempelawa suspek memasuki rumah sementara menunggu ibu bapanya pulang.

Katanya, ketika itu, suspek dikatakan memberi sebotol air mineral yang diletakkan pil khayal menyebabkan mangsa pening. “Melihat keadaan mangsa ketika itu, suspek mengusungnya ke dalam semak berdekatan rumah lalu merogolnya. Dalam keadaan separuh sedar, mangsa cuba melawan, namun tidak terdaya sebaliknya suspek terus melakukan perbuatan durjana itu. “Sebaik selesai meratah, mangsa dibiarkan dalam semak sebelum suspek beredar. Mangsa yang masih trauma memaklumkan kejadian kepada keluarganya,” katanya.

Kata sumber lagi, susulan itu, keluarga mangsa membuat laporan di Balai Polis Pusat Bintulu sebelum kes berkenaan dirujuk ke Balai Polis Pusat Mir. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mun Kock Keong, ketika dihubungi mengesahkan laporan kejadian.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s