Ibu Muda Bergetah dicekup khalwat dengan empat lelaki sekaligus!

Posted: 26 Mac 2012 in Isu semasa / berita dadah, Pelbagai
Tags: , , , , ,

 KULIM – Seorang Isteri beranak satu berusia 22 tahun, yang bekerja di sebuah kilang di Prai, ditangkap khalwat bersama empat lelaki lain di sebuah rumah teres, kira-kira jam dua pagi, oleh Pegawai Penguat Kuasa, Pejabat Agama Islam Kulim Kedah (PADK) dengan bantuan polis dan pasukan Rela.

Juru cakap PADK berkata, mereka telah beberapa kali menerima aduan orang awam berkenaan rumah pasangan perempuan itu kerap dimasuki lelaki terutama pada waktu malam dan lewat pagi. “Setelah menerima aduan, PADK bersama lima anggota penguat kuasa yang dibantu polis dan pasukan Rela mengepung rumah itu. PADK terpaksa menunggu beberapa minit sebelum pintu rumah dibuka.

Selepas memperkenalkan diri, PADK membuat pemeriksaan terhadap rumah itu dan menemui empat lelaki dan seorang perempuan di dalam rumah. “Dari siasatan dijalankan, semua terlibat tidak mempunyai sebarang hubungan mahram. Pasangan perempuan pada mulanya mendakwa dia telah bercerai tetapi setelah diminta menunjukkan surai cerai, dia gagal berbuat demikian. Dia mengaku mempunyai seorang anak berusia 3 tahun dan tinggal bersama ibunya. Dia tinggal berseorangan di rumah itu kerana suaminya ditahan polis,” katanya. Setelah siasatan, polis mendapati empat lelaki yang berada dalam rumah bersama pasangan perempuan kelihatan mencurigakan.

Polis dan PADK membuat pemeriksaan dan menemui tempat menghisap dadah yang tersorok di bahagian dapur serta peralatan dan tiub yang digunakan untuk menghisap syabu dalam dua kotak rokok. Dari siasatan dibuat, semua terlibat mengaku menghisap syabu. Suspek mengaku membeli bekalan dadah daripada seorang kenalan dengan harga RM100. Mereka semua digari dan dibawa ke Balai Polis Kulim untuk siasatan. “Semua terlibat dibawa ke Balai Polis Kulim untuk menjalani ujian air kencing sebelum dibawa ke PADK untuk diambil keterangan. Mereka disiasat mengikut Seksyen 9 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988 kerana berkhalwat. Jika sabit kesalahan mereka boleh dihukum penjara setahun atau denda RM2,000,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s