Archive for the ‘Artikel’ Category


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Lama rasanya inda update blog ini… 😉  namun kepada sesiapa yang friend kami di Facebook, pasti akan melihat banyak update-update yang dipostkan di sana… Saja mau bagitahu… Program Skuad 1Malaysia (im4u) yang diwar-warkan oleh pihak kami sebelum ini di https://aadksabah.wordpress.com/2012/09/24/im4u/ telah pun selesai dijalankan dengan jaya… yahooo.. ok di bawah ini disertakan sedikit gambar-gambar berkaitan program tersebut…. 😉

 

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini… tanpa sokongan dan kerjasama yang diberikan, sudah tentu program ini tidak dapat dijalankan sepertimana yang dirancang…..  😉

 

“1Malaysian : We Want Peace, No Drugs Please!”

Sumber terdahulu : https://aadksabah.wordpress.com/2012/09/24/im4u/

Advertisements

Sebuah jenis dadah baru telah menjadi trend di kalangan para penagih dadah ini di Rusia. Dadah jenis ini biasa di sebut sebagai Krokodil (buaya). Dadah ini mempunyai kesan yang sangat mengerikan dan mematikan, yang akan memamah kulit, daging dan tulang dari para pengguna.
Krokodil termasuk jenis desomorphine sebuah sintetik opioid yang lebih berbahaya daripada heroin. Ubat terlarang ini dibuat melalui beberapa siri reaksi kimia dan campuran beberapa bahan saraf yang lain
Di Rusia, heroin biasa dijual dengan harga sekitar $ 40 per-dosis di Rusia. Penggunaan desomorphine biasanya di campur dapat dengan Kodein-ubat penghilang rasa sakit berasaskan dan bahan-bahan konsumsi rumah tangga yang lain.
Gambar-gambar ini menunjukkan kesan yang sangat buruk sekali dari Ubat terlarang ini. Kesannya menimbulkan luka pada anggota tubuh dengan kerosakan yang sangat fatal, bahkan banyak di antaranya mengakibatkan pembusukan pada daging dan kulit pengguna. Kulit dan daging korban terrkelupas dari tulangnya.
Gambar sangat mengerikan, tidak sesuai untuk orang-orang yang sensitif terhadap luka.

 

 

 

IM4U

Posted: 24 September 2012 in Artikel, Komuniti Bebas Dadah
Tag:, , , ,

Insya Allah jika tiada halangan akan diadakan pada November ini.. Jom ramai – ramai datang..!

terkini :

Tarikh telah disahkan. Akan dilaksanakan pada 4 November 2012 (Ahad).. bertempat di Padang Merdeka Kota Kinabalu.. Bah apalagi org Sabah mari kita kasi gegar ni Kota kinabalu dengan kehadiran 10,000 org.. Jom dtg, semua dijemput hadir bah..!


SINGAPURA: Dengan memberi dadah untuk melemahkan mangsanya, Azuar Ahamad, 41, mengambil kesempatan ke atas 22 wanita yang ditemui di aplikasi Facebook yang dinamakan SpeedDate.

Azuar akan menghubungi mangsanya, berusia antara 18 dan 41, menggunakan aplikasi temu janji itu dan membawa mereka ke kelab malam, memberi mereka dadah dan kemudian melakukan serangan seksual, sebelum menghantar mereka pulang.

Azuar, juga merakam video ketika merogol sebahagian mangsanya menggunakan dua telefon bimbit miliknya.

Semalam, eksekutif logistik itu mengaku bersalah merogol tiga wanita dan menyerang secara seksual mangsa keempat antara Julai 2008 dan Ogos 2009. -Straits Times

Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/08

Sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/MangsaditemuidiFBdiberidadahsebelumdirogol/Article


KUALA LUMPUR: Menakutkan apabila penagih dadah mampu mencipta dadah versi terbaru paling bahaya dengan mencampurkan dua pil psikotropik iaitu Suboxone dan Dormicum yang dikatakan mampu memberi kesan khayal 10 ganda lebih hebat daripada heroin atau Ecstasy.

Bagaimanapun, campuran ‘koktel’ dua pil berkenaan dipercayai boleh membunuh penagih dalam beberapa jam jika terlebih dos atau tersalah penggunaannya.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Penyalahgunaan pil khayal itu terbongkar semalam apabila sepasukan lima pegawai Bahagian Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan menyerbu sebuah klinik di bandar Melaka kerana disyaki menjual pil berkenaan.

Pil Suboxone yang digunakan untuk merawat ketagihan dadah di kalangan penagih sebaliknya dijual doktor klinik swasta itu untuk mendapatkan keuntungan.

Malah, doktor terbabit sengaja menjual pil Suboxone, Subutex dan Dormicum bagi mengaut keuntungan mudah walaupun menyedari perbuatan itu menyalahi etika kedoktoran.
Difahamkan, mengikut kaedah baru itu, penagih menelan terlebih dulu pil Suboxone sebelum menyuntik cecair Dormicum ke badan.

Tindakan itu menyebabkan mereka khayal umpama ‘naik ke langit’ serta keseronokan melampau sehingga ada antara mereka mati dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Sebelum itu, penagih membuat pelbagai eksperimen, termasuk mengikis sebelum menumbuk lumat pil Dormicum bagi melarutkannya dalam air supaya mudah disuntik ke badan.

Bagaimanapun, ada penagih tersilap percaturan apabila menyuntik pil Suboxone ke saluran darah sedangkan pil itu hanya boleh ditelan.

Golongan terbabit yang menyangka bakal mendapat keseronokan berganda sebaliknya menemui ajal dalam tempoh beberapa jam selepas kandungan pil Suboxone berkenaan menyebabkan darah beku selain merosakkan saraf otak. Dipercayai sebilangan penagih dadah di negara ini mati akibat percubaan berbahaya itu.

Tindakan penagih merumuskan dadah jenis baru dengan mencampurkan serbuk Suboxone dengan serbuk Dormicum yang digunakan khusus untuk memberi ‘ketenangan’ kepada pesakit mental atau masalah sukar tidur (insomnia) dibimbangi berikutan menular ke seluruh negara.

Jurucakap Jabatan Farmasi berkata, pegawainya memeriksa doktor berusia 40-an di klinik terbabit pada jam 3 petang itu, selepas membuat intipan seminggu.

Menurutnya, klinik swasta terbabit dipercayai menjadi tumpuan penagih yang mahu mendapatkan bekalan pil itu dengan hanya membayar di kaunter.

“Biasanya pengusaha klinik terbabit menjual pil psikotropik itu secara pakej dua dalam satu. Risikan mendapati cecair Metadon bersama pil Dormicum dijual pada harga RM20, manakala separuh pil Suboxone dan Dormicum dijual antara RM20 hingga RM25.

“Bagaimanapun, ketika pemeriksaan, doktor di klinik terbabit tidak mengaku menjual pil itu menyebabkan siasatan rapi dilakukan terhadap buku rekod pesakit dan penjualan ubat-ubatan,” katanya.

Selepas pemeriksaan rapi, pegawai farmasi menemui puluhan paket pil Suboxone yang disembunyikan dalam tin susu di bawah meja dan siasatan selanjutnya mendapati pil Suboxone dan Dormicum dianggarkan bernilai lebih RM20,000 disimpan di klinik terbabit.

Dalam operasi berasingan, pegawai Jabatan Farmasi turut menyerbu sebuah klinik di Rompin, Pahang yang dikesan menjual pil psikotropik secara haram.

Dalam serbuan jam 11 pagi Jumaat lalu, doktor klinik swasta terbabit cuba menghalang pegawai farmasi yang didakwa cuba mengganggu perniagaannya.

Bagaimanapun, pemeriksaan di klinik terbabit menemui buku rekod pesakit yang diolah semula dengan beberapa maklumat dipalsukan.

“Selain itu, pegawai farmasi merampas 900 pil Dormicum dan pelbagai pil khayal lain daripada doktor berusia 50-an itu,” katanya.

Golongan penagih mendedahkan, penjualan pil Subutex dan Dormicum dilakukan secara berleluasa oleh klinik swasta.

Difahamkan, pil Subutex yang diperkenalkan di pasaran tempatan dengan nama saintifik Buprenorphine pada 2001 sebelum digantikan dengan pil Suboxone untuk mengurangkan ketagihan.

Sumber : Harian Metro Edisi 25-04-2007

 


Kira-kira jam 6.30 petang semalam, kami dikejutkan dengan deringan lonceng penggera yang tidak henti-henti…… kebetulan pada  waktu tersebut terdapat beberapa kakitangan yang belum balik kerana terpaksa menyiapkan kerja-kerja yang perlu disiapkan segera…..  sejerus selepas itu kami mendapat arahan untuk mengosongkan bangunan daripada pihak pengurusan kerana didapati berlaku kebakaran di Parkson (lokasi belum comfrim sebenarnya pada waktu itu)  dengan keadaan cemas para  penghuni bangunan berarak   turun dengan menggunakan tangga kerana lift telah dimatikan bagi tujuan keselamatan…….

Tiba  di bawah,  kelihatan  sudah  begitu ramai orang  yang   berkumpul dan memerhatikan apa yang akan terjadi. (api belum nampak la…. tapi bau asap memang ada hehee…) kelihatan  juga   tiga buah kenderaan bomba  telah mengambil lokasi masing-masing sebagai  langkah   berjaga-jaga…  pada masa yang sama  kelihatan  beberapa ahli bomba yang keluar masuk bangunan bagi mengawal dan memantau  keadaan (rasanya) dan  tidak kurang juga beberapa anggota polis yang bertindak mengarahkan  orang ramai  agar   keluar dari bangunan…….

Setelah berbincang sesama,  dan oleh kerana tiada juga api yang kelihatan…..  enam orang daripada kami sepakat untuk naik semula untuk menyelamatkan  buku-buku perkhidmatan kakitangan…. fuhh.. kesian kita  oohh klu buku tu terbakar…………  umpama terpadam la sudah riwayat kita  dalam perkhidmatan awam ini hehe……..  disamping itu, kunci-kunci kenderaan jabatan juga diambil dan atas arahan pegawai berkuasa kenderaan jabatan yang masih berada di kawasan letak kenderaan di bawah bangunan telah berjaya dialihkan ke kawasan selamat……..

Melalui sumber yang diterima  pagi  tadi  punca kejadian adalah bermula daripada kepulan asap yang keluar daripada wayar eletrik di tingkat dua dan menyebabkan lonceng penggera berbunyi………. Mungkin litar pintas la tu kan…. Syukur alhamdulilah hari ini dapat menjalankan tugas seperti biasa… punca masalah kelmarin telah berjaya diselesaikan oleh pihak berwajib… terima kasih banyak-banyak diucapkan… kepada warga pentadbiran, bah susun  buku-buku perkhidmatan awam tu balik ke tempat asalnya….. !

 


Syukur alhamdulillah… akhirnya terlaksanalah sudah Program Kem Maju Diri Pelajar 1Malaysia pada 10 – 13 Mac 2012 yang telah diadakan di sekolah SMK Datuk Peter Mojuntin, Penampang….

Mesej antidadah yang berjaya disatukan oleh para kumpulan peserta kem… Huruf “A” di mana ya..? hihii… 

Berbanyak-banyak ucapan terima kasih kepada PEMADAM Negeri Sabah, selaku penganjur program kerana menjemput AADK Negeri Sabah sekali lagi dalam bersama-sama mengendalikan aktiviti-aktiviti program

Sempena Program Kem Maju Diri Pelajar  1Malaysia. Untuk makluman program ini telah disertai oleh para pelajar yang terpilih daripada enam buah sekolah daripada daerah Penampang, Sabah…  Bagi aktiviti pembahagian kumpulan, kami telah menamakan kumpulan seperti C&C, CCH, CCSC, CCRC dan Skuad 1Malaysia…. antara tujuannya adalah sebagai mempromosikan lagi produk-produk terbaru yang ada di AADK..   hahaa.. senang sarita, untuk lebih lanjut baca keratan suratkhabar tersebut.. hehe…

Sedutan Video Berita Wilayah TV 1, Jam 5.00 Petang bertarikh 14 Mac 2012

Wahh… berminat sungguh adik-adik nih mau joint program nie di masa akan datang … hehe..

Fuyoooo.. ini logo baru C&C kah…? bagus2 kreatif hehe…..

Alamak nih plak logo baru CCRC keke… tahniah….! 😉

Klik Sini : https://www.facebook.com/#!/media/set/?set=a.335268403189872.92009.100001201459352&type=1

Inilah antara muka-muka fasilitator AADK Negeri Sabah…….. Santik2 & Somboy2 bh kan..  haha..

Jeng-jeng… Membingkai Kenangan bersama peserta kem di akhir majlis penutupan program………. 😉

Semoga apa yang dipelajari dapat diaplikasi dalam kehidupan seharaian, terutamanya dalam penolakan pengaruh dadah…. “HIDUP SIHAT TANPA DADAH” Oklah… setakat ini dulu.. ada masa akan diupdate nanti… k…. 😉


 26th February, 2012 TUARAN: Sukarelawan Anti Dadah (Skuad 1Malaysia) diwujudkan bagi membantu kerajaan menangani masalah dadah di Malaysia. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Haji Hajiji Haji Noor berkata, penyertaan sukarelawan dalam Skuad 1Malaysia menunjukkan sokongan padu masyarakat menghapuskan ancaman dadah terutamanya di kawasan daerah Tuaran.

Katanya, penyertaan golongan belia dan masyarakat daerah itu secara keseluruhannya boleh dijadikan langkah pertama bagi menangani permasalahan dadah di kawasan masing-masing. “Bagi kawasan yang tidak mempunyai masalah dadah di kawasan pentadbirannya, pengetahuan berkaitan masalah dadah juga masih perlu diketahui. “Kita bimbang sekiranya kita tidak mahu ambil tahu mengenainya, ia bukan sahaja merebak dalam masyarakat di bawah pentadbiran kita tetapi juga dalam keluarga kita sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya pada majlis pelancaran Skuad 1Malaysia anjuran bersama Angensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Tuaran, di Perkarangan Letak Kereta Bangunan Urusetia, di sini, kelmarin. Hajiji diwakili oleh Setiausaha Politiknya, Abdul Kassim Hj Razali. Beliau berkata, masalah dadah tidak ubah seperti “jerangkap samar” dan golongan belia sering menjadi sasaran utama gejala itu.

“Menyedari hakikat bahaya dadah, makakKerajaan Malaysia dan seluruh dunia menetapkan bahawa dadah adalah musuh nombor satu negara dan musuh yang harus dibenteras sehingga habis-habisan,” katanya. Hajiji berkata, Sukarelawan Antidadah diwujudkan sejajar dengan saranan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien dalam ucapan beliau pada awal tahun 2011 mengenai tujuh komitmen utama Kementerian Dalam Negeri dimana salah satu komitmen tersebut ialah Menggerakkan Gelombang Kesukarelaan.

“Justeru itu dengan kewujudan Sukarelawan Anti Dadah ini menjadi satu kewajipan kita untuk mengembeling tenaga dalam merealisasikan hasrat kerajaan Malaysia bebas dadah pada tahun 2015. “Jika kita hitung secara kasar tinggal tiga tahun sahaja lagi kita sama-sama merealisasikan hasrat kerajaan ini,” katanya. Sehubungan itu beliau menyeru para peserta yang mengambil bahagian dalam sukarelawan Antidadah itu agar menjadikan program seumpama ini sebagai jalan untuk berhibur atau melepaskan kebosanan kerana ianya boleh membawa manfaat untuk kecergasan dan kesihatan.

Sempena pelancaran Sukarelawan Antidadah itu beberapa program turut diadakan antaranya lawatan ke lima buah rumah di kampung Kionsom Lama, Kiulu, Ceramah Pencegahan Dadah dan Promosi Kinik “Cure&Care”, Program Khidmat Masyarakat bersama Komuniti dan sukan lasak White Water Rafting. Turut hadir, Pegawai Daerah Tuaran, Madiyem Layappan, Ketua Pegawai AADK Daerah Tuaran Asraf Hafiz Ruslan, Ketua Puteri Umno Tuaran Effaridun Datuk Ismail dan Pengerusi Skuad 1Malaysia Muhammad Zaini Hj Jali.

Sumber : http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/56479


Perjuangan menentang dadah memerlukan penglibatan masyarakat secara total. Kefahaman masyarakat terhadap tanggungjawab mereka amat diperlukan memandangkan usaha menangani gejala dadah tidak harus diletakkan di bahu kerajaan semata-mata. Mereka tidak harus mengambil sikap terus menghukum atau membiarkan mana-mana penagih atau bekas-bekas penagih kerana kerjasama masyarakat amat penting dalam memulihkan golongan penagih untuk kembali kepada kehidupan normal.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa kebanyakan penagih mahupun bekas penagih cenderung bergelumang dengan kancah itu kerana sikap masyarakat yang meminggirkan golongan itu untuk mendapat tempat dalam kelompok sosial mahupun ekonomi. Lantaran itu, masalah dadah akan menjadi semakin serius jika kite tidak memberi peluang kepada penagih untuk kembali ke jalan yang betul. Persepsi masyarakat terhadap penagih juga perlu diubah kerana mereka bukanlah penjenayah, tetapi pesakit yang perlu diberikan rawatan. Memang besar mereka melakukan kesilapan pada peringkat awal kerana terjerumus dengan penagihan dadah. Tegasnya, sikap yang positif daripada masyarakat amat diperlukan bagi memastikan golongan ini dapat dibimbing agar dapat memperbaik cara hidup mereka.

Di samping itu, institusi keluarga juga memastkan peranan amat penting dalam menangani masalah ini. Ibu bapa merupakan orang yang bertanggungjawab untuk mendidik anak-anak mereka supaya tidak terjebak ke lembah yang hina ini. Gesaan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini agar seluruh anggota masyarakat memperkasa institusi kekeluargaan harus disahut dengan penuh muhasabah. Tanpa kekuatan dan kesungguhan untuk membina komuniti terpenting ini, pasti usaha mereformasikan bangsa akan gagal.

Dadah dan jenayah masih menjadi dua musuh tegar yang sering mengancam kesejahteraan institusi kekeluargaan. Setiap ahli keluarga perlu sentiasa peka terhadap tindak-tanduk anggota keluarga sendiri agar tidak-sesekali membuka ruang kepada dua musuh tersebut menyelinap masuk dalam kehidupan berkeluarga. Dadah ialah satu masalah sosial yang dihadapi oleh pelbagai kaum.

Selain kerajaan, peranan besar ibu bapa yang berfungsi sebagai tapak pembentukan peribadi den sahsiah diri perlu lebih diperkasakan. Kita kerap mendengar kisah anak-anak yang terjebak dalam penyalahgunaan dadah disebabkan perceraian ibu bapa, derita anak yang ketandusan kasih sayang keluarga, di samping pengaruh rakansebaya.Punahnya ikatan kekeluargaan telah menjadi penyumbang kepada tercetusnya banyak gejala sosial dalam kalangan anak muda. Justeru, peranan institusi kekeluargaan masih terus berada di puncaknya.

Sekolah ialah tempat yang paling sesuai untuk menggerakkan kempen membenci dadah dan cara paling berkesan ialah memfokuskan kepada pelajar yang disyaki atau cenderung untuk terlibat. Dalam usia tahap rebung ini, lebih mudah untuk mengembalikan mereka ke pangkal jalan melalui kaedah kaunseling, dan sebagainya. Walau bagaimanapun dalam usaha itu, masalah utama pentadbiran sekolah ialah mengesan pelajar yang menagih dadah sebelum tindakan susulan lainnya dapat dilakukan. Kaedah ujian air kencing tidak dapat dilakukan secara menyeluruh, tetapi hanya secara rawak menyebabkan ada pelajar terlibat terlepas, serta terus dibiarkan mempengaruhi rakan-¬rakan sebaya lainnya. Tetapi, melalui bantuan teknologi, iaitu mesin pengimbas mata canggih yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran, masalah mengesan pelajar yang menagih dadah menjadi lebih mudah. Justeru, mesin berharga RM200,000 yang beroperasi secar bergerak ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk memastikan setiap sekolah bebas daripada pengaruh dadah.

Begitu pun teknologi sahaja tidak mencukupi jika semua pihak khususnya Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) tidak mengambil langkah proaktif. Usaha pencegahan dan pemulihan di peringkat sekolah tentunya dapat dijalankan dengan lebih agresif lagi jika dilakukan secara bersepadu. Janganlah hanya tertumpu kepada usaha ke arah kecemerlangan semata-mata sehingga mengabaikan masalah sosial dalam kalangan pelajar khususnya penagihan dadah.

Secara tuntas, ancaman dadah di negara ini semakih menggawatkan dan menimbulkan pelbagai permasalahan sosial yang kronik. Fenomena ini merupakan satu ancaman besar kepada negara sekiranya langkah menanganinya tidak diambil segera. Jika tidak, hasrat melihat negara bebas daripada ancaman dadah yang juga musuh nombor satu negara menjelang tahun 2015, mungkin tidak kesampaian. Justeru, keadaan itu menuntut satu gerakan pembasmian yang lebih berfokus, tersusun, jitu, dan menyeluruh tanpa bergantung kepada usaha kerajaan bagi menanganinya. Diharap semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO), swasta, dan pihak sekolah tampil bersama-same kerajaan menggembleng tenaga membanteras gejala tersebut.

Sumber : http://mindasasterabahasa.com/2009/09/karangan-anti-dadah.html


Penglibatan golongan kaum Melayu dalam penagihan dadah mendominasi peratus penagih dadah di seluruh negara. Pusat Serenti yang diwujudkan bagi mengatasi ketagihan dadah ini majoritinya dihuni oleh kaum Melayu. Dari tempoh Januari hingga April 2007, jumlah penagih Melayu adalah 3,809 orang daripada 5,324 kes. Angka tersebut mewakili 71.54 peratus daripada kes yang ada.

Pelbagai usaha yang dilakukan oleh kerajaan bagi mengatasi penagihan dadah. Berjuta-juta ringgit peruntukan dibelanjakan bagi membantu penagih dadah untuk keluar daripada ketagihan dan memulakan hidup baru. Tetapi kejayaan yang diharapkan tidak begitu memberangsangkan. Statistik untuk penagih yang keluar dari Pusat Serenti dan pulih sepenuhnya tidaklah begitu membanggakan.

Menggunakan pendekatan agama sebagai sebahagian daripada program rawatan dan pemulihan penagihan dadah adalah langkah bijak. Walau bagaimanapun belum tentu berkesan kerana terdapat banyak kekangan yang menghalang kejayaan pelaksanaan kaedah ini.

 Hasrat Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang menerapkan pendekatan ini dengan melibatkan ilmuwan agama, pentadbir hal ehwal agama Islam dan imam melalui program kem motivasi, ekspo pendidikan, khemah ibadat, keluarga angkat, sukaneka dan khidmat komuniti wajar dirancang dengan teliti. Kefahaman terhadap agama yang ada di dalam pemikiran penagih-penagih ini perlu dikaji supaya aras kefahaman tersebut dapat dinilai dan diberi peningkatan mengikut tahap masing-masing.

 Kerap terjadi bentuk penyampaian agama masih lagi membincangkan soal fiqah dan tidak banyak mendedahkan konsep kefahaman Islam yang menjurus kepada perubahan hidup secara menyeluruh. Akhirnya jadilah mengajar agama sama seperti mengajar di masjid dan surau yang menekankan cara hendak mengambil air sembahyang, cara berdiri betul ketika hendak bersolat dan membetulkan bacaan al-fatihah. Jika bentuk pengajaran agama cara begini dilaksanakan, mesej perubahan yang ada di dalam Islam tidak akan sampai dan niat menggunakan pendekatan agama dalam rawatan akan terbantut sama sekali.

 Kaedah yang seharusnya dijadikan sebagai intipati kepada pengajaran agama Islam seharusnya menggunakan pendekatan mengubah hati dan jiwa dengan merangka modul pembangunan diri yang bermula dari asas iaitu membaikkan hati. Teori-teori Barat meletakkan perubahan pada minda dan persekitaran tanpa mengambil kira keupayaan hati manusia yang boleh dibentuk, dididik dan diubah. Justeru, antara buku yang boleh diberi perhatian ialah “Apa Ertinya Saya Menganut Islam?” oleh Ustaz Fathiyakan yang membincangkan konsep asas dalam beragama. Buku ini sangat mudah untuk difahami dan penerangan yang disampaikan oleh penulis sangat jelas. Bermula dengan kefahaman menjadi seorang Islam seterusnya suntikan kesedaran melangkau kepada keperluan menjadi seorang warganegara yang baik, taat dan setia kepada negara.

Buku seterusnya ialah “Asas-Asas Islam” oleh Maulana Al-Maududi yang juga membincangkan asas kefahaman Islam yang mudah, ringkas dan padat. Huraian buku yang dianggap klasik dalam kumpulan-kumpulan usrah dan halaqat sebenarnya dapat membuka pemikiran penagih untuk melihat Islam sebagai agama yang membantu mereka untuk berubah, menjanjikan kejayaan dan memberi sinar masa depan yang lebih baik. Kedua-duka buku ini sentiasa mendapat sambutan dan telah diulang cetak beberapa kali. Kefahaman penulis berkenaan terhadap amalan beragama dan bagaimana harus mengamalkan agama Islam telah diiktiraf di peringkat antarabangsa. Mereka yang terlibat dalam pendekatan ini juga perlu melalui proses yang sama yang bakal dilalui oleh penagih supaya dapat menjiwai kefahaman Islam yang betul. Kem motivasi yang dicadangkan hendaklah menggunakan modul pembangunan diri berteraskan pembinaan hati sepenuhnya dan mengelakkan bercampur-baur dengan konsep yang kebaratan kerana jika kedua-duanya bercampur, penagih akan menjadi keliru. Mana satu yang hendak dipilih, Islamkah atau Baratkah? Pengisian dalam kem ini juga tidak perlu bersifat ketenteraan yang keterlaluan kerana pendidikan hati tidak meletakkan jerit dan pekik sebagai kayu ukur kepada perubahan. Apabila mesej yang hendak disampaikan kepada penagih menusuk tepat ke hati mereka dan membuahkan kesedaran, itu sudah cukup untuk melihat perubahan demi perubahan pada masa yang akan datang. Program susulan juga perlu diteruskan dalam bentuk kumpulan sokongan sosial. Antaranya yang sangat dicadangkan ialah penubuhan kumpulan usrah yang menggabungkan penagih-penagih yang insaf dan diketuai oleh seorang ketua yang telah berubah dari kalangan mereka sendiri. Biar penagih yang membimbing penagih kerana hanya mereka yang tahu realiti sebenar hidup sebagai penagih dadah. Kejayaan Pengasih membuat perubahan adalah kerana kumpulan sokongan sosial yang sangat kuat dan penagih akan rasa bersalah dan lemah jika tidak mendapat sokongan berkenaan. Seterusnya kumpulan sokongan sosial ini di perluaskan di peringkat daerah dan negeri dengan mewujudkan kumpulan usrah gabungan bagi daerah dan negeri. Di akhir nanti, boleh dibuat pertandingan “pengendalian usrah yang berkesan” yang sama konsepnya dengan pertandingan Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja (MKKM) yang diadakan di jabatan-jabatan kerajaan ketika ini.

Kita sering kecewa apabila kerajaan mendedahkan perbelanjaan berjuta-juta ringgit untuk memulihkan penagih dadah, hasil daripada pelaburan itu tidak memberi pulangan yang sewajarnya. Penagih yang keluar dari Pusat Serenti kembali menagih dan dimasukkan semula ke situ. Berapa lama kita harus melihat muka penagih yang sama untuk beberapa kali?

 Menambahkan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada mereka yang terlibat khususnya imam di kampung, daerah dan negeri juga wajar mengambil kira kesediaan dan minat para imam ini. Jika imam berkenaan telah berumur dan tidak berminat untuk menjadi penggerak kepada perubahan diri penagih, wajarlah dibuka tugas berkenaan kepada anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berorientasikan agama Islam supaya tenaga-tenaga muda ini dapat digerakkan sepenuhnya. Imam akan menghadapi masalah jika enggan berkursus dan berenggang dengan kehidupan selesa untuk menambah ilmu dalam bidang-bidang yang berkait dengan manusia. Tahap dan kesediaan imam ini perlu juga diperhalusi dengan bersungguh-sungguh supaya setiap sen yang dibelanjakan tidak akan hilang begitu sahaja.

Salah satu kemahiran yang dimaksudkan ialah kemahiran mengendalikan kerja kelompok. Kemahiran ini memerlukan tahap kesabaran dan praktikaliti yang tinggi supaya mudah mengendalikan kumpulan usrah kelak. Imam atau pegawai hal ehwal agama Islam yang tidak berminat untuk mendengar, kurang ilmu pengetahuan serba-sedikit mengenai manusia dan menganggap susah untuk mengubah hati manusia yang degil dan keras seperti penagih dadah ini, amatlah sukar bagi kita hendak melihat kejayaan setiap program yang dilaksanakan kelak.

Apabila modul pembangunan diri menggunakan konsep dan pendekatan kefahaman Islam yang betul, barulah boleh dikatakan rawatan keagamaan sebagai benteng penghalang kepada godaan najis dadah.

Sumber : http://zahirzainudin.blogspot.com/2007/07/pendekatan-agama-dalam-rawatan-dadah.html


Fuhh.. baru berkesempatan nak tulis cerita pasal program TOT RADA yang telah dijalankan pada 16 Julai bulan lalu di daerah Sandakan tu.. maaf ye kerana tlambat nak update..  maklumla byk karaja hakiki yang mau dibuat hehe…

 
 
 
“Kami ahli RADA sedia membantu kerajaan, khususnya AADK dalam menangani masalah dadah” hehe lebih kurang macam itulah…

Setinggi ribuan terima kasih kepada warga AADK Sandakan, yang juga sebagai tuan rumah kerana menyediakan fasiliti yang baik sepanjang program dijalankan… tidak lupa juga kepada AADK Kota Kinabalu dan AADK daerah Tawau kerana berjaya membawa beberapa orang ahli RADA bersama mengikuti program yang julung-julung kali diadakan tersebut…

Walaupun menghadapi beberapa rintangan, namun hal tersebut bukanlah menjadi penghalang bagi pihak AADK melaksanakan program tersebut… Alhamdulillah jumlah kehadiran adalah mencapai sasaran dan peserta program semua begitu gembira kerana terpilih ke program tersebut apatah lagi mereka berpeluang untuk berkenalan antara satu dengan yang lain…. Sebenarnya jumlah keahlian RADA di setiap daerah saja sudah mencapai paras 1,000 orang…  jadi Ahli RADA yang belum berpeluang, sabar ye… insyaallah di akan datang nama anda akan disenaraikan…….

Pada sebelah petang majlis perasmian penutupan telah dilakukan oleh En. Christopher Billy, wakil pengarah AADK Negeri Sabah.

p/s – Berita baik kepada semua orang ramai, sedikit masa saja lagi anda boleh mendaftar sebagai ahli RADA melalui online saja… nanti bila mau daftar, ikutlah alamat AADK daerah yang terdekat ok.. contoh anda tinggal di Balung, Tawau… pilihla AADK daerah Tawau ok… senang kan.. 😉

Sumber terdahulu : https://aadksabah.wordpress.com/2011/07/12/tot-rakan-antidadah-rada-pada-16-julai-2011/


BANGI 6/04/2011 –

Remaja zaman sekarang mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk merasai dadah walaupun cuma untuk sekali, dakwa Presiden Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih), Datuk Mohd. Yunus Pathi. Malah, beliau yang bimbang dengan trend tersebut mendakwa, remaja zaman sekarang juga didapati akan mula berjinak-jinak dengan gejala najis dadah terutama dadah jenis sintetik atau syabu seawal usia 14 tahun. “Ini menunjukkan pada usia semuda itu remaja kita sudah mengambil dadah dan keadaan itu berbeza sewaktu zaman dadah tradisional seperti heroin ‘berkuasa’ di mana usia awal remaja terjebak ialah lingkungan 17 hingga 18 tahun,” dakwanya. Beliau berkata demikian pada Perasmian Penutup Bengkel Kenali Anak Kita peringkat Zon Tengah di Hotel Residen, Universiti Tenaga Nasional di sini hari ini. Mohd. Yunus berkata, stastik menunjukkan 70 peratus daripada mereka yang dikenal pasti terlibat dengan penyalah gunaan dadah merupakan penagih dadah jenis sintetik. Tambahnya, 20 hingga 30 peratus daripada jumlah penagih dadah jenis sintetik tersebut pula merupakan pelajar sekolah dan trend penggunaan dadah itu di negara ini juga didapati kian meningkat dari semasa ke semasa pada kadar 30 peratus. Jelasnya, 70 hingga 80 peratus penagih yang datang mendapatkan rawatan di Pengasih merupakan penagih dadah sintetik dan penagih dadah tradisional pula didapati semakin berkurangan.


Pengenalan

Beratus tahun terdahulu, tembakau dihisap bukan sahaja untuk bersukaria tetapi sebagai satu acara dalam upacara kebudayaan dan keagamaan. Pada umumnya umat Islam tidak merokok melainkan kerana terpenggaruh kepada orang Barat yang menjajah mereka.
Hari ini, merokok adalah suatu kebiasaan yang diterima secara meluas dalam masyarakat kita, sehingga kadangkala ia dipandang sebagai satu norma yang membanggakan. Anggapan palsu ini terhasil apabila golongan yang mudah terpedaya dengan budaya asing, terutamanya yg dipaparkan melalui media massa, ingin pula bergaya demi mencapai status kecanggihan serta keunggulan yang kononnya dikaitkan dengan merokok. Malah tabiat suka meniru dan menyeleweng dari jalan yang benar adalah sesuatu yang kian menguasai anak-anak kaum Muslimin di zaman ini.

Hadith Rasullullah s.a.w. :
1. “Bezakan diri mu dari kaum Musyrikin” ( Al-Bukhari & Muslim)
2. “Bukan dari golongan kita, siapa yang menyerupai orang yang bukan dari kita. Jangan mengikut-ikut kaum Yahudi dan Nashrani” (At-Termidzi)
3. “Barangsiapa yang meyerupai sesuatu kaum, maka dia terkira dari golongan itu” (Abu Daud)

Kandungan Berbahaya Dalam Rokok (Fakta)

Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut. Di antara kandungan asap rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di “kamar gas maut” bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun paling penting adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida. Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen). Bahan seperti benzopyrene iaitu sejenis policyclic aromatic hydrocarbon (PAH) telah lama disahkan sebagai agen yang memulakan proses kejadian kanser.
Nikotin, seperti najis dadah heroin, amfetamin dan kokain, bertindak balas di dalam otak dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi punca utama penagihan. Sindrom ketagihan terhadap nikotin yang ditunjukkan dengan gejala gian, tolerans dan tarikan, adalah mungkin lebih hebat berbanding najis dadah. Malah daripada kajian saintifiknya nikotin itu juga sejenis najis dadah, sepertimana yang telah diiktiraf oleh dunia perubatan. Seseorang yang kehabisan rokok kadangkala berkelakuan seperti mengalami gangguan akal dan dalam keadaan yang amat tertekan sekali. Oleh itu terlalu sukar untuk sesiapa yang telah terjerat dengan ketagihan merokok, meninggalkan tabiat itu untuk selamanya, kecuali dengan ikhtiar yang serius dan kehendak Allah jua. Nikotin turut menjadi punca utama risiko serangan penyakit jantung dan strok. Hampir satu perempat mangsa pesakit jantung adalah hasil punca dari tabiat merokok. Di Malaysia, sakit jantung merupakan menyebab utama kematian sementara strok adalah pembunuh yang keempat.
Karbon Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat dan akhirnya boleh menyebabkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60%. Apabila racun rokok itu memasuki tubuh manusia ataupun haiwan, ianya akan membawa kerosakkan pada setiap organ disepanjang laluannya, iaitu bermula dari hidung, mulut, tekak, saluran pernafasan, paru-paru, saluran penghazaman, saluran darah, jantung, organ pembiakan, sehinggalah ke saluran kencing dan pundi kencing, iaitu apabila sebahagian dari racun-racun itu dikeluarkan dari badan.

Kesan Asap Rokok Kepada Si Perokok Dan Orang Disekeliling

Si perokok bukan sahaja perlu bertanggungjawab pada diri sendiri tetapi turut bertanggung jawab pada orang disekeliling akibat daripada bahaya asap rokok. Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang ini. Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah. Asap akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus, menyebabkan bronkitis, penyakit di bahagian paru paru. Ia juga akan merosakkan pundi udara dalam paru-paru (alveoli) dan menyebabkan penyakit emfisima. Asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan, yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esofagus, perut dan pankreas. Racun dalam asap rokok yang larut air akan memasuki sistem saluran darah dan dibawa ke seluruh badan. Bahan nikotin, bukan saja memberi sifat ketagihan, malah menyebabkan saluran darah arteri menjadi sempit. Ia juga merosakkan dinding arteri dan akan memudaratkan organ berkaitan. Kesan ini, dalam jangka panjang, akan menyebabkan simptom kebas pada kaki, jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan otot kaki, serangan penyakit jantung dan sebagainya. Racun rokok akhirnya disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari badan melalui air kencing. Dalam proses ini pula, berlaku satu lagi keracunan hasil penguraian kimia asap rokok yang turut merosakkan buah pinggang. Racun dalam air kencing juga menyebabkan kerosakan pundi kencing. Racun akibat merokok juga mempunyai kesan tindak balas terhadap ubat-ubatan. Secara umum diketahui merokok boleh menjejaskan fungsi beberapa kumpulan enzim di hati dan ada kalanya ia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat itu.

Kesan Asap Rokok Terhadap Isteri Perokok Adalah :
– Melahirkan bayi yang kurang berat badan
– Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan
– Lebih terdedah kepada kanser
– Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal

Kesan Asap Rokok Terhadap Anak Perokok :
– Lebih mudah mendapat lelah
– Mendapat jangkitan paru-paru
– Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu
– Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak

Statistik Kematian Akibat Tabiat Merokok

Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30 peratus daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esofagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut, 50 peratus kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok dengan pecahan 25 peratus masing-masing.
Menurut Dr Sallehudin, lebih 100,000 perokok dimasukkan ke hospital kerajaan di seluruh negara akibat sakit jantung, kanser dan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) dan lebih penting, negara mengalami kerugian kira-kira RM20 bilion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.

Faedah Berhenti Merokok
– Hidup lebih lama
– Dapat menghindari racun
– Dapat melindungi diri, keluarga dan orang lain daripada bahaya merokok
– Menjadi teladan yang baik kepada anak-anak
– Dapat meningkatkan kecergasan serta memiliki tubuh yang sihat
– Meningkatkan deria rasa dan bau
– Gigi lebih putih dan nafas lebih segar
– Dapat mengelakkan budaya membazir dengan menggunakan wang untuk membeli rokok kepada tujuan yang lebih baik dan bermanfaat.

Gunakan Kaedah Yang Betul Untuk Berhenti Merokok
– Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok
– Yakinkan diri
– Buat nota peringatan
– Katakan pada diri anda, “Aku bukan perokok”
– Tumpukan pada hari ini
– Sentiasa berfikiran positif
– Dapatkan sokongan
– Lawan keinginan untuk merokok
– Gunakan Terapi atau rawatan yang sesuai
– Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok

Rawatan Untuk Berhenti Merokok
Vibration Liquid Chlorophyll (Minuman Klorofil Alfalfa)
Membantu menyingkirkan segala racun dan toksik di dalam tubuh akibat kandungan rokok yang merbahaya. Sangat baik diamalkan seisi keluarga.
Seri Wajah 99 C6Formula bagi membantu mereka yang ingin berhenti merokok. Ia berfugsi menghilangkan ketagihan merokok.
“Setiap Sedutan, Membawa Padah”

Sumber
– Pusat Racun Negara, USM Official Website
– Kementerian Kesihatan Malaysia Official Website
– Institut Kefahaman Islam Malaysia Official Website
– IKIM Dalam Media
– Berita Harian
– Sabahan.net
– Persendirian
“Setiap Sedutan, Membawa Padah”

article ini di petik daripada http://bahayarokok.blogspot.com/


Keluarga celaru buat anak sakit mental
04/11/2010
Oleh MERAN ABU BAKAR-

 

BAGAIMANAKAH anda boleh mengenali seseorang individu yang mempunyai kesihatan mental yang baik? Sukar untuk memberikan jawapan kerana kesihatan mental tidak boleh dilihat dari luaran. Bagaimanapun terdapat tanda-tanda kepada diri seseorang yang membuatkan anda boleh menilai tahap kesihatan mentalnya.

Di antara tanda-tanda tersebut ialah keupayaannya bekerjasama dengan orang lain, boleh menjalin hubungan yang sihat dengan orang lain dan tidak mempunyai keupayaan menangani cabaran dalam kehidupan.

Keluarga merupakan sebuah institusi sosial yang sangat penting kerana ia adalah unit asas dalam pembentukan sahsiah termasuk kesejahteraan mental seseorang individu.

Banyak kajian menunjukkan ramai remaja yang mengalami kekosongan jiwa dan rohani kerana tidak mendapat didikan yang baik daripada kedua-dua ibu bapa.

Kebanyakannya berasal daripada keluarga yang bercelaru seperti konflik berterusan yang berlaku di dalam keluarga tersebut, keluarga yang tidak berfungsi secara berkesan, ahli-ahli keluarga terpaksa menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut dan menganggapnya sebagai perkara yang normal.

Juga ahli keluarga yang bergantung kepada dadah dan ketagih arak, mempunyai ahli keluarga yang mempunyai penyakit mental yang tidak mendapat rawatan dan ibu bapa yang mewarisi masalah daripada ibu bapa mereka yang juga bermasalah.

Sesebuah keluarga berfungsi dan mempunyai beberapa tanggungjawab di antaranya memenuhi keperluan ekonomi, menaikkan status keluarga, memberikan pendidikan, memberi ajaran agama, berekreasi bersama, memberi perlindungan dan memberi kasih sayang.

Timbalan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Profesor Datuk Dr. Zaleha Kamaruddin berkata, anak-anak yang membesar dalam keluarga yang bercelaru mengakibatkan kesan pembesaran yang tidak sihat.

‘‘Anak-anak akan mempunyai sifat-sifat negatif yang ketara termasuklah perasaan marah yang melampau, ketakutan yang tidak bertempat, kesedihan yang berpanjangan dan pemikiran untuk membunuh diri, tidak dapat menjalin hubungan yang baik dan rapat dengan individu lain, mempunyai sikap memberontak dan suka membuli atau menjadi mangsa buli.

‘‘Apabila meningkat dewasa, mereka dilihat mempunyai tahap disiplin diri dan keyakinan diri yang rendah, terlibat sebagai penjenayah, gagal menangani tekanan dengan baik dan tidak dapat merangka strategi yang berkesan bagi menangani cabaran kehidupan,’’ kata Dr. Zaleha.

Beliau berkata, di antara ciri-ciri yang dapat dilihat pada keluarga yang bercelaru ialah masalah yang dihadapi tidak cuba dikongsi bersama ahli keluarga yang lain di mana seorang ahli sahaja yang menanggung tekanan yang berat. Ahli keluarga mengambil penyelesaian negatif seperti penyalahgunaan dadah, arak, perceraian, lari daripada rumah, sakit mental, keganasan rumahtangga, konflik emosi, kemurungan dan seumpamanya. Ini seterusnya membuka ruang kepada penyakit mental, kecelaruan mental, jenayah atau perbuatan yang merosakkan diri sendiri.

Tambah beliau, di dalam keluarga tersebut tiada kepercayaan di antara satu sama lain, kurang kasih sayang dan tiada sifat saling memahami, keperluan ahli keluarga diabaikan, keganasan mental dan fizikal, tidak ada nilai atau krisis nilai dan keluarga yang tidak bercerai tetapi sentiasa berkonflik, atau dengan erti kata lain menanggung derita dalam diam.

Mereka juga tidak sensitif dengan sesetengah ahli keluarga lain, bersifat pilih kasih, menafikan masalah sedia ada yang dihadapi, kegagalan menghormati maruah, hak atau fizikal orang lain dan bertindak secara ekstrim dalam menghadapi konflik serta suka bertengkar.

Menurut Dr. Zaleha lagi, gejala keluarga yang bercelaru dapat dilihat daripada sifat cemburu yang melampau. Atau perlakuan mengawal yang keterlaluan, ibu bapa yang bercerai atau tinggal berasingan dan sentiasa berkonflik tetapi tidak bercerai, tidak mengutamakan keluarga dengan tidak menyediakan masa bersama. Juga mempunyai perlakuan seksual yang songsang (berzina, sumbang mahram), anak-anak takut bercakap tentang apa yang berlaku dalam keluarga mereka dan ahli-ahli keluarga tidak mahu mengaku sebagai ahli keluarga tersebut atau tidak mahu dilihat bersama keluarga tersebut.

Katanya, beberapa langkah pencegahan dan pemulihan boleh dilakukan bagi mengatasi masalah ini. Tidak ada masalah yang tidak ada penyelesaian seperti pendekatan pemulihan terapi jangka masa panjang kepada mangsa sumbang mahram, rogol dan sebagainya.

Juga intervensi, iaitu keluarga yang celaru boleh dibantu secara profesional dengan dikesan daripada tanda-tanda awal di kalangan ahli keluarga, proses menghentikan kitaran ganas oleh golongan profesional dan bukan profesional. Juga melalui pendekatan agama dengan saling memaafkan, membantu ahli keluarga yang menghadapi perceraian dengan program kaunseling (sebelum, semasa dan selepas), membantu ahli keluarga menghadapi realiti kehidupan serta program out-reach kepada keluarga yang bercelaru.

Petikan Puisi Antidadah

Posted: 24 Mac 2011 in Artikel

Tajuk: Misi Generasi
Ditulis: Zaen Kasturi
Pendeklamasi: Tengku Khalida Tengku Bidin

Mengapa lorong berjelaga ini diredahi?,
Dan lembah bernanah ini dituruni?,
Sedang denai hayat di hadapan,
Sayup Memandang,
Sedang sinar iman di belakang,
Setia Menyuluh Jalan,
Denai diterokai,
Dari kasih sayang ayah bonda,
Sinar yang terpercik,
Dari jiwa dan harapan bangsa,
Dan Tuhan tidak pernah berkata,
Bahawa nafsu lebih mulia,
Daripada akal manusia,
Sekali diredahi lorong berjelaga,
Sejuta kali mendung hitam di langit sukma ibunda,
Sekali dituruni lembah bernanah,
Sejuta kali tersayat luka di wajah bangsa,
Otak dijajah serbuk dan habuk khayalan,
Iman ditusuk jarum dari mata syaitan,
Jiwa disimpan dalam kapsul kenaifan,
Seluruh hayat terapung,
Di sungai zaman,

Ini seteru zaman baru harus ditentang,
Dengan semangat padu,
Tak kira apa nama kamu,
Mereka, dia dan aku,
Kerana anak-anak kita,
Diintip setiap waktu,
Sekali leka,
Seribu kali menyesal,
Tidak mudah berlaku,

Mari kita gempur lorong berjelaga,
Agar ruyup luka di wajah berhemah,
Mari kita lafaz ikrar,
Menjadi sumpah berakar,
Mari kita genggam,
Tekad membangun generasi berdaulat,

Ini misi generasi masa kini,
Tidak ingin menjadi cermin yang retak,
Di kamar nusa,
Tidak ingin menjadi album kosong,
Di lantai sejarah,
Gempur!!…,
Gempur lorong berjelaga,
Gempur!!…,
Gempur lembah bernanah….

————————————————————————————————————————————————-

Sajak di bawah ini pula telah dipertandingkan di Sekolah Kebangsaan Bukit Nanas, Tepoh, Kuala Terengganu dihantar oleh adik Intan Nur Athirah binti Daud (10 tahun) dan telah mendapat tempat kedua..

Dadah Musuh Negara

Dadah,

Kau datang mengaku kawan

Konon membantu meringan beban

Tetapi, wahai teman

Kau sebenarnya musuh

Musuh nombor 1 negara

kau buat mereka alpa

kau buat anak bangsa rebah

kau musuh negara !

Tatkala negara membangun

kau meratah belia negara

punah, musnah, lemah

kerana kau… dadah durjana

Ectacy, Heroin , Ganja

Pelbagai nama dan rupa

namun aku bersumpah

kau akan musnah

Teman,

Marilah kita bangkit bersama

Perangi Dadah Musuh Negara

Nukilan,

INTAN NUR ATHIRAH DAUD @ MAZINUYA

 


Panduan untuk Ibu Bapa dan ahli masyarakat
Ibu Bapa dan ahli masyarakat memainkan peranan penting dalam memastikan anak remaja dan belia bebas daripada DADAH…
5 sebab remaja dan belia terjebak dengan DADAH:
  1. Merasa telah dewasa
  2. Untuk bersama rakan dan mudah diterima dalam kelompok rakan sebaya
  3. Untuk tenang dan merasa selesa
  4. Untuk mengambil risiko dan memberontak
  5. Untuk memenuhi rasa ingin tahu
Awasi Keluarga Anda dan Sedari dengan Perkara-perkara Berikut:
  • …Mempunyai rakan yang negatif dan berkelakuan buruk
  • …tidak menghormati ahli-ahli keluarga, biadap
  • …Apabila barangan tertentu di dalam rumah hilang
  • …Menemui bahan-bahan yang aneh di dalam bilik dan pakaian seperti jarum
  • …Prestasi akademik merosot dan sering ponteng sekolah
  • …Sering pulang lewat, tidur lewat dan lama
Ibu Bapa perlu menitik beratkan perkara berikut bagi mengelakkan anak remaja dan belia terjebak dengan pengaruh DADAH
  1. Berikan kasih sayang
  2. Mengambil berat
  3. Wujudkan suasana kemesraan keluarga
  4. Mendengar dengan aktif
  5. Tidak ada prasangka
  6. Adil
  7. Menyelesaikan masalah
  8. Hormat
  9. Bercakap benar
  10. Arahan yang jelas dan khusus
Petua mencegah penyalahgunaan DADAH dikalangan anak-anak                                                                       
  1. Mengawasi pergerakan dan pergaulan anak anda
  2. Sering membuat pemeriksaan ke atas barangan anak-anak
  3. Ketahui siapa rakan sebaya anak anda
  4. Meneliti peragai luar biasa anak anda

DADAH adalah bahan berbahaya yang boleh merosakkan kehidupan pengamalnya…Dadah merupakan musuh utama masyarakat dan juga negara…BERSAMA KITA HAPUSKAN DADAH PEMUSNAH KEHARMONIAN NEGARA..


Cara-cara mengatasi penyalahgunaan dadah di kalangan murid-murid. Bincangkan.

 Dewasa kini, kita sering terbaca di dada akhbar mengenai penyalahgunaan dadah di kalangan murid-murid yang sering menjadi isu polemik dalam kalangan media massa yang meniti dari bibir ke bibir.

Mengapakah hal ini boleh menular dalam kalangan murid-murid? Sudah tentu sesuatu perkara yang berlaku ada puncanya. Hal ini kerana, pepohon pokok tidak akan berliuk lentuk jikalau tiada angin yang meniupnya. Terdapat pelbagai cara untuk mengatasi penyalahgunaan dadah di kalangan murid-murid. Antaranya, ibu bapa hendaklah memainkan peranan yang penting dalam membendung masalah ini.

Ibu bapa hendaklah mendidik cahaya mata mereka sejak kecil lagi mengenai penyalahgunaan dadah. Hal ini kerana, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sebagai contoh, apabila mereka dewasa kelak, sudah tentu mereka pintar untuk membuat perbezaan untuk memilih intan atau kaca. Janganlah kita jadi seperti ketam yang mengajar anak mereka berjalan lurus, sedangkan dia sendiri yang berjalan senget. Sudah terang lagi bersuluh, peranan ibu bapa dapat membendung penyalahgunaan dada di kalangan murid-murid.

Selain itu, peranan pihak sekolah juga turut dapat mengatasi masalah ini yang merebak seperti virus epidemik di kalangan murid-murid. Pihak sekolah boleh mengadakan aktiviti-aktiviti yang boleh mendatangkan kemaslahatan kepada murid-murid. Biar kita ambil sebagai contoh, pihak sekolah boleh mengadakan ceramah mengenai penyalahgunaan dadah di kalangan murid-murid.

Melalui cara ini, murid-murid dapat menghindarkan diri mereka daripada perkara yang tidak berfaedah seperti mencencang air yang boleh membawa impak negatif dalam diri mereka. Oleh hal yang sedemikian, pihak sekolah hendaklah memainkan peranan yang penting bagi mengatasi masalah ini yang boleh menjejaskan imej sesebuah sekolah.

Dalam nada yang berbeza, pihak media massa juga dapat menjauhi murid-murid daripada penyalahgunaan dadah. Sebagai contoh, pihak media massa boleh menyiarkan berita atau cerita yang boleh membawa keinsafan
kepada murid-murid supaya tidak melibatkan diri mereka dalampenyalahgunaan dadah dan dijadikan iktibar dalam kehidupan harian mereka. Hal ini kerana, yang baik kita dijadikan teladan, yang buruk kita jadikan sempadan. Sudah terang lagi bersuluh, peranan pihak media massa juga turut membantu dalam mengatasi masalah penyalahgunaan dadah di kalangan murid-murid.

Disamping itu, pihak kerajaan juga boleh memainkan peranan yang penting dalam membendung masalah ini. Pihak kerajaan boleh mengadakan kempen supaya masyarakat lebih peka terhadap perkara yang berlaku di
sekeliling mereka. Janganlah kita menjadi seperti katak dibawah tempurung yang tidak mengambil berat mengenai apa yang berlaku di sekelilingnya. Melalui cara ini, masyarakat bukan sahaja dapat menambah ilmu pengetahuan mereka bahkan dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama sendiri. Selain itu, masyarakat madani dapat dipupuk melalui kempen ini. Masalah kebejatan juga turut dapat dikurangkan melalui peranan pihak kerajaan.

Natijahnya, semua pihak hendaklah berganding bahu dalam mengatasi penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar yang semakin merebak seperti virus epidemik. Hal ini kerana, berat sama dipikul ringan sama dijinjing.
Melalui cara ini, kita dapat merialisasikan impian Perdana Menteri kita untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju berdiri gah dipersada dunia selaras dengan gagasan satu Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian
di utamakan.

Sumber : http://www.scribd.com/doc/19169359/karangan-CaraCara-Mengatasi-Masalah-Penyalahgunaan-Dadah